Lama tidak menulis.. sekadar ingin berkongsi satu ilmu yang didapati melalui Ustaz Daud yang mengajar Sirah Nabi..
Semua tahu apa itu penghulu doa hinggakan jika doa ini tidak dimasukkan dalam mana2 doa yang dibacakan ianya seolah2 tidak sah..
Itulah doa "Rabbana atina fiddunya hasanah, wafil akhirati hasanah, waqina 'aza bannar"
Yang bererti "Ya Allah kurniakan kami seluruh kebaikan ketika di dunia, dan seluruh kebaikan ketika di akhirat serta jauhkan kami daripada api neraka"
Jelas Ustaz Daud bagaimana kita tahu yang doa ini telah dimakbulkan buat kita ketika di dunia ini dan hanya menunggu kebaikan akhirat dan keselamatan daripada api neraka??
Terdapat 4 ciri yang sekiranya manusia itu telah mendapati keempat2 ciri tersebut maka dia sebenarnya telah mendapat kemakbulan doa ini..
a) Hati dan lidah yang sentiasa berzikir dan membaca Al-Quran... sentiasa merasa tidak senang jika tidak menyentuh dan membaca Al-Quran berbanding mereka yang hari ini merasa tidak senang jika tidak membaca surat khabar..
b) Sentiasa bersyukur dengan apa yang direzekikan padanya..
c) Redha dengan segala ketentuan Allah SWT
d) Dikurniakan Allah SWT isteri yang mukminah dan solehah.. Ada kalanya seseorang isteri itu hanya mukminah (kuat beramal ibadat) tetapi tidak solehah (hubungan dan ketaatan pada suami tiada) dan ada kalanya hanya solehah tapi tidak mukminah.. Bagi kaum perempuan mungkin sebaliknya..
Sekadar ingatan buat diri saya dan keluarga serta pembaca blog ini dalam melakukan muhasabah diri.. Setelah sekian lama kita membaca doa ini mungkin hari ini kita dapat melihat kembali apakah kita punya ciri2 seperti di atas....
kerana adakalanya doa yg diminta oleh kita adalah terlalu khusus (nak kaya, nak pandai, nak sihat dll) tanpa memikirkan bahawa hanya Allah SWT yang lebih mengetahui apa yg terbaik buat kita.. Dan jika dikurniakan segala kebaikan di dunia mahupun akhirat itulah yang lebih baik daripada segala2nya... Sama2lah kita berusaha menjadi insan yang mukminah/mukmin serta solehah/soleh..
memohon perkongsian...
ReplyDeleteAssalammualaikum wbt.. Tafadhal..Ilmu ini semuanya daripada Allah SWT.. Saya sebagai hambaNya sekadar memperpanjangkan sahaja...
ReplyDeleteAamiin
Delete