Salam Puan, posting puan ini pada tahun 2011, tapi baru sekarang saya menemui dan membacanya. Jika masih releven, saya ingin berkongsi tentang tahfiz Darul Tuba di Tangkak, Johor, tak begitu jauh dari Muar. Untuk pelajar perempuan sahaja. DT menggunakan sistem hafalan kaedah Turki. Anak saya berumur 9 tahun ketika dihantar hujung tahun lepas. Dalam masa 1 bulan dia dapat menguasai tajwid & makhraj dgn baik. Dia diberi latihan kelancaran membaca dgn tajwid yg betul 2min 1 mukasurat selama 4 bln sambil menghafal surah-surah lazin dan juzuk am'ma. selepas mencapai kelancaran sedemikian, baru dia mula menghafal dari surat albaqarah. Skrg dia dah hafal 5 juz. Syarat kemasukan tak kira brp umur, asal boleh mengurus diri. Yuran RM350 sebulan. balik rumah 1 bln sekali, tapi kalau dpt tasmik penuh setiap hari continuously selama 2 minggu, boleh balik rumah 2 minggu sekali. Tasmik penuh bererti 1 hari hafal 1 mukasurat. Yuran termasuk dobi. jadi pelajar tak perlu cuci pakaian. Bangunannya sangat sederhana, cuma sebuah rumah banglo dengan kapasiti 40 org pelajar, ratio guru:pelajar 1 guru utk 10 org murid.Di samping hafalan, belajar semua subjek diniah, 4 subjek akademik (BM, BI, Sains & Maths). Aktiviti seperti nasyid, pidato, belajar masak diadakan occasionally from time to time. On average, from statistic of those who have completed, pelajar tamat hafal 30 juz dlm masa 2.5 thn.Namun ada juga yang hingga 5-6 thaun, But this is "outliers," kes terpencil. Kemampuan anak-anak berbeza-beza.
Tahfiz al quran darul tuba, Tangkak boleh dihubungi di 019-660 2316 (Ustazah Kasmah).
Saya juga nak berkongsi dengan semua, yang anak lelaki saya berumur 13 dan 9 tahun belajar di Akademi Tahfiz al Quran Al Fawwaz, Seksyen 3, BBB, Bangi. Boleh hubungi mudirnya Ustaz Wan Khairul 013-956 7104. Dulu Ustaz Wan Khairul mengajar di Darul Tuba Tangkak. Setelah berkahwin dan berpindah ke Bangi, beliau membuka tahfiz yang menggunakan sistem yang lebih kurang sama dengan Darul Tuba tangkak, tapi utk pelajar lelaki sahaja. Bagi saya, tahfiz ini sangat sesuai untuk pelajar usia muda sebab pelajarnya tak ramai (sekarang baru ada 20 org, maksimum capacity 40 org),ratio guru-pelajar 1:10, Ustaz Wan amat mengambil berat setiap individu pelajar. Jadi untuk anak-anak yang usia muda dan belum begitu pandai mengurus diri seperti anak-anak belasan tahun, tak susah sangat untuk mereka "survive" ditempat yang tak ramai pelajar, teratur dan sangat bersih. Al Fawwaz juga amat mementingkan tajwid dan makhraj bacaan.
Saya nak kongsikan info: Bagi sesiapa yang nak masukkan anak lelaki ke tahfiz berasrama, terutama yang masih berusia muda ie. bawah 13 tahun, saya cadangkan dimasukkan ke akademi tahfiz al quran al fawwaz (AQFA), seksyen 3, Bandar Baru Bangi. 2 org anak saya belajar di sana (13 dan 9 tahun). Ia sebuah rumah semi D, 3 tingkat, extended & renovated, corner lot, sangat bersih, cantik dan teratur, cukup luas untuk menempatkan 40 org pelajar. Makanan, pakaian dan kebersihan cukup dijaga. Pelajarnya hanya 20 org setakat ini dan maksimum kapasiti 40 org. Mudirnya, menjanjikan ratio guru:pelajar 1:10, jadi buat masa ini ada 2 org guru tetap yang tinggal bersama pelajar di asrama tersebut, berkelulusan Diploma dari Darul Quran, khas untuk tasmik bacaan, mengajar alquran dan tajwid sja. Subjek-subjek lain di ajar oleh guru lain. Guru akan ditambah dari masa ke semasa mengikut jumlah pelajar. Ustaz Wan Khairul, mudirnya berkelulusan Univ Azhar Mesir. Ustaz Wan sangat mengambil berat hal setiap individu pelajar. Dia kenal pelajarnya satu per satu. Setiap pagi dia akan memanggil dan berjumpa sekurang-kurang seorg pelajar, untuk bertanyakan apa2 masalah yang dihadapi di asrama, walaupun ustaz Wan sibuk mengurus 3 lagi cawangannya di seksyen 3 juga, yang menawarkan tahfiz separuh masa dan kelas kafa harian. Sukar mencari mudir yang memberi perhatian sedemikian. Di minggu pertama anak saya memasuki al fawwaz, mereka di ajar wuduk dan solat secara lisan dan praktikal dan mesti menduduki ujian lisan, bertulis dan praktikal wuduk dan solat dulu. Setelah lulus, barulah dibenarkan mengikuti kelas-kelas diniah yang lain. Untuk mengikuti kelas hafalan pula, pelajar mesti lulus tajwid, makhraj dan kelancaran membaca tanpa kesilapan tajwid dengan kelancaran 2-3 minit 1 mukasurat. Setelah lulus, baru boleh mengikuti kelas hafalan. Bukankah kualiti seperti ini yang kita cari dalam bacaan quran anak-anak kita? Maknanya sebelum mula menghafal, mereka mesti lancar dan boleh membaca dengan betul.
