Wednesday, August 17, 2011

Tazkirah Ramadhan: Muhasabah Diri...Sudah Bersediakah Kita??

Sepertimana tahun lepas, tahun ini bersempena ramadhan usrah bulanan oleh guru yang saya hormati Ustaz Roslan Mohamad masih berterusan.. Jika tahun lepas Ustaz Roslan menyentuh tentang Malam Al-Qadr BOLEH BACA DI SINI , namun tahun ini Ustaz Roslan memilih tajuk Muhasabah Diri..

Ramadhan kali ini juga sangat istimewa buat saya sekeluarga..

Pertamanya kerana adik Mawaddah sudah cerdik dan memahami bila dibawa ke masjid atau surau untuk solat terawikh.. Tahun sebelumnya adik Mawaddah akan menangis bila saya berdiri di saf kerana melihatkan semua orang bertelekung putih dia keliru yang mana satukah ibunya dan merasa bahawa dia ditinggalkan.. Tahun ini bilamana dia tahu saya berdiri di saf dia akan bermain berhampiran dengan tempat saya bersolat (biasanya saya memilih untuk solat dibahagian yang paling kanan atau kiri) apatah lagi bila melihat rakan2 sebayanya atau kakak2 di usia tadika lain yang turut hadir.. Dia ralit melihatkan telatah kanak2 lain..

Keduanya kerana kedua-dua masjid dan surau tempat saya selalu bertarawikh termasuk sekolah Dar Hikmah di mana pada setiap hari diadakan solat terawikh di situ dengan ustaz2 sendiri menjadi imam bergilir-gilir dengan anak-anak tahfiz peringkat menengah sebagai latihan buat mereka di adakan tazkirah selama 20 minit selepas solat 8 rakaat... Ia sepatutnya merupakan acara yang ditunggu-tunggu oleh kita setiap hari untuk mendengar peringatan demi peringatan daripada para pewaris2 Nabi ini... Ia juga merupakan jalan untuk kita berinfaq di jalan Allah..

Antara yang ditegur oleh Prof Muhaya dalam slot 'Islam Itu Indah' di IKIM Rabu lepas, sedih beliau melihatkan ada yang tergesa-gesa pulang pada ketika itu dan tidak mendengar tazkirah-tazkirah yang diadakan.. malah antara teguran guru saya Ustaz Yazid ialah ada yang berdiri untuk solat sunat witir sedangkan yang lebih utama adalah kuliah ilmu yang hukumnya wajib berbanding witir yang boleh dilakukan di rumah yang hukumnya sunat.

Sudah bijakkah kita hingga tidak perlu mendengar majlis ilmu dan jahilkah kita yang menolak taman-taman syurga (berada dalam majlis ilmu seumpama berada dalam taman syurga di dunia ini).. Yakinkah kita yang nama kita tersenarai di pintu syurga Allah?? Pada saya yang masih belajar ini alangkah ruginya jika kita memilih masjid/surau yang tidak punya majlis ilmu/tazkirah di mana kita mampu merebut 2 dalam 1 pahala berbanding hanya bersolat terawikh sahaja...begitu juga berpagi2 mendengar Tanyalah Ustaz di TV9 pada pukul 7-8.. Semuanya mudah kini di mana majlis ilmu itu mampu kita bawa masuk ke dalam rumah kita dengan hanya membuka TV.

Bersempena hari Nuzul Quran pada hari ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya dapati daripada Usrah Ustaz Roslan baru2 ini dan beberapa mutiara peringatan yang saya kutip sedikit sebanyak daripada tazkirah-tazkirah yang telah saya ikuti buat peringatan diri saya dan keluarga juga buat titipan untuk sahabat-sahabat semua dalam kita bukan hanya mengejar cinta suami/isteri, cinta anak2, cinta rakan-taulan dan sanak-saudara tapi yang paling utama untuk mengejar CINTA & RAHMAT ALLAH kerana itulah satu-satunya tiket untuk kita layak disambut di pintu syurga yang merupakan destinasi utama kita...

"Muhasabah adalah perkara yang para ulama' lakukan  yang patut kita contohi.. Apa erti Muhasabah?.. check balik, semak balik, fikir balik segala salah-silap kita di masa lalu terutama setahun sebelum Ramadhan.

