Sunday, December 23, 2012

10 Penawar Segera Hati part 3

Hari ini Along berjanji untuk memasak dinner dan menu yang dipilihnya ialah Mee hoon Singapore.. Alhamdulillah sedap... :) Pandai anak ibu..

Saya sambung kembali saranan Ustazah dalam mengubat hati.. baru dua dalam entry yang lalu.. Ada lagi 8..

3 - Menjalin hubungan dengan orang soleh/ alim-ulama':- Bagaimana untuk melakukannya.. Tiada cara lain melainkan dengan datang ke  majlis-majlis ilmu... Aura pada wajah mereka, kelibat mereka adakalanya sudah cukup untuk memberikan kita ketenangan...

Contohnya Syeikh Ahmad Yasin.. Walaupun kita tak pernah dengar kata-katanya tapi dengan melihat keadaannya sudah cukup  untuk menjadi inspirasi buat kita.. Dalam keadaan diri beliau yang lumpuh, beliau langsung tak memberi alasan untuk menunaikan solat berjemaah 5 waktu dan berjuang di  jalan Allah..

Kata ustazah lagi, antara ciri-ciri orang yang masuk neraka ialah orang-orang yang selalu memberi pelbagai alasan untuk ke majlis ilmu.. jaga anak kecil.. biladah tua jaga cucu pula sampai ke akhirnya tak jumpa jalan untuk ke majlis ilmu.. sedangkan ciri-ciri orang yang masuk syurga ialah orang-orang yang semuanya mudah.. Insya-ALLAH sahaja jika diajak menghadiri  majlis ilmu...

4- Lazimi  wirid harian secara istiqamah, contohnya dengan membaca al-makthurat pagi dan petang..Antara cara untuk menilai kondisi hati kita tenang atau tidak ialah dengan melihat bagaimana kita memberikan hati kita pada Allah setiap hari.. Jika dalam hal melakukan solat wajib kita mengambil masa contohnya 1/2 jam ( berwuduk dengan sempurna, melakukan solat qabliah, solat zohor serta solat ba'diah) dan melakukan dengan tenang .. itulah kualiti hati kita yang tenang..

Tapi kalau kita punya hati yang tak tenang kita pecut 2 minit saja dah siap solat.. Sudahlah pecut, ketika solat tulah kita teringat kain tak angkat lagi di jemuran, teringat nak ambil anak di sekolah, nak  masaklah dan sebagainya...

Itulah yang berlaku tegur Ustazah,  kalau tengok Boliwood 2 1/2 jam pun tak apa.. tenang saja tapi kalau nak bagi hati  kita pada Allah nak cepat saja.. Nauzubillah..

5- Pastikan solat fardhu dilakukan dengan kusyuk.. Ketika itulah Allah akan berikan beberapa peratusan ketenangan hati pada kita..

6- Membaca sehelai mukasurat Al-Quran setiap hari penuh taddabur - Al-Quran ini adalah mukjizat Kubra yang paling agung...

Kita kadang-kadang tak sedar bahawa hati yang tak tenang itu sebenarnya bantuan Allah pada kita kerana kita jauh dari Al-Quran.. Kita amal tak doa yang berkait dengan Al-Quran ???? atau doa itu hanya meniti di bibir anak-anak kita saja... Doa itu mempunyai maksud yang sangat indah...

" Ya Allah rahmati aku dengan Al-Quran
Jadikan Al-Quran sebagai imam, petunjuk, cahaya, dan keberkatan dalam hidup kami...
Ya Allah aku ini pelupa, tolong ingatkan daku ya Allah.. Ajarkan kami yang jahil ini ya Allah...
Kurniakan aku kekuatan untuk membaca Al-Quran malam dan siang..
Jadikan ya Allah Al-Quran itu syafaat buatku di akhirat nanti.."

Apakah yang dimaksudkan dengan taddabur? Erti taddabur ialah merenung, belajar dan berfikir...

Nanti saya sambung perkongsian Ustazah tentang pengalaman Ustazah suatu masa dulu bilamana beliau pernah diuji dengan hati yang tidak tenang...

Friday, December 21, 2012

10 Penawar Segera Hati.. Part 2

Sebagai sambungan kepada 10 penawar hati yang disyarahkan Ustazah..Saya mula dengan penawar yang pertama..Dan buat entry ini saya akan senaraikan 2 darinya.. Semoga kita sama-sama dapat mengamalkannya dalam kehidupan kita sebagai seorang ibu, isteri, khalifah, pendidik dan segala-galanya...

1- Bangun waktu menjelang fajar untuk beristigfar.. Bukan hanya sekadar bangun untuk tahajud tetapi jangan lupa untuk beristigfar memohon ampun kepada Allah SWT, walau hati sedih, kecewa atau apa pun pastikan kita bersama rombongan yang memohon ampun pada waktu sahur...

Angkatlah tangan memohon ampun  kepada Allah seperti doa yang Ustazah sebutkan

"Ya ALLAH ampunkan segala dosa-dosaku, janji yang aku mungkiri, amanah yang aku khianati, ampunkan ya ALLAH sekian banyak nikmatMu yang tak aku syukuri, ampunkan ya ALLAH segala ujian yang aku tak sabar menempuhinya sedangkan ujian-ujian itu Kau timpakan kepadaku untuk mengangkat darjatku sekiranya aku sabar terhadapnya... Ampunkan ya ALLAH segala perkataanku, amalanku, perbuatanku yang tak aku jadikan Kau sebagai tujuanku..."

Pada waktu sahur, saksi amalan kita bukan orang sembarangan tetapi Malaikat... Sekiranya jiwa kita tak tenang, kita tak boleh memberi tetapi sentiasa menagih daripada orang.. menagih perhatian, kasih, cinta, perhatian dan sebagainya.. tapi jika jiwa kita tenang kita akan memberi dan terus memberi tanpa mengharapkan apa-apa balasan dari si penerima....

Mari kita raikan hadis Rasululullah SAW yang bermaksud:-

Satu ketika Rasulullah SAW memberi wasiat kepada anakanda kesayangan Baginda iaitu Fatimah.Nilai hadiah/wasiat ini tak boleh dibeli oleh dunia.. Wasiat itu berbunyi: 'Wahai Fatimah mahukah kamu aku wasiatkan sesuatu.. bacalah di pagi dan petang hari.. "Ya Haiyyu (Wahai Tuhan yang Maha Hidup Kekal), ya Qayyum (Wahai Tuhan yang Maha Mengurus Segala Sesuatu).. aku nak minta tolong dengan kasih-sayangMu... Tolong perbaiki segala urusan hidup ku.. sebagai seorang ibu, isteri, pendidik dll..Perbaikilah segala-galanya.. umur ku, masa ku, akhlak ku, ilmu ku, ibadah ku... Jangan Ya ALLAH, Kau serahkan aku pada diriku sendiri walaupun pada kadar sekelip mata...

Doa ini boleh kita dapati dalam Al-makthurat (himpunan doa zikir dari Al-Quran dan Hadis).. Bacalah 3-4 kali pada waktu pagi dan petang..Mungkin selama ini kita selalu baca tapi tak pernah menghayatinya..  Betapa besarnya maksud doa ini.. umpama seorang ibu atau bapa yang berkata pada seorang anak 'Lantaklah apa nak jadi ...', Nauzubillah... jangan sampai Allah buat pada kita seperti itu (mohon keampunan, sesungguhnya zat Allah itu jauh dari sifat manusia, makhlukNya yang lemah).. Jangan sampai Allah kata pada kita.. "Tak apalah wahai hambaKu, kalau kamu rasa dengan ilmu yang kamu ada, dengan gelaran Dr hasil kajian pHd tentang pendidikan anak yang kamu ada,  kamu dah rasa cukup bijak nak didik anak kamu.. dll"

Sesungguhnya tanpa campur tangan Allah dalam kehidupan ini mana mungkin kejayaan dalam mendidik anak, sebagai isteri/suami solehah, mencari ilmu dsb dapat kita lakukan dengan sebaiknya.. Kita hanyalah pentadbir tapi Allah adalah pentakdir...



2- Berikan sedikit masa harian anda untuk menyendiri dan bertafakur bermuhasabah diri.. Walau sekadar 5  minit. Saya gariskan perkataan harian kerana Ustazah menekankan bahawa ia harus dilakukan setiap hari bukan setiap minggu/ bulan / tahun.. Implikasinya sangat luar biasa. Selepas solat Isya' contohnya kita ambil sedikit masa untuk bertafakur, merenung dan menghisab diri sebelum diri kita dihisab oleh Allah SWT.. 5 minit yang kita peruntukkan untuk Allah itu berkatnya 50 tahun.. Contohnya bila kita hisab diri kita.. kurangnya sedekah yang kita lakukan dan berazam untuk membanyakkan lagi sedekah.. Kadangkala kita berada dalam kesempitan hidup.. dan dalam Al-Quran cakap "kalau kamu sempit rezeki, keluarkan apa yang kamu ada .. itulah rahsia keberkatan untuk membanyakkan rezeki.." Subhanallah... 

Jika kita rajin bertafakur, banyak yang Allah akan tunjuk pada kita.. Jika kita tidak bertafakur, kita akan asyik nampak kesilapan orang tapi tak nampak kesilapan diri sendiri..

Tanya Ustazah "Bila kali terakhir kita peluk diri sendiri???" dan mengajak kami semua memeluk diri sendiri... Masya-ALLAH...Satu perasaan yang sukar saya gambarkan hadir dalam diri saya ketika itu... Serasakan ingin mengalirkan air mata kerana betapa saban waktu kita terkejar-kejar sebagai seorang ibu, isteri, pekerja dan sebagainya untuk melakukan segala-galanya untuk anak-anak, suami dan orang lain hingga terlupa pada diri sendiri..Ustazah mengajak kami berkata pada diri bilamana memeluk diri sendiri dengan kata-kata yang sangat menyentuh hati...

" Ya Allah, inilah aku yang telah menerima tanggungjawab daripadaMu ya Allah.. Tubuh yang aku peluk ini harus tunaikan amanah-amanah itu sebaiknya .. dan aku tak akan hantar tubuh ini ke nerakaMu ya Allah.. Jangan sampai aku terlupa dengan diri aku ya Allah..."

Maka marilah kita bertafakur untuk mencari keredhaan Allah. Agar kita dekat dengan kebenaran dan jauh daripada kemurkaan Allah.. Pesan Ustazah sekiranya ada masalah dengan suami, anak-anak, jiran, sahabat dll jangan kita respon dulu.. tapi ambillah masa untuk bertafakur/ berhenti sejenak dan berdoa dengan doa..

"Ya Allah, Tunjukkan kami apa yang benar itu benar dan rezekikan kami untuk mengikut jalan yang benar itu... Tunjukkan kami apa yang salah itu salah dan rezekikan kami untuk menjauhi jalan yang salah itu.."

Nasihat Ustazah, contohnya bila kita ada anak remaja.. kita harus jadi pendengar yang baik jangan sampai anak kita cari orang lain untuk jadi mendengar.. Di ketika itu,  kita akan kehilangan anak itu... Begitu juga sebagai suami/isteri...

Tuesday, December 18, 2012

10 Penawar Segera Hati... Part 1

Betapa saya rindu untuk menulis tapi dek kerana kesibukan menguruskan pelbagai hal rumahtangga dan kerjaya tambah-tambah lagi di musim cuti sekolah sebegini... Masya-ALLAH rasanya mahu membeli masa-masa mereka yang membuang-buang masa dengan sia-sia...

