Sunday, March 2, 2014

KEMBARA ROHANI BANDUNG-JAKARTA BERSAMA DR AZAHAR & USTAZAH NORHAFIZAH MUSA 20-23 FEB 2014

Pada 20 hb Feb 2014 yang lalu.. kami seramai 50 orang ahli kembara rohani bersama-sama dengan Dr. Azahar, Ustazah Norhafizah Musa, serta adik ipar beliau (Cik Ain) telah berpagi-pagi di LCCT seawal jam 3 pagi untuk memulakan kembara ke Bandung Indonesia dengan menaiki kapal terbang Air Asia  pada pukul 6.20 pagi...




Setelah 2 jam Alhamdulillah kami tiba di Lapangan Terbang Bandung.. Kumpulan kami disambut mesra oleh sahabat Ustazah dan suami di sana iaitu  Pak Hassan Basri dan isteri...Bermulalah kembara rohani kami ...



Di atas bas kami dibekalkan dengan sekotak kecil kueh-mueh yang yang sangat enak ditambah lagi dengan jus Avocado yang sungguh lazat..Destinasi pertama kami ialah Pusat Fesyen Rabbani... ia umpama butik muslim/muslimah mahupun anak-anak yang mana menurut Pak Hassan ia merupakan tempat dimana pelakon-pelakon popular seperti dalam filem 'Bila Cinta Bertasbih' mendapatkan tudung yang kita lihat sangat cantik sekali bilamana mereka memperagakannya didalam filem....


Istimewanya Pusat Fesyen ini bilamana ditingkat atasnya terdapat dewan/ruang solat, bilik air dan tempat berwuduk yang sangat bersih dan selesa... Disinilah kami bertaa'ruf dan mula mengenali diri masing-masing sebagai sebuah keluarga yang besar.., solat dhuha serta  makan tengahari dengan hidangan yang cukup lazat...Setelah melihat-lihat dan membeli-belah di Rabbani kami di bawa ke Pasar Baru dan akhirnya dibawa check-in ke Hotel Guest House Dar Tauhid...




Subhanallah istimewanya Hotel Guest House Dar Tauhid ini berbanding hotel-hotel lain adalah kerana ia milik sebuah Pesantren yang sangat besar dan terkenal di Bandung iaitu Pesantren Dar Tauhid dan berada dibawah kepimpinan seorang ulama' yang sangat terkenal iaitu A'a Gym... Ia hasil usaha kreativiti pemikiran bercorak business para ustaz-ustaz di Pesantren ini dalam usaha untuk menjana ekonomi bagi menampung keperluan pesantren, maahad tahfiz Dar Tauhid serta golongan anak-anak yatim... Selain hotel mereka juga mempunyai sebuah pusat pungutan wakaf, derma dan sebagainya seumpama bank.. Pusat membeli-belah untuk warga pesantren dan lain-lain ..





Menurut penerangan yang diberikan asalnya kawasan ini hanya sebuah perkampungan yang terletak  di tengah-tengah Bandar Bandung... A'a Gym dan beberapa orang ustaz-ustaz (pelajar-pelajar universiti) pada asalnya menyewa sebuah rumah kecil disitu dan memulakan kuliah... Namun hari-hari yang berlalu sudah tidak mampu menampung ramainya Jemaah dan akhirnya mereka membeli sedikit demi sedikit rumah-rumah disitu hingga akhirnya terbentuklah masjid Dar Tauhid yang merupakan pusat pengajian Pesantren Dar Tauhid yang utama serta bermulalah pembinaan pesantren yang semakin pesat membangun... Subhanallah betapa saya mengkagumi bagaimana strategi sebuah pesantren ini terhasil....


Ia umpama sebuah universiti madrasah yang sangat besar bermula dengan pelajar-pelajar tadika hinggalah kepada mereka yang berumur 50 ke atas.. Sayang sekali gambar-gambar tidak dapat saya selitkan kerana terdapat sedikit masalah.. Namun, saya tuliskan dulu pengalaman yang sangat luarbiasa ini dan akan mencuba menyelitkan gambar-gambar kemudiannya...


