Hari ini Ustazah menyentuh tentang kisah Nabi Yunus yang kita rata-ratanya sangat biasa mendengarnya...
"Nabi Yunus telah meninggalkan kaumnya (satu kaum yg tinggal di sempadan Iraq) yang engkar dan tidak mahu taat pada perintah Allah kerana MARAH, maka pergilah beliau ke tepi laut dan menaiki sebuah kapal... Sepanjang berada di atas kapal Nabi Yunus yang sememangnya seorang Nabi sangat disenangi kerana akhlaknya yg sangat baik..
Setelah kapal itu bergerak ke tengah laut di tengah malam yang gelap tiba-tiba datanglah angin yang bertiup kencang -sekencangnya, ombak yang bergelora dgn hebatnya, ribut serta taufan hingga kapal itu hampir karam... Maka barang-barang dalam kapal itu terpaksa dibuang semuanya ke dalam laut bagi mengelakkan kapal menjadi terlalu berat dan mudah karam... Namun kapal masih sukar untuk dikemudi. Maka salah seorang daripada orang yang berada di atas kapal memberikan cadangan...
"Apa kata kita undi di antara kita, maka siapa yang terkena undi tersebut harus dibuang ke dalam laut..."
Maka undi pun dilakukan dan nama yang naik adalah Nabi Yunus.. Maka berkatalah salah seorang penumpang..
"Janganlah Yunus, dia baik orangnya, baik kita buang orang-orang yang mempunyai akhlak yang lebih buruk, yang sombong-sombong tu..Cuba kita undi sekali lagi.."
Namun undi demi undi tetap nama Nabi Yunus juga yang naik.. Maka beristikharahlah dan bermuhasabahlah Nabi Yunus bahawa ada yang ingin Allah SWT tunjukkan padanya disebabkan apa yang telah dilakukannya..
Terjunlah Nabi Yunus ke dalam laut berlawan dengan kegelapan malam, dilipat-lipat, digulung-gulung oleh ombak.. Pada ketika ini tiada apa yang diingat oleh Nabi Yunus selain Allah SWT..
Ada sesuatu pengajaran yang ingin Allah SWT sampaikan kepada kita dalam cerita ini dan dalam konteks ini kepada kita sebagai ibu-bapa... Iaitu doa yang paling Allah sayang adalah doa kita seumpama ini, doa bilamana kita diuji dgn anak-anak hingga hilang pergantungan kepada sesiapa pun selain Allah semata-mata...Walaupun kita tidak berada di laut seperti Nabi Yunus atau tak duduk dalam gelombang laut serta berpaut2 pada papan2 seperti dalam cerita TITANIC namun dalam kehidupan ini sudah pasti ada ujian-ujian seumpama badai, ombak serta laut yang bergelora. Ujian seperti orang yang terdampar di laut hingga tidak punya apa untuk dipegang.. membuatkan kita rasa lemas buntu segala pemikiran serta hilang pergantungan harap pada sesiapa pun...hatta pada anak atau suami atau isteri...
Semakin hina kita rasa diri kita dengan Allah semakin mustajab doa itu..Kalaupun yang terkeluar pada ketika itu hanya "ALLAH...ALLAH..." Allah Maha Mengetahui segala isi hati...
Tiba-tiba Nabi Yunus ditelan oleh seekor ikan, bergulung-gulunglah Nabi Yunus di dalam perut ikan .. Berdoalah Nabi Yunus dengan suara terketar-ketar dgn doa yang sangat selalu kita dengar iaitu...
"Lailahaialla anta Subhanaka inni kuntu minadzhalimin" ( Tiada Tuhan selain Allah, Maha Suci Allah .. Sesungguhnya akulah yang telah menzalimi diriku sendiri)
Doa Nabi Yunus ini atau apa yang pernah disebut Rasulullah SAW "Barangsiapa yang dalam doa/tasbihnya terkumpul 3 perkara iaitu (TAUHID, PUJIAN KEPADA ALLAH, PENGAKUAN BAHAWA KITA YANG ZALIM/ KITA YANG SALAH) Maka Allah SWT akan memakbulkan doanya.."
Bila kita teliti dalam doa Nabi Yunus semuanya ada di situ iaitu:-
a) TAUHID - Lailahailla anta
b) PUJIAN KEPADA ALLAH - Subhanakainni kuntu
c) PENGAKUAN BAHAWA KITA YG ZALIM ( minadzalimin)
Nabi Yunus berdoa setelah menyedari silapnya meninggalkan kaumnya sebelum mendapat izin daripada Allah SWT.. Sebagai Rasul yang telah diberi tanggungjawab ini merupakan satu dosa..
Dalam konteks kita sebagai ibu/ bapa yang diberikan amanah oleh Allah SWT utk mendidik anak-anak kita, jika kita diuji dengan anak-anak yang degil, nakal tidak mahu mengikut perintah Allah SWT.. Patutkah kita kecewa atau MARAH seperti Nabi Yunus..dan membiarkan sahaja apa yg berlaku kepada mereka dgn kata2 .
