Saturday, March 12, 2016

ONE STOP ISLAMIC SCHOOL

Assalammualaikum wbt..

Dah lama saya tak jenguk Blog ni dek kesibukan ...Apa khabar semua follower dan pembaca blog sekalian.. Hari ni saya cuma nak share Youtube Video anakanda Mu'az dan rakan-rakannya yang merupakan tugasan PT3 mereka. Mohon pembaca semua LIKE & SHARE serta berikan mereka semangat agar mereka berjaya dalam peperiksaan PT3 hujung tahun ini.. Segala kerjasama semua saya dahului dengan jazakumullah hu khayran khateeran...  :)  Insya-ALLAH moga terus diberi kesihatan dan kesempatan oleh Allah untuk menulis lagi..


Sunday, March 2, 2014

KEMBARA ROHANI BANDUNG-JAKARTA BERSAMA DR AZAHAR & USTAZAH NORHAFIZAH MUSA 20-23 FEB 2014

Pada 20 hb Feb 2014 yang lalu.. kami seramai 50 orang ahli kembara rohani bersama-sama dengan Dr. Azahar, Ustazah Norhafizah Musa, serta adik ipar beliau (Cik Ain) telah berpagi-pagi di LCCT seawal jam 3 pagi untuk memulakan kembara ke Bandung Indonesia dengan menaiki kapal terbang Air Asia  pada pukul 6.20 pagi...




Setelah 2 jam Alhamdulillah kami tiba di Lapangan Terbang Bandung.. Kumpulan kami disambut mesra oleh sahabat Ustazah dan suami di sana iaitu  Pak Hassan Basri dan isteri...Bermulalah kembara rohani kami ...



Di atas bas kami dibekalkan dengan sekotak kecil kueh-mueh yang yang sangat enak ditambah lagi dengan jus Avocado yang sungguh lazat..Destinasi pertama kami ialah Pusat Fesyen Rabbani... ia umpama butik muslim/muslimah mahupun anak-anak yang mana menurut Pak Hassan ia merupakan tempat dimana pelakon-pelakon popular seperti dalam filem 'Bila Cinta Bertasbih' mendapatkan tudung yang kita lihat sangat cantik sekali bilamana mereka memperagakannya didalam filem....


Istimewanya Pusat Fesyen ini bilamana ditingkat atasnya terdapat dewan/ruang solat, bilik air dan tempat berwuduk yang sangat bersih dan selesa... Disinilah kami bertaa'ruf dan mula mengenali diri masing-masing sebagai sebuah keluarga yang besar.., solat dhuha serta  makan tengahari dengan hidangan yang cukup lazat...Setelah melihat-lihat dan membeli-belah di Rabbani kami di bawa ke Pasar Baru dan akhirnya dibawa check-in ke Hotel Guest House Dar Tauhid...




Subhanallah istimewanya Hotel Guest House Dar Tauhid ini berbanding hotel-hotel lain adalah kerana ia milik sebuah Pesantren yang sangat besar dan terkenal di Bandung iaitu Pesantren Dar Tauhid dan berada dibawah kepimpinan seorang ulama' yang sangat terkenal iaitu A'a Gym... Ia hasil usaha kreativiti pemikiran bercorak business para ustaz-ustaz di Pesantren ini dalam usaha untuk menjana ekonomi bagi menampung keperluan pesantren, maahad tahfiz Dar Tauhid serta golongan anak-anak yatim... Selain hotel mereka juga mempunyai sebuah pusat pungutan wakaf, derma dan sebagainya seumpama bank.. Pusat membeli-belah untuk warga pesantren dan lain-lain ..





Menurut penerangan yang diberikan asalnya kawasan ini hanya sebuah perkampungan yang terletak  di tengah-tengah Bandar Bandung... A'a Gym dan beberapa orang ustaz-ustaz (pelajar-pelajar universiti) pada asalnya menyewa sebuah rumah kecil disitu dan memulakan kuliah... Namun hari-hari yang berlalu sudah tidak mampu menampung ramainya Jemaah dan akhirnya mereka membeli sedikit demi sedikit rumah-rumah disitu hingga akhirnya terbentuklah masjid Dar Tauhid yang merupakan pusat pengajian Pesantren Dar Tauhid yang utama serta bermulalah pembinaan pesantren yang semakin pesat membangun... Subhanallah betapa saya mengkagumi bagaimana strategi sebuah pesantren ini terhasil....


