Thursday, November 29, 2012

Rawatan Diabetik Mengikut Amalan Sunnah...

Alhamdulillah .. Dengan izin ALLAH saya sempat mengikuti kuliah Ustaz Abdullah Mahmud yang bertajuk Alam Roh baru-baru ini.. Tapi apa yang saya ingin sentuh bukannya tajuk tersebut tetapi berkaitan tajuk yang pernah saya  sebut sebelum  ini iaitu (lihat link dibawah)

Kelebihan Minum Air Kosong - Amalan Rasulullah SAW

Menurut Ustaz Abdullah yang juga merupakan antara pengamal perubatan Islam, beliau telah mengamalkan amalan sunnah meminum air selepas bangun tidur (sebelum menggosok gigi) semenjak berusia 20-an.. Sekarang umur beliau  sudah mencapai 50 tahun lebih dan Alhamdulillah tidak menghidap sebarang penyakit berbanding rakan-rakan sebayanya yang rata-ratanya telah diserang oleh pelbagai penyakit...

Ustaz Abdullah juga menjelaskan antara amalan Rasulullah SAW juga iaitu mencampurkan sedikit madu dalam air tersebut 3 hari dalam sebulan.. Pesan Ustaz, apa sahaja makanan tidak boleh diambil lebih daripada 3 hari berturut-turut.. dan beliau sendiri mengamalkan mencampur madu pada setiap hari Isnin dan Khamis.. Bila saya berkongsi ilmu kelebihan minum air kosong tempohari, saya sangat teruja kerana itulah kali pertama saya membaca fakta sedemikian rupa.. Alhamdulillah Allah mengizinkan saya untuk mendengar penjelasan daripada Ustaz Abdullah yang mengamalkan sebagaimana yang disebut didalam fakta tersebut..

Antara petua lain yang dikongsi Ustaz yang mungkin boleh membantu mereka yang kita kenali diluar sana ialah petua menurunkan paras gula dalam darah.. Sememangnya terdapat kes-kes dimana seseorang penghidap penyakit diabetes walaupun telah diberikan ubat dan mengawal makan masih tinggi bacaan gula mereka...Ia juga boleh diamalkan oleh mereka yang mempunyai paras gula yang berada pada paras 'border line'..

Kaedahnya,

1- Ambil kunyit  lebih kurang 2 inci, diblend dengan segelas air dan ditapis airnya.
2- Masukkan hanya kuning telur (telur ayam kampung) ke dalam air kunyit yang ditapis tadi.
3- Campurkan 1/2 sudu madu dan minum ketika bangun pagi (sebelum menggosok gigi), seperti kaedah minum air kosong juga.
4- Lakukan selama 3 hari berturut-turut dan boleh diulang di minggu hadapan atau minggu yang lain (sekiranya perlu) setelah diuji paras gula di dalam darah menggunakan  glukometer..

Kata ustaz lagi antara hikmah minum sebelum menggosok gigi adalah enzim-enzim yang terdapat dalam air liur ketika kita bangun daripada tidur tersebut yang bertindakbalas dengan enzim -enzim di dalam perut dan kemudiannya menjadi antara punca rawatan bagi penyakit... Wallahu'alam ..Selamat mencuba !!!

Pendidikan Akhlak Dan penghayatannya Dalam Keluarga Part 4

Sebagai penutup kepada tajuk ini saya sekadar ingin berkongsi kata-kata atau nasihat daripada Ustazah kepada berdasarkan pada persoalan pendengar rancangan slot Usrati pada hari tersebut untuk kita jadikan panduan.. :-

a) Bilamana kita berakhlak dengan akhlak yang tidak disukai ALLAH seperti keras hati, tidak  menghiraukan majlis-majlis ilmu, tidak menutup aurat dan sebagainya ingatlah kesannya nanti adalah pada zuriat keturunan kita (anak-anak, cucu serta keturunan semuanya menjadi golongan yang jauh daripada ALLAH).. Oleh itu kata Ustazah, kalaupun kita tak sayang pada diri sendiri, sayangilah zuriat keturunan kita... Berubahlah kepada yang lebih baik..