Kenapa perlu bermuhasabah?? kerana sepanjang setahun sebelum Ramadhan atau di masa lalu sudah pasti ada kesilapan yang kita pernah lakukan pada ibu-bapa, anak2, adik-beradik, rakan taulan maka sudah  pasti kita perlu menginsafi dan bertaubat serta mohon ampun kepada Allah SWT.. Dalam bulan Ramadhan ini Hadis sahih daripada Jabir r.a Rasulullah SAW bersabda "Malaikat akan pohon keampunan bagi pihak kita"

Maka jika ada keistimewaan sebegitu rupa di bulan yang mulia ini apakah kita sudah berpuashati jika kita tidak luangkan waktu saban hari saban malam beristighfar pada Allah SWT hingga menitiskan airmata dengan memohon sebenar-benar taubat dan penyesalan tak sudah-sudah pada Allah?? Perjalanan usia kita bukan kita yang menentukan.. Tiada siapa boleh menjamin dirinya mampu sampai ke akhir Ramadhan pun tapi kita masih membuang-buang waktu dan sombong dengan Allah.. Nauzubillah..

Ustaz Roslan menggambarkan saat-saat bertemu Allah SWT (di saat kita dicabut nyawa) berdasarkan buku "Orang-orang Yang Menyesal Pada Hari Kiamat"

Firman Allah SWT dalam Surah Anbiya' ayat 1 yang bermaksud:

"Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya)."

Bukan setakat lupa ulas ustaz tapi tiada persiapan langsung...dan manusia sentiasa lupa bahawa satu hari nanti kita akan dijemput Allah SWT kerana itu ada yang sudah berpuas hati dengan ilmu agama tahap sekolah rendah/ sekolah menengah mereka serta langsung tidak mahu meluangkan masa untuk mengupgradekan ilmu serta amalan sesuai dengan kematangan walaupun punya masa... Kita lebih suka meluangkan waktu kepada perkara-perkara yang sia-sia dan satu hari nanti kita akan menyesal namun sudah terlambat pada ketika itu..

Firman Allah SWT dalam surah Maryam ayat 39 yang bermaksud:

"Dan berilah peringatan tentang hari penyesalan (ketika dalam alam kubur/ alam barzakh) iaitu ketika segala perkara telah diputuskan dan mereka dalam kelalaian dan mereka tidak pula beriman.."

Ketika di dalam kubur Allah SWT akan meminta malaikat mengembalikan roh untuk disoal-siasat.. Kita akan disoal kenapa tak belajar ilmu ugama dan memperbaiki amalan kita.. kenapa?? dan kenapa?? Ketika itu suami/isteri kita mahupun anak2 kita yang berada di atas dunia tidak tahu apa yang berlaku pada kita di alam barzakh.. Maka, siapa lagi yang patut memulakan langkah memperbaiki diri berdasarkan pengajian ilmu, kita atau perlu menunggu mereka atau orang lain ??

Firman Allah SWT dalam surah Yaasin ayat 52 yang bermaksud:-

" Mereka berkata, "Aduh celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur)?" Inilah yang dijanjikan (Tuhan) Yang Maha Pemurah dan benarlah Rasul-rasulnya."

dan dalam Surah Al-Ana'am ayat 31 yang bermaksud:

" Sungguh telah rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mereka dengan Tuhan; sehingga apabila kiamat datang kepada mereka dengan tiba-tiba, mereka berkata "Alangkah besarnya penyesalan kami terhadap kelalaian-kelalaian kami tentang kiamat itu!", sambil mereka memikul dosa-dosa di atas punggungnya. Ingatlah, amatlah buruk apa yang mereka pikul itu." 

Janganlah kita menunggu hingga kita menjadi orang yang rugi kerana mati mengejut (kita hanya mendefinasikan mati mengejut sebagai mati serangan jantung, mati dalam tidur, mati kemalangan dsb namun hakikatnya mati mengejut itu bermaksud mati dalam keadaan tak sempat mencari ilmu dengan sebanyak-banyaknya, bertaubat, beramal serta memperbaiki diri....

Maka orang ini bila mati kelak akan meratap dan menyesal kerana di atas dunia dulu selalu memberikan banyak alasan bila di ajak ke majlis-majlis ilmu dan meminta untuk dikembalikan ke dunia untuk melakukan perkara yang betul sepertimana

Allah berfirman dalam Surah Al-Mu'minuun ayat 107 yang bermaksud:

"Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami daripadanya(kubur) dan kembalikanlah kami ke dunia, maka jika kami kembali juga pada kelalaian dan kejahilan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim."

Maka ketika itu apakah permintaan kita untuk dikembalikan akan ditunaikan Allah?? Mungkin elok kita fikir-fikirkan.. Kalau hari ini segala kehendak kita mungkin ditunaikan manusia dan Allah dan kita masih zalim dengan diri kita kerana menidakkan ilmu bagi melayakkan diri kita utk memegang kunci pintu syurga..Sesungguhnya Allah SWT Maha Penyayang.. Dia ingin kita ke syurgaNya tapi kita yang menzalimi diri kita sendiri dan pada hari itu kita mengakui kesilapan kita tapi 'nasi sudah menjadi bubur'.. Dan itu baru siksaan di alam barzakh di  mana hanya ada 2 keadaan kita di alam barzakh :-
a) Kubur menjadi lubang neraka
b) Kubur menjadi taman syurga
Yang mana satu yang kita mahu???