Ia umpama sebuah universiti madrasah yang sangat besar bermula dengan pelajar-pelajar tadika hinggalah kepada mereka yang berumur 50 ke atas.. Sayang sekali gambar-gambar tidak dapat saya selitkan kerana terdapat sedikit masalah.. Namun, saya tuliskan dulu pengalaman yang sangat luarbiasa ini dan akan mencuba menyelitkan gambar-gambar kemudiannya...


Ketika kami tiba di Madrasah Dar Tauhid, pengasas Dar Tauhid iaitu ustaz A'a Gym (Abdullah Gymnastiar) baru saja tiba daripada Mekah Al-Mukarramah kerana menunaikan umrah... namun, terus saja memberikan kuliah ugama di Masjid Dar Tauhid... Suasana di dalam Masjid Dar Tauhid sangat tenang dan sentiasa dipenuhi Jemaah yang terdiri daripada pelajar-pelajar madrasah... laluan perjalanan ke masjid daripada hotel Dar Tauhid mengingatkan saya kepada keadaan laluan yang sesak dari hotel-hotel kecil yang sudah diruntuhkan  sekarang ke Masjidil Haram... Ia merupakan kenangan menunaikan Haji pada tahun 2004 dahulu...


Selesai memberikan kuliah ugama, kami diberikan peluang bersama-sama dengan pelajar-pelajar Universiti yang juga sedang menjalani kursus pemantapan selama seminggu untuk sessi Soal Jawab Agama bersama A'a Gym (Sesuatu yang biasa dan amat dihargai di sini bilamana pelajar Universiti memilih pesantren untuk menjalani kursus pemantapan akidah dan amat menghormati Ulama'... sesuatu yang luarbiasa di Malaysia)... ..


Antara nasihat A'a Gym yang sempat saya catatkan ialah:-


5 PERSEDIAAN MENGHADAPI HIDUP

a) BERSEDIA menghadapi apa yang sesuai dan tidak sesuai untuk kita - bukan semua yang kita rasa baik untuk kita adalah baik untuk kita (Surah Al-Baqarah ayat 216)

b) Bila berlaku sesuatu Musibah kita perlu REDHA - Orang derita bukan kerana kenyataan tetapi sebab tak mahu menerima kenyataan.

c) JANGAN MENYUSAHKAN DIRI - Kita menderita kerana pemikiran sendiri - hidup ini perlu dihadapi , dihayati dan dinikmati..

d) EVALUASI DIRI - Semua kebaikan daripada Allah... Setiap keburukan daripada dosa diri sendiri....
Kenapa hilang dompet.....kerana kurang bersedekah..
Bila ada masalah hidup bertaubat...perbaiki diri... Allah akan rezekikan yang baik-baik..
Jika anak belum soleh.... tangisi diri kita sendiri kerana kita yang belum soleh!!!

e) Cukuplah ALLAH sebagai pelindung kita ... yang mampu memberi kebahagiaan buat kita hanya ALLAH bukan manusia...

Antara lain peringatan A'a Gym yang sentiasa memotivasikan diri saya ialah ...


Rezeki tidak perlu BANYAK.... tidak perlu KAYA..... cukup sekadar CUKUP.... kerana berapa ramai orang di luar sana mempunyai rezeki yang banyak dan kaya tapi tidak pernah cukup....


Ingin saya kaitkan kata-kata A'a Gym ini dengan isi kuliah dhuha Ustazah Norhafizah Musa berdasarkan Kitab Hikam baru-baru ini...tapi mungkin dilain entry...


Selesai sessi soal jawab bersama A'a Gym kami berpeluang bergambar dengan ulama' yang sangat disayangi oleh penduduk Bandung khasnya...dan penduduk Indonesia amnya..


Sepanjang 2 hari berada di Pesantren kami berpeluang mengikuti kuliah-kuliah ugama dan Solat  Berjemaah di Masjid Dar Tauhid... melawat persekitaran Pesantren serta yang paling istimewanya ialah berqiamullail di Masjid Dar Tauhid...Insya-ALLAH akn bersambung di lain entry...







