Sunday, July 15, 2012

JIKA TIADA ROH MASJID DI RUMAH..


Rumah dengan  Roh masjid vs Rumah tanpa Roh masjid:-

1- Rumah hidup dengan ibadah seperti solat fardhu berjemaah, bacaan Al-Quran, zikir dan doa VS Meriah dengan perkara yang melalaikan seperti bunyi muzik yang bingit, percakapan yang sia-sia dan tidak sopan..

2- Segala perkara dilakukan berjemaah seperti makan, mengemas rumah, menonton televisyen dan berbual-bual VS setiap penghuni sibuk dengan urusan sendiri dan tidak mengambil tahu urusan ahli keluarga yang lain..

3- Rumah sentiasa bersih dan dihiasi dengan perhiasan yang sederhana. Apa yang paling penting perhiasan menepati kehendak syariat VS Rumah dihiasi patung, gambar yang tidak menutup aurat dan perhiasan yang diharamkan seperti pinggan mangkuk daripada emas dan lain-lain..

4- Anak-anak dan isteri akan lebih taat pada ketua keluarga, menghormati keputusan yang dibuat dan lebih menghargai apa yang ada VS anak-anak bersifat kurang sopan, isteri tidak memberi penghormatan yang selayaknya kepada suami dan kesefahaman susah dicapai ketika membuat keputusan.

5- Wujud budaya amar makruf nahi mungkar sesama keluarga, anak-anak yang lewat mengerjakan solat akan ditegur sebaiknya VS ibu-bapa memberi kebebasan mutlak kepada anak-anak untuk membuat keputusan tanpa mengira dosa dan pahala..

6- Batas-batas pergaulan dan aurat sentiasa dijaga di rumah dan di luar rumah. Contohnya pergaulan sesama adik-beradik, mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan anak perempuan serta aurat bersama bukan mahram seperti sepupu dan ipar-duai VS pergaulan yang bebas dan aurat tidak dijaga. Adat dan etika sosial diutamakan melebihi agama dan syariat contohnya anak disuruh bersalam dengan ipar dan sepupu yang jelas bukan mahram baginya.

7- Media dan hiburan Islam menjadi pilihan seperti menonton rancangan TV  yang berunsur pendidikan, mendengar nasyid dan qasidah, membaca majalah-majalah Islam dan memantau CD-CD yang ditonton oleh seisi keluarga VS hanya hiburan semata-mata dengan menjadikan nafsu dan akal sebagai rujukan. Bahan-bahan untuk tatapan keluarga pula tidak dikawal sepenuhnya..

Thursday, July 5, 2012

Melembutkan Hati Anak..

Artikel dibawah dicopy dari AlimKids.com

Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.
Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.
Salah satu doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Saidina Umar, iaitu ayat yang dirampas oleh Saidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam.
Surah Taha adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT. Boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri.
Berikut adalah ayat 1-5 surah Taha.

Selain Surah Taha, ada beberapa ayat Al-Quran lain yang boleh diamalkan seperti berikut:-
  • Jika anak-anak sering bergaduh:
Surah Al Baqarah – Ayat 102
  • Supaya anak-anak pandai belajar:
Surah Al Anbiyaa’- Ayat 79
  • Supaya anak-anak lembut hati dan mengelakkan panas baran:
Surah Al Anbiyaa – Ayat 69, Surah Al Hasyr – Ayat 22-24
  • Bagi anak-anak yang suka keluar malam:
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Sesungguhnya kita berusaha, Allah swt yang melorongkan jalan dan mempermudahkan usaha kita mendidik anak, Insya Allah.