Sengaja saya senaraikan silibus surah2 di bawah agar dapat menjadi kayu ukur kepada diri saya sendiri terutamanya di mana kah kedudukan saya berbanding anak2 Al-Amin ini..
Rasulullah (SAW) bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang tiada di dalam dadanya sedikitpun daripada Al-Quran seperti rumah yang roboh." (Riwayat Al-Tirmidhi)
TAHUN 1
1. Al Fatihah
2. Al-Fil
3. Al-Quraish
4. Al-Ma'un
5. Al-Kauthar
6. Al-Kafirun
7. Al-Masad
8. Al-Ikhlas
9. Al-Falaq
10. An-Nas
TAHUN 2
1. Ad-Dhuha
2. As-Syarhu/ Al-Insyirah
3. At-Tiin
4. Al-A'laq
5. Al-Qadr
6. Al-Bayyinah
7. Az-Zalzalah
8. Al-A'diyat
9. Al-Qariah
10. At-Takaathur
11. Al-Asr
12. Al-Humazah
13. Surah Tahun 1
TAHUN 3
1. Al-Mutoffifin
2. Al-Insyiqaq
3. Al-Buruj
4. At-Toriq
5. Al-A'la
6. Al-Ghasiah
7. Al-Fajr
8. Al-Balad
9. As-Syams
10. Al-Lail
11. Surah Tahun 1 dan 2
TAHUN 4
1. An-Naba'
2. An-Nazi'at
3. A'basa
4. At-Takwir
5. Al-Infithor
6. Surah Tahun 1-3
TAHUN 5
1. Yasin
2. Ad-Dukhan
3. Al-Mulk
4. Al-Insan
5. Surah Tahun 1-4
TAHUN 6
1. As-Sajadah
2. Al-Waqia'h
3. Al-Juma'h
4. Surah Tahun 1-5
JUMLAH = 44 Surah (Tinggal hanya 70 surah untuk mengkhatamkan Al-Quran...) ..Surah Tahun 1-4 (tidak termasuk Al-Fatihah) berjumlah 36 surah adalah surah2 yg terkandung dalam Juzuk 30 (Juzuk Amma).. Manakala di tahun 5 dan 6 pelajar2 diminta menghafaz surah2 pilihan dan kemudiannya jika telah habis bagi pelajar2 Kelab Tahfiz mereka akan mula menghafaz Juzuk 29, 28 dan kemudiannya Juzuk 1, 2, 3 .. Saya kurang apakah juzuk yg perlu dihafaz selepas itu kerana anak2 saya sedang menghafaz Juzuk 29. Tapi menurut apa yang saya pernah baca, di Turki yang mementingkan hafalan Quran berbanding khatam Al-Quran yg menjadi kelaziman di Malaysia mempraktikkan hafazan belakang dan hadapan dan akhirnya bertemu di bahagian tengah dan ia dikatakan merupakan kaedah terbaik menghafaz Al-Quran Wallahu'alam..
Setakat ni menurut pengetahuan saya pernah ada seorang pelajar Kelab Tahfiz Al-Amin yang mencapai 16 juzuk hafalan.. Yang sebaya dgn Along tahun ini ada yg mencapai 9 juzuk hafalan.. Tapi semua byk bergantung kepada komimen ibu-bapa.. Tanpa komitmen yg tinggi dpd ibu atau bapa seseorang pelajar sukar utk menghafaz dgn hafazan yang baik dan mantap serta cepat.. Moga entry kali ini dapat menjadi pembakar semangat utk kita meningkatkan hafazan kita agar bukan hanya sekadar setaraf dgn pelajar tahap 1 (djh 1,2 dan 3)..Saya rasa sekolah2 ugama yg lain mungkin mempunyai silibus yang lebih kurang sama juga..
Along juga baru menghadapi peperiksaan Sistem Pentaksiran Pelajar MUSLEH (SPPM) atau PEKERTI pada 5 Julai yg lalu dan berakhir pada 8 Julai.. Moga Along dan sahabat2nya sama2 berjaya dengan kejayaan yg cemerlang Insya-ALLAH..
Antara subjek yg perlu di ambil adalah B.Arab Pemahaman, Tasawur Islami 1, Tasawur Islami 2, Tajwid, B. Arab Penulisan serta Tunas KRSM... Ada lagi yg bakal di ambil iaitu hafazan, Tilawah. PAFA serta ujian lisan untuk B. Arab dan sebagainya yg berjumlah 11 subjek.. Ramai yg bila mengetahui anak2 ini mengambil subjek2 yg banyak ini menunjukkan rasa tidak senang seolah2 kami mendera anak2.. Namun yang pasti.. Demi masa.. kita akan kerugian jika tidak memberikan ilmu ugama seawal mungkin pada anak2 kerana lihat saja kita yg kini sebok dgn pekerjaan.. dan sebagainya.. sukar sekali utk menghadap majlis2 ilmu apatah lagi kelas2 Tajwid dan sebagainya secara rutin.. Sejarah Al-Amin membuktikan ada pelajar yg mampu mencapai 16 A untuk semua subjek termasuk UPSR..
Sabda Rasululullah (SAW) yang bermaksud: "Manfaatkanlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara; dan di antaranya baginda menyebutkan- Masa mudamu sebelum datang masa tuamu"
Sebagaimana pula dikatakan, " Menghafal di usia muda bagaikan menulis di atas batu, sedang menghafal di usia tua bagaikan menulis di atas air."
Terima kasih perkongsian.
ReplyDelete