Monday, September 16, 2013

PERKONGSIAN DPD PUAN HAMIDAH: Pusat Tahfiz Untuk Anak-anak Perempuan di Darul Tuba, Tangkak, Johor dan Untuk Anak-Anak Lelaki di Bandar Baru Bangi ..

Salam Puan, posting puan ini pada tahun 2011, tapi baru sekarang saya menemui dan membacanya. Jika masih releven, saya ingin berkongsi tentang tahfiz Darul Tuba di Tangkak, Johor, tak begitu jauh dari Muar. Untuk pelajar perempuan sahaja. DT menggunakan sistem hafalan kaedah Turki. Anak saya berumur 9 tahun ketika dihantar hujung tahun lepas. Dalam masa 1 bulan dia dapat menguasai tajwid & makhraj dgn baik. Dia diberi latihan kelancaran membaca dgn tajwid yg betul 2min 1 mukasurat selama 4 bln sambil menghafal surah-surah lazin dan juzuk am'ma. selepas mencapai kelancaran sedemikian, baru dia mula menghafal dari surat albaqarah. Skrg dia dah hafal 5 juz. Syarat kemasukan tak kira brp umur, asal boleh mengurus diri. Yuran RM350 sebulan. balik rumah 1 bln sekali, tapi kalau dpt tasmik penuh setiap hari continuously selama 2 minggu, boleh balik rumah 2 minggu sekali. Tasmik penuh bererti 1 hari hafal 1 mukasurat. Yuran termasuk dobi. jadi pelajar tak perlu cuci pakaian. Bangunannya sangat sederhana, cuma sebuah rumah banglo dengan kapasiti 40 org pelajar, ratio guru:pelajar 1 guru utk 10 org murid.Di samping hafalan, belajar semua subjek diniah, 4 subjek akademik (BM, BI, Sains & Maths). Aktiviti seperti nasyid, pidato, belajar masak diadakan occasionally from time to time. On average, from statistic of those who have completed, pelajar tamat hafal 30 juz dlm masa 2.5 thn.Namun ada juga yang hingga 5-6 thaun, But this is "outliers," kes terpencil. Kemampuan anak-anak berbeza-beza.

Tahfiz al quran darul tuba, Tangkak boleh dihubungi di 019-660 2316 (Ustazah Kasmah).

Saya juga nak berkongsi dengan semua, yang anak lelaki saya berumur 13 dan 9 tahun belajar di Akademi Tahfiz al Quran Al Fawwaz, Seksyen 3, BBB, Bangi. Boleh hubungi mudirnya Ustaz Wan Khairul 013-956 7104. Dulu Ustaz Wan Khairul mengajar di Darul Tuba Tangkak. Setelah berkahwin dan berpindah ke Bangi, beliau membuka tahfiz yang menggunakan sistem yang lebih kurang sama dengan Darul Tuba tangkak, tapi utk pelajar lelaki sahaja. Bagi saya, tahfiz ini sangat sesuai untuk pelajar usia muda sebab pelajarnya tak ramai (sekarang baru ada 20 org, maksimum capacity 40 org),ratio guru-pelajar 1:10, Ustaz Wan amat mengambil berat setiap individu pelajar. Jadi untuk anak-anak yang usia muda dan belum begitu pandai mengurus diri seperti anak-anak belasan tahun, tak susah sangat untuk mereka "survive" ditempat yang tak ramai pelajar, teratur dan sangat bersih. Al Fawwaz juga amat mementingkan tajwid dan makhraj bacaan.

