Showing posts with label PENAWAR HATI. Show all posts
Showing posts with label PENAWAR HATI. Show all posts

Friday, December 31, 2010

Penghulu Doa

Lama tidak menulis.. sekadar ingin berkongsi satu ilmu yang didapati melalui Ustaz Daud yang mengajar Sirah Nabi..

Semua tahu apa itu penghulu doa hinggakan jika doa ini tidak dimasukkan dalam mana2 doa yang dibacakan ianya seolah2 tidak sah..

Itulah doa "Rabbana atina fiddunya hasanah, wafil akhirati hasanah, waqina 'aza bannar"
Yang bererti "Ya Allah kurniakan kami seluruh kebaikan ketika di dunia, dan seluruh kebaikan ketika di akhirat serta jauhkan kami daripada api neraka"

Jelas Ustaz Daud bagaimana kita tahu yang doa ini telah dimakbulkan buat kita ketika di dunia ini dan hanya menunggu kebaikan akhirat dan keselamatan daripada api neraka??

Terdapat 4 ciri yang sekiranya manusia itu telah mendapati keempat2 ciri tersebut maka dia sebenarnya telah mendapat kemakbulan doa ini..

a) Hati dan lidah yang sentiasa berzikir dan membaca Al-Quran... sentiasa merasa tidak senang jika tidak menyentuh dan membaca Al-Quran berbanding mereka yang hari ini merasa tidak senang jika tidak membaca surat khabar..

b) Sentiasa bersyukur dengan apa yang direzekikan padanya..

c) Redha dengan segala ketentuan Allah SWT

d) Dikurniakan Allah SWT isteri yang mukminah dan solehah.. Ada kalanya seseorang isteri itu hanya mukminah (kuat beramal ibadat) tetapi tidak solehah (hubungan dan ketaatan pada suami tiada) dan ada kalanya hanya solehah tapi tidak mukminah.. Bagi kaum perempuan mungkin sebaliknya..

Sekadar ingatan buat diri saya dan keluarga serta pembaca blog ini dalam melakukan muhasabah diri.. Setelah sekian lama kita membaca doa ini mungkin hari ini kita dapat melihat kembali apakah kita punya ciri2 seperti di atas....
kerana adakalanya doa yg diminta oleh kita adalah terlalu khusus (nak kaya, nak pandai, nak sihat dll) tanpa memikirkan bahawa hanya Allah SWT yang lebih mengetahui apa yg terbaik buat kita.. Dan jika dikurniakan segala kebaikan di dunia mahupun akhirat itulah yang lebih baik daripada segala2nya... Sama2lah kita berusaha menjadi insan yang mukminah/mukmin serta solehah/soleh..

Wednesday, August 18, 2010

Menghafaz Cara Mudah Menggunakan Kaedah Al-Huffaz..


Ini adalah buku yang saya ceritakan pada entry yang lalu.. baru sekarang dapat upload. Boleh didapati di WISMA YAKIN (kalau tak silap saya) di kawasan Masjid Jamek.

Ada sebuah lagi buku berjudul "Cara Mudah Mengajar Anak Menghafal Al-Quran" yang ingin saya kongsikan nanti di entry2 akan datang Insya-ALLAH. Sebuah lagi buku yang diperkenalkan oleh Kak Ina..


Ini adalah buku kaedah Al-Huffaz untuk menghafal Juzuk Amma

Buku-buku ini juga digunapakai oleh Kelab Tahfiz Sek Al-Amin.

Ketika En. Akasyah serta para AJK mencari2 kaedah terbaik yang boleh diguna pakai oleh anak2 Kelab Tahfiz Al-Amin yang menghafal Al-Quran secara sampingan (part time) dan bukannya secara sepenuh masa sepertimana Maahad Tahfiz di mana anak2 terpaksa tinggal di asrama, beliau telah mengikuti Kursus Menghafal Kaedah Al-Huffaz serta Kursus Menghafal Kaedah Jibril dan mungkin ada yang lain saya kurang pasti. Didapati Kaedah Al-Huffaz lebih menepati kehendak anak2 Kelab Tahfiz Al-Amin..

