Wednesday, November 10, 2010

Ke arah Menjana Kecermelangan Anak2 melalui Al-Quran Part 4

Sebelum saya menyambung hingga ke formula terakhir saya ingin berkongsi e-mail yg saya terima daripada seorang sahabat iaitu Nor Fadzhilah yg bertajuk

How to make your children pray on their own without a reminder or a quarrel.....

My Daughter was 12 years old and prayer was like heavy burden on her, So I told her to pray one day and I monitored her. She took the carpet and threw it on the ground. I asked her have you prayed - she said yes - Believe me, without feeling I slapped her face - I know I made a mistake. The situation has troubled me and I cried and I repent to God to forgive me The slap, the talk , the reminders did not benefit with my child.

One day A friend told me a story. She went to one of her friends for a visit. Her friend was not that of a religious person, but when the Adhan prayer was called, her children rushed for prayers without reminders or quarrel. I said to her how does your children pray by themselves without quarrel or a reminder? !!!!! - She said I have nothing to tell you, but before I got married I supplicate this Dua and until today . After she advised me the supplication Dua – I began to recite it in every Sujud in my prayers before Tasleem and anytime I could . My Sisters and Brothers since I began to recite the supplication Dua my daughter is now the first to prayer without reminders or quarrels . She got up in Fajr prayers without any alarms. And all her brothers are now eager in praying without any difficulties. Even my mother visited me once and went to sleep and I have to draw the attention to my daughter to wake us up.

I know You are now eager to know this Supplication Dua .. The Supplication is in the Surae Ibrahim(14), ayah # 40 سُوۡرَةُ إبراهیم And Supplication is ...

رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى‌ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ (٤٠)


14:40] O my Lord! make me one who establishes regular Prayer, and also (raise such) among my offspring O our Lord! and accept Thou my Prayer.

Start today, do not wait until you get married and until you have kids-"prevention is better then cure"
Saying of Imam Ali (a.s.) "Best deed of a man is to forgive and forget."O my Allah, the honour of being Your servant is sufficient. I am proud of the fact that You are my Lord. You are just as I want, so make me just as You like me to be.


Ia amat bertepatan dgn Formula ke-3 iaitu mengajak anak bersolat..

Saya sambung kembali ..

FORMULA Ke-5 : BERSIKAP POSITIF DALAM UJIAN

Merujuk kepada Surah Luqman ayat ke 17 yang bermaksud "Hai anakku, ....dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)."

Dalam konteks ini Luqman mengingatkan anaknya tentang kepentingan sabar dalam hidup. Sabar berkait rapat dengan sikap positif. Dengan penekanan ini anak-anak akan cekal mengharungi pancaroba dan liku2 kehidupan. Anak-anak juga perlu diingatkan bahawa sabar adalah proses ke arah kejayaan.

Nabi bersabda yg bermaksud, "Sesungguhnya kejayaan bersama-sama dengan kesabaran, kelapangan bersama-sama dengan kesusahan dan sesungguhnya beserta dengan kepayahan ialah kesenangan." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Ulas Dr.Danial, kebanyakan kita yg intelek amat suka membaca buku2 karangan org Inggeris dari segi motivasi tetapi sebenarnya formula daripada Al-Quran itu adalah yg terhebat..tetapi ramai org Islam tidak memahaminya.. Umat Islam jika dilihat dalam sejarah antara umat yang paling banyak diuji... menunjukkan kesabaran yg tinggi dan akhirnya berjaya.. (Jika kita rujuk kisah para sahabat hingga 300 tahun selepas kewafatan Rasulullah SAW)

Islam adalah satu2nya ugama yang dibina tanpa RAJA..Org2 Islam tidak mengenal putus asa dan membina kejayaan demi kejayaan hasil daripada usahanya.. Dr. Danial menekankan agar kita sentiasa mengingatkan anak setelah berusaha sedaya mungkin dan bertawakkal jangan takut dgn kegagalan.. Jika gagal selagi kita sudi untuk bangun dan berjuang kembali Insya-ALLAH kita akan berjaya! Tetapi jika selepas gagal kita terus jatuh dan tidak mahu berusaha kita akan jadi org yg gagal utk selama-lamanya....


FORMULA KE-6: MEMBINA KEMAHIRAN

Antara kemahiran yang dinyatakan dalam Surah Luqman ialah komunikasi berkesan. Luqman menasihati anaknya tanpa rasa kekok. Ini menunjukkan bapa memainkan peranan yang amat penting dalam pendidikan anak2. Ketika memberikan nasihat, Luqman menggunakan perumpamaan (Surah Luqman ayat 16,
" Hai anakku sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) sebesar biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi niscaya Allah akan membalasnya." dan ayat 19,
"Dan sederhanalah kamu dlm berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai") bagi memudahkan kefahaman.
Ini menunjukkan Luqman mempunyai kemahiran dalam berkomunikasi. Antara aspek penting yang perlu ada ketika berkomunikasi ialah kelembutan.
Mengikut Imam Ahmad dan Baihaqi, Nabi SAW bersabda yang bermaksud, "Jika Allah menghendaki kebaikan bagi sesebuah keluarga diberikan sifat lemah-lembut dalam keluarga itu,"
Disamping itu perlu ajar anak tentang keutamaan (priority) , Ayat 17 dalam Surah Luqman memperincikan keutamaan kita sebagai hamba Allah "Hai anakku, dirikan solat (1), dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah mereka dari perbuatan yang mungkar (2) dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu (3)..."