Fokus al fawwaz adalah hafalan quran, tetapi di selang seli juga dengan kelas-kelas diniah dan mata pelajaran akademik (core subjects ie maths, science, BM, BI). Pada pendapat saya, elok di masukkan anak ke tahfiz sepenuh masa seperti al fawwaz pada usia muda. ie. 9 atau 10 tahun. Mudah2an dengan itu mereka akan tamat hafal 30 juzuk (biasanya mengambil masa 2-3 tahun)ketika usia awal belasan tahun. Selepas itu bolehlah mereka fokus kepada bahasa arab dan subjek akademik pula dan membuat persediaan untuk SPM, sambil terus menerus mengulang hafalan mereka. Jadi tak terlalu berat sgt utk mereka (tinggal fokus pada akademik sja sbb hafalan dah selesai).
Berat juga rasa hati berpisah dengan anak-anak yang masih kecil, tapi saya memilih untuk meminjam semangat ibu kepada Imam Shafie yang melepas pergi anaknya ketika berusia 8 tahun untuk mempelajari ilmu dan quran. Ketika itu, pastinya tiada talipon, malah kenderaan pun tiada, alamat yang bakal dituju oleh anaknya juga tidak jelas, pendek kata si ibu melepas pergi si anak dengan tidak mengetahui apakah beliau dapat menemui anaknya lagi. Sedang anak-anak saya di Al Fawwaz cuti 2 minggu sekali, boleh diziarahi dan ditalipon dihujung2 minggu.
Ustaz Wan Khairul boleh dihubungi di 013-956 7104. No. 39, Jln 3/52, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.
Puan Hamidah boleh dihubungi di hamidah.musa@gmail.com
alhamdulillah..terima kasih kak atas perkongsian..sangat menghargainya... ^_^
ReplyDeleteAssalamualaikum...terima kasih atas perkongsian... selain kat Bangi ada cawangan lain tak?? bagus untuk mendidik anak sedari awal usia dia kan..semoga anak puan menjadi anak yang soleh soleha dunia dan akhirat....
ReplyDeleteSalam ukhwah dari Lin (http://www.ibuvitaminshop.com/) nak ajak exchange link untuk perkonsgian bersama dan boleh ikuti ceritera anak-anak awk lagi ttg pengalaman awk juga....
Assalamualaikum Kak Roza,
ReplyDeleteHarap akak masih ingat pada saya, Sarni.. Saya cuba hubungi akak tapi tak dapat. Andai akak terbaca komen saya mohon sms saya ya 0163553354.. ingin minta pandangan n nasihat akak berkenaan anak2 ni.. jzkl :)
As Salam, tak jwb pun call Darul Tuba, Johor.
ReplyDeleteDi sekitar kl utk perempuan, di mana ya.
Waalaikumsalam...sahabat saya baru masukkan anak ke situ..dah penuh katanya..tmpt lain utk perempuan ada tp tak pasti kemantapan bacaannya.. Antaranya maahad tahfiz az-zahra di hulu langat
ReplyDeleteassalamualaikum, nak tanya juga kalau2 ada tahfiz + akademik utk pelajar lelaki 10tahun lain tak dlm selangor...actually nak cari yg berhampiran rawang...mohon kongsi yer...boleh sms/whatsapp saya di num 0187795811 jazakallah
ReplyDeleteAssalammualaikum puan,
ReplyDeleteSetakat ni saya belum ada pengetahuan ttg mana2 maahad tahfiz + akademik berhampiran Rawang...mungkin ada pembaca blog yg terbaca komen ini ada yg mengetahuinya...mohon dikongsikan untuk pengetahuan puan ini dan pembaca yg lain...insya-Allah...
di Indonesia banyak
ReplyDeleteSalam...jika ada yg berminat, Maahad Tahfiz Ar-Rayyan khas utk pelajar yg beramasalah. Saya dimaklumkan penekanan akan diberi utk pembentukan akhlak dan tahfiz. Moga bermanfaat.
ReplyDeletehttp://arrayyantahfiz.blogspot.com/
Blh sy tahu dimana ? Sy berminat sangat
DeleteAssalamualaikum, insyaALLAH AKADEMI TAHFIZ QURAN AL FAWWAZ SEKSYEN 3, BANDAR BARU BANGI dalam proses membuka cawangan untuk tahfiz banat (perempuan), insyaALLAH dalam perancangan akan bermula pd
ReplyDeletebulan JUN 2014, doakan dipermudahkan segala urusan kami ini. Wassalam
salam,nak kongsi ea :) terima kasih
ReplyDeleteThe road to hell is paved with good intentions is a proverb or aphorism. An alternative form is "hell is full of good meanings, but heaven is full of good works"
ReplyDeleteAssalamualaikum....thn dpn anak saya masuk 7 tahun...masih smpat lg x nk daftar masuk?
ReplyDeleteالسلام عليكم ورØمة الله
ReplyDeleteSy juga sedang mencari pusat tahfiz seumpamanya untk anak2 lelaki sy di tangkak @ muar. Berumur bawah 12 tahun.
Mohon emel sy jika ada yang mengetahuinya di firniyaz@gmail.com. terima kasih.
assalamualaikum puan
ReplyDeletenak tanya prestasi anak puan yang di hantar ke tahfiz bangi kerana saya berminat hantar anak lelaki saya ke sini pada tahun 2018. Minta pandangan puan boleh ws saya di nombor 0193358920
Thank You and that i have a nifty supply: How To Become A House Renovation home renovation youtube
ReplyDelete