15 Dec yang lalu di Masjid Ridhuan berlangsung "Ladies Day Special" - Wanita & Hijrah bermula dari Qiamullail hingga ke Isya' dengan barisan asatizah..memberikan kuliah pada setiap selang waktu 2-3 jam.. Ia merupakan sambungan kepada rally ilmu yang berlangsung pada Nov lepas yang bertajuk "Ustaz Sayang Anda" 

Saya hadir ketika Kuliah Dhuha Ustazah Norhafizah pada pukul 9 pagi.. Terlepas Kuliah Ust syed Nor Hisyam Tuan Padang selepas Subuh.. Semuanya gara-gara tersilap  membaca masa yang terpapar pada banner..

Perkongsian Ust Norhafizah pada pagi itu umpama jawapan yang saya harap-harapkan hadir di saat hati ini tidak tenteram disebabkan oleh ujian - ujian kecil yang melanda.. Ia umpama jawapan daripada Allah SWT yang diilhamkan kepada Ustazah untuk disampaikan kepada saya hambanya yang kerdil ini... Tajuknya.. 10 Penawar Segera Hati..

Ustazah mengajak kita merenung satu hadis Nabi SAW yang bermaksud.. (lebih kurang begini)..

" Wahai manusia jadilah 4 golongan manusia, jadi seperti keempat-empat golongan tersebut atau salah satu dari golongan tersebut.. Jangan jadi golongan kelima kerana kamu akan binasa"

Sekiranya ada antara pembaca yang mendengar slot Usrati pada Jumaat 14 Dec, Ustazah juga menyentuh isu yang sama..Nantikan sambungannya pada 21 Dec nanti pukul 10 pagi di Radio IKIM..

Mari kita lihat apa pesan Nabi SAW
Golongan 1:- Jadilah kamu orang ALIM - orang yang takut dengan Allah, rajin beribadah,  peka agar tidak membuat maksiat kepada Allah. faham ilmu ugama dan mampu mengajar orang lain..

Jika tak mampu .. jadilah

Golongan 2:- Jadilah kamu golongan Muta'aliman - orang yang belajar (penuntut ilmu)

Jika tak mampu juga .. jadilah..

Golongan 3:- Jadilah kamu golongan Mustami'an - Orang yang suka mendengar (jangan jadi orang yang ada telinga tapi tidak mendengar)

Kalau tak mampu juga.. jadilah

Golongan 4:- Jadilah kamu golongan Muhibban - golongan pencinta ilmu, pencinta alim-ulama' .. Ada orang yang suka menganjur majlis ilmu, masa majlis ilmu sedang berjalan dia pula sebok menjaga makanan dan minuman.. lebih kurang macam tulah kata Ustazah, dia bukan alim, tak belajar, tak mendengar tapi cintakan majlis ilmu dan menyokongnya..

Jangan jadi Golongan ke 5 kamu akan binasa.. Siapa golongan ke 5 ni?? Golongan ke 5 ialah orang-orang yang langsung tidak tersenarai dalam golongan 1 - 4 diatas ..Nauzubillah...

Berbalik kepada tajuk 10 Penawar Segera Hati tadi kata Ustazah ianya adalah transformasi hijrah hati agar lebih tenang dan kalau kita buat Insya-ALLAH boleh rasa tenang, hidup lebih terarah.. Dalam tubuh seseorang ada segumpal darah.. Kalau ia baik maka keseluruhan peribadi seseorang itu akan baik.. cakapnya baik, perbuatannya baik serta fikirannya juga baik... tapi kalau segumpal daging ini sakit atau mati maka seluruh yang dipamerkannya adalah buruk.. Kita akan rasa sakit hati bila bercakap dengannya dan dia juga sanggup melakukan hal-hal yang haram tanpa rasa berdosa..

Seorang Kiyai dari Indonesia pernah berkata.. Dalam hidup ini apa yang dipamerkan adalah daripada hati ke hati... Apa sahaja tindakan yang keluar datang dari hati.. Contohnya bila seseorang menggunakan jari telunjuk untuk menunjuk ke arah kita, hati kita akan merasa bahawa kasarnya tindakannya, berbanding jika dia menunjuk ke arah kita menggunakan ibu jari, hati kita akan merasa lebih selesa.. Apatah lagi jika orang itu mengunjukkan seluruh jarinya ke arah kita sambil mempersilakan kita.. Hati kita akan merasa lebih dihormati .. Subhanallah ia perumpamaan ringkas yang mana jika kita fikirkan jari-jari itu langsung tak kena pada perut pada badan kita tapi kita mampu merasakan perasaan yang berbeza-beza jauh di sudut hati kita yang paling dalam...

Untuk melakukannya kita memerlukan kualiti hati yang terbaik.. Kita takkan mampu memberikan yang terbaik jika hati kita tidak kita sucikan .. Dan itulah 10 penawar hati bagi menyucikan hati kita yang akan saya sambung nanti kerana terlalu panjang untuk saya tuliskan dalam satu entry...

Thursday, November 29, 2012

Rawatan Diabetik Mengikut Amalan Sunnah...

Alhamdulillah .. Dengan izin ALLAH saya sempat mengikuti kuliah Ustaz Abdullah Mahmud yang bertajuk Alam Roh baru-baru ini.. Tapi apa yang saya ingin sentuh bukannya tajuk tersebut tetapi berkaitan tajuk yang pernah saya  sebut sebelum  ini iaitu (lihat link dibawah)

Kelebihan Minum Air Kosong - Amalan Rasulullah SAW

Menurut Ustaz Abdullah yang juga merupakan antara pengamal perubatan Islam, beliau telah mengamalkan amalan sunnah meminum air selepas bangun tidur (sebelum menggosok gigi) semenjak berusia 20-an.. Sekarang umur beliau  sudah mencapai 50 tahun lebih dan Alhamdulillah tidak menghidap sebarang penyakit berbanding rakan-rakan sebayanya yang rata-ratanya telah diserang oleh pelbagai penyakit...

Ustaz Abdullah juga menjelaskan antara amalan Rasulullah SAW juga iaitu mencampurkan sedikit madu dalam air tersebut 3 hari dalam sebulan.. Pesan Ustaz, apa sahaja makanan tidak boleh diambil lebih daripada 3 hari berturut-turut.. dan beliau sendiri mengamalkan mencampur madu pada setiap hari Isnin dan Khamis.. Bila saya berkongsi ilmu kelebihan minum air kosong tempohari, saya sangat teruja kerana itulah kali pertama saya membaca fakta sedemikian rupa.. Alhamdulillah Allah mengizinkan saya untuk mendengar penjelasan daripada Ustaz Abdullah yang mengamalkan sebagaimana yang disebut didalam fakta tersebut..

Antara petua lain yang dikongsi Ustaz yang mungkin boleh membantu mereka yang kita kenali diluar sana ialah petua menurunkan paras gula dalam darah.. Sememangnya terdapat kes-kes dimana seseorang penghidap penyakit diabetes walaupun telah diberikan ubat dan mengawal makan masih tinggi bacaan gula mereka...Ia juga boleh diamalkan oleh mereka yang mempunyai paras gula yang berada pada paras 'border line'..

Kaedahnya,

1- Ambil kunyit  lebih kurang 2 inci, diblend dengan segelas air dan ditapis airnya.
2- Masukkan hanya kuning telur (telur ayam kampung) ke dalam air kunyit yang ditapis tadi.
3- Campurkan 1/2 sudu madu dan minum ketika bangun pagi (sebelum menggosok gigi), seperti kaedah minum air kosong juga.
4- Lakukan selama 3 hari berturut-turut dan boleh diulang di minggu hadapan atau minggu yang lain (sekiranya perlu) setelah diuji paras gula di dalam darah menggunakan  glukometer..

Kata ustaz lagi antara hikmah minum sebelum menggosok gigi adalah enzim-enzim yang terdapat dalam air liur ketika kita bangun daripada tidur tersebut yang bertindakbalas dengan enzim -enzim di dalam perut dan kemudiannya menjadi antara punca rawatan bagi penyakit... Wallahu'alam ..Selamat mencuba !!!

Pendidikan Akhlak Dan penghayatannya Dalam Keluarga Part 4

Sebagai penutup kepada tajuk ini saya sekadar ingin berkongsi kata-kata atau nasihat daripada Ustazah kepada berdasarkan pada persoalan pendengar rancangan slot Usrati pada hari tersebut untuk kita jadikan panduan.. :-

a) Bilamana kita berakhlak dengan akhlak yang tidak disukai ALLAH seperti keras hati, tidak  menghiraukan majlis-majlis ilmu, tidak menutup aurat dan sebagainya ingatlah kesannya nanti adalah pada zuriat keturunan kita (anak-anak, cucu serta keturunan semuanya menjadi golongan yang jauh daripada ALLAH).. Oleh itu kata Ustazah, kalaupun kita tak sayang pada diri sendiri, sayangilah zuriat keturunan kita... Berubahlah kepada yang lebih baik..

b) Penggunaan internet, twitter, FB, game  dan sebagainya perlu dikawal. Kita sebagai ibu-bapa sepatutnya merasa cemburu bila anak-anak lebih memberi perhatian kepada 'gadget-gadget' ini lebih daripada kesukaan bercakap dan melihat kita dengan pandangan hormat dan kasih-sayang. Kata ustazah, mak ayah bila tengok anak-anak yang menggembirakan hatinya akan mendapat pahala manakala bila anak-anak melihat ibu-bapa dengan pandangan kasih-sayang, dia akan beroleh pahala haji mabrur. Masha-ALLAH..

c) Pesan ustazah lagi biarlah kita susah sekarang dalam mendidik akhlak diri, keluarga dan anak-anak daripada mengutip kerosakan di masa hadapan...

d) Standard akhlak kita perlu melalui 3 ujian kualiti:-

  •   SABAR ATAS APA JUA BENTUK KESAKITAN - Kesakitan jasmani, rohani, jika kita sabar ia akan meningkatan nilai kualiti akhlak kita...

  •  TAHAN MENGHADAPI KEKASARAN ORANG LAIN DAN TETAP BERLAKU BAIK PADA MEREKA - Kekasaran berupa kata-kata kesat/kasar/umpatan manusia lain, perbuatan atau tingkah-laku manusia yang menyakitkan hati...

  •  DOAKAN ORANG-ORANG YANG BERSIKAP TIDAK BAIK PADA KITA -Antaranya  agar org tersebut diberikan taufik dan hidayah, menjadi orang yang bersyukur, ditambahkan  nikmat oleh ALLAH..
Jika kita mampu melepasi ketiga-tiga ujian ini itulah standard akhlak kita.. Subhanallah.. Saya kait sedikit dengan slot yang lain bilamana Ustazah ditanya tentang sikap kasar manusia yang berada disekitar kita (baik ahli keluarga mahupun rakan atau jiran)...

Jawab Ustazah, Rasulullah SAW yang patut kita contohi akhlaknya mempunyai 2 tanda kenabian, pertama lemah-lembut, kedua tidak bertambah kejahilan orang pada Baginda melainkan bertambah lunak baginda pada mereka....

Buat baik pada orang yang kasar/jahat dengan kita adalah akhlak Rasulullah SAW...Adakalanya kita dipertemukan dengan orang-orang yang bersikap kasar dengan kita kerana ia adalah antara cara Allah SWT ingin mendidik/ membancuh akhlak kita....

