Showing posts with label MAWADDAH. Show all posts
Showing posts with label MAWADDAH. Show all posts

Friday, April 16, 2010

Dah setahun umur baby..

Diam tak diam baby dah masuk setahun 17-Feb yg lalu.. Dah nak masuk setahun jugalah blog ibu ni.. Biasa kat rumah hari2 bersama baby.. Dialah teman penawar jantung hati ibu.. Baby byk mengingatkan aku tentang memori bersama Along.. Senyuman dan raut wajah baby saling tak tumpah macam rupa Along masa kecik2 dulu.. Aku memang rasa bersalah pada Along sbb masa tu kerja setiap hari dan tak byk luangkan masa dgn Along.. Terubat rasa hati bila dapat spend masa dgn baby yg kekadang kami gelarkan Along junior..

Baby mmg jadi kesayangan semua org.. Sampaikan ada masanya baby terpaksa ditinggalkan sekejap dgn achik Liza utk uruskan sesuatu kerja pun angah akan menangis bila tengok baby menangis kena tinggal.. Along lagilah.. Sampaikan siap cakap taknak masuk Asrama sbb taknak hilang masa2 bersama adik kesayangan dia.. Nak tengok baby membesar dan nak ikat rambut baby dsb

Abang chik pula tiap kali balik sekolah akan dokong baby ke hulu ke hilir.. Dgn abah alahai mmglah tersangat manja.. jadi abah sweetheart most of the time..he..he..

Gambar2 yg dirakamkan sekitar umur baby menginjak 10 - 12 bulan..





Baby dah jadi PO dlm umah, Along TINKY WINKI, Angah DIPSY, bang chik LA LA he..he..

Kek yg ibu buat hasil ilham dpd Along Noraini.. (Jadi gak long kek achik nih, herot petot sponge bob tuh.. Tima kasih Long).. Happy 1st B'day baby


Baby dah pandai jalan bila masuk 1 tahun..

Masa umur 10 -11 bulan.. Suka sgt memanjat.. Semua nak dipanjatnya.. Nak masak pon tak sempat sbb kena ikut bontot dia ke mana2





Ni lah gaya baby memanjat sofa kat umah..


Yeay.. Berjaya akhirnya!!! Clap clap clap

Baby terteleng2 kepala sbb janggal bila diletakkan cekak rambut atas kepala.. He he

Comel tak saya pakai cekak??


Suka main ba chak...

Ooh ni gambar masa umur 11 bulan.. Tak pandai jalan lagi so hari2 pusing sofa yg boleh berpusing ni untuk practice berjalan..





Suka tengok ikan kat gate..

Eh.. Jgnlah cocok hidung saya.. Ni gambar baby ngan kawan masa ibu g masjid dgr ceramah


Mcm nilah rupa abang Chik dokong baby lepas balik sekolah.. Baby seronok ada ramai babysitter dokong dia sana sini he..he..

Baby masih belum ada gigi time ni masa umur 10 bulan..

Friday, November 20, 2009

Bye...Bye Combat!

Hari raya Korban tahun ni macam biasa raya kat rumah akak sebab abah n mummy naik from Kluang.. Kitorang plan nak balik Perlis 20 - 24hb Disember dgn menaiki bas.. Tahun ni tak dapat nak plan utk family trip sbb hubby baru je start buka kedai.. Tahun lepas kami ke Langkawi tapi gambar2nya tak tahu hilang di mana.. Masjid As-Sobirin ada byk aktiviti menarik masa Hari Raya Haji bermula dgn program korban lembu di sekitar masjid, masak2 secara gotong-royong dan jamuan kenduri.. Tapi semua kami tak dapat ikut sbb hubby keje sob..sob..sob.. Dengan baby yang tak nak dengan org lain susah aku nak join gotong-royong tahun ni.. Insya-ALLAH kami bertekad tahun depan hubby akan ambik cuti dan jadi sebahagian daripada mereka yg bergotong-royong. Bagus dedahkan anak2 dengan acara2 sebegini supaya hati mereka dekat dengan masjid bukan dgn games atau pusat2 hiburan.. bermasyarakat..

