Monday, March 28, 2011

Bacaan surah oleh Angah dan Bang Chik dalam video




Saya uploadkan video bacaan surah oleh Bang Chik dan angah sebagai kenang-kenangan apabila mereka besar kelak. Bang Chik membaca Surah At-Thariq dalam juzuk 30 manakala angah membaca surah Al-Munafiqun dalam juzuk 28. Walaupun mungkin Bang chik tidak semaju rakan2 sebayanya yang lain namun saya tetap berbahagia menjadi ibu kepada anak2 ini...





Ketika mengadakan minum petang sempena hari lahir Bang Chik dan adik Mawaddah di ICDC pada 18 Mac lalu, saya sempat merakamkan aksi latihan bersolat dengan Bang Chik menjadi imam


Insya-ALLAH pada penghujung tahun ini saya akan videokan sekali lagi kemajuan yang dicapai oleh Bang Chik, angah dan adik Mawaddah. Bang Chik pada ketika ini sudah menghafal 27 surah termasuk Al-Fatihah, cuma tinggal 9 surah sahaja lagi untuk menghabiskan hafalan juzuk 30, Angah pula sedang memantapkan hafalan juzuk 28 dan kemudiannya juzuk 27 manakala adik Mawaddah pula sedang cuba menghafal surah Al-Fatihah. Bagi Along saya berhasrat untuk menyimpan videonya secara peribadi. Cukup sekadar saya tahu bahawa hafalannya sudah bertambah baik. Antara yang dikatakan oleh En. Ahmad Zahid (bapa kepada adik Muhammad Al-Hafiz) didalam majalah Anis tahun lepas ialah


"Didikan yang paling utama dalam menghafal Al-Quran ialah didikan kepada anak yang pertama.. Bila mana anak pertama sudah dapat memahirkan diri dan meminati bidang hafalan Al-Quran maka ia menjadi lebih mudah untuk mendidik adik-adiknya kerana contoh sudah ada di hadapan mata.. "
Untuk saya yang masih kurang ilmu dan masih bertatih dalam mendidik dan menanam minat anak2 dalam bidang hafalan Quran ia merupakan satu nasihat yang besar apatah lagi apabila saya melihat hasilnya di hadapan mata.. kerana bukan mudah untuk menanam minat pada anak2 lelaki yang sedang lasak seperti angah dan Bang Chik..

Video bacaan angah ...

Bulan ini sebenarnya adalah bulan pertama Angah di sekolah Dar Hikmah. Saya dan suami mengambil keputusan untuk memfokuskan Angah dalam bidang menghafal Al-Quran dan bukannya UPSR, walaubagaimanapun dalam masa yg sama dia tetap mempelajari bidang akademik. Saya akan tetap mengingati memori serta pengalaman bersama guru2 anak-anak saya serta ibu-bapa yang lain ketika di Al-Amin dahulu...

Dar Hikmah adalah sebuah Maahad tahfiz Integrasi yang mempunyai sistem hafalan yang baik.. Malahan ada diantara sahabat angah (10 tahun) yang telah mencapai 13 juzuk.. Subhanallah.. Kerana itu walaupun agak lewat bertemu dengan sekolah ini saya amat bersyukur sekali kerana setakat ini hanya ada dua buah sekolah sahaja yang saya temui mempunyai sistem hafalan yang baik tetapi tidak perlu meninggalkan anak2 di asrama.. Semoga along, angah. Bang Chik dan adik Mawaddah berjaya menamatkan hafalan Quran mereka di sini di bawah bimbingan ustaz/ustazah yang saya hormati dengan dibantu oleh saya yang masih belajar ini Insya-ALLAH.. Yang pastinya saya ingin sekali menyaksikan jatuh bangun anak2 saya di hadapan mata saya sendiri dengan sentiasa menjadi tempat untuk mereka mengadu dan berkongsi segalanya..