Orang Yang Dicintai ALLAH

Untuk peringatan diri sendiri, anak-anak dan keluarga serta pembaca blog ini... Dipetik dari FB Belajar Adab Adab Sunnah Rasulullah SAW

Ketika bersekolah di sekolah biasa dahulu saya langsung tidak terdedah  dengan hadis-hadis seperti ini.. melainkan apa yang terkandung dalam buku teks agama ..Maka tidak hairanlah jika kita lihat para pelajar berkejar-kejar untuk memasuki bidang pekerjaan untuk pelbagai tujuan, jauh dari mencapai tujuan dibawah (menjadi orang  yang dicintai Allah)  Jika kita renungkan maksudnya ia pasti mengalirkan airmata betapa dengan membaca hadis ini sahaja kita sudah dapat membayangkan sifat-sifat insan yang dicintai Allah SWT... Semoga dapat memberi manfaat buat kita bersama dalam mendidik diri, keluarga dan anak-anak.. Wallahu'alam..



Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

Orang yang paling dicintai oleh Allah ‘Azza wa jalla adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain. Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kesenangan yang diberikan kepada sesama muslim, menghilangkan kesusahannya, membayarkan hutangnya, atau menghilangkan rasa laparnya.

Sungguh, aku berjalan bersama salah seorang saudaraku untuk menunaikan keperluannya lebih aku sukai daripada beri’tikaf di masjid ini (Masjid Nabawi) sebulan lamanya. Barangsiapa berjalan bersama salah seorang saudaranya dalam rangka memenuhi kebutuhannya sampai selesai, maka Allah akan meneguhkan tapak kakinya pada hari ketika semua tapak kaki tergelincir.
...

Sesungguhnya akhlak yang buruk akan merusak amal sebagaimana cuka yang merusak madu.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Abid-Dunya dengan sanad hasan)

Friday, November 23, 2012

Tarikh lahir mengikut tahun Hijrah..

Assalammualaikum wbt..

Dah lama tak menulis, sibuk saja walaupun sekolah-sekolah dah  mula bercuti tapi Dar Hikmah dan PUSPETA masih mempunyai kelas hafazan hingga pukul 12 tengahari sehingga  7 Disember.. Along juga telah berpindah ke Baitul Hamalatil Quran kerana ingin menumpukan perhatian kepada pengajian tahfiz hingga tamat terlebih dahulu sebelum masuk ke medan pengajian untuk SPM 2 tahun dari sekarang..           In sya-ALLAH (pelik kan cara saya menulis perkataan ini, ini adalah ilmu baru yang saya dapati daripada Dr. Zakir Naik bahawa perkataan ini harus ditulis begini bagi memberikan maksud sebenar 'dengan izin ALLAH').. Mohon doa daripada semua pembaca blog ini agar Along dan adik-adiknya dapat berjaya menamatkan hafalan mereka dengan baik dan mampu menjaga Al-Quran itu sepanjang hayat mereka.. Doa saya juga buat semua yang berada dalam landasan yang sama..

Sekadar berkongsi ilmu agar kita mengambil tahu tahun Hijrah anak-anak kita dan kita sendiri  dilahirkan .. Sila check link ini Tarikh lahir mengikut tahun HIJRAH

Mungkin lepas ni kita boleh doa selamat pada hari kita dilahirkan mengikut tahun HIJRAH :)

Friday, November 2, 2012

Pendidikan Akhlak Dan penghayatannya Dalam Keluarga Part 3

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha... Sudah pasti ramai yang telah menunaikan puasa Hari Arafah pada hari sebelumnya dan kemudiannya menghidupkan malam Hari Raya Aidiladha... Antara pesanan Ustaz Yuti yang sama-sama menghidupkan petang hari 9 Zulhijjah di Surau ialah..

"Sesiapa yang menghidupkan malam kedua-dua hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) maka hatinya akan tetap hidup disaat-saat hati-hati manusia lain mati..."
Dan pada malam hari raya tersebut dengan izin ALLAH kami dibimbing oleh Ustaz Zuhir dan para pelajar Al-Quran wa Hadis  untuk sama-sama bertakbir, bertalbiah, beristighfar, serta menunaikan solat-solat sunat.. Setinggi-tinggi kesyukuran saya dan keluarga panjatkan atas program yang sangat istimewa ini.. Semoga ianya akan berterusan dan terus bersemarak Insya-ALLAH..

Kalau sebelum ini saya cuma memahami akan kepentingan puasa 9 Zulhijjah (hari Arafah) yang mana Nabi SAW juga apabila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, "ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya." (Riwayat Muslim)
matannya : ( يكفر السنة الماضية والباقية).
.

Tahun ini  saya bersyukur kerana telah disedarkan dengan ilmu yang berikutnya iaitu bilamana kita  berniat untuk melakukan Qurban maka kita disunatkan untuk tidak memotong kuku dan mana-mana rambut di badan bermula dari 1 Zulhijjah hinggalah berlakunya Qurban tersebut... Ustaz Yuti juga telah berkongsi ilmu tentang amalan yang baik untuk dibaca sepanjang 1-10 Zulhijjah serta wirid pada hari Arafah yang diambil dari Kitab Amalan Bulan Zulhijjah karangan Muhammad Fuad bin Kamaludin Al-Maliki. Insya-ALLAH saya akan cuba untuk  memasukkan dalam blog saya setelah discan untuk perkongsian.. Semoga ALLAH memanjangkan umur kita untuk sama-sama beramal pada 1-10 Zulhijjah dan melakukan ibadah Qurban di tahun akan datang...Insya-ALLAH..

Saya mengajak anak-anak dan suami untuk melancarkan tabung Qurban dan bersama-sama ini saya juga ingin mengajak pembaca blog ini untuk sama-sama melancarkan tabung Qurban iaitu dengan  menyediakan sebuah bekas yang mana bermula selepas Hari Raya Aidil Adha ini seluruh ahli keluarga sudah boleh mula menabung untuk tujuan perlaksanaan Qurban ditahun hadapan.. Sekurang-kurangnya 1 bahagian untuk satu keluarga dan bahagian itu diletakkan atas nama setiap ahli keluarga secara bergilir-gilir...

Hari ini saya ingin menyambung sedikit berdasarkan tajuk di atas iaitu

 "6 Kekuatan Yang Perlu Ada Pada Ibu-bapa/ Pendidik Untuk  Mendidik Akhlak Anak-Anak.."

1- Kekuatan ILMU: Kekuatan Ilmu pada ibu-bapa paling penting kerana ibu-bapa perlu mendidik dan membimbing dengan ilmu pengetahuan. Kesempurnaan IMAN adalah AKHLAK. Orang yang dekat dengan Rasulullah SAW di akhirat kelak adalah orang-orang yang punya AKHLAK terbaik.. Subhanallah..

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
 
 Sesungguhnya termasuk orang yang paling kucintai di antara kamu dan paling dekat tempat duduknya denganku pada hari kiamat adalah orang-orang yang paling baik akhlaqnya di antara kamu.

Dan sesungguhnya orang yang paling kubenci di antara kamu dan paling jauh tempat duduknya denganku pada hari kiamat adalah ats-tsartsarun(Banyak bicara sia sia), al-mutasyaddiqun(mengganggu), dan al-mutafaihiqun. Para sahabat berkata: “Wahai Rsulullah, kami telah mengetahui al-tsartsarun dan al-mutasyaddiqûn, tetapi apakah al-mutafaihiqûn? Beliau menjawab: “Orang-orang yang sombong”. (HR Tirmidzi, no. 2018)



2- Kekuatan latihan dan kebiasaan untuk bersifat tawadduk dan Qanaah / penguatkuasaan : Iaitu dengan membiasakan diri dengan sunnah Rasulullah SAW contohnya berwuduk sebelum tidur, solat witir sebelum tidur, solat dhuha, menggosok gigi pada setiap waktu solat ketika berwuduk dan lain-lain...  Tapi hari ini dah tak macam dulu, kita biasanya membiarkan anak-anak tidur lewat kerana menonton TV dan sebagainya.

Ustazah menceritakan tentang kisah Hassan Al-Banna dalam menunjukkan contoh tauladan tentang disiplin kepada anaknya.. "Suatu  hari Hassan Al-Banna berpesan kepada anaknya yang bernama Wafa' kalau saya tidak tersilap.. 'Wafa..Wafa.. Ayah nak tidur 7 minit saja, nanti selepas 7 minit tolong gerak ayah, ayah ada banyak kerja nak buat'.. Maka anaknya pun ke dapur untuk membuat air dan hanya setelah 10 minit baru dia teringat pesanan ayahnya.. Lalu cepat-cepat dia ke depan dan mendapati ayahnya sudah bangun dan meneruskan kerja-kerjanya.."... Subhanallah Moga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk menghayati sunnah Rasulullah SAW dan menjadi orang yang pertama mengamalkannya sebelum mengarahkan anak-anak kita untuk melakukannya...

3- Kekuatan Contoh Tauladan: Biarlah akhlak kita memberi nikmat kepada  orang lain.

4- Pengawasan/ Observation kepada anak-anak: Terutamanya terhadap akhlak anak-anak, kata Ustazah bagi anak-anak yang Sombong/ tidak belas kasihan/ suka bergaya, penawarnya suruh anak itu cuci tandas, cuci longkang...

5- Kekuatan Penghargaan: Pujian buat anak bersandarkan kepada Allah SWT.. Cthnya "Alhamdulillah  mak dapat anak yang soleh/solehah".

6- Tazkiyatun /Penyucian hati: Bila kita banyak  membenarkan anak-anak main game, maka ketika solat/ belajar, game itu akan terbayang-bayang.

Dalam kita marah-marahkan orang kafir kita sendiri  yang ambil produk ( game, movie yang membuka aurat/ bersifat kurafat dan syirik) mereka dan merosakkan anak-anak kita..

Wallahu'alam..

Insya-ALLAH akan saya sambung nanti..

Saturday, October 20, 2012

Pendidikan Akhlak Dan penghayatannya Dalam Keluarga Part 2

Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan untuk menyambung perkongsian saya tentang tajuk di atas berdasarkan apa yang disyarahkan oleh Ustazah Norhafizah dalam slot Usrati ..

Anak adalah cerminan AKHLAK IBU-BAPA... Bilamana ada sifat-sifat tak baik dalam diri anak-anak, sebelum kita marah dan tegur mereka, lihat apa yang kita telah tonjolkan ..

Orang-orang soleh dahulu sentiasa berpesan jika ingin mencari fukaha'/ulama' untuk dijadikan guru kepada anak-anak carilah yang tinggi nilai  akhlaknya bukan hanya sekadar tinggi dari sudut ilmunya.. Inilah yang kita harus praktikkan di abad ini..

Pesan Ustazah.. Wahai ibu/ayah ataupun pendidik , disamping mengejar silibus sukatan matapelajaran yang nak dihabiskan secepat mungkin, perhatikan juga dari sudut akhlak anak-anak itu sendiri...

Ustazah menyenaraikan apa yang dikatakan sebagai Ciri -Ciri Akhlak Islamiyah:-

1- Sifat yang lahir daripada keimanan yang tinggi kepada  ALLAH = Akhlak Islamiyah/ Akhlak Mahmudah (Sifat pemaaf, pemurah, adil, dan lain-lain akhlak mulia yang membawa kepada hati yang bersih, tenang dan sifat sopan-santun)

2 - Keindahan budi pekerti semata-mata kerana ALLAH S.W.T. untuk meraih perhatian ALLAH, bukan mengharapkan  pujian atau matlamat duniawi.