Saya nak kongsikan info: Bagi sesiapa yang nak masukkan anak lelaki ke tahfiz berasrama, terutama yang masih berusia muda ie. bawah 13 tahun, saya cadangkan dimasukkan ke akademi tahfiz al quran al fawwaz (AQFA), seksyen 3, Bandar Baru Bangi. 2 org anak saya belajar di sana (13 dan 9 tahun). Ia sebuah rumah semi D, 3 tingkat, extended & renovated, corner lot, sangat bersih, cantik dan teratur, cukup luas untuk menempatkan 40 org pelajar. Makanan, pakaian dan kebersihan cukup dijaga. Pelajarnya hanya 20 org setakat ini dan maksimum kapasiti 40 org. Mudirnya, menjanjikan ratio guru:pelajar 1:10, jadi buat masa ini ada 2 org guru tetap yang tinggal bersama pelajar di asrama tersebut, berkelulusan Diploma dari Darul Quran, khas untuk tasmik bacaan, mengajar alquran dan tajwid sja. Subjek-subjek lain di ajar oleh guru lain. Guru akan ditambah dari masa ke semasa mengikut jumlah pelajar. Ustaz Wan Khairul, mudirnya berkelulusan Univ Azhar Mesir. Ustaz Wan sangat mengambil berat hal setiap individu pelajar. Dia kenal pelajarnya satu per satu. Setiap pagi dia akan memanggil dan berjumpa sekurang-kurang seorg pelajar, untuk bertanyakan apa2 masalah yang dihadapi di asrama, walaupun ustaz Wan sibuk mengurus 3 lagi cawangannya di seksyen 3 juga, yang menawarkan tahfiz separuh masa dan kelas kafa harian. Sukar mencari mudir yang memberi perhatian sedemikian. Di minggu pertama anak saya memasuki al fawwaz, mereka di ajar wuduk dan solat secara lisan dan praktikal dan mesti menduduki ujian lisan, bertulis dan praktikal wuduk dan solat dulu. Setelah lulus, barulah dibenarkan mengikuti kelas-kelas diniah yang lain. Untuk mengikuti kelas hafalan pula, pelajar mesti lulus tajwid, makhraj dan kelancaran membaca tanpa kesilapan tajwid dengan kelancaran 2-3 minit 1 mukasurat. Setelah lulus, baru boleh mengikuti kelas hafalan. Bukankah kualiti seperti ini yang kita cari dalam bacaan quran anak-anak kita? Maknanya sebelum mula menghafal, mereka mesti lancar dan boleh membaca dengan betul.

Fokus al fawwaz adalah hafalan quran, tetapi di selang seli juga dengan kelas-kelas diniah dan mata pelajaran akademik (core subjects ie maths, science, BM, BI). Pada pendapat saya, elok di masukkan anak ke tahfiz sepenuh masa seperti al fawwaz pada usia muda. ie. 9 atau 10 tahun. Mudah2an dengan itu mereka akan tamat hafal 30 juzuk (biasanya mengambil masa 2-3 tahun)ketika usia awal belasan tahun. Selepas itu bolehlah mereka fokus kepada bahasa arab dan subjek akademik pula dan membuat persediaan untuk SPM, sambil terus menerus mengulang hafalan mereka. Jadi tak terlalu berat sgt utk mereka (tinggal fokus pada akademik sja sbb hafalan dah selesai).

Berat juga rasa hati berpisah dengan anak-anak yang masih kecil, tapi saya memilih untuk meminjam semangat ibu kepada Imam Shafie yang melepas pergi anaknya ketika berusia 8 tahun untuk mempelajari ilmu dan quran. Ketika itu, pastinya tiada talipon, malah kenderaan pun tiada, alamat yang bakal dituju oleh anaknya juga tidak jelas, pendek kata si ibu melepas pergi si anak dengan tidak mengetahui apakah beliau dapat menemui anaknya lagi. Sedang anak-anak saya di Al Fawwaz cuti 2 minggu sekali, boleh diziarahi dan ditalipon dihujung2 minggu.

Ustaz Wan Khairul boleh dihubungi di 013-956 7104. No. 39, Jln 3/52, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.

Puan Hamidah boleh dihubungi di hamidah.musa@gmail.com

Sunday, May 12, 2013

JEJAK SAHABAT - Saad bin Abi Waqas r.a di Guangzhou, China

Antara yang menjadi minat saya adalah meneroka kawasan yang tergolong sebagai "jejak Rasul" atau "jejak sahabat"... Saya berpeluang ke Syria dan Jordan pada tahun 2008 dan banyak tempat-tempat sejarah umat terdahulu, masjid-masjid utama serta makam-makam para Nabi dan Rasul yang sempat saya ziarahi...

Penghujung tahun lepas saya berpeluang ke Guang Zhou, Cina di mana terletaknya makam seorang sahabat yang terkenal kerana menyebarkan Islam ke negeri Cina iaitu Saad bin Abi Waqas r.a..

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya rakamkan buat tatapan pembaca..