Actually post ni adalah untuk menceritakan tentang progress baby.. Jadi kembali kepada cerita asal.. Mula2 tengok gambar2 baby..


Ni gambar masa kat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Ni masa kena ukur panjang baby.. Baby nangis sebab takut he..he... Ibu dia sempat lagi ambik gambar..


Nurse kat situ.. Nampak tak tempat ukur berat baby (kiri) dan tempat ukur panjang baby (kanan)


Ni masa main dgn abang2 kat rumah.. Baby akan kejar abang2 naik walker..Kelakar tengok he..he..

Baby gelak besar..

Happy dapat lari dlm walker.. Tapi ada mood gak kekadang tak nak masuk walker langsung.. Masa tu ibu tak boleh nak masak langsung..


Ada masa baby kena kurung dalam play-pan he..he..

Yeah.. baby dah merangkak.. Habis satu rumah baby explore.. Yang susahnya dia suka kutip bende masuk mulut.. Tu yang kena masuk play-pan tu

Favourite posing.. Sengih tunjuk gusi.. Gigi takde lagi..He..he..

Haah.. Ni yang kena pasang gate kat tangga.. Dah mula panjat tangga bila orang tak nampak.. Tapi lepas tu tak tau turun he..he..

Kena tangkap!!

Tengok tu...


Kekadang baby suka duduk depan gate tunggu abah, kakak dan abang balik


Dah mula berdiri di mana2

Posing atas motor he..he..

Suka main ba..ba.. cak! Tunjuk gusi lagi..

Nak cak orang lah tu!

Gambar close-up

Ni kelambu baby.. dibawa ke mana2 sahaja.. kekadang baby main pondok2 he..he.. Kelambu ni dibeli sejak zaman angah lagi.. Boleh dilipat macam sun-shade dan dibawa ke mana2 sahaja..

Seronok main khemah2

Suka tarik rambut abg Chik!!

O..O.. Dah datang nak tarik rambut!

Suka punggah barang.. Letih ibu!

Masa mula2 pandai duduk.. Kena sendal dgn bantal

Panjat belakang abang

Still ada cukur bantal...

Ni masa masih jadi combat.. Habis bawah kerusi meja baby combat


Masa mula2 nak pandai merangkak.. Ni style angkat bontot..he..he..
Masuk bulan Nov ni baby dah berumur 9 bulan.. Cepat betul masa berlalu. Dah takde 'Combat' dalam rumah... Baby jadi 'Combat' bermula umur 4 bulan hingga umur 7 bulan he..he.. Lepas tu baby tak ikut hubby masa kecik (terus duduk and jalan) tapi baby ikut ibu dia..merangkak and now berdiri pegang sana sini cam 'Spidergirl' he..he.. Rambut pun dah panjang tapi still nipis dan ada cukur bantal lagi.. Baby dah mula makan solid food bermula dari umur 6 bulan, sekarang umur 9 bulan dah makan makanan yg dilenyek.. Hari2 nak kena cari idea nak masak supaya baby suka makan.. favourite fruit so far pisang.. Sebiji pisang yg dilenyek boleh habis... Baby juga pantang nampak botol susu abang Chik mesti dia nak grab masuk mulut. Tapi hakikatnya baby tak tahu minum susu botol pun, dia cuma nak gigit2 puting botol susu tu..He..He..

Monday, September 7, 2009

My Little Combat!

I'd less and less time to write in my blog now...just because of my little combat.. At the age of 4+ to 6+ months she refused to sleep at long hours like before.. She will just take naps around 11am, 1pm, 4pm and 9pm for only 1/2 to 1 hour.. Just enough for me to quickly solat, bath and prepare Iftar.. She was also a clinging baby who cannot even be separated from me.. I can't leave her with anybody including hubby since she will be crying and combating around searching for me...