3 -Kita tidak punya kekuatan untuk berakhlak mulia melainkan dengan izin ALLAH.. Antara maksud dalam surah Ali-Imran:
"Maka dengan rahmat ALLAH padamulah kamu berlaku lemah-lembut pada mereka"

Kelembutan itu sendiri adalah tanda rahmat dari ALLAH SWT. Akhlak itu lahir daripada dalam.. keadaan hati yang tetap dengan kesucian jiwa lalu lahirlah yang indah-indah...

Pesan ustazah lagi antara akhlak dan akademik... akademik jatuh no. 2 dan akhlak jatuh no. 1. Berapa lama kita sebagai ibu-bapa nak didik akhlak anak ??? Jawapannya.. SEPANJANG HAYAT...kita perlu didik akhlak anak-anak kita demi mencari keredhaan ALLAH SWT... Cantiknya pesanan ustazah Masha-ALLAH, saya sendiri tak pernah terfikir akan hal ini.. Sebelum ini saya sering mendengar kata-kata bahawa anak-anak perempuan selepas kahwin maka beralihlah tanggungjawab mendidik kepada sang suami rupa-rupanya indahnya Islam ini yang contoh dalam pendidikan akhlak terhadap anak-anak selepas berkahwin ini ditunjukkan sendiri oleh Rasulullah SAW serta  para sahabat Baginda dan kita sendiri terlupa untuk menghayatinya...

Insya-ALLAH saya akan sambung tentang apa yang diperlukan oleh ibu-bapa dalam mendidik akhlak anak-anak..



Thursday, October 18, 2012

10 things to hand down to your daughter

Saya bertemu satu catatan yang sangat menarik dalam FB Understanding Islam iaitu 10 perkara bijak yang boleh anda hadiahkan pada anak perempuan anda... Yang paling istimewa buat saya adalah pada no ke 2..kerana ia sungguh unik dan istimewa berbanding senarai-senarai lain yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.. Sepanjang perjalanan saya dalam berusaha dan istiqamah dalam menjadikan semua anak-anak baik perempuan mahupun lelaki sebagai penghafal Al-Quran inilah cabaran terbesar buat para ibu.. Tidak semua ibu yang rata-ratanya mempunyai niat yang sama mampu melakukan hal ini (mendengar hafalan anak selama 2-3 jam sehari atau membantunya dengan hafalan baru..) Kebanyakannya hanya melepaskan pada guru-guru dan tenaga pengajar sedangkan ia merupakan perkara yang boleh menjadi saham terbesar di alam barzakh nanti iaitu.. "ilmu yang bermanfaat yang kita laburkan masa kita walaupun sekejap tetapi selagi mana anak-anak itu membaca Al-Quran pahalanya akan terus mengalir kepada kita".. Saya sering teringat kata-kata Pn Lina dalam blognya bahawa berebut-rebutlah kita untuk mendapat pahala dengan istiqamah mengajar anak sendiri ketika mereka di rumah janganlah kita biarkan guru-guru mereka sahaja yg mendapat pahala itu...
Semoga arwah atuk saya yang mula-mula mengajar saya bacaan Bismillah dan Al-Fatihah ketika berusia 5 tahun begitu juga arwah nenek yang selalu menghantar saya ke rumah-rumah guru-guru mengaji saya ketika dikampung, abah yang mengajar bacaan dalam solat dan mummy yang menjadi guru mengaji saya suatu ketika dulu akan beroleh pahala yang mengalir itu selagi mana saya terus istiqamah mendidik anak dengan Al-Quran... Semoga Allah SWT memberikan kita  kesabaran dan istiqamah dalam mendidik anak dengan Al-Quran insya-ALLAH.. 

‎10 things to hand down to your daughter

Dear Members, As Salaamu Alaikum

Today will share with you 10 wise things which you can gift to your daughter.
...


(1) Knowledge of and love for Allah Subhanahu wa Ta'ala and His Deen (Islam):
This is one of the most precious and enduring gifts you can pass down to your daughter, one that will benefit her in this life and the next.

(2) Memorization of the Quran:
No matter how little you have memorized yourself, push your daughter to memorize as much as she can. Encourage her and help her to revise. It will stand her in good stead in her life and will be a source of reward for you after your death as well.


(3) A good example of Muslim womanhood:
Most girls look to their mothers for Guidance. Embody the characteristics of a strong, faithful Muslimah and she will be inspired to follow your example.


(4) A sense of self-worth and self-esteem:
Instill a sense of confidence in your child by encouraging her skills, talents and personality to develop. Make her feel secure in her identity and show her that she is loved and appreciated. This will have a positive impact on her future relationships and how she interacts with the world.


(5) A sense of modesty:
Instill a love for Hijab in your daughter and encourage her to be modest, never boastful or conceited, in all areas of her life.


(6) Your language:
If you speak Arabic be sure to teach it to her so that she has the key to the understanding of the Quran. Also, if you have a mother tongue or speak a second language yourself, pass it on: a second or third language is always an asset, whether in study, work or social environment.


(7) A skill that you have:
If you are an avid gardener, knitter or love painting, pass your skill onto your daughter. With so many traditional skills being lost in today’s fast-paced world, you owe it to her to share your knowledge and pass it on to the next generation.


(8) Your favorite recipes:
Yes, teach your daughter how to cook! Be it from a cookbook, an original recipe or passed down from your mother or even your grandmother, we all have our own trademark recipes: pass them on to your daughter and encourage her to develop some specialties of her own.


(9) Housekeeping skills:
Instill good housekeeping habits in all your children and encourage them to take pride in a neat and tidy home. Pass any tricks or shortcuts on so that your daughter is well-equipped when she has a home of her own.


(10) Your family history:
Give her a sense of her roots and heritage by sharing your family story with her. Acquaint her with her family tree and teach her the lessons learned by the different generations. Hopefully, she will do the same with her children, In sha Allah.

LABBAYK ALLAAHUMMA LABBAYK ~S~

L

Sunday, October 14, 2012

Why the Tawaf around the Ka’aba is “Anticlockwise”?

Sebelum saya menyambung tulisan yang lalu izinkan saya berkongsi satu fakta tentang  'Mengapa kita melakukan tawaf berlawan dengan arah jam' dari  sudut sains..yang saya copy dari 'Understanding Islam-FB'

Why the Tawaf around the Ka’aba is “Anticlockwise”?

Dear Members, As Salaamu Alaikum


...
We are seeing it on Television and reading about it in the papers or watching the recordings of people doing their Tawaaf in anticlockwise direction, but do you know why it is done Anti clockwise? Have you wondered why not clockwise? Suppose, a non muslim or your child suddenly asks you this question - do you know what answer to give? Hmm, we must be prepared ! Well, we will give you this answer today -

Modern Science has proved many things that confirms the importance of Tawaaf around the Ka’aba “Anticlockwise.”


1) The Blood inside the human body begins its circulation “Anticlockwise”

2) The electrons of an atom revolve around its nucleus in the same manner as making Tawaf, in an anti-clockwise direction. Considering the globe as a whole, you will notice that:

3) That the moon revolves around the earth anti- clockwise.

4) The earth rotates around its own axis in an anti- clockwise direction.

5) The earth revolves around the sun in an anti- clockwise direction.

6) The planets of the Solar system revolve around the sun in an anti-clockwise direction.

7) The Sun along with its whole Solar system orbit in the galaxy in an anti-clockwise direction.
8) All the galaxies orbit in the space in an anti-clockwise direction.


That is: When we revolve around the Ka’aba we are orbiting in the same direction as the whole universe.

Worshipping Allah in one direction.
Praising Allah in one direction.

And all the creations of Allah Subhanahu wa Ta’ala from the tiniest particles, to the largest galaxies, along with the human race unite in praise of Allah Subhanahu wa Ta’ala. When we tour around the Ka’aba, we are travelling in the land travelled by all the prophets of Allah from the prophet Adam (PBUH) to the prophet Mohamed (Sallallahu Alaihi Wassallam) The Ka’aba in Makkah is never free from circumbulators. Subhan Allah!!

LABBAYK ALLAAHUMMA LABBAYK

Tuesday, October 9, 2012

Pembinaan & Penghayatan Akhlak Dalam Keluarga

Assalammualaikum wbt..

Sudah  lama saya tidak  menulis... Along dan angah sedang menghadapi peperiksaan hafazan sehingga 12 Oktober ini .. Ia akan diikuti oleh peperiksaan akademik dan dinniah bagi Along, Angah dan Achik pada 30 Okt - 16 Nov... Kerana itu saya sangat sibuk membantu mereka mengulangkaji...

Tajuk di atas mula disyarahkan oleh Ustazah Norhafizah pada 14 Sept dan sebelum saya mula menulisnya... ingin sekali saya nyatakan bahawa ianya bukan mudah untuk saya memperpanjangkan kuliah Ustazah kali ini kerana bimbang saya sendiri masih gagal melakukannya di dalam keluarga saya...

Ustazah memulakan mukaddimahnya bersandarkan sebuah hadis yang bermaksud (secara ringkasnya) :

"Kita ini umpama tanah ..
Ada yang mampu menyerap air melalui hujan yang turun dan menjadi subur dan manusia boleh bercucuk tanam padanya serta mampu menakung air hingga ada manusia lain yang boleh mengambil minum darinya...

Ada yang hanya mampu menyerap air, subur dgn rumput-rumput yang tumbuh di atasnya tetapi tidak mampu memberikan apa-apa manfaat  buat manusia lain..

Ada yang langsung gersang, tidak mampu menyerap air juga tiada langsung dapat tumbuh rumput-rumput darinya..." .. Panjang lagi huraian hadis ini mungkin..

Begitulah perumpamaan kita...
Ada yang mencari ilmu dengan menghadiri majlis-majlis ilmu dan kemudiannya mampu berubah menjadi orang yang lebih baik dan memberikan manfaat dengan menyampaikan ilmu tersebut kepada orang lain hingga orang-orang yang menerima ilmu itu juga menjadi baik kerananya... (dalam keluarga sendiri atau manusia luar)

Ada pula yang mencari ilmu/ berilmu dan menjadi baik kerananya tetapi tidak langsung menyampaikan ilmu itu pada orang lain.. Cuma baik seorang diri sahaja..(hatta keluarga sendiri pun tidak beroleh faedah darinya)

Ada pula yang bila diajak ke majlis ilmu,  langsung tidak mendapat apa-apa faedah darinya, dan dia juga tidak berubah menjadi orang yang lebih baik kerananya..

Ustazah mengulas tentang Research yang disiarkan  oleh buku Reader's Digest bahawa kota metropolitan Kuala Lumpur menduduki tangga 34 dari 36 berbanding kota-kota metropolitan yang lain dari segi masyarakatnya yang kurang sopan/ tidak berakhlak...!!

Begitu rendah kedudukan kita dan kita menyangka kitalah antara yang terbaik...

Bekas rektor Universiti Al-Azhar pernah mengatakan bahawa anak-anak itu dilahirkan suci dan menerima palitan akhlak daripada orang yang mendidiknya.. Tentang lembut bicaranya, tindak-tanduknya, wajah yang tenang, minda yang tenang.. ianya akan terhasil berdasarkan pertumbuhan dalam keluarganya...