" Lantaklah apa yang kamu nak buat.. Mak/ ayah dah tak nak ambik tahu lagi pasal kamu.. Ikut suka kamulah apa nak jadi!!!"
Siapakah yang zalim sebenarnya ??? Kalau contohnya TV Astro dibiarkan ditonton tanpa sebarang kawalan hingga mempengaruhi akhlak anak-anak.. Merekakah yang zalim atau kita yang mempunyai pilihan utk "LOCK" channel2 tersebut tapi tidak melakukannya...
Kita kadang-kadang tak cermat, kekadang sebelum keluar di mulut hati kita dah berkata-kata...
"Kamu ni sekolah dah hantar ke sekolah ugama, dah hantar buat tahfiz, hantar motivasi tu motivasi ni, kem tu kem ni... apa yang cik gu kamu ajar ya.. apa yang sekolah kamu ajar ya"..
Kita persalahkan pihak yang lain tanpa bermuhasabah siapakah yang telah melakukan kezaliman sebenarnya..
Jika kita didatangkan rakan sepejabat yang seksi ia mungkin ingatan daripada Allah SWT agar kita menjalankan tugas kita untuk berdakwah kepada mereka , jika kita pergi atau tidak mengindahkan mereka atas t/jawab kita sesama Muslim tidakkah ia serupa dgn keadaan Nabi Yunus di atas?
Maka tidak salah melakukan kesilapan sepertimana Nabi Yunus tapi .. Apakah penyelesaian yang diajar dalam cerita Nabi Yunus ini untuk kita teladani???
Berbalik pada cerita Nabi Yunus, Setelah berzikir sebanyak-banyaknya maka beliau diampunkan oleh Allah SWT dan dimuntahkan oleh ikan tersebut ke pantai yang sama di mana dia menaiki kapal dulu.. Sebesar-besar bumi Allah, Allah memerintahkan ikan itu memuntahkannya ke tempat yg sama.. di pantai yg kering kontang dalam keadaan yang sangat lemah, dikatakan hanya ada sebatang pohon labu di situ dan makanlah Nabi Yunus buah labu tersebut beserta air yang ada hingga sihat dan kuat kembali lalu kembalilah beliau kepada kaumnya..
"Kalaulah bukan kerana banyaknya TASBIH Nabi Yunus nescaya Nabi Yunus akan tinggal dalam perut ikan hinggalah hari kebangkitan... Masha-ALLAH...bukannya hari kiamat tapi hari kebangkitan (lebih lama lagi dari hari kiamat)..Itulah hukuman kerana meninggalkan amanah mendidik kaumnya dalam keadaan marah..Hanya dengan sebuah tasbih beserta penyesalan maka berbeza dengan beratus ribu mahupun jutaan tahun dalam beroleh kemaafan Allah SWT ...
Tidak terfikirkah kita, kita mungkin ditimpa musibah atau ditelan oleh segala kesukaran sepertimana Nabi Yunus ditelan ikan Nun...Kita hilang tasbih itu dalam kehidupan yang melalaikan sedangkan tasbih itulah yang telah menjadi perantaraan antara Nabi Yunus dan ALLAH dalam meraih keampunanNya..
Betapa banyaknya amanah yang telah kita ingkari maka marilah kita kembali menghayati dan mengamalkan Tasbih itu...Moga Allah SWT memberikan jalan keluar yang terbaik buat kita semua... dalam menjalankan amanah-amanah yang telah Allah SWT perintahkan kepada kita...
SubhanaAllah... terima kasih atas perkongsian... saya tiada kekuatan untuk berdakwah kepada kawan-kawan...
ReplyDeletesaya hanya mampu mendoakan mereka...
aku mohon keampunan ya Allah...
Ya.. ana juga.. Memohon keampunan daripada Allah SWT.. Bimbang di akhirat nanti akan dipersoalkan tentang t/jawab berdakwah kepada mereka yang ada disekeliling kita termasuk rakan-rakan kerja yang bukan beragama Islam :( Moga Allah berikan taufik dan hidayah buat diri kita dan mereka dan selepas mendapat hidayah itu tidak dibolak-balikkan hati.. Insya-ALLAH
ReplyDeletebenar-benar menyedarkan kerana perkara yang paling dekat dengan diri kita sebagai ibu ialah berhadapan dengan karenah anak-anak yang menginjak dewasa..Kita sebenarnya perlu berdakwah dengan mereka untuk mentarbiahkan mereka.Semoga Allah tetap memberi kekuatan dan kesabaran untuk mendidik anak-anak agar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah..
ReplyDeleteAssalammualaikum wbt puan,
ReplyDeleteSalam ukhuwah.. Moga kita sama-sama menjadi ibu yang lebih baik daripada hari semalam Insya-ALLAH..
Assalamualaikum akak, terima kasih utk peringatan ini. Minta izin share ya..
ReplyDeleteTafaddal.. ;)
ReplyDeleteTafaddal.. ;)
ReplyDeleteTafaddal.. ;)
ReplyDeleteTafaddal.. ;)
ReplyDeleteAssalammualaikum..
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat ini terutama bagi para ibu bapa untuk mendidik anak-anak.
minta izin untuk share yer