 Buah ceri yang segar di jual dan rasanya sangat manis dan saiznya juga besar dari yang pernah kita lihat di Malaysia

 Pintu masuk ke Masjid Saad bin Abi Waqas r.a

 Terdapat 2 buah masjid. Satu untuk orang-orang lelaki (gambar di atas), tempat solat orang perempuan kena berjalan masuk ke dalam lagi di mana terdapat satu lagi masjid..

 
 
 
 
 
 
 





`
Ini tempat solat untuk orang perempuan. Tahu tak ini kerusi apa? Saya pada mulanya ingatkan rehal tempat orang membaca Al-Quran atau belajar kitab rupa-rupanya kerusi istimewa ini dicipta khas untuk wanita-wanita uzur atau sakit lutut. Tempat yang saya ingatkan sebagai tempat letak Al-Quran itu ialah tempat sujud.. Subhanallah kreatif betul berbanding di Malaysia yang menggunakan pelbagai jenis 'stool' atau kerusi lipat dan kemudian makcik-makcik ni duduk pula di saf hadapan yang membuatkan saf menjadi renggang, di masjid ini saya dapati mereka yang sihat berada di saf hadapan manakala yang kerusi-kerusi solat seperti ini diletakkan sebaris secara 'permanent' di bahagian belakang sekali dengan ini semua orang dapat melakukan solat dengan sempurna .. Pada pendapat saya ciptaan kerusi solat ini patut diketengahkan di Malaysia (salah satu peluang perniagaan orang Islam) dan diperkenalkan di semua masjid dan surau. Lagi satu ketika berdiri yang boleh berdiri akan berdiri (sememangnya sepatutnya begitu) kemudian mereka duduk kembali..
                






 
 Makam Sahabat Saad bin Abi Waqas r.a..  Sesetengah pendapat mengatakan makamnya di tempat lain wallahhua'lam..

 Terdapat telaga yang berusia 1300 tahun di mana telaga ini digelar 'shabi well' atau telaga sahabat

 Ramai yang mengambil air dan minum di sini. Ia masih menggunakan kaedah mengepam air secara tradisional.. Err tapi saya tak minum pun..


 Ramai orang bangsa asing yang mencari makan di Guang Zhou dan di sini ramai orang-orang Cina Muslim. Pak cik ni sedang memerah air delima daripada buah delima, Alat yang digunakan walaupun nampak tradisional tapi sangat mudah dan simple..


Jangan tersilap ni bukan ladang kambing biri-biri tapi biri-biri ni dibela diperkarangan masjid (lupa nama masjid apa.. tapi takde bau-bau yang tak menyenangkan)

Mereka juga menyembelih dan melapah dagingnya disitu..
 
Ni tempat solat orang-orang perempuan..

Kaligrafi menarik dalam masjid bertulis: Lailahailallah Muhammadur Rasulullah..

Satu perkara yang tak pernah saya tengok.. Bilal melaungkan azan di luar masjid.. Tak tahulah kenapa.. Mungkin takde alat pembesar suara atau diorang ni tak dibenarkan melaungkan azan kuat-kuat kot...

Kali pertama saya tengok buah Walnut..

Kalau di Mekah dan Madinah biasanya kita tengok walnut dalam bentuk macam ni kan??
 

Ni cara bawa baby jalan-jalan kat situ :) Saya dok imagine baby tu berdiri agaknya dalam bakul tu..

Daging kambing biri-biri tadi tu rupanya dibuat sate fresh-fresh untuk dijual kepada pelancong atau sesiapa saja yang lalu-lalang di situ.. Masjid-masjid kat Malaysia pun boleh buat agaknya tak yah tunggu Musim Hari Raya Korban..
 
 
Semoga mendapat manfaat dari perkongsian ini... 
 

Saturday, May 11, 2013

SAHABAT-SAHABAT YANG BENAR... & ERTI KASIH IBU BUAT SEORANG ANAK...