b) Penggunaan internet, twitter, FB, game  dan sebagainya perlu dikawal. Kita sebagai ibu-bapa sepatutnya merasa cemburu bila anak-anak lebih memberi perhatian kepada 'gadget-gadget' ini lebih daripada kesukaan bercakap dan melihat kita dengan pandangan hormat dan kasih-sayang. Kata ustazah, mak ayah bila tengok anak-anak yang menggembirakan hatinya akan mendapat pahala manakala bila anak-anak melihat ibu-bapa dengan pandangan kasih-sayang, dia akan beroleh pahala haji mabrur. Masha-ALLAH..

c) Pesan ustazah lagi biarlah kita susah sekarang dalam mendidik akhlak diri, keluarga dan anak-anak daripada mengutip kerosakan di masa hadapan...

d) Standard akhlak kita perlu melalui 3 ujian kualiti:-

  •   SABAR ATAS APA JUA BENTUK KESAKITAN - Kesakitan jasmani, rohani, jika kita sabar ia akan meningkatan nilai kualiti akhlak kita...

  •  TAHAN MENGHADAPI KEKASARAN ORANG LAIN DAN TETAP BERLAKU BAIK PADA MEREKA - Kekasaran berupa kata-kata kesat/kasar/umpatan manusia lain, perbuatan atau tingkah-laku manusia yang menyakitkan hati...

  •  DOAKAN ORANG-ORANG YANG BERSIKAP TIDAK BAIK PADA KITA -Antaranya  agar org tersebut diberikan taufik dan hidayah, menjadi orang yang bersyukur, ditambahkan  nikmat oleh ALLAH..
Jika kita mampu melepasi ketiga-tiga ujian ini itulah standard akhlak kita.. Subhanallah.. Saya kait sedikit dengan slot yang lain bilamana Ustazah ditanya tentang sikap kasar manusia yang berada disekitar kita (baik ahli keluarga mahupun rakan atau jiran)...

Jawab Ustazah, Rasulullah SAW yang patut kita contohi akhlaknya mempunyai 2 tanda kenabian, pertama lemah-lembut, kedua tidak bertambah kejahilan orang pada Baginda melainkan bertambah lunak baginda pada mereka....

Buat baik pada orang yang kasar/jahat dengan kita adalah akhlak Rasulullah SAW...Adakalanya kita dipertemukan dengan orang-orang yang bersikap kasar dengan kita kerana ia adalah antara cara Allah SWT ingin mendidik/ membancuh akhlak kita....

Orang Yang Dicintai ALLAH

Untuk peringatan diri sendiri, anak-anak dan keluarga serta pembaca blog ini... Dipetik dari FB Belajar Adab Adab Sunnah Rasulullah SAW

Ketika bersekolah di sekolah biasa dahulu saya langsung tidak terdedah  dengan hadis-hadis seperti ini.. melainkan apa yang terkandung dalam buku teks agama ..Maka tidak hairanlah jika kita lihat para pelajar berkejar-kejar untuk memasuki bidang pekerjaan untuk pelbagai tujuan, jauh dari mencapai tujuan dibawah (menjadi orang  yang dicintai Allah)  Jika kita renungkan maksudnya ia pasti mengalirkan airmata betapa dengan membaca hadis ini sahaja kita sudah dapat membayangkan sifat-sifat insan yang dicintai Allah SWT... Semoga dapat memberi manfaat buat kita bersama dalam mendidik diri, keluarga dan anak-anak.. Wallahu'alam..



Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

Orang yang paling dicintai oleh Allah ‘Azza wa jalla adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain. Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kesenangan yang diberikan kepada sesama muslim, menghilangkan kesusahannya, membayarkan hutangnya, atau menghilangkan rasa laparnya.

Sungguh, aku berjalan bersama salah seorang saudaraku untuk menunaikan keperluannya lebih aku sukai daripada beri’tikaf di masjid ini (Masjid Nabawi) sebulan lamanya. Barangsiapa berjalan bersama salah seorang saudaranya dalam rangka memenuhi kebutuhannya sampai selesai, maka Allah akan meneguhkan tapak kakinya pada hari ketika semua tapak kaki tergelincir.
...