Tidak ada hadiah yang terbaik  yang diberikan oleh ibu dan ayah buat anak2 mereka melainkan AKHLAK...

Banyak yang ingin saya tulis tapi insya-ALLAH akan disambung lagi bila berkelapangan...

Saturday, September 22, 2012

Penaklukan Hati part 2

Saya sambung sedikit apa yang Ustazah ulas tentang tajuk ini. Kata ustazah, Rasulullah SAW pernah berpesan:-
'Bangunlah pada malam yang gelap untuk bertahajud kepada Allah sebagai bekal bagi kubur yang gelap'
'Puasalah pada hari yang panas terik untuk bekal ketika di padang mahsyar'

Dakwah pada hari ini (termasuk dakwah ibu/bapa pada anak2 mahupun dakwah para guru pada anak2 muridnya dan lain2 keadaan) kritikal kerana berlakunya perbezaan pendapat dan perlaksanaan... kerana itu bangun di 1/3 atau 2/3 malam penting kerana ia akan dapat  menyucikan diri daripada sifat riya', ujub dan kurang tawadduk..

Hassan Al-Banna pernah berkata: 'Waktu munajat yang terbaik buatmu adalah ketika di tengah malam ketika makhluk2 lain sedang tidur. Bentangkanlah apa sahaja keinginanmu, apa sahaja permasalahan dunia yang dialami.. nanti Allah akan memberikan pertolonganNya sebagaimana yang Allah nyatakan dalam surah Ali-Imran ayat 126
"Dan Allah tidak menjadikan pemberian bala-bantuan itu melainkan sebagai khabar gembira bagi (kemenangan)mu, dan agar tenteram hatimu kerananya. Dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

Anas bin Malik berkata : 'Ketika Rasululullah SAW tiba di Madinah, semuanya bersinar. Tapi bilamana Rasulullah SAW wafat hati kami sudah tidak sejernih sepertimana ketika Rasulullah SAW bersama kami...'

Cuba kita bayangkan kita yang merupakan umat akhir zaman yang langsung tidak pernah bertemu Rasulullah SAW.. yang hanya boleh baca dan dengar tentang sirah Rasulullah SAW.... Itupun kalau ada yang mengikuti kuliah sirah nabi di masjid2 atau ditempat lain atau yang punya masa membaca buku2 sirah Rasululullah SAW... Alangkah gelapnya hati-hati kita... kerana itu sangat penting untuk perlaksanaan syariat yang disarankan Allah SWT dalam Al-Quran dan hadis Nabi dijalankan secara biquwwah (dengan kesungguhan)..

Saya tambah sedikit ulasan Ustazah tentang satu soalan daripada pendengar di mana pendengar tersebut menyatakan betapa dalam kehidupannya sering diuji dengan manusia yang sering menguji kesabarannya.. Jawapan ustazah sangat menarik hati saya iaitu.. Cuba kita lihat sirah Rasul Ulul-Azmi.. Mereka digelar sedemikian rupa kerana mereka merupakan Rasul yang paling banyak diuji dan mereka sabar dengan ujian tersebut. Maka apa yang berlaku pada kita.. Kita biasanya akan berdoa kepada Allah SWT agar memberikan kita kesabaran dan pada masa yang sama Allah SWT terus memberikan ujian demi ujian kepada kita (kita mula merasakan Allah tidak memakbulkan doa kita)... Kita sebenarnya tidak sedar bahawa apa yang berlaku pada kita itu sebenarnya adalah proses untuk menjadikan kita sabar .. Kerana proses menanam sifat sabar itu adalah  dengan melalui ujian-ujian tersebut..Semakin banyak yang menguji jiwa kita semakin menjadikan kita seorang yang sabar.. Subhanallah...

Mohon maaf jika ada fakta-fakta yang tertinggal bagi pendengar-pendengar USRATI.. Ustazah kini mula mengulas tentang pendidikan akhlak .. Insya-ALLAH akan saya tulis nanti di entry yang akan datang.. Semoga sama-sama kita mendapat kebaikan daripada ilmu yang disampaikan Ustazah dan saya sekadar memanjangkan sahaja untuk peringatan saya dan keluarga khususnya serta pembaca blog ini amnya...

Saturday, September 15, 2012

Bagaimana Untuk Menakluki Hati ...


Tajuk sebenar yang Ustazah sebutkan dalam Usrati Jumaat lepas (7/9/12) di  radio IKIM ialah Penaklukan Hati.. Hati yang dimaksudkan Ustazah ialah hati anak-anak jika kita adalah ibu/bapa, hati murid2 jika kita adalah pendidik, hati ahli  keluarga jika kita mahu berdakwah kepada mereka... dan lain2 terjemahan mengikut kepada keadaan...

Dinyatakan di dalam sebuah hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:-

"Sesungguhnya Aku (ALLAH) adalah disisi sangkaan hambaKu kepadaKu. Sekiranya hambaKu mengingatiKu ketika bersendirian maka Aku juga mengingatinya ketika dia berada seorang diri, dan sekiranya hambaKu mengingatiKu ketika dalam perhimpunan (majlis ilmu dsb) maka Aku juga akan mengingatiNya.....ketika dia berada dalam sebuah perhimpunan......" Panjang lagi hadis ini ...

Dalam tazkirah ini Ustazah menggariskan 5 Formula bagaimana untuk membuka jiwa (hati) orang lain pada kita agar mudah untuk kita tegur, dakwah dan ajak untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.. Dalam hal ini saya sebagai ibu merujuk kepada bagaimana kita dapat membuka  jiwa anak-anak kita...Ia juga boleh digunapakai oleh seorang bapa, pendidik dan lain-lain keadaan.. Caranya ialah dengan  bercakap dengan hati kita kepada hati mereka kerana hati ini ada pintunya.. Jika pintu itu tidak dibuka sebelum teguran, dakwah atau ajakan dilakukan itulah yang menyebabkan berlakunya  keadaan 'masuk telinga kanan keluar telinga kiri'...

Antara formula untuk membuka hati adalah:-

1- DOA: Doakan orang tersebut dalam keadaan orang itu tidak tahu... Antara yang menarik yang disarankan ustazah selain daripada seorang ibu/bapa mendoakan anak-anak mereka ialah doa kita sebagai ibu/bapa kepada semua guru anak-anak kita, ia adalah cara untuk menghubungkan hati seorang ibu/bapa dengan guru-guru anak-anak itu sendiri melalui doa... Semoga bila guru-guru ini melihat kepada anak-anak kita, mereka akan rasa sayang dan terbuka hati mereka kepada anak-anak yang kita titipkan untuk dididik oleh mereka.. Inilah sebenarnya RAHSIA KEBERKATAN ILMU.. Ianya mungkin merupakan antara amalan para salafussoleh ...

2- AKHLAK:  Dimana akhlak kita perlu kita jaga dan pamerkan yang terbaik agar mudah menjadi contoh yang baik buat anak-anak dan bilamana mereka menghormati kita disebabkan akhlak mulia yang kita tonjolkan, kita akan mudah dapat mempengaruhi mereka...

3- KEBAJIKAN:  Jaga semua kebajikan serta keperluan mereka..

Dalam hal melembutkan hati kita sendiri, Ustazah membacakan salah satu hadis nabi yang bermaksud:


" Apakah kamu mahu hatimu menjadi lembut dan hajatmu dipenuhi oleh ALLAH? Kasihilah anak yatim, usap kepala mereka dan berilah mereka makan apa yang kamu makan."

4- PERHATIAN DAN KASIH SAYANG: Berikan sepenuh perhatian dan kasih-sayang kepada anak-anak..

5- JAGA PANDANGAN/ PENDENGARAN/  DERIA2 :  Pandangan/ pendengaran dan deria rasa suami/ isteri serta anak-anak  perlu dijaga dengan baik .. agar sedap dipandang mata, intonasi suara yang sedap didengar, bau yang menyenangkan agar suasana menjadi harmoni dan menyenangkan hati ...

Dan semua formula ini takkan dapat dicapai melainkan jika orang tersebut memiliki 5 perkara:-

a) Akidah yang  sahih dan mantap: Benar dan teguh
b) Peribadi yang tenang dengan zikrullah
c) Peribadi yang mantap dengan mujahadatunnafsi
d) Suci dengan istigfar dan taubat
e) Bersinar hati dengan ilmu..

Kerana tanpa 5 perkara ini seseorang itu akan menjadi orang yang sebok mengumpat, sebok dgn hal yang remeh-temeh dan memikirkan perkara-perkara yang tidak bermanfaat.. Tanpa 5 perkara ini juga seseorang itu akan lebih sebok untuk mencantikkan rupanya dan hartanya berbanding berusaha membawa orang-orang yang mereka kasihi kepada jalan kebaikan...

Berikut saya senaraikan antara pesanan-pesanan berharga Ustazah buat pemanggil-pemanggil IKIM dalam slot ini...

Bagaimana mendidik anak: Pesan Luqman Al-Hakim - Dekatkan anak dengan ulama' sedari kecil, dalam masyarakat hari ini ulas ustazah mak-mak atau ayah-ayah sahaja yang dekat dengan ulama' (bila hadir di masjid) sedangkan anak-anak dibiarkan..

Dalam menilai anak, bila lihat sikap yang tidak baik pada anak-anak sebelum memarahi mereka istigfar untuk diri kita dahulu barangkali inilah yang anak-anak kita lihat pada diri kita tanpa kita sedari .. Berdoalah dengan doa..

" Ya ALLAH ampunkan dosa-dosaku, jangan Kau timpakan kesan pada anak-anakku disebabkan dosa-dosaku. Kasihanilah anak-anakku ya ALLAH"

Insya-ALLAH  akan saya sambung nanti..
 

Kelebihan Minum Air Kosong Ketika Perut Kosong...

 Saya copy  nasihat ini dari FB TANYALAH USTAZ.. Moga bermanfaat..



Tabiat minum air kosong ketika perut kosong adalah salah satu tabiat yang sangat baik. Rasulullah SAW juga sering mengamalkan minum air kosong selepas bangun sahaja dari tidur setiap pagi.

Ia juga baik untuk penyakit antaranya penyakit sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan berlebihan, asma bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang dan air kencing, muntah-muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid, hidung telinga dan penyakit tekak.

Kaedah-kaedahnya :

1. Sebaik sahaja anda bangun pada waktu pagi sebelum memberus gigi, minum 4 x 160ml gelas air

2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit

3. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.

4. Selepas 15 minit sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum apa-apa selama 2 jam

5. Sesungguhnya orang-orang yang sudah tua atau sakit dan tidak mampu minum 4 gelas air pada awal boleh bermula dengan mengambil sedikit air dan secara beransur-ansur meningkat kepada 4 gelas setiap hari.

6. Kaedah rawatan ini akan menyembuhkan penyakit yang tersenarai diatas dan di samping itu anda boleh menikmati kehidupan yang lebih sihat.

Senarai berikut memberikan bilangan hari rawatan yang diperlukan untuk menyembuhkan / mengawal / mengurangkan penyakit utama:

1. Tekanan Darah Tinggi (30 hari)
2. Gastrik (10 hari)
3. Diabetes (30 hari)
4. Sembelit (10 hari)
5. Kanser (180 hari)
6. TB (90 hari)
7. Pesakit arthritis perlu mengikuti rawatan di atas hanya untuk 3 hari pada minggu 1, dan mulai minggu 2 – harian.

