Assalamualaikum wbt
Sudah lama tak bersiaran dek kerana kesibukan cuti sekolah (anak2 cuti ibu lebih sibuk lagi).. Saya sambung kembali kisah Wardina Saffiyah yang telah menceritakan kisah dirinya yang mula mendapat hidayah untuk kembali ke jalan Allah pada tahun 2000..
Ibu Wardina merupakan seorang Ustazah (mengajar Al-Quran) dan kelahiran Wardina disambut dgn rasa gembira oleh ibunya setelah kakak Wardina yg masih kecil (bernama Nafisah) meninggal.. Ketika kecilnya disebabkan ibunya yang mengajarnya membaca Al-Quran, Wardina pernah menjadi johan hafazan dan tilawah Al-Quran.. Suatu waktu dulu kita juga pernah mendengar kisah Aisyah Bukhari yang menghafal Surah Yasin tetapi tetap menjadi murtad.. Persoalannya apakah kerana ini kita lebih harus mengabaikan pendidikan ugama kepada anak2?? Jawapannya TIDAK SAMA SEKALI malahan berdasarkan apa yang selalu saya dengar melalui stesen Radio IKIM perkara pokok yang patut kita dasari buat anak-anak adalah pendidikan ilmu TAUHID, FEKAH dan TASSAWUF..yang merupakan ilmu fardhu ain' yang WAJIB dituntut oleh setiap umat Islam dari seawal kanak2 apatah lagi apabila dewasa dan dikelilingi oleh segala macam permasalahan dan persekitaran yang tidak 'BI'AH SOLEHAH' (tidak berlandaskan syariat).
Alangkah sedihnya ibu Wardina bilamana anaknya mula mengikut perangai kawan2nya yang tidak baik, tidak mahu bertudung dan lebih sukakan pub dan sebagainya (NAUZUBILLAH..)
Wardina menceritakan kisahnya dengan rasa hiba bilamana dia mendapati setiap kali dia bangun di tengah malam dia akan mendapati ibunya berada di tikar sejadah, berdoa dan bermohon kepada Allah SWT agar dibukakan pintu hati Wardina ke jalan yg benar.. Semalam ketika menonton Halaqah bertajuk "5 Minit aje" yang menyentuh perkara berkaitan ibu bapa yg lebih suka mencari harta daripada memberi sedikit masa utk mendidik anak-anak, Ustaz Roslan juga menyatakan perkara yang sama.. iaitu "berapa ramai ibu bapa hari ini yang sanggup bersusah-payah bangun di tengah malam bertahajud dan mendoakan anak2 mereka ?? Apakah cukup hanya sekadar memberi makan makanan dan minuman yang digemari anak2 serta memberi wang saku kepada anak2 malahan menswastakan pendidikan anak2 kepada 'bibik-bibik' mahupun hanya mengharapkan sekolah tanpa ibu-bapa itu sendiri memainkan peranan sebagai pendidik.."
Kata Wardina, beliau bersyukur kerana disebabkan pendidikan ugama yang diterapkan oleh ibunya sejak kecil, dia mampu U-Turn kembali ke jalan yang benar denga izin Allah SWT.. Pada tahun 2000 itu beliau terbuka hati untuk menunaikan umrah dan ketika menunaikan Umrah beliau memohon ampun daripada Allah SWT.. Dan, bilamana pulang ke tanah air perkara utama yang dilakukan olehnya ialah mempelajari cara solat yang betul dan bukannya terus menutup aurat..Proses penambahbaikan yang dilakukan oleh beliau adalah melalui mencari ilmu dan membetulkan diri berdasarkan ilmu dan beliau menyeru semua umat Islam agar sentiasa menghadiri majlis ilmu dan membaca Al-Quran..
Ramai daripada kita hari ini sepertimana yang dinyatakan oleh guru saya Ustaz Yazid merasa cukup dengan ilmu fardhu ain yang kita pelajari ketika di sekolah rendah dahulu.. sedangkan itu merupakan sukatan yang disediakan sesuai untuk anak2 seusia 7-12 tahun.. Apakah bila kita sudah mencapai usia 20-an, 30-an mahupun 40-an dan seterusnya kita hanya menjalankan ibadah (solat contohnya) dengan ilmu fardhu ain' anak2 seusia itu ???? Maka bagaimanakah kualiti ibadah kita kepada Allah SWT.. Apakah semakin baik atau sebaliknya.. Mungkin baik untuk kita fikirkan bersama..