Pekerjaan (1), (2) dan (3) mengikut keutamaan adalah sepenting2 pekerjaan..


FORMULA KE-7: PEKA DAN BERPERANAN

Anak-anak perlu dididik agar berperanan dengan mengajak rakan-rakan mereka kepada makruf dan mencegah mereka dari kemungkaran. Hal ini disebutkan dalam Surah Luqman (priority 2 - "suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah mereka dari perbuatan yang mungkar")..

Dengan nilai dan sikap yang betul anak-anak tidak akan menjadi golongan yang terpengaruh Insya-ALLAH tetapi sebaliknya menjadi golongan yang mempengaruhi..

Thursday, November 4, 2010

Ke arah Menjana Kecemerlangan Anak2 Melalui Al-Quran Part 3

Sambungan kepada Formula Luqman buat ingatan diri saya terutamanya...



FORMULA Ke 3 -Pendidikan Solat



Ayat 17 dalam Surah Luqman yg bermaksud "Hai anakku (ya bunaiyya) tegakkan solat dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan mungkar...."



Anak2 perlu dijelaskan bahawa jika sekiranya mereka beramal dengan hati yang ikhlas dan berpandukan syariat mereka akan beroleh pahala, hilang segala kedukacitaan dan hilang rasa takut..Dan seseorang yg ber'Solat' dengan khusyuk dan ikhlas serta mengikuti syarat serta rukun solat akan digolongkan sebagai org yg melakukan amal soleh..



Antara lain yg pernah saya dengar dalam satu ceramah satu masa dulu ialah Rasulullah SAW telah bersabda yg bermaksud "Suruhlah anak2mu bersolat ketika dia berumur 7 tahun dan (jika dia masih enggan solat) pukullah (tanpa mencederakan) apabila diamencapai umur 10 tahun" ustaz tersebut mengupas isu ini dgn bertanya "jika kita disuruh menyuruh anak untuk bersolat pada umur 7 tahun umur berapakan dia harus di ajar utk bersolat kerana jika dia tidak tahu bagaimana dia boleh melakukan solat tersebut dgn baik ketika mana disuruh" ...Antara yg dapat saya simpulkan ialah anak2 patut di ajar bersolat pada umur 5-6 tahun. Agar ketika disuruh pada usia 7 tahun dia tahu melakukannya dan pada usia 10 tahun dia sepatutnya sudah tahu menjaga aurat dlm solat dan segala rukun.. Dan ini jarang dititikberatkan oleh kita..

Pendidikan golongan muda bagi mengelakkan kerosakan akhlak sptmana yg berlaku sekarang menurut Dr. Danial perlu dimulakan sedari kecil lagi. Allah(SWT) berfirman dalam surah At-Tahrim ayat 6 yg bermaksud, "Wahai mereka yg beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yg bahan bakarannya daripada manusia dan batu "

di dalam surah ini menggunakan panggilan 'ya bunaiyya' dalam menyuruh anak solat yg berarti 'anak tersayang'.. Maka dalam mengajak anak bersolat perlulah dengan kelembutan.. Kekadang kita lupa bila mana kita berjawatan tinggi di pejabat di rumah juga kita seolah2 pengarah jabatan.. "Children Do not Like Bossy parents".. Gunakan panggilan yg baik2..


Jgn putus asa dlm mendidik anak.. Permudahkan sesungguhnya agama itu mudah bukan buat/ambil mudah..


Sebagai contoh dlm bermusafir anak2 perempuan tak perlu bertelekung cukup sekadar menutup aurat dan berstokin manakala anak2 lelaki tak perlulah bersongkok baru nak bersolat (jika tak ada telekung tak bersolatlah mereka..)



Antara pesanan Dr. danial lagi ialah..



1-Jgn tegur anak depan adik2 akan menjatuhkan maruahnya

2-Terima anak2 tanpa syarat..

3-Mesti sentiasa lembut dan sabar agar mereka tidak menjadi penentang agama

4- Doakan anak2.. Tiada insan yg tak boleh berubah..

Formula ke 4 -Pendidikan Akhlak

Surah Luqman ayat 18-19 yang bermaksud "Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu dari manusia (kerana sombong) dan jangan kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. Dan sederhanalah kamu dalam berjalan (jgn terlampau cepat dan jgn terlampau perlahan) dan lunakkan suara mu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai"

Antara akhlak yg ditekankan dlm surah Luqman ini ialah bersikap tawadduk dan tidak sombong ketika bergaul dgn manusia. Beliau (Luqman) juga mengingatkan anaknya agar bersederhana dlm hidup dan tidak meninggikan suara ketika bercakap... Akhlak yg mulia berkait rapat dengan iman seseorang. Sehubungan dgn itu Nabi SAW pernah ditanya, "Ya Rasulullah, mukmin manakah yg lebih utama imannya?" Baginda menjawab, "Yg terbaik akhlaknya.."