Monday, March 21, 2011

Agar Anak Mudah Menghafal Al-Quran Part 4

Orang Paling Muda Menghafal Al-Quran

Di dalam buku ini disenaraikan beberapa org yg paling muda menghafal Al-Quran

a) Ibnu Shalah Rahimahullah menyebutkan dalam mukaddimahnya di kitab Ulumul Hadits, "Bahawasanya telah sampai kepadanya khabar daripada Ibrahim bin Sa'ad Al-Jauhari, beliau berkata,
"Aku pernah melihat seorang anak kecil berusia 4 tahun dihadapkan kepada Al-Ma'mun, dia membaca Al-Quran Al-Karim dan berpendapat dalam permasalahan fikh dan dia hanya merengek apabila dia ingin makan.

b) Di dalam biografi Al-Hafizh As-Siraj Al-Baqini disebutkan,

"Bahawasanya ia telah hafal Al-Quran pada usia 7 tahun, dia juga hafal Al-Muharrar kitab tentang fikih mazhab Syafie, Mukhtashar Ibnul Hajib, kitab tentang usul fikih, Asy-Syathibiyah kitab tentang ilmu Qira'ah, dan Al-Kafiyah kitab tentang ilmu nahwu karya Ibnu Malik yang terdiri dari 3 000 bait syair, semua itu telah dia hafal pada usia kurang dari 10 tahun."

c) Al-Hafizh Al-Iraqi pengarang kitab Al-Fiyyah yang terkenal dalam masalah Mushthalah Al-Hadits (istilah2 dalam ilmu hadits) dan Shaikh Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqalani telah hafal Al-Quran waktu itu ketika berusia 8 tahun dan beliau menghafal setiap harinya sebanyak 400 baris.

Apabila saya membacanya, terdetik di hati saya siapakah ibu bapa kepada anak2 ini.. Sudah pasti mereka merupakan ibu-bapa yang bermotivasi tinggi dalam memahami erti kenapa kita dijadikan Allah sebagai khalifah di bumi yang fana ini.. Begitu juga dalam meyakini akan adanya hari akhirat..

Persoalan yang sama juga terdetik di hati saya apabila membaca tentang keruntuhan akhlak dikalangan remaja kita di Malaysia hari ini
SIAPALAH AGAKNYA IBU BAPA MEREKA...???"

Tidak pedulikah mereka tentang didikan terhadap anak2 mereka? Tidak sedarkah mereka bahawa kita semakin menghampiri hari akhirat dan saya yakin semuanya berpunca dari kejahilan.. Dengan ilmu sahajalah kita mampu kembali ke era kegemilangan Islam dan ilmu itu bukan hanya utk anak2 sahaja tetapi kita sendiri juga perlu senantiasa mencari ilmu serta memperbaiki diri.. Takut rasanya melihat keadaan sekarang kerana tempiasnya bakal sampai kepada kita.. Marilah kita sama2 mengajak rakan2 kita untuk sama2 kembali menegakkan syariat kerana jika semua orang di sekeliling kita baik secara automatik generasi kita juga akan menjadi baik Insya-ALLAH..

Tuesday, March 8, 2011

Agar Anak Mudah Menghafal Al-Quran Part 3

Setelah sekian lama baru kini saya berkesempatan untuk menyambung tulisan saya.

c) Serius dan Bersungguh-sungguh:

Allah (SWT) berfirman yg bermaksud:
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan2 kami. Dan sungguh Allah beserta orang-orang yang berbuat baik."

Dalam menghafal Al-Quran kesabaran yang tinggi amat perlu dan setelah melalui pengalaman mendidik anak2 sendiri seberapa lama saya mengakuinya.. Pelbagai gangguan yang datang dan kerana itu saya berharap agar Allah SWT sentiasa mengumpulkan saya bersama ibu-bapa yang mempunyai cita2 dan hasrat yang sama bagi mengukuhkan lagi semangat sesama sendiri dan kerana itu juga saya terus menulis tentang perkara2 yang berkaitan tentangnya bagi menguatkan lagi semangat saya.. Insya-ALLAH..