Sesungguhnya akhlak yang buruk akan merusak amal sebagaimana cuka yang merusak madu.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Abid-Dunya dengan sanad hasan)

Friday, November 23, 2012

Tarikh lahir mengikut tahun Hijrah..

Assalammualaikum wbt..

Dah lama tak menulis, sibuk saja walaupun sekolah-sekolah dah  mula bercuti tapi Dar Hikmah dan PUSPETA masih mempunyai kelas hafazan hingga pukul 12 tengahari sehingga  7 Disember.. Along juga telah berpindah ke Baitul Hamalatil Quran kerana ingin menumpukan perhatian kepada pengajian tahfiz hingga tamat terlebih dahulu sebelum masuk ke medan pengajian untuk SPM 2 tahun dari sekarang..           In sya-ALLAH (pelik kan cara saya menulis perkataan ini, ini adalah ilmu baru yang saya dapati daripada Dr. Zakir Naik bahawa perkataan ini harus ditulis begini bagi memberikan maksud sebenar 'dengan izin ALLAH').. Mohon doa daripada semua pembaca blog ini agar Along dan adik-adiknya dapat berjaya menamatkan hafalan mereka dengan baik dan mampu menjaga Al-Quran itu sepanjang hayat mereka.. Doa saya juga buat semua yang berada dalam landasan yang sama..

Sekadar berkongsi ilmu agar kita mengambil tahu tahun Hijrah anak-anak kita dan kita sendiri  dilahirkan .. Sila check link ini Tarikh lahir mengikut tahun HIJRAH

Mungkin lepas ni kita boleh doa selamat pada hari kita dilahirkan mengikut tahun HIJRAH :)

Friday, November 2, 2012

Pendidikan Akhlak Dan penghayatannya Dalam Keluarga Part 3

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha... Sudah pasti ramai yang telah menunaikan puasa Hari Arafah pada hari sebelumnya dan kemudiannya menghidupkan malam Hari Raya Aidiladha... Antara pesanan Ustaz Yuti yang sama-sama menghidupkan petang hari 9 Zulhijjah di Surau ialah..

"Sesiapa yang menghidupkan malam kedua-dua hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) maka hatinya akan tetap hidup disaat-saat hati-hati manusia lain mati..."
Dan pada malam hari raya tersebut dengan izin ALLAH kami dibimbing oleh Ustaz Zuhir dan para pelajar Al-Quran wa Hadis  untuk sama-sama bertakbir, bertalbiah, beristighfar, serta menunaikan solat-solat sunat.. Setinggi-tinggi kesyukuran saya dan keluarga panjatkan atas program yang sangat istimewa ini.. Semoga ianya akan berterusan dan terus bersemarak Insya-ALLAH..

Kalau sebelum ini saya cuma memahami akan kepentingan puasa 9 Zulhijjah (hari Arafah) yang mana Nabi SAW juga apabila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, "ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya." (Riwayat Muslim)
matannya : ( يكفر السنة الماضية والباقية).
.

Tahun ini  saya bersyukur kerana telah disedarkan dengan ilmu yang berikutnya iaitu bilamana kita  berniat untuk melakukan Qurban maka kita disunatkan untuk tidak memotong kuku dan mana-mana rambut di badan bermula dari 1 Zulhijjah hinggalah berlakunya Qurban tersebut... Ustaz Yuti juga telah berkongsi ilmu tentang amalan yang baik untuk dibaca sepanjang 1-10 Zulhijjah serta wirid pada hari Arafah yang diambil dari Kitab Amalan Bulan Zulhijjah karangan Muhammad Fuad bin Kamaludin Al-Maliki. Insya-ALLAH saya akan cuba untuk  memasukkan dalam blog saya setelah discan untuk perkongsian.. Semoga ALLAH memanjangkan umur kita untuk sama-sama beramal pada 1-10 Zulhijjah dan melakukan ibadah Qurban di tahun akan datang...Insya-ALLAH..

Saya mengajak anak-anak dan suami untuk melancarkan tabung Qurban dan bersama-sama ini saya juga ingin mengajak pembaca blog ini untuk sama-sama melancarkan tabung Qurban iaitu dengan  menyediakan sebuah bekas yang mana bermula selepas Hari Raya Aidil Adha ini seluruh ahli keluarga sudah boleh mula menabung untuk tujuan perlaksanaan Qurban ditahun hadapan.. Sekurang-kurangnya 1 bahagian untuk satu keluarga dan bahagian itu diletakkan atas nama setiap ahli keluarga secara bergilir-gilir...

