Penghujung tahun lepas saya berpeluang ke Guang Zhou, Cina di mana terletaknya makam seorang sahabat yang terkenal kerana menyebarkan Islam ke negeri Cina iaitu Saad bin Abi Waqas r.a..
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya rakamkan buat tatapan pembaca..
Buah ceri yang segar di jual dan rasanya sangat manis dan saiznya juga besar dari yang pernah kita lihat di Malaysia
Pintu masuk ke Masjid Saad bin Abi Waqas r.a
Terdapat 2 buah masjid. Satu untuk orang-orang lelaki (gambar di atas), tempat solat orang perempuan kena berjalan masuk ke dalam lagi di mana terdapat satu lagi masjid..
`
Ini tempat solat untuk orang perempuan. Tahu tak ini kerusi apa? Saya pada mulanya ingatkan rehal tempat orang membaca Al-Quran atau belajar kitab rupa-rupanya kerusi istimewa ini dicipta khas untuk wanita-wanita uzur atau sakit lutut. Tempat yang saya ingatkan sebagai tempat letak Al-Quran itu ialah tempat sujud.. Subhanallah kreatif betul berbanding di Malaysia yang menggunakan pelbagai jenis 'stool' atau kerusi lipat dan kemudian makcik-makcik ni duduk pula di saf hadapan yang membuatkan saf menjadi renggang, di masjid ini saya dapati mereka yang sihat berada di saf hadapan manakala yang kerusi-kerusi solat seperti ini diletakkan sebaris secara 'permanent' di bahagian belakang sekali dengan ini semua orang dapat melakukan solat dengan sempurna .. Pada pendapat saya ciptaan kerusi solat ini patut diketengahkan di Malaysia (salah satu peluang perniagaan orang Islam) dan diperkenalkan di semua masjid dan surau. Lagi satu ketika berdiri yang boleh berdiri akan berdiri (sememangnya sepatutnya begitu) kemudian mereka duduk kembali..
Makam Sahabat Saad bin Abi Waqas r.a.. Sesetengah pendapat mengatakan makamnya di tempat lain wallahhua'lam..
Terdapat telaga yang berusia 1300 tahun di mana telaga ini digelar 'shabi well' atau telaga sahabat
Ramai yang mengambil air dan minum di sini. Ia masih menggunakan kaedah mengepam air secara tradisional.. Err tapi saya tak minum pun..
Ramai orang bangsa asing yang mencari makan di Guang Zhou dan di sini ramai orang-orang Cina Muslim. Pak cik ni sedang memerah air delima daripada buah delima, Alat yang digunakan walaupun nampak tradisional tapi sangat mudah dan simple..
Jangan tersilap ni bukan ladang kambing biri-biri tapi biri-biri ni dibela diperkarangan masjid (lupa nama masjid apa.. tapi takde bau-bau yang tak menyenangkan)
Mereka juga menyembelih dan melapah dagingnya disitu..
Ni tempat solat orang-orang perempuan..
Kaligrafi menarik dalam masjid bertulis: Lailahailallah Muhammadur Rasulullah..
Satu perkara yang tak pernah saya tengok.. Bilal melaungkan azan di luar masjid.. Tak tahulah kenapa.. Mungkin takde alat pembesar suara atau diorang ni tak dibenarkan melaungkan azan kuat-kuat kot...
Kali pertama saya tengok buah Walnut..
Kalau di Mekah dan Madinah biasanya kita tengok walnut dalam bentuk macam ni kan??
Ni cara bawa baby jalan-jalan kat situ :) Saya dok imagine baby tu berdiri agaknya dalam bakul tu..
Daging kambing biri-biri tadi tu rupanya dibuat sate fresh-fresh untuk dijual kepada pelancong atau sesiapa saja yang lalu-lalang di situ.. Masjid-masjid kat Malaysia pun boleh buat agaknya tak yah tunggu Musim Hari Raya Korban..
Semoga mendapat manfaat dari perkongsian ini...
Pembetulan. Makam Saad Abi Qaqas di Madinah. Sahih Bukhari. http://www.youtube.com/watch?v=8A3whPNoTcA
ReplyDeletesalam,trip ini bulan berapa ya? siapa agen? terim kasih.
ReplyDeleteBerminat untuk trip,hubungi saya (0193771935)huzaifah
Delete