Time flies... I felt as if I just giving birth to my baby girl Mawaddah.. Suddenly she already turned to 5++ months old in July and started to combat around the house by then.. Now at 6++ months she started to push up her buttock as if she wanted to crawl and she even tried to sit but was actually leaning on me to support her body. If she found the wall that she can lean on she will try to sit as well but I need to follow her everywhere as she will flip over if she cannot balance her body properly... She also like to make flying action and roll all over the place... It's been a tough time for me to ensure the floor is clean all the time ..Phew.. I love to take her photos and she seems to know that I'm taking her picture and will posing with her cheeky smile.. Enjoy the pictures!
Learning that Mak yang and Pakcik Noordin following my blog and also few 'pembaca cilik' (Along's friend), I think after this I may sometimes opt to write in Bahasa.. Memang lebih baik menulis dalam Bahasa Malaysia sbb agak lemah dalam Bahasa Inggeris.. cuma bila part ingin membahasakan diri tu agak janggal bila menulis 'aku', berbanding 'I' dlm bahasa Inggeris yg nampak lebih sopan.. Tapi bila membaca blog SaifulIslam yg menggunakan olahan bahasa yg mengelakkan perkataan 'aku' agak teruja untuk menulis dlm bahasa ibunda kembali..
Setakat ini hanya berkesempatan untuk membaca blog2 Ina, Syeedah, Nora, Nini, X-plorer, SaifulIslam, FP Along Nooraini(dah lama tak update mungkin sebok dgn persiapan utk menunaikan haji tahun ni).. Selamat menjadi tetamu Allah yea long, doakan Achik dan keluarga dijemput menjadi tetamu Allah juga dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT.. Namun tak sempat untuk komen apa2...
2-3 hari ni baby Mawaddah dah boleh duduk dengan sendirinya walaupun masih menongkat badan menggunakan sebelah tangan.. Gambar nak kena upload dalam entry yg lain.. Ramadhan tahun ini amat bermakna utk kami sekeluarga kerana buat julung2 kami kami mengikuti Qiamullail sekeluarga di bawah anjuran Kelab Tahfiz sekolah di bawah pimpinan Ustaz Syed Abi Mahfudz.. Amat terasa syahdu sekali bila berimamkan pelajar2 huffaz.. Semoga doa kami suami isteri utk melahirkan anak2 sedemikian rupa dimakbulkan Allah Amiin.. Bak kat Ustaz Syed semoga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang terbaik dlm semua Ramadhan yang telah dilalui kerana kita belum pasti di manakah kita di Ramadhan akan datang.. Moga Allah memperpanjangkan usia kita dalam keberkatan untuk terus memperbaiki diri..

The combat action - Ni nak cuba dptkan cover jigsaw puzzle box..Dapat juga akhirnya!

Mula makan at the age of 5 months 3 wks.. Ni gambar first time makan

Ni action terbang 1
Action terbang 2
Action terbang 3

Dah pandai grip pada toys yg besar

Last time dlm play pan part atas coz baby dah pandai gayut and jenguk ke bawah.. Ada satu hari tu tinggal dia sekejap dlm play pan bila dtg tengah sengih sambil berdiri n pegang pada tepi play pan.. Now baby telah dipindahkan ke bahagian bawah play pan

Gaya tidur lepas penat ..

Grab and kick exercises



Dah pandai main dgn Abg Chik.. Abg Chik selalu jadi mangsa tarik rambut he..he.. Best friend at home sbb Along n Angah pergi sekolah
BABY: Macam sedap je buah durian ni..
Argh!! Geramnya kat bola ni..
Eh.. Cam kenal je budak lam blog ibu ni.. Sapa yea??
Action angkat badan, Action angkat ponggong tak sempat lagi nak snap he..he..
Banyak pula kerja hari ni.. Maaf yea baby busy hari ni..
Baru lepas nangis cari ibu tak jumpa.. He..He..
Angkat badan lagi.. Ni semua gambar masa baby 5 bulan, Ingatkan angkat2 badan dan ponggong nak merangkak rupa-rupanya masuk 6 bulan dia duduk he..he.. Hubby cakap ikut dia masak kecik lepas meniarap, duduk and terus jalan.. Kita tunggu dan lihat.. He..He..