Hari ini saya ingin menyambung sedikit berdasarkan tajuk di atas iaitu

 "6 Kekuatan Yang Perlu Ada Pada Ibu-bapa/ Pendidik Untuk  Mendidik Akhlak Anak-Anak.."

1- Kekuatan ILMU: Kekuatan Ilmu pada ibu-bapa paling penting kerana ibu-bapa perlu mendidik dan membimbing dengan ilmu pengetahuan. Kesempurnaan IMAN adalah AKHLAK. Orang yang dekat dengan Rasulullah SAW di akhirat kelak adalah orang-orang yang punya AKHLAK terbaik.. Subhanallah..

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
 
 Sesungguhnya termasuk orang yang paling kucintai di antara kamu dan paling dekat tempat duduknya denganku pada hari kiamat adalah orang-orang yang paling baik akhlaqnya di antara kamu.

Dan sesungguhnya orang yang paling kubenci di antara kamu dan paling jauh tempat duduknya denganku pada hari kiamat adalah ats-tsartsarun(Banyak bicara sia sia), al-mutasyaddiqun(mengganggu), dan al-mutafaihiqun. Para sahabat berkata: “Wahai Rsulullah, kami telah mengetahui al-tsartsarun dan al-mutasyaddiqûn, tetapi apakah al-mutafaihiqûn? Beliau menjawab: “Orang-orang yang sombong”. (HR Tirmidzi, no. 2018)



2- Kekuatan latihan dan kebiasaan untuk bersifat tawadduk dan Qanaah / penguatkuasaan : Iaitu dengan membiasakan diri dengan sunnah Rasulullah SAW contohnya berwuduk sebelum tidur, solat witir sebelum tidur, solat dhuha, menggosok gigi pada setiap waktu solat ketika berwuduk dan lain-lain...  Tapi hari ini dah tak macam dulu, kita biasanya membiarkan anak-anak tidur lewat kerana menonton TV dan sebagainya.

Ustazah menceritakan tentang kisah Hassan Al-Banna dalam menunjukkan contoh tauladan tentang disiplin kepada anaknya.. "Suatu  hari Hassan Al-Banna berpesan kepada anaknya yang bernama Wafa' kalau saya tidak tersilap.. 'Wafa..Wafa.. Ayah nak tidur 7 minit saja, nanti selepas 7 minit tolong gerak ayah, ayah ada banyak kerja nak buat'.. Maka anaknya pun ke dapur untuk membuat air dan hanya setelah 10 minit baru dia teringat pesanan ayahnya.. Lalu cepat-cepat dia ke depan dan mendapati ayahnya sudah bangun dan meneruskan kerja-kerjanya.."... Subhanallah Moga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk menghayati sunnah Rasulullah SAW dan menjadi orang yang pertama mengamalkannya sebelum mengarahkan anak-anak kita untuk melakukannya...

3- Kekuatan Contoh Tauladan: Biarlah akhlak kita memberi nikmat kepada  orang lain.

4- Pengawasan/ Observation kepada anak-anak: Terutamanya terhadap akhlak anak-anak, kata Ustazah bagi anak-anak yang Sombong/ tidak belas kasihan/ suka bergaya, penawarnya suruh anak itu cuci tandas, cuci longkang...

5- Kekuatan Penghargaan: Pujian buat anak bersandarkan kepada Allah SWT.. Cthnya "Alhamdulillah  mak dapat anak yang soleh/solehah".

6- Tazkiyatun /Penyucian hati: Bila kita banyak  membenarkan anak-anak main game, maka ketika solat/ belajar, game itu akan terbayang-bayang.

Dalam kita marah-marahkan orang kafir kita sendiri  yang ambil produk ( game, movie yang membuka aurat/ bersifat kurafat dan syirik) mereka dan merosakkan anak-anak kita..

Wallahu'alam..

Insya-ALLAH akan saya sambung nanti..