Thursday, May 3, 2012

Kasihnya Ibu Membawa ke Syurga Part 1

Dalam jangkamasa 2 minggu ini saya banyak mengikuti Forum yang mana Ustazah Norhafizah Musa merupakan antara panelnya.. Beliau merupakan guru saya dalam usaha melengkapi ilmu sebagai seorang anak, isteri dan ibu yang Solehah..

Maka pada malam Ahad 29hb April serta Isnin 30 April lalu  kami sekeluarga berpeluang mengikuti Forum yang banyak menjurus kepada ibu dan bapa sementelah dgn kehadiran bulan Mei ini yang sgt terkenal dgn Sambutan Hari  Ibu... Berikut adalah antara isi yang disampaikan Ustazah..

"Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
'Allah merahmati seorang ayah yang menolong anaknya untuk jadi seorang anak yang kemudiannya berbakti kepada kedua ibu-bapanya..'

Ulama' menghuraikan hadis ini bahwa titik permulaan sebelum memiliki anak yang soleh ialah dengan melihat siapa ibu dan bapa kepada anak itu... Dimana kedua-duanya perlu terlebih dahulu tergolong dalam golongan orang2 yang soleh dan solehah..

Pernahkah anda mendengar tentang kisah Julaibib yang merupakan salah seorang sahabat Rasulullah  SAW ? Kisah ini  berlaku di zaman Rasulullah SAW di mana Julaibib ini merupakan seorang yang berbangsa Ethiopia yang mempunyai ciri-ciri :-
a) Hitam dan berkilat
b) Pendek
c) Tiada rupa
d) Miskin dan papa serta sebatang kara dan pindah ke Madinah hanya untuk bertemu Rasulullah SAW

Maka suatu hari  Rasulullah SAW bertanya pada Julaibib, " Tidakkah kamu mahu berkahwin?". Maka Julaibib pun  tersenyum. Maka Rasulullah  SAW pun berkata, "Pergilah ke rumah fulan bin fulan dan katakan padanya  Rasulullah SAW meminang putrinya untukmu."

Wanita yang dipinang Rasulullah SAW ini merupakan seorang wanita yang rupawan, hartawan serta budiman...  Pergilah Julaibib bertemu bapa si gadis ini dan menyatakan sebagaimana yang diarahkan Rasulullah SAW..

Bila menyedari peminanagan itu untuk Julaibib maka ibu bapa sigadis keberatan.. tetapi si gadis yang mendengarkan hal  ini berkata.. "Sekiranya itu daripada Rasulullah SAW maka aku akan menerimanya kerana apa yang keluar daripada mulut Rasulullah SAW adalah wahyu.."

Rasulullah SAW mendoakan pasangan ini  mempunyai anak yang ramai, hartawan dan segala doa yang baik-baik dan kerana itu  wanita-wanita di Madinah mendapat kesan daripada doa Rasulullah SAW ini.. Subhanallah..

Pelbagai kisah untuk renungan bersama yang dikongsikan Ustazah.. Insya-ALLAH saya akan sambung di lain masa..

No comments:

Post a Comment