Al-Quran adalah tali Allah yang kuat, cahaya yang nyata dan jalan yg lurus. Orang yg mahir membacanya maka ia akan bersama para utusan yang mulia dan berbakti.. Kata2 para salaf tentang bersungguh2 dalam mencari ilmu:-

i) Imam Muslim Rahimahullah Beliau berkata dalam Kitab Shahih, "Yahya bin Abi Katsir berkata, 'Tidaklah ilmu itu didapati dengan bersantai2', dan dikatakan pula,

"Barangsiapa yang hendak beristirehat, maka jgnlah bersantai2."

" Wahai orang yg berjalan menuju org yg dicintainya. Apakah selalu ada jalan menuju kepadanya tanpa kesulitan?"

Seandainya byk di antara kalian mengetahui akan manisnya kelazatan ini dan tingginya kedudukan, niscaya kalian akan saling mengayunkan pedang-pedang kalian kerananya. Akan tetapi, kelazatan itu ditutupi oleh hijab yang terbuat dari kebencian dan mereka pun tertutup dari kelazatan itu oleh kebodohan.

Hal tersebut dimaksudkan kerana Allah mengkhususkan bagi sesiapa saja yg dikehendakiNya di antara hamba2 Nya dan sesungguhnya Allah memiliki kurnia yg besar.

ii) Imam Asy-Syafi'e Rahimahullah Beliau berkata,

"Wajib bagi para penuntut ilmu utk memaksimakan kesungguhan mereka dlm memperbykkan ilmunya, bersabar atas setiap penghalang yg tidak diharapkannya, mengikhlaskan niat kepada Allah Ta'ala dalam proses mendapatkannya dan selalu berharap hanya kepada Allah."

"Janganlah engkau menyangka bahawa kemuliaan itu seperti kurma yang engkau makan. engkau tidak akan mendapatkannya hingga engkau mencicipi kesabaran"


d) Menghafalnya Semenjak Kecil:

Pentingnya menghafal Semenjak Kecil. Hal ini kerana memori anak masih kosong ketika ini dari fikiran yang menyibukkan dan melalaikan, beban dan t/jawab serta tidak bercampur dgn masalah2 yg bersifat material.

Sabda Rasulullah SAW:

"Manfaatkanlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara dan di antaranya beliau menyebutkan-masa mudamu sebelum datang masa tuamu."

Berlalunya masa kecil Bukan berarti Berhenti menghafal:Bagi sesiapa yg telah melalui usia kecil mereka bukan bererti kebaikan dan berkahnya hilang kerana sesungguhnya ketulusan niat, keinginan yg mantap dan tekad yg kuat membuahkan hal2 yg tak terduga... Antara kisah benar yg menarik dlm buku ini tentang menghafal diusia tua

i) Nenek berusia 80 tahun dan dia mampu menghafal Al-Quran.

Seorang nenek bernama Ummu Muhammad berkata.

"Umurku yg sesungguhnya adalah sewaktu aku bersama Al-Quran. Usiaku memang 82 tahun Alhamdulillah, tetapi aku tidak mengakui usiaku itu kerana aku merasakn bahawa umurku yg sesungguhnya ialah ketika aku menghafal Al-Quran."

Ketika aku menghabiskan waktu-waktuku utk menghafal Al-Quran selama 15 tahun, aku meyakini bahawa akhir hidup yg baik tdk akan didapati melainkan dgn Kitabullah dan menghafalnya. Ketika mulai menghafal, motivasi yg mendorongku ialah ketaatan kepada Allah dan kecintaan kepada kalamNya, begitu pula byknya waktu kosong yg aku miliki tdk mampu kuisi dgn hal yg bermanfaat. sesungguhnya telah ada pada diriku niat,

motivasi dan waktu yg senggang, lalu utk apa lagi aku berlambat2 dan bersantai2 ? Aku mulai menghafal 3 - 5 ayat pada setiap harinya iaitu sekitar 1/2 halaman dari Al-Quran. Hal ini terus berlanjutan dan tak lupa aku mempersenjatai diriku dgn ketaatan serta memperbanyakkan istigfar, dan waktu yg paling aku senangi utk menghafal ialah pada waktu 1/3 mlm terakhir.. Di antara kejadian2 yg mengesankan diriku..