Pada ketika itu anak2 serta ibu-bapa diberikan peluang untuk mengikuti kursus Menghafal Cara Mudah Kaedah Al-Huffaz ini. Saya menghadiri kursus ini yang dijalankan selama sehari di Masjid Negara dengan dikendalikan oleh Prof Syafie sendiri yang merupakan pengasas kepada Kaedah ini..

Berikut adalah kisah Prof Syafie yang diceritakan oleh beliau (jika terdapat kesilapan fakta mohon maaf kerana saya menghadiri kursus ini 2 tahun yang lalu)..

Prof Syafie telah melanjutkan pelajaran ke UK dalam jurusan kejuruteraan. Pada suatu ketika (mungkin di bulan Ramadhan) beliau dan rakan2nya ingin mengadakan tadarus Al-Quran.. Pada ketika itu beliau agak gementar kerana beliau tidak mahir membaca Al-Quran. Ada di antara kalangan rakan-rakannya yang telah memberikan teguran yang agak mengguris hatinya dan sejak itu beliau bertekad untuk belajar membaca Al-Quran agar bacaannya menjadi lebih baik.. Dengan izin Allah (SWT) beliau bukan sahaja lancar membaca Al-Quran malah diberikan kelebihan oleh Allah (SWT) untuk menghafal Al-Quran.. Subhannallah..

Setelah itu beliau menjalankan kajian ke atas otak manusia tentang memori jangka pendek dan memori jangka panjang hingga terhasilnya buku kaedah Menghafal Al-Quran Cara Mudah Al-Huffaz seperti di dalam gambar di atas..

Berkaitan kajian beliau, beliau mendapati pengulangan satu2 ayat sebanyak 60 kali dengan cara membuka dan menutup Al-Quran atau buku di atas (iaitu 5 kali melihat ayat, 5 kali tidak melihat ayat secara berulang2 hingga cukup 60 kali) akan menyebabkan otak kita dapat mengingati sesuatu ayat dan akhirnya sesuatu surah jika dilakukan secara istiqamah di mana setelah mengingati ayat pertama kemudian cuba menghafal ayat kedua, kemudian diulangi dengan menghafal ayat 1-2 dan seterusnya.. Ia juga dikenali dengan kaedah gundal di tadika2 tahfiz seperti PUSPETA.

Saya telah mencubanya dan Alhamdulillah ianya ternyata benar..

Kerana itu amat penting untuk anak2 dapat membaca Al-Quran di usia awal agar dapat memudahkannya untuk menghafal surah2 yang lebih panjang dengan lebih cepat dan mudah..

Kini, Prof Syafie mempunyai 13 orang anak (seorang meninggal dunia) yang semuanya menghafal Al-Quran menggunakan kaedah di atas. Beliau juga telah menubuhkan sekolah Tadika Tahfiz, sekolah rendah dan sekolah menengah yang memberikan tumpuan kepada hafazan Al-Quran serta bidang akademik yang di namakan

Maahad Tahfiz Al-Itqaan, No 20, Jalan Nirwana 12, Taman Nirwana, 68000, Ampang, Selangor . No. Tel : 03-9282 1445

Kak Norbaini telah mendaftarkan anak ketiganya (Umar) yang sekarang berada dalam darjah 1.. dan beliau telah memberikan feedback yang cukup positif.. Saya berkira2 untuk memasukkan Bang Chik ke sini namun saya juga punya pilihan sekolah yang lain (Dar Al-Hikmah) yang menggunakan konsep yang sama memandangkan Kelab Tahfiz Al-Amin mula mengambil pelajar seawal darjah dua sahaja.. moga Allah melorongkan yang terbaik untuk kebaikan Bang Chik..

Semoga perkongsian kali ini dapat digunapakai untuk meningkatkan hafalan kita.. Sahabat saya Ella telah memberikan kaedah yang lain untuk menghafal iaitu dengan memegang kertas bertulis/bercetak surah yang ingin dihafal dan membacanya ketika solat sunat. Juga dilakukan secara istiqamah (setiap hari).. Lama-kelamaan kita akan dapat menghafal surah tersebut sepertimana kita dapat menghafal Surah Yaasin yang sering kita baca hingga dapat menghafalnya.. Terpulang kepada diri masing2 mana yang lebih sesuai..

Selamat menempuh Ramadhan Fasa Kedua (Fasa Pengampunan..)