Dan malanglah jika (a) yang kita dapat kerana sudah pasti di kampung akhirat tempatnya adalah di neraka.. Ia seumpama pelajar yg mengambil SPM, seorang belajar dengan tekun dan bersedia utk peperiksaan dan seorang lagi membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah dan akhirnya yang tekun akan lulus manakala yang lalai akan gagal.. marilah kita bersedia utk peperiksaan yang bukan saja lebih besar tetapi sebenar-benar peperiksaan di kampung akhirat nanti...Hari ini kita hanya bermegah2 dengan sarjana, master mahupun sijil pHd ilmu dunia serta wang simpanan dan liabiliti yang kita miliki namun pernahkah kita mengukur/mengira sejauh mana ilmu agama yang kita ada di dada (apakah senilai pelajar tadika, sek rendah atau sama tarafnya dengan ilmu dunia yang kita ada) begitu juga dengan perkara2 baik yang kita lakukan yg bakal menjadi matawang kita di akhirat kelak.. dan saya melihat perkara ini bukan sahaja untuk diri saya tetapi orang2 yang diamanahkan kepada kita iaitu anak2 kita dan bagi para suami, isteri yang  mereka kasihi apakah nilai agama yang pernah kita suntik kepada mereka.. Mari kita sama2 renung2kan kerana di akhirat nanti yang tinggi nilainya adalah apa yg bernama 'USAHA' atau 'EFFORT'

Sepertimana Firman Allah SWT dalam Surah al-Mulk ayat 10-11 yang bermaksud:

"Dan mereka berkata: "Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) nescaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala." Mereka mengakui dosa mereka. Maka kebinasaanlah bagi penghuni neraka yag menyala-nyala."

Maka sebelum terlambat kalau kita tadabbur ayat ini di manakah peringatan-peringatan itu boleh didapati? Apakah di panggung wayang? dalam filem2 barat, ketika melepak bersama kawan2 (kecuali kawan2 yang baik ilmunya).. Tidak sama sekali kerana peringatan hanya boleh didapati dalam majlis ilmu(tak kiralah dalam TV, di masjid ataudi halaqah2 ilmu).. Ketika itu kita akan menyesal "Kalaulah dulu aku guna akal dengan betul, berfikir dengan betul, guna masa dengan betul utk belajar ilmu ugama serta dengar betul2 apa yg dikatakan oleh para ustaz sudah pasti aku tidak akan dilempar ke neraka.

Firman Allah SWT dalam Surah Az-Zukhruf ayat 76-77 yang bermaksud:

"Dan  tidaklah Kami menganiaya mereka tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. Mereka (manusia) berseru " Hai Malik (malaikat penjaga neraka), biarlah Tuhanmu membunuh kami sahaja." Dia (malaikat Malik) menjawab: "Kamu akan tetap tinggal di neraka ini!"

penghuni neraka mahu dibunuh sahaja kerana siksaan neraka terus-terusan berlaku, setelah diazab dihadirkan kembali dan diazab lagi dan mereka mengira dengan dibunuh mereka akan selamat dari azab yg menyiksakan itu..

Di muka bumi ini tempat kita menyemai hasilnya nanti bakal kita tuai di akhirat nanti.. Di dunia ini kita masih boleh merintih dan meratap dan mencari SOLUSI namun  bila sudah berada di dalam tanah kelak rintihan itu sudah tidak berguna lagi.. Maka marilah kita sama2 sempurnakan apa yg masih belum  sempurna, yg dah baik kita baikkan lagi jika dapat  dilakukan akan tercapailah maksud matlamat puasa kita tahun ini untuk menjadi titik tolak kepada perbaikan diri secara menyeluruh.. Insya-ALLAH

Bak kata Ustaz Hashimi ketika memberikan tazkirah minggu lepas di Sek Dar Hikmah.. Marilah kita berjual-beli dengan Allah SWT (ke majlis ilmu, solat sunat, Qiamullail, bersedekah dll) berbanding berjual beli dgn manusia di bazaar ramadhan mahupun bazaar Hari Raya kerana tidak ada sesiapa pun akan rugi jika berjual-beli dgn Allah walaupun hanya menderma wang 20 sen tetapi jika berjual beli dgn manusia,  jika hanya punya 20 sen ia langsung tidak laku di bazaar ciptaan manusia malah adakalanya bila membeli rasanya tidaklah setanding dgn harga yg dibayar.. Rebutlah saat2 terakhir Ramadhan ini sebelum wisel penamat ditiupkan..

