Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.
Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.
Salah satu doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Saidina Umar, iaitu ayat yang dirampas oleh Saidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam.
Surah Taha adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT. Boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri.
Berikut adalah ayat 1-5 surah Taha.
Selain Surah Taha, ada beberapa ayat Al-Quran lain yang boleh diamalkan seperti berikut:-
- Jika anak-anak sering bergaduh:
- Supaya anak-anak pandai belajar:
- Supaya anak-anak lembut hati dan mengelakkan panas baran:
- Bagi anak-anak yang suka keluar malam:
Sesungguhnya kita berusaha, Allah swt yang melorongkan jalan dan mempermudahkan usaha kita mendidik anak, Insya Allah.
Asslm,
ReplyDeleteSaya ingin bertanya bilakah doa/ayat2 tersebut sesuai dibacakan? adakah waktu2 khas/ cara2 tertentu?
terima kasih..
Waalaikumsalam wbt
ReplyDeleteSekadar pengetahuan saya antara salah satu caranya ialah pada ketika anak-anak tidur... Bacakan dan tiupkan di ubun-ubun anak-anak.. Boleh dibaca pada air dan diberi minum atau kalau kita menghafal semua ayat-ayat di atas bacalah sebagai zikir ketika sedang memasak.. Wallah hu 'alam moga membantu
Thanks for sharing dear.mari sama-sama kita amalkan
ReplyDeleteVitamin Semulajadi
nasihat yang sangat berguna..thanks for the info...
ReplyDeletetq for shring..nice info
ReplyDeletetq for shring..nice info
ReplyDelete