Kaedah rawatan ini tidak mempunyai kesan sampingan, namun pada permulaan rawatan anda mungkin perlu kencing beberapa kali.

Adalah lebih baik jika kita teruskan kaedah ini sebagai rutin dalam aktiviti harian kehidupan kita. Menjadi  amalan tradisi orang-orang Cina dan Jepun meminum teh panas selepas mereka makan makanan mereka .. bukannya air sejuk.

Mungkin tiba masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan! Kita tidak akan hilang apa-apa, segala-galanya untuk mendapat tahap kesihatan yang maksimum .

Bagi mereka yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat berguna kepada anda.Bukanlah tidak boleh/bagus untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walau bagaimanapun, air sejuk akan melambatkan pencernaan.

Apabila ini ‘enapcemar’ bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine..Apa yang terbaik adalah minum sup panas atau air suam selepas makan.

Ambil perhatian yang serius untuk serangan jantung:

• Wanita perlu tahu bahawa tidak semua simptom serangan jantung akan menjadi sebelah kiri dada,

• Berhati-hati kesakitan yang teramat sangat pada garis rahang.
Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa serangan jantung.

• Loya dan berpeluh berlebihan juga tanda-tanda lazim.

• 60% daripada orang-orang yang mempunyai serangan jantung ketika sedang tidur dan tidak bangun- bangun

 • Sakit di rahang boleh bangun dari tidur yang kukuh. Mari, Kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan sedar. Lebih banyak kita tahu & amalkan dan  pelajari,maka peluang utk hidup lebih panjang dan baik lagi agar kita dapat terus beribadah kepada Allah SWT dengan kadar yang terbaik...

Thursday, September 6, 2012

Al-Quran and Science....150 Kinds of germs on the hand palm

150 Kinds of germs on the hand palm


A study confirms that the human skin, especially the hand palm, contain many kinds of germs which differs between men and women …

A new study conducted by a team of researchers from University of Colorado at Boulder in USA discovered that the hand palms of women have wide spectrum of different germs comparing to the hand palms of men and that the hands of human beings attract large numbers of bacteria much more than what was used before. Moreover, added that a total of 150 kinds of germs and microorganisms live on the hand palms of the normal person in both men and women.

The other attention drawing matter revealed by the study is that both left and right palms of the same person are having only 17% of the same germs and bacteria. Dr. ferrer explained the higher diversity detected in the women palms by referring to the fact that men tend to have more acidic skin which forms more hard and repellant environment for the germs. Presence of differences in other aspects like perspiration, oil glands and hormones production are contributing factors in attracting or repelling germs...
What benefits can we obtain from this study?

1. Washing hands is essential to get rid of some types of germs, noting that there are types of germs that are beneficial to the human being. So, have ablution several times a day permits removal of large number of germs and what remains will be beneficial to the man because Allah, all praises to Him, chose a natural system for protecting us by creating useful and harmful bacteria. In another search, the scientists verified that merely washing hands several times daily contribute in removal of many harmful germs from the skin.

Ablution is the washing of hands, face and foots which means washing the exposed and most vulnerable parts to germs clusters. This make us realize a new wisdom of ablution which is that Allah, the Almighty wanted us to keep our health and stay away from different diseases as with every ablution there is considerable number of germs and viruses are removed from hands, mouth, face, nose and legs.

2. The result of this study reminds me with a noble verse in which Allah, the Almighty says: "And the male is not like the female" (36: Al Imran). I should say glory to Allah that created males and females different from each other even in the kinds of germs living on their skin, see how precise are these divine expressions as everything is different between males and females then how they can be equal while Allah, the Almighty, created them different?

3. There is a remark, to which one of the honorable brothers brought my attention, which worth mentioning, that the prophet Muhammad, peace be upon him, used to put his hand when he yawn, of course not the palm of the hand but the other side where the number of germs is less because the surface of the hand is more exposed to air and less used than the palm of the hand, this might have scientific wisdom and Allah is the best knower.

"Glory be to You, we have no knowledge except what you have taught us. Verily, it is You, the All-Knower, the All-Wise."





Taken from FB- Understanding Islam.. :)  Do share with your kids.. Let them know how great Allah Almighty is...

7 Spiritual Habits...

7 Spiritual Habits
Dear Members, As Salaamu Alaikum

7 spiritual habits, which can change your life , forever, for the better, In sha Allah. We can refer them to be a spiritual "bread and butter"

...


To develop them as habits is the essence of embarking on our journey towards the love of Allah Subhanahu wa Ta'ala and constantly increasing in our faith, in sha Allah:


1) Do Sunnah prayers before and/or after prayer:

It’s easier to just pray the obligatory prayers and rush out of the mosque! However, when we realize the rewards we’re missing from not praying these Sunnah prayers we won’t leave them.
Get into the habit of praying them! They’ll soon become part and parcel of your prayer, which in turn will feel incomplete without performing these acts.


2) Remembrance of Allah Subhanahu wa Ta'ala after prayer:

Again, it’s easy to rush out after prayer due to our busy lives, though if we are honest, how long does it take to recite the supplications after prayer? The Answer: 5-7 minutes!


Nowadays you’ll find pocket notebooks/or phone applications with these supplications. Get into the habit of reciting them daily after each prayer to enrich your worship experience.


3) Morning/Evening Remembrance of Allah Subhanahu wa Ta'ala :

Step 2 is also included in this habit. There exists a beautiful set of du`aa/remembrances from the Sunnah of the Prophet Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam which he used to say before sunrise and after sunset. They are true stress relievers and energy boosters !!


4) Night Prayer:

Al Hamdulillah, during Ramadan we have the wonderful Taraweeh prayers to attend. However, outside of Ramadan there are many opportunities to still obtain the reward of the night prayer. If you’re new to night prayer or you don’t pray it constantly during the year, make sure you try to attend prayers each and every night in congregation at the mosque (particularly brothers), and give yourself a ‘no-excuse’ policy.




5) Duha Prayer:


2 rak’ahs known as the Duha prayer which you may pray at anytime after sunrise till before the sun reaches its zenith (around 30 minutes before Dhuhr).



6) Supplications before you sleep:

You’ve just had a long day and you’re super tired. You climb into bed and you want to hit the sack… but wait! Before you do, can you give yourself just 10 more minutes to recite the supplications before sleeping? That’s all.

Try them and find yourself experiencing the most beautiful sleep ever and waking up for Fajr easily.




7) Reciting one hour of the holy Qur’an each day:

Notice: The amount of Qur’an you read is not as important as the quality of your understanding.

If you spend one hour reciting one verse but understand it fully, that’s more important and beneficial then reciting lots of Quran at break-neck speed yet not understanding a word.




There are two writers on your shoulders...which one are you keeping busy?
 
Perkongsian dari FB -Understanding Islam.. JZKK kepada yang menulisnya sebagai peringatan di kala kita lalai... Alhamdulillah..
 

Sunday, July 15, 2012

JIKA TIADA ROH MASJID DI RUMAH..


Rumah dengan  Roh masjid vs Rumah tanpa Roh masjid:-

1- Rumah hidup dengan ibadah seperti solat fardhu berjemaah, bacaan Al-Quran, zikir dan doa VS Meriah dengan perkara yang melalaikan seperti bunyi muzik yang bingit, percakapan yang sia-sia dan tidak sopan..

2- Segala perkara dilakukan berjemaah seperti makan, mengemas rumah, menonton televisyen dan berbual-bual VS setiap penghuni sibuk dengan urusan sendiri dan tidak mengambil tahu urusan ahli keluarga yang lain..

3- Rumah sentiasa bersih dan dihiasi dengan perhiasan yang sederhana. Apa yang paling penting perhiasan menepati kehendak syariat VS Rumah dihiasi patung, gambar yang tidak menutup aurat dan perhiasan yang diharamkan seperti pinggan mangkuk daripada emas dan lain-lain..

4- Anak-anak dan isteri akan lebih taat pada ketua keluarga, menghormati keputusan yang dibuat dan lebih menghargai apa yang ada VS anak-anak bersifat kurang sopan, isteri tidak memberi penghormatan yang selayaknya kepada suami dan kesefahaman susah dicapai ketika membuat keputusan.

5- Wujud budaya amar makruf nahi mungkar sesama keluarga, anak-anak yang lewat mengerjakan solat akan ditegur sebaiknya VS ibu-bapa memberi kebebasan mutlak kepada anak-anak untuk membuat keputusan tanpa mengira dosa dan pahala..

6- Batas-batas pergaulan dan aurat sentiasa dijaga di rumah dan di luar rumah. Contohnya pergaulan sesama adik-beradik, mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan anak perempuan serta aurat bersama bukan mahram seperti sepupu dan ipar-duai VS pergaulan yang bebas dan aurat tidak dijaga. Adat dan etika sosial diutamakan melebihi agama dan syariat contohnya anak disuruh bersalam dengan ipar dan sepupu yang jelas bukan mahram baginya.

7- Media dan hiburan Islam menjadi pilihan seperti menonton rancangan TV  yang berunsur pendidikan, mendengar nasyid dan qasidah, membaca majalah-majalah Islam dan memantau CD-CD yang ditonton oleh seisi keluarga VS hanya hiburan semata-mata dengan menjadikan nafsu dan akal sebagai rujukan. Bahan-bahan untuk tatapan keluarga pula tidak dikawal sepenuhnya..

Thursday, July 5, 2012

Melembutkan Hati Anak..

Artikel dibawah dicopy dari AlimKids.com

Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.
Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.
Salah satu doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Saidina Umar, iaitu ayat yang dirampas oleh Saidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam.
Surah Taha adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT. Boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri.
Berikut adalah ayat 1-5 surah Taha.

Selain Surah Taha, ada beberapa ayat Al-Quran lain yang boleh diamalkan seperti berikut:-
  • Jika anak-anak sering bergaduh:
Surah Al Baqarah – Ayat 102
  • Supaya anak-anak pandai belajar:
Surah Al Anbiyaa’- Ayat 79
  • Supaya anak-anak lembut hati dan mengelakkan panas baran:
Surah Al Anbiyaa – Ayat 69, Surah Al Hasyr – Ayat 22-24
  • Bagi anak-anak yang suka keluar malam:
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Sesungguhnya kita berusaha, Allah swt yang melorongkan jalan dan mempermudahkan usaha kita mendidik anak, Insya Allah.

Saturday, June 30, 2012

10 FASA UMUR part 2

Di kesempatan ini saya sambung kembali 5 Fasa umur yang berbaki..

6. Fasa Umur Yang Ke Enam (Umur 36 - 40 tahun)

Ketika ini kita ibarat dah berjalan dah separuh.. Tertolaklah perkataan "LIFE BEGIN AT 40". Sepatutnya pada saat ini persediaan untuk ke negeri akhirat dah separuh tapi ramai yang leka dengan slogan ini.. Antara kata-kata Imam Al-Ghazali:

 " Umur 40 adalah masa penentu, bila kejahatan dan kemaksiatan melebihi kebaikan maka mereka sebenarnya sedang menempah tiket untuk ke neraka"..