"Aku pernah menghafal bersama sahabat wanita yg telah menyelesaikan hafalan sebyk 7 juzuk dan dgn kehendak Allah wanita itu meninggal dunia dlm keadaan sujud. Kejadian itu memberi pengaruh yg besar kepada diriku. Pengaruh ini bertambah ketika salah seorang sahabat wanita kami melihatnya di dalam mimpi, dia sedang berenang di tujuh sungai yg terdapat syurga.."


ii) Usianya 42 tahun dan dia hafal Al-Quran. Ummu Fadhilah telah mengisi waktu tuanya sebelum dtg waktu kematiannya, dan kesibukannya tidak menghalanginya untuk menghafal Al-Quran. Dia berusaha dgn gigih dan bersabar serta selalu giat hingga dia mendapat kemuliaan utk menghafal Kitabullah walaupun dia tidak bisa membaca dan menulis. Maka di manakah peranan pemuda dan pemudi terpelajar masa kini???

Nama sebenar Ummu Fadhilah ialah Laila Muhammad Ahmad Dhamiri. satu majalah terbitan Arab Saudi pernah melakukan wawancara dgnnya dan mengajukan beberapa soalan:-

Sudah Berapa Juzuk anda menghafal Al-Quran? "Alhamdulillah, aku telah hafal seluruh Al-Quran"

Siapa yang memberikan motivasi kepada anda utk menghafal Al-Quran? "Suami dan anak2"

Bagaimanakah cara anda menghafal Al-Quran? "Aku buta huruf (tidak dapat membaca bahasa Arab)tetapi selalu mendengar hadith Rasulullah SAW yg bermaksud

"Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya."

Aku kemudiannya masuk ke sekolah buta huruf. Di sana aku dapat menghafal juzuk 'Amma.Pada ketika itu tidak ada alat/bahan utk menghafal seperti sekarang, maka aku cuma mendengar dan menyemaknya dari kaset lalu mengulanginya sebanyak 10 kali sampai aku benar2 menghafal seluruh isi Al-Quran, Alhamdulillah..

Ramai org berpendapat bahawa utk menghafal haruslah di usia2 tertentu, benarkah "Demi Allah, hal tersebut adalah tidak benar, kerana dgn niat yg ikhlas, kesungguhan dan kesabaran, maka memungkinkan bagi siapa saja utk menghafal Al-Quran."

Sekarang setelah anda menghafal Al-Quran, apa perananmu selanjutnya berkaitan dengan hafalan tersebut?
"Perananku sebagaimana aku mempelajarinya adalah wajib utk aku mengajarkannya pada org lain, aku akan sentiasa mengajarkan Al-Quran hingga Allah SWT mengambil nyawaku.. Insya-ALLAH. Apakah nasihat anda pada mereka yg mengalami kesulitan dalam menghafal Al-Quran?

Mohonlah pertolongan kepada Allah, ikhlaskan niat hanya kerana-Nya semata2, hendaklah rajin dan selalu bersabar, serta selalu menjaga ketaatan dan meninggalkan kemaksiatan.Antara contoh yg baik dpd Imam Syafi'e sepertimana yg pernah beliau katakan:
"Aku mengadu kepada Waki' akan buruknya hafalanku. Maka dia menasihatiku agar aku meninggalkan kemaksiatan.

Apa kata2 nasihat yang ingin kau sampaikan?

Setiap Muslimah hendaknya bergabung dalam kelompok penghafal Al-Quran kerana faedahnya menyebar ke setiap tempat. Menghafal adalah sebaik2 kesibukan yg dimiliki oleh setiap Muslimah dalam mengisi waktunya. Aku memohon kepada Allah agar mengukuhkan kita sekalian pd agamaNya.

Subhannallah.. Semoga kita juga mendapat hidayah sepertinya.