Saya kongsi sedikit peringatan Ustaz Dr. Abdul Basit di slot  Tanyalah Ustaz sepanjang 2 pagi ini... Kita membaca Al-Quran seolah2 Quran itu diturunkan kepada orang lain sedangkan Al-Quran itu  diturunkan sebagai panduan buat kita.. Banyak daripada kita mengejar tadarus dan pembetulan tajwid tapi isi Al-Quran tidak ditadabburkan.. Al-Quran harus dibaca dengan:-
a) Tilawah (membaca sendiri)
b) Qalbiah (meresap masuk ke hati bila membaca peringatan2  daripada Allah daripada Al-Quran)
c) Amali (mengamalkan/ mempraktikkan apa yg dilarang dan disuruh di dalam Al-Quran) sebagai contoh tentang halal haram, arahan memakai pakaian yang menutup aurat dan sebagainya

Kerana itu orang2 Islam hari ini sangat lemah berbanding umat Islam di zaman Rasulullah SAW dahulu.. Kerana Al-Quran hanya dibaca untuk orang mati bukannya orang yang hidup (kita)... Kita tidak menganggap  al-Quran itu sebagai wadah di mana Allah SWT memberi peringatan dan bercakap dengan kita bila kita membacanya...

Suka juga saya berkongsi nasihat beliau dalam slot yg lain (sebagai tambahan kepada jawapan kepada komen sis Melly) sebelum tasyahud akhir (baca dalam hati jika tidak menghafal doa dalam bahasa Arab) amalkan membaca doa yg merupakan sunah Rasulullah SAW iaitu:-
a) "Ya Allah jangan kau bolak-balikkan hatiku setelah kau kurniakan hidayah kepadaku"
b) "Ya Allah bantulah aku untuk mengingatiMu, mensyukuriMu dan memperelokkan ibadah kepadaMu"
c) "Ya Allah selamatkan aku daripada azab kubur, azab neraka jahannam, fitnah hidup dan mati dan fitnah Maseh ad-Dajjal"

Para ulama'/orang2 soleh di zaman dahulu sangat bimbang jika anak2 mereka tidak membacanya dan sering bertanya samada mereka membaca doa2 ini setiap kali anak2 mereka selesai  solat.. Marilah kita sama2 mendidik diri kita dan anak2 kita dengan perkara yg sama semoga Allah SWT menerima doa kita dan membantu kita untuk memperbaiki diri.. dengan memberikan kita guru2 dan sahabat2 yang baik..
Semoga kita TIDAK tergolong dalam golongan yg disebutkan dalam Surah Muhammad ayat 16 yang bermaksud:

" Dan di antara mereka ada orang yang mendengarkan perkataanmu sehingga apabila mereka keluar dari  sisimu mereka berkata kepada orang yang telah diberi ilmu pengetahuan: "Apakah yang dikatakan tadi?" Mereka itulah orang-orang yang dikunci mati hati mereka oleh Allah dan mengikuti hawa nafsu mereka."



Satu lagi pesanan menarik untuk dikongsikan oleh seorang Ustaz yg  saya lupa namanya di masjid berhampiran rumah saya ialah.. Jika anda masih ingat tentang kisah 4 Abdullah yang disayangi Rasulullah SAW dalam entry yg lalu.. di mana salah satunya ialah Abdullah bin Abbas (Ibnu Abbas) yang byk meriwayatkan hadis.. Semasa kecilnya telah didoakan Rasulullah SAW dgn doa:
'Allahumma fakih hu fiddin
wa 'alim hu ta'wil' (JIKA PEREMPUAN TUKARKAN hu KEPADA ha)
yang bermaksud "Ya Allah, berikanlah kefahaman ugama kepadanya dan kebijaksanaan yang luar biasa"

Dan ustaz tersebut menasihatkan agar kita sebagai ibu/bapa mendoakan anak2 kita dengan doa ini ketika mereka bersalam dengan kita sebelumkeluar ke sekolah/ universiti dsb.. kerana kita mungkin boleh menghantar mereka ke sekolah ugama atau maahad tapi yang akan memberikan kefahaman hanyalah Allah SWT.. biarlah anak2 kita menjadi orang yg faham dgn ugama dan bukan hanya cemerlang dari segi akademik tapi rosak ugamanya..
Begitu juga para suami dan mungkin para isteri bisikkan doa yg sama pada pasangan masing2 sebelum ke majlis2 ilmu atau ke tempat kerja.. Mungkin di rumah si  isteri menonton rancangan agama atau mendengar di radio .... tanpa kefahaman ugama mana mungkin isteri mampu membimbing anak2 dan mana mungkin suami mampu membimbing isteri dan anak2 ke arah jalan yg diredhai Allah (SWT)..

Segala yang baik daripada Allah SWT...

2 comments:

  1. wah sungguh detailed zana! aku tak mampu nak tulis mcm kau... tak cukup ilmu lg...

    ReplyDelete
  2. Moga sama2 memberi manfaat.. Insya-ALLAH

    ReplyDelete