Ketika kami tiba di Madrasah Dar Tauhid, pengasas Dar Tauhid iaitu ustaz A'a Gym (Abdullah Gymnastiar) baru saja tiba daripada Mekah Al-Mukarramah kerana menunaikan umrah... namun, terus saja memberikan kuliah ugama di Masjid Dar Tauhid... Suasana di dalam Masjid Dar Tauhid sangat tenang dan sentiasa dipenuhi Jemaah yang terdiri daripada pelajar-pelajar madrasah... laluan perjalanan ke masjid daripada hotel Dar Tauhid mengingatkan saya kepada keadaan laluan yang sesak dari hotel-hotel kecil yang sudah diruntuhkan  sekarang ke Masjidil Haram... Ia merupakan kenangan menunaikan Haji pada tahun 2004 dahulu...


Selesai memberikan kuliah ugama, kami diberikan peluang bersama-sama dengan pelajar-pelajar Universiti yang juga sedang menjalani kursus pemantapan selama seminggu untuk sessi Soal Jawab Agama bersama A'a Gym (Sesuatu yang biasa dan amat dihargai di sini bilamana pelajar Universiti memilih pesantren untuk menjalani kursus pemantapan akidah dan amat menghormati Ulama'... sesuatu yang luarbiasa di Malaysia)... ..


Antara nasihat A'a Gym yang sempat saya catatkan ialah:-


5 PERSEDIAAN MENGHADAPI HIDUP

a) BERSEDIA menghadapi apa yang sesuai dan tidak sesuai untuk kita - bukan semua yang kita rasa baik untuk kita adalah baik untuk kita (Surah Al-Baqarah ayat 216)

b) Bila berlaku sesuatu Musibah kita perlu REDHA - Orang derita bukan kerana kenyataan tetapi sebab tak mahu menerima kenyataan.

c) JANGAN MENYUSAHKAN DIRI - Kita menderita kerana pemikiran sendiri - hidup ini perlu dihadapi , dihayati dan dinikmati..

d) EVALUASI DIRI - Semua kebaikan daripada Allah... Setiap keburukan daripada dosa diri sendiri....
Kenapa hilang dompet.....kerana kurang bersedekah..
Bila ada masalah hidup bertaubat...perbaiki diri... Allah akan rezekikan yang baik-baik..
Jika anak belum soleh.... tangisi diri kita sendiri kerana kita yang belum soleh!!!

e) Cukuplah ALLAH sebagai pelindung kita ... yang mampu memberi kebahagiaan buat kita hanya ALLAH bukan manusia...

Antara lain peringatan A'a Gym yang sentiasa memotivasikan diri saya ialah ...


Rezeki tidak perlu BANYAK.... tidak perlu KAYA..... cukup sekadar CUKUP.... kerana berapa ramai orang di luar sana mempunyai rezeki yang banyak dan kaya tapi tidak pernah cukup....


Ingin saya kaitkan kata-kata A'a Gym ini dengan isi kuliah dhuha Ustazah Norhafizah Musa berdasarkan Kitab Hikam baru-baru ini...tapi mungkin dilain entry...


Selesai sessi soal jawab bersama A'a Gym kami berpeluang bergambar dengan ulama' yang sangat disayangi oleh penduduk Bandung khasnya...dan penduduk Indonesia amnya..


Sepanjang 2 hari berada di Pesantren kami berpeluang mengikuti kuliah-kuliah ugama dan Solat  Berjemaah di Masjid Dar Tauhid... melawat persekitaran Pesantren serta yang paling istimewanya ialah berqiamullail di Masjid Dar Tauhid...Insya-ALLAH akn bersambung di lain entry...







2 comments:

  1. Minat sgt dgn aktiviti ini..terjumpa blog ini secara tak sengaja.. bila next trip ya? plz share. TQ

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum aisyah... Tak habis lagi tulis pengalaman sbb sibuk.jzkk kerana berminat...sila hubungi Ain (017-937 8264)..bulan 6 ni ada satu lg trip tp tak sure dah penuh ke tak... Yang pergi Guang Zhao tu ambik package muslim tour and request ke masjid2 yg famous instead of pegi kuil or tempat2 ibadat kaum buddha. Kat area masjid tu ramai org islam n students malaysia...dan byk halal food...seronok sgt dapat tgk aktiviti org islam negara lain.

    ReplyDelete