Ketika ini ada yang dikurniakan Allah SWT keinginan, kelapangan dan kemampuan (harta dan fizikal) dan ada juga yang ditarik satu atau dua darinya. Contohnya: Seseorang yang minat makan angin, mereka boleh melakukannya bila dikurniakan Allah SWT ketiga2 keadaan yang  disebutkan tapi ada juga ketika ini diuji dengan kesakitan (tiada kemampuan dari sudut fizikal walaupun mempunyai banyak harta) cuma tinggal keinginan dan kelapangan...

7. Fasa Umur Yang Ke Tujuh ( Umur 41 hingga 50)

Waktu ini dinamakan usia setengah tua... Seseorang ketika ini sudah tidak lagi merasa muda walaupun belum punya apa-apa persediaan dari sudut amalan.

Ada kalanya diketika ini ada yang telah gugur giginya, ada yang telah beruban, ada yang sudah menopause dan ada juga yang sudah mula diserang sakit-sakit lutut..

Ketika ini rasa bosan pada benda-benda sudah mula hadir dalam diri dan bagi yang  diberikan Allah SWT hidayah akan mula memperbaiki agamanya..

8. Fasa Umur Yang Ke Lapan (Umur 51 -59)

Waktu ini dinamakan masa menurun.. Di mana jika dilukiskan graf ia akan berbentuk menaik, stabil  untuk seketika (mewakili fasa ke lima), menurun sedikit (mewakili fasa ke 6 dan ke 7) dan kemudiannya menurun dengan mendadak bagi mewakili fasa ke 8.

Ketika ini macam-macam penyakit akan mula menjengah di mana bila seseorang ditimpa penyakit pada ketika ini sekiranya jiwanya tidak  kuat dia akan mudah berputus asa, kerana itulah orang kafir ada yang bunuh diri.. JIWA adalah kurniaan Allah SWT yang perlu kita jaga hingga tiba saat kita bertemu dengan Allah SWT. Agama memberikan garis panduan tentang jiwa agar tidak mudah berputus asa dengan keyakinan kita hanya akan berpindah alam sahaja..

9. Fasa Umur Yang Ke Sembilan (Umur 60 -75)

Inilah yang dinamakan masa tua di mana mereka akan merasa bahawa mereka sudah tidak  diperlukan lagi.

10. Fasa Umur Yang Ke Sepuluh (Umur 75 dan ke atas)

Umur ini biasanya digelar sebagai 'tua bangka' atau arzalil  umur yang bermaksud 'tua pikun' dalam Bahasa Malaysia. Di usia ini sekiranya seseorang itu tidak punya anak atau mempunyai anak yang ramai  tetapi tidak  mahu menjaganya sangatlah deritanya.. Ketika ini jika seseorang itu rajin berzikir pun tetap tetap akan menderita dari segi zahirnya yang ditarik kekuatannya oleh Allah SWT dan memerlukan bantuan orang lain..

Ini menolak apa yang cuba ditegakkan oleh golongan LGBT kerana mereka adalah golongan yang bakal tidak  punya zuriat..

Oleh kerana itulah dalam doa Rasulullah SAW yang banyak terdapat dalam Al-Makthurat, Rasulullah SAW berdoa agar Allah SWT menyelamatkan Baginda daripada umur yang tua pikun ini dan dimakbulkan oleh Allah SWT bilamana Rasulullah SAW diwafatkan pada usia 63 tahun (mengikut kiraan tahun syamsiah tetapi dalam kiraan umur Qamariah umur Rasulullah SAW ketika wafat ialah 60 tahun).

  " Telah berpagi-pagi kami, dan berpagi-pagi segala kerajaan milik Allah,  segala puji bagi Allah . Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala pujian. Dia yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Ya Tuhanku, aku memohon kepadaMu kebaikan pada waktu pagi dan kebaikan sesudahnya. Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan pada pagi ini dan kejahatan sesudahnya. Ya Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat malas dan keburukan pada hari tua.  Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu daripada seksaan neraka dan seksaan kubur."

dan dalam Al-Quran Allah berfirman dalam Surah Al-Faathir ayat 37 yang bermaksud:

"Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan". (Lalu Allah menempelak mereka) : "Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh  sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang  memberi amaran. Oleh itu rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapa pun yang dapat memberikan pertolongan." 

Umur yang selamat bukanlah umur yang panjang tetapi tidak mahu berfikir tentang kekuasaan Allah SWT tetapi umur yang selamat adalah umur yang diberkati tidak kira panjang atau pendeknya umur seseorang itu sekiranya dalam amal soleh merekalah golongan yang selamat di sisi Allah SWT.. Semoga menjadi iktibar buat kita bersama..

Thursday, June 28, 2012

10 Fasa Umur..(Dari Sudut Kajian Ahli Psikologi Muslim)

Ilmu ini saya dapati daripada guru yang saya hormati Ustazah Safiah Harun dalam salah  satu kuliah tafsir yang saya ikuti...

Fasa-fasa umur ini adalah berdasarkan kajian ahli psikologi Muslim dalam bidang kejiwaan.. Subhanallah.. Ia merupakan ilmu yang sepatutnya kita ketahui dan fahami serta perlu diperingatkan sedari usia awal remaja hinggalah  ke akhir  hayat hidup agar  kita sentiasa sedar  bahawa hidup ini hanya sementara...

Dikatakan dalam Al-Quran bahawa bila kita dibangkitkan di padang Mahsyar kelak masing-masing kita akan merasakan bahawa kita hanya hidup di dunia ini selama 1 hingga 1 1/2 hari sahaja.. Dalam syarah seorang lagi guru beliau menunjukkan kiraan dari segi umur kita di dunia berbanding umur di akhirat..

1 hari di akhirat bersamaan 1000 thn di  dunia. Oleh itu, jika kita ambil anggaran jangka hayat selama 65 thn
1.56 hari di akhirat bersamaan 65 tahun di dunia (Benarlah apa yang dikatakan di dalam Al-Quran bahawa bila dibangkitkan di akhirat kelak kita akan merasa seperti pernah hidup di dunia selama 1 hingga 1 1/2 hari sahaja...


Dengan mengambil kira purata umur 65 tahun:-

Sekiranya sekarang kita berumur 40 tahun maka kita telah berada di dunia selama 0.96 hari berbanding waktu di akhirat.. Cuma tinggal 1.56 hari - 0.96 hari = 0.6 hari sahaja lagi untuk hidup di dunia ini atau dalam kiraan yg lebih mudah hanya tinggal 14.4 jam sahaja lagi berbanding waktu di akhirat..

Sekiranya sekarang kita berumur 60 tahun maka kita sebenarnya telah hidup di dunia ini berbanding waktu di akhirat selama 1.44 hari.. Cuma tinggal 0.12 hari yang berbaki atau dalam kiraan yg lebih mudah cuma tinggal 2.88 jam sahaja lagi..berbanding waktu  di akhirat..

Dibawah ini adalah perkongsian ilmu daripada salah seorang pembaca blog ini.. Jazakallah/jazakillah khair...

1 hari di akhirat adalah bersamaan dengan 50,000 tahun di dunia ini seperti yang di Firmankan di dalam Surah Al-Ma'arij ayat 4. Manakala yang di katakan 1 hari bersamaan dengan 1000 tahun pula adalah seperti yang diFirmankan di dalam surah As-Sajdah ayat ke 5
يُدَبِّرُ :الأمْرَ مِنَ السَّمَاءِ إِلَى الأرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ
أَلْفَ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ
Mafhumnya:
Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu masa yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu.

Dan di dalam Firman yang lain Surah Al-Hajj ayat 47 Firman Allah

وَيَسْتَعْجِلُونَكَ بِالْعَذَابِ وَلَنْ يُخْلِفَ اللَّهُ وَعْدَهُ وَإِنَّ يَوْمًا عِنْدَ رَبِّكَ كَأَلْفِ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ

Mafhumnya"
Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janji-Nya. Sesungguhnya sehari disisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu.

3 keadaan yang berbeza.

Ayat di Surah Al-Ma'arij menerangkan ketika kita berada di alam akhirat.

Ayat di surah As-Sajdah menerangkan keadaan di masa kini di mana urusan Allah dari langit ke bumi dalam satu tempoh sperti yang di katakan iaitu 1000 tahu menurut kiraan kita. ( Masa kini)

Ayat di surah Al-Hajj pula menerangkan 1 hari sisi Allah adalah bersamaan dengan 1000 tahun di dalam kiraan kita.( Masa di sisi Allah)

Wallahua'alam.


Bila mengingatinya saya sering menangis, semoga Allah SWT mengurniakan kita umur yang diberkati tidak kira berapa lama lagi masa yang  berbaki...

1- FASA PERTAMA: Semenjak lahir hingga berusia 7 tahun..

Pada ketika ini pertumbuhan serta perkembangan jasmani adalah mengikut Sunatullah manakala perkembangan rohani masih belum matang lagi. Ketika ini anak-anak harus diulang-ulang dalam memberikan arahan, perlu dibawa  ke bilik air untuk dimandikan, disiapkan makanan dan bagi yang masih kecil-kecil perlu disuapkan dan sebagainya.

2- FASA KEDUA: Digelar USIA REMAJA, dari umur 8 hingga 14 tahun

Anak-anak ketika ini sangat gemarkan aktiviti berlumba-lumba. Mereka suka berlumba-lumba dalam segala hal, pembelajaran, hafalan, permainan, sukan dan lain-lain perkara. Ketika ini, keinginan untuk mendapat lebih daripada apa yang didapati oleh orang lain perlu dibimbing. Ibu-bapa dan guru-guru adalah insan yang paling  penting ketika ini dalam membimbing mereka. Mereka harus dinasihati bahawa dalam hidup ini adakalanya Allah SWT akan menangkan kita dan adakalanya Allah SWT akan kalahkan kita. Mereka harus di ajar untuk saling menghormati dengan kelebihan masing-masing..

Sekiranya mereka tidak dibimbing dengan baik di usia ini maka akan timbullah unsur-unsur RIAK dan TAKBUR. Bimbingan yang paling baik ialah dengan memberikan mereka ilmu ketauhidan kepada Allah SWT.. Mereka yang tidak dibimbing inilah yang akan membawa akhlak yang tidak baik itu hingga ke tua. Di mana bila melakukan ibadah mereka mahu dipuji, mereka mencari-cari penghargaan daripada manusia lain dan hanya menjadi rajin kerana dilihat oleh orang namun bila bersendirian mereka menjadi malas untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT.

Surah An-Nisa' ayat 142, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
           
       "Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riak di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut nama Allah (kecuali sedikit)."

Kerana itu dalam menyebut Allah SWT ini haruslah dengan menggunakan Lisan, Hati dan Zahir.. Bilamana kita melihat seseorang yang memaki hamun atau mengumpat dan sebagainya ianya berpunca dari hati.. Bilamana zahirnya derhaka mana mungkin dalamannya baik.. Tertolaklah kata-kata : "Dia tu mulut saja yang laser/jahat tapi hatinya baik"...

3-FASA KETIGA : Akil baligh (15 - 21 thn)

Bagi anak lelaki mungkin 15 thn tetapi bagi anak perempuan bila telah datang haid

Bermulalah bebanan atau taklif kepada mereka ( buat apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang).
Pada umur ini rohani, jasmani serta akal sudah lengkap. Pada ketika ini mereka penuh cita-cita dan angan-angan tetapi kemungkinan cacat dari segi rohani sekiranya disebabkan pengaruh kawan-kawan atau filem-filem barat mereka mula memegang slogan 'Born To Be Free'..hingga ada yang sanggup menghentak meja, menghempas pintu atau membaling barang jika apa yang diingini tidak dituruti..
Ibu/bapa dan guru-guru harus meningkatkan pengawasan pada saat ini..