Di sini juga saya ingin berkongsi doa Ustaz Farhan yang sangat menyentuh hati.. Setiap kali saya membaca doa ini pasti airmata saya akan mengalir begitu juga anak2 saya.. airmata mereka juga mengalir dan kata mereka, "Sedih doa yang ibu bacakan tu.." Doa saya moga anak2 dan keturunan saya juga anak2 dan generasi akan datang umumnya mampu menjadi anak2 yang sentiasa berbakti buat ibu dan ayah mereka bukan sahaja di dunia ini lebih2 lagi ketika ibu bapa mereka telah tiada..Saya mohon maaf jika doa ini terdapat sedikit pengubahsuaian kerana saya hanya menghafalnya..
Mulakan dan tutupi dengan selawat ke atas Rasululullah SAW:
"Ya Allah, Ampunkanlah dosa kami dan dosa kedua ibu-bapa kami serta sayangilah mereka sebagaimana mereka telah menyayangi kami ketika kecil..
Jadikan anak2 keturunan kami anak2 yang soleh dan solehah yang sentiasa berbakti kepada kedua ibu bapa mereka..
Jadikan mereka anak2 yang menjaga kami dengan penuh kasih sayang apabila kami mencapai usia lanjut..
Jadikan anak2 kami anak2 yang mampu membaca Al-Quran dan semoga amalan itu mengalir terus kepada kami
Jadikan anak2 kami anak2 yang mampu mengajar kami menyebut kalimah 'Lailahailallah' di hujung usia kami..
Jadikan anak2 kami anak2 yang mampu membaca Surah Yaasin bilamana kami sedang nazak..
Jadikan anak2 kami anak2 yang mampu memandikan jenazah kami dan menyempurnakan mayat kami dengan penuh kasih sayang..
Jadikan anak2 kami anak2 yang mampu menyembahyangkan jenazah kami..
Jadikan anak2 kami anak2 yang mampu menyambut jasad kami dengan lemah-lembut ketika dimasukkan ke liang lahad..
Jadikan anak2 kami anak2 yang tidak meninggalkan kami sepi dan kelemasan di alam barzakh, jadikan mereka anak2 yang sentiasa menghantar kalungan2 doa dan amalan baik buat kami..
Persatukanlah kami dan anak2 serta zuriat kami di syurgamu Ya Allah..."
Saya juga pernah mendengar ceramah Ustaz Farhan sendiri betapa antara pengalamannya melihat sendiri bagaimana anak2 seorang bapa yang baik dan dihormati meriba sendiri jenazah bapa mereka ketika jenazahnya dimandikan dengan penuh kasih-sayang. Betapa mereka tidak sanggup meletakkan jasad bapa mereka kerana rasa kasih dan hormatnya mereka kepadanya.. Betapa beruntungnya bapa ini.. Sudah pasti didikan bapa ini kepada anak2nya merupakan didikan yang amat-amat mengkagumkan.. Subhanallah
Bagaimana dengan kita dan anak2 kita??
Antara lain yang ingin saya kongsikan ialah apa yang diperkatakan oleh Ustaz Abdul Basit dalam Slot Tanyalah Ustaz berkaitan dgn solat jenazah.. Betapa besarnya pahala iaitu 1 Qiraat (hadis sahih) sekiranya kita (termasuk kaum wanita terutamanya kaum keluarga si mati) melakukannya.. Apakah yang dimaksudkan dgn 1 Qiraat itu ialah sebesar bukit Uhud.. dan bilamana kita (kaum lelaki) mengiringi mayat ke kubur maka mereka akan beroleh 1 Qiraat lagi..
Fenomena hari ini, tidak ramai yang mahu melakukannya kerana tidak mahu belajar dan antara saranan Ustaz Abdul Basit ialah jika berlaku kematian ambil inisiatif untuk memfotokopi cara2 solat jenazah yang tak sampai 5 minit utk melakukannya dan sebarkan kepada semua yang menghadiri agar semua orang dapat dididik untuk melakukannya..