Sayyidina Omar berkata: "Bersahabatlah dengan sahabat-sahabat yang bersifat benar, hiduplah di bawah pengawasan mereka (pasti kamu akan selamat). Mereka umpama hiasan diwaktu senang dan bekalan diwaktu susah. Berbaik sangkalah terhadap saudaramu selagi mana tidak terbukti dia melakukan sesuatu yang membolehkan kamu membencinya. 
Jauhilah musuhmu dan berwaspadalah dengan sahabatmu melainkan sahabat yang amanah sahaja, iaitu yang takut kepada Allah SWT. Jangan kamu bersahabat dengan orang jahat, kelak kamu akan terpengaruh dengan kejahatannya dan janganlah kamu dedahkan rahsia kamu kepadanya. Mintalah pandangan daripada orang yang takutkan Allah dalam segala urusanmu". [Mukhtasar Minhaj al-Qasidin (Pustaka Salam) 1/193]

Sayyidina Omar berkata: "Bersahabatlah dengan sahabat-sahabat yang bersifat benar, hiduplah di bawah pengawasan mereka (pasti kamu akan selamat). Mereka umpama ...hiasan diwaktu senang dan bekalan diwaktu susah. Berbaik sangkalah terhadap saudaramu selagi mana tidak terbukti dia melakukan sesuatu yang membolehkan kamu membencinya. 

 Jauhilah musuhmu dan berwaspadalah dengan sahabatmu melainkan sahabat yang amanah sahaja, iaitu yang takut kepada Allah SWT. Jangan kamu bersahabat dengan orang jahat, kelak kamu akan terpengaruh dengan kejahatannya dan janganlah kamu dedahkan rahsia kamu kepadanya. Mintalah pandangan daripada orang yang takutkan Allah dalam segala urusanmu".
 
[Mukhtasar Minhaj al-Qasidin (Pustaka Salam) 1/193]





‘Aishah (radhi Allah) said:

“I heard the Prophet (salAllahu alaihy wasallam) saying,

❝ Souls are like conscripted soldiers; those whom they recognize, they get along with, and those whom they do not recognize, they will not get along with.❞"

(Saheeh al-Bukhaari, Kitaab Ahaadeeth al-Anbiyaa’, Baab al-Arwaah junood mujannadah).

Ibn Hajar (may Allah have mercy on him) said in his commentary on the hadeeth:

“Concerning the phrase, ❝ Souls are like conscripted soldiers…❞ al-Khattaabi said:

‘This may refer to their similarity as regards good or evil, righteousness or corruption. Good people are inclined towards other good people, and evil people are similarly inclined towards other evil people. Souls feel affinity with others according to the nature in which they were created, good or evil. If souls’ natures are similar, they will get along, otherwise they will not be on good terms with one another...'"


ERTI KASIH IBU BUAT SEORANG ANAK...



 

Friday, May 10, 2013

Mulianya Iman Bagi Seorang Muslim..

Mulanya tak nak tulis blog tapi tiba-tiba ternampak tajuk di atas dalam blog TINTA SI FAKIR.. Beliau Ustaz Gunawan Aziz yang merupakan antara penulis yang menulis dalam Majalah SOLUSI keluaran  Telaga Biru..

Apa yang beliau tulis adalah sama seperti yang Ustaz Yazid pernah syarahkan dulu iaitu semasa Allah SWT berikan kesihatan, umur dan kelapangan buatlah sebyk-byk amal (solat berjemaah di masjid, menghadiri majlis ilmu, membuat amar makruf nahi mungkar, dll) kerana bila kita diuji dengan kesakitan zahir mahupun batin (rohani atau jasmani), pahala segala kebaikan itu akan terus berjalan Subhanallah.. Sepanjang masa kita berada di hospital contohnya Allah SWT akan menyuruh malaikat menulis segala kebaikan yang pernah kita lakukan ketika sihat hinggalah kesakitan itu di angkat dan Allah menyucikannya dari segala dosa ataupun Allah mengambil nyawanya dan Allah akan mengampuni dan merahmati rohnya. Berikut apa yang saya copy daripada blog beliau

Imam al-Bukhari telah merekodkan satu riwayat yang bersumber daripada Abu Sa’id Khudri r.a. dan Abu Hurairah r.a.; bahawa Nabi s.a.w. bersabda,
مَايُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِن نَصَبٍ وَلاَوَصَبٍ ، وَلاَهَمٍّ وَلاَ حَزَنٍ،وَلاَ أَذًى،وَلاَغَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَاإِلاَّ كَفَّرَ اللهُ بِهَامِنْ خَطَايَاهُ.
“Tidaklah menimpa seseorang muslim sama ada letih, sakit, kerisauan, kesedihan, kesusahan, atau kebimbangan bahkan tusukan duri sekalipun melainkan Allah s.w.t. akan menjadikan semua itu sebagai kifarah kepada dosa-dosanya.”
 
Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
" Bagi setiap seorang hamba ada martabat yang tertentu di sisi Alah SWT dan apabila hamba itu tidak dapat mencapai martabat itu dengan amalannya, maka Allah SWT akan terus mengujinya dengan perkara-perkara yang tidak disenanginya (sperti sakit, susah dan sebagainya) supaya dengan perantaraan perkara-perkara yang tidak disenanginya itu dia dapat mencapai martabat tersebut”.
(Riwayat Abu Ya’la)
 
Saiyidatina Aisyah r.ha berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Mana-mana orang Islam yang terkena tusukan duri malah kesusahan yang lebih kecil daripada itupun akan diberi ganjaran satu darjat dengan sebab kesusahan itu dan satu dosa akan dimaafkan”.
(Riwayat Muslim)
 
Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
" Bala berterusan akan menimpa orang mu’min lelaki dan perempuan sama ada pada dirinya sendiri, anaknya atau hartanya (yang menyebabkan dosa-dosanya sentiasa gugur) sehingga dia bertemu dengan Allah SWT dalam keadaan dia tidak mempunyai apa-apa dosa”.
(Riwayat Tirmizi)
 
Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
Apabila Allah SWT menguji seseorang hamba yang Islam dengan apa-apa penyakit jasmani maka Allah SWT akan memerintahkan seorang malaikat,
"Teruskanlah menulis ganjaran amalan yang biasa hamba ini amalkan (semasa dia sihat) sekiranya Allah s.w.t. menyembuhkannya, maka Allah s.w.t. akan membersihkan dan menyucikannya (daripada dosa-dosanya) dan sekiranya Allah s.w.t. mengambil nyawanya, maka Allah s.w.t. akan mengampuni dan merahmatinya”.
(Riwayat Abu Ya’la dan Ahmad)
 
Syaddad bin Aus r.a berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, Allah s.w.t. berfirman, 
" Apabila Aku timpakan ujian (dengan musibah, sakit dan lain-lain kesusahan) ke atas salah seorang daripada hamba-hamba-Ku yang beriman dan dia memuji Daku (kerana redha) maka (Aku akan memerintahkan para malaikat),” Tulislah segala ganjaran amalannya yang baik sebagaimana yang biasa kamu tulis semasa dia sihat”.
(Riwayat Ahmad dan Thabrani)
 
Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
"Sentiasalah demam panas dan sakit kepala yang menimpa mana-mana hamba Allah SWT lelaki mahupun wanita, akan menjadikan tidak ada sebarang dosa walaupun sebesar biji sawi tinggal bagi mereka, sedangkan sebelum itu mereka menanggung beban dosa sebesar gunung Uhud”.
(Riwayat Abu Ya’la)
 
Semua riwayat di atas menjelaskan secara nyata menjelaskan beberapa kelebihan atau ganjaran yang dikurniakan kepada seseorang yang diuji dengan kesakitan atau sebarang kesusahan. Bagaimanapun, cuba kita selami sedikit mendalam, kenapakah begitu banyak fadilat dan kemuliaan diraih oleh seseorang yang diuji dengan sakit dan kesusahan ini? Sebenarnya, hadis ini semua turut menjelaskan satu perkara lagi, iaitu menunjukkan kepada kita betapa mulianya seseorang yang mempunyai iman dan Islam. Begitu mulianya seseorang yang beriman, sehingga apa sahaja yang berkaitan dengan diri mereka akan bernilai di sisi Allah. Satu tusukan duri sahaja pun, cukup untuk menyebabkan keampunan Allah dicurahkan kepadanya. Malah, apa sahaja kesedihan atau kebimbangan hati mereka, sudah mampu menarik perhatian Allah lalu dikurniakan segala macam rahmat, maghfirah dan ganjaran dari sisi Allah.
Sedarkah kita betapa mulianya seseorang muslim itu di sisi Allah?
 
 

Wednesday, May 8, 2013