Pada ketika ini mereka harus tahu bagaimana mahu beradab dengan ibu/bapa, guru-guru mahupun org yg lebih tua.. Hinggakan dalam satu  slot Tanyalah Ustaz dikatakan pada usia ini anak2 yang tidak peka akan hal-hal yang boleh menyakiti hati ibu-bapanya dianggap sebagai anak derhaka sebagai contoh  seorang anak yg setelah mengambil air dari peti sejuk dan meminumnya hingga habis lalu diletakkan kembali botol kosong itu di dalam peti sejuk , dia tidak membantu ibunya untuk mengisi semula air ke dalam botol hingga menyebabkan rasa kecewa dalam hati ibunya dan  lain2 contoh lain..

4- FASA KEEMPAT - Dewasa (  umur 22 hingga 26 thn)

Pada ketika ini mereka berada dalam keadaan terombang-ambing oleh gelora shahwat. Boleh diizinkan untuk berkahwin sekiranya "SESUAI" dari  segi akhlak dan kematangan.. Apa yang dimaksudkan "SESUAI" di sini ialah jika seorang anak itu tidak punya kerja dan setiap  hari kerjanya bangun lewat tengahari dan hanya menunggu ibu-bapanya menyediakan makanan untuknya atau jika seorang anak  langsung tidak punya  tanggungjawab, cthnya selepas mandi tuala hanya disepahkan di lantai tanpa tahu untuk menyidainya... Maka golongan ini dianggap masih belum "SESUAI" untuk menerima amanah sebagai seorang isteri/ suami.

5- FASA KELIMA - Dewasa sempurna ( umur 27 hingga 35 tahun)

Pertumbuhan jasmani ketika ini adalah  pada peringkat terkuat, begitu juga rohani dan akal. Mereka berada pada peringkat yang sudah matang. Mengikut kajian ahli psikologi Islam pada peringkat ini Allah sudah mula menimpakan mereka dengan ujian demi ujian disebabkan mereka berada dalam peringkat terkuat. Pada waktu ini juga sekiranya seorang wanita ingin mempunyai anak yang ramai maka inilah masanya kerana mereka berada pada peringkat terkuat dan mampu menghadapi sebarang ujian mahupun tekanan.

Insya-ALLAH  akan saya sambung lagi 6 peringkat seterusnya di entry akan datang.. 



Saturday, June 9, 2012

Kisah Nabi Yunus Dan Kaitannya Dgn Seorang Ibu Atau Bapa...

Alhamdulillah.. Tadi saya berkesempatan untuk mendengar kuliah Dhuha oleh Ustazah Nor Hafizah Musa di  Surau Mustaqim walaupun terpaksa bergegas ke rumah Mak Ngah utk majlis perjumpaan keluarga... Saya kongsikan di sini sebagai Muhasabah buat saya dan suami terutamanya serta buat semua pembaca blog ini..

Hari ini Ustazah menyentuh tentang kisah Nabi  Yunus yang kita rata-ratanya sangat biasa mendengarnya...

"Nabi Yunus telah meninggalkan kaumnya (satu kaum yg tinggal  di sempadan Iraq) yang engkar  dan tidak mahu  taat pada perintah Allah kerana MARAH, maka pergilah beliau ke tepi laut dan  menaiki sebuah kapal... Sepanjang berada di atas kapal Nabi Yunus yang sememangnya seorang Nabi sangat disenangi kerana akhlaknya yg sangat baik..

Setelah kapal itu bergerak ke  tengah laut di tengah malam yang gelap tiba-tiba datanglah angin yang bertiup  kencang -sekencangnya, ombak yang bergelora dgn hebatnya, ribut serta taufan hingga kapal itu hampir karam... Maka barang-barang dalam kapal itu terpaksa dibuang semuanya ke dalam laut bagi mengelakkan kapal menjadi terlalu berat dan mudah karam... Namun kapal masih sukar untuk dikemudi.  Maka salah seorang daripada  orang yang berada di atas kapal memberikan cadangan...

"Apa kata kita undi di antara kita,  maka siapa yang terkena undi tersebut harus dibuang ke dalam laut..."

Maka undi pun dilakukan dan nama yang naik adalah Nabi Yunus.. Maka berkatalah salah seorang penumpang..

"Janganlah Yunus, dia baik orangnya, baik kita buang orang-orang yang mempunyai akhlak yang lebih buruk, yang sombong-sombong tu..Cuba kita undi sekali lagi.."

Namun undi demi undi tetap nama Nabi Yunus juga  yang naik.. Maka beristikharahlah  dan bermuhasabahlah Nabi Yunus bahawa ada yang ingin Allah SWT tunjukkan padanya disebabkan apa yang telah dilakukannya..

Terjunlah Nabi Yunus ke dalam laut berlawan dengan kegelapan malam, dilipat-lipat, digulung-gulung oleh ombak..  Pada ketika ini tiada apa yang diingat oleh Nabi Yunus selain Allah SWT..

Ada sesuatu pengajaran yang ingin Allah SWT sampaikan kepada kita dalam cerita ini dan dalam konteks  ini  kepada kita sebagai ibu-bapa... Iaitu doa yang paling Allah sayang adalah doa kita seumpama ini, doa bilamana kita diuji dgn anak-anak hingga hilang pergantungan kepada sesiapa pun selain Allah semata-mata...Walaupun kita tidak  berada di laut seperti Nabi Yunus atau tak duduk dalam gelombang laut serta berpaut2 pada papan2 seperti dalam cerita TITANIC  namun dalam kehidupan ini sudah pasti ada ujian-ujian seumpama badai, ombak serta laut yang bergelora. Ujian seperti orang yang terdampar di laut hingga tidak punya apa untuk  dipegang..  membuatkan kita rasa  lemas buntu segala pemikiran serta hilang pergantungan harap pada sesiapa pun...hatta pada anak atau suami atau isteri...

Semakin hina kita rasa diri kita dengan Allah semakin mustajab doa itu..Kalaupun yang terkeluar pada ketika itu hanya "ALLAH...ALLAH..." Allah Maha Mengetahui segala isi hati...




Tiba-tiba Nabi Yunus ditelan oleh seekor ikan, bergulung-gulunglah Nabi Yunus di dalam perut ikan .. Berdoalah Nabi Yunus dengan suara terketar-ketar dgn doa yang sangat selalu kita dengar iaitu...

"Lailahaialla anta Subhanaka inni kuntu minadzhalimin" ( Tiada Tuhan selain Allah, Maha Suci Allah  .. Sesungguhnya akulah yang telah menzalimi diriku sendiri)

Doa Nabi Yunus ini atau  apa  yang  pernah disebut Rasulullah SAW   "Barangsiapa yang dalam doa/tasbihnya terkumpul 3 perkara iaitu (TAUHID,  PUJIAN KEPADA ALLAH, PENGAKUAN BAHAWA KITA YANG ZALIM/ KITA YANG SALAH) Maka Allah SWT akan memakbulkan doanya.."

Bila kita teliti dalam doa Nabi Yunus semuanya ada di  situ iaitu:-
a) TAUHID - Lailahailla anta
b) PUJIAN KEPADA ALLAH - Subhanakainni kuntu
c) PENGAKUAN BAHAWA KITA YG ZALIM ( minadzalimin)


Nabi Yunus berdoa setelah menyedari silapnya meninggalkan kaumnya sebelum mendapat izin daripada Allah SWT.. Sebagai Rasul  yang telah diberi tanggungjawab ini merupakan satu dosa..

Dalam konteks  kita sebagai ibu/ bapa yang diberikan amanah oleh Allah SWT utk mendidik anak-anak kita, jika kita diuji dengan anak-anak yang degil, nakal tidak mahu mengikut perintah Allah SWT.. Patutkah kita kecewa atau MARAH seperti Nabi Yunus..dan membiarkan sahaja apa yg berlaku kepada mereka dgn kata2 .

" Lantaklah apa yang kamu nak buat.. Mak/ ayah dah tak nak ambik tahu lagi pasal kamu.. Ikut suka kamulah apa nak jadi!!!"

 Siapakah yang zalim sebenarnya ??? Kalau contohnya TV  Astro dibiarkan ditonton tanpa sebarang kawalan hingga mempengaruhi akhlak anak-anak.. Merekakah yang zalim atau kita yang mempunyai pilihan utk "LOCK" channel2 tersebut tapi tidak melakukannya...


Kita kadang-kadang tak cermat, kekadang sebelum keluar di mulut hati kita dah berkata-kata...

 "Kamu ni sekolah dah hantar ke sekolah ugama, dah hantar buat tahfiz, hantar motivasi tu motivasi ni, kem tu kem ni... apa yang cik gu kamu ajar ya.. apa yang sekolah kamu ajar ya"..

Kita persalahkan pihak yang lain tanpa bermuhasabah siapakah  yang telah melakukan kezaliman sebenarnya..


Jika kita didatangkan rakan sepejabat yang seksi ia mungkin ingatan daripada Allah SWT agar kita menjalankan tugas kita untuk berdakwah kepada mereka , jika kita pergi atau tidak mengindahkan mereka atas t/jawab kita sesama Muslim tidakkah ia serupa dgn keadaan Nabi Yunus di atas?

Maka tidak  salah melakukan kesilapan sepertimana Nabi Yunus tapi .. Apakah penyelesaian yang diajar dalam cerita Nabi Yunus ini untuk kita teladani???

Berbalik pada cerita Nabi Yunus, Setelah berzikir sebanyak-banyaknya maka beliau diampunkan oleh Allah SWT dan dimuntahkan oleh ikan tersebut ke pantai yang sama di mana dia menaiki kapal dulu.. Sebesar-besar bumi Allah, Allah memerintahkan ikan itu memuntahkannya ke tempat yg sama.. di pantai  yg kering kontang dalam keadaan yang sangat lemah, dikatakan hanya ada sebatang pohon labu di situ dan makanlah Nabi Yunus buah labu tersebut beserta air yang ada hingga sihat dan kuat kembali lalu kembalilah beliau kepada kaumnya..

"Kalaulah bukan kerana banyaknya TASBIH Nabi Yunus nescaya Nabi Yunus akan tinggal dalam perut ikan hinggalah hari kebangkitan... Masha-ALLAH...bukannya hari kiamat tapi hari kebangkitan (lebih lama lagi dari hari kiamat)..Itulah hukuman kerana meninggalkan amanah mendidik kaumnya dalam keadaan marah..Hanya dengan sebuah tasbih beserta penyesalan maka berbeza dengan beratus ribu mahupun jutaan tahun dalam beroleh kemaafan Allah SWT ...

Tidak terfikirkah kita, kita mungkin ditimpa musibah atau ditelan oleh  segala kesukaran sepertimana Nabi Yunus ditelan ikan Nun...Kita hilang tasbih itu dalam kehidupan yang melalaikan sedangkan tasbih itulah yang telah menjadi perantaraan antara Nabi Yunus dan ALLAH dalam meraih keampunanNya..

Betapa banyaknya amanah yang telah kita ingkari maka marilah kita kembali menghayati dan mengamalkan Tasbih itu...Moga Allah SWT memberikan jalan keluar yang terbaik buat kita semua... dalam menjalankan amanah-amanah yang telah Allah SWT perintahkan kepada kita...