Bahan2:-
Tulang dan sedikit daging 1kg -direbus hingga empuk
Tomato 3 biji
Keledek 3 biji (sederhana besar)
Kentang 1 biji
Cili kering 2 sudu besar
Bawang besar 2 labu, bawang putih 3 ulas -ditumbuk halus
Sedikit sos tomato dan sedikit kicap
Caranya:-
Mula2 tumiskan cili kering serta masukkan bawang besar dan bawang putih
Tomato dipotong-potong dan dimasukkan
Masukkan tulang beserta air rebusannya
Masukkan tulang beserta air rebusannya
Keledek dan kentang direbus dan dilenyek dan dimasukkan sekali
Masukkan sedikit sos tomato, kicap serta garam dan sesuaikan rasa
Mee dicelur dan bolehlah disediakan bahan2 tambahan seperti telur rebus, daun bawang, bawang goreng, dan lain2
Sedia untuk dimakan.. Mmmm sedapnya..
Mee jawa resepi tok cik yang mengingatkan aku kembali kepada masakan mummy yang amat kurindui
Aku dah cuba membuatnya dan rasanya amat cepat dan mudah untuk memasaknya dengan syarat tulang dah direbus dan bahan2 lain dah siap.
Cuba teka ini air apa? Ni bukan sirap tapi Roselle..
Dibuat daripada bunga Roselle yang tok cik tanam dam pasu rumahnya.. Tokcik banyak mengingatkan aku kepada arwah tok, mummy dan tok Munah yang suka menggunakan pokok/buah secara asli.. Tok Munah duku biasanya akan membuat jem rambutan daripada buah rambutan yang diambil dari pokok dihadapan rumahnya dan macam2 lagi.. Aku memang suka pada ke-klasik-kan ini.. Sungguh mendamaikan..
Tok cik berjanji nak tolong semaikan anak pokok Roselle dan berikan pada aku untuk ditanam dalam pasu2 besar yang ada di rumah.. Terima kasih Tok Cik.. Harapnya aku bakal punya masa untuk itu..
Ini pula jem Roselle yang tok cik buat sendiri
Lepas bunga Roselle tu di blend untuk airnya, hampasnya dibuat jem Roselle. Tok cik berikan sedikit dan rasanya sungguh sedap.. Tak manis macam jem strawberi yang dijual dan punya preservative.. Kagum aku dengan Tok Cik..
Bukan sahaja air dan jem Tok Cik buat sendiri malahan mee juga Tok Cik buat sendiri menggunakan hanya tepung dan kunyit..
Sungguh menyihatkan dan rasanya juga lebih sedap daripada mee yang dibeli.. Biasanya aku hanya akan menggunakan mee cap IBU kerana tiada preservative.. Teringin juga nak beli mesin yang sama dan ikut langkah Tok Cik tapi takut tak berkesempatan nak membuatnya.. Tunggulah baby besar dahulu mungkin boleh beroperasi macam Tok Cik buat mee dan roti sendiri Insya-ALLAH. Menurut Tok Cik Fiza juga ada mesin yang sama dan buat perkara yang sama macam Tok Cik (Air, jem Roselle serta mee).. Masya-ALLAH satu ilmu baru untuk aku.. Ilmu yang sangat2 aku hargai..
Hasil air tangan ibu itulah yang bakal melahirkan anak2 yang soleh/solehah kerana hati kita dibentuk daripada makanan.. Banyak makanan sekarang sukar untuk ditentukan kehalalannya.. Patutlah ramai anak2 akhir zaman tidak tentu arah perangainya.
No comments:
Post a Comment