Thursday, November 4, 2010

Ke arah Menjana Kecemerlangan Anak2 Melalui Al-Quran Part 3

Sambungan kepada Formula Luqman buat ingatan diri saya terutamanya...



FORMULA Ke 3 -Pendidikan Solat



Ayat 17 dalam Surah Luqman yg bermaksud "Hai anakku (ya bunaiyya) tegakkan solat dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan mungkar...."



Anak2 perlu dijelaskan bahawa jika sekiranya mereka beramal dengan hati yang ikhlas dan berpandukan syariat mereka akan beroleh pahala, hilang segala kedukacitaan dan hilang rasa takut..Dan seseorang yg ber'Solat' dengan khusyuk dan ikhlas serta mengikuti syarat serta rukun solat akan digolongkan sebagai org yg melakukan amal soleh..



Antara lain yg pernah saya dengar dalam satu ceramah satu masa dulu ialah Rasulullah SAW telah bersabda yg bermaksud "Suruhlah anak2mu bersolat ketika dia berumur 7 tahun dan (jika dia masih enggan solat) pukullah (tanpa mencederakan) apabila diamencapai umur 10 tahun" ustaz tersebut mengupas isu ini dgn bertanya "jika kita disuruh menyuruh anak untuk bersolat pada umur 7 tahun umur berapakan dia harus di ajar utk bersolat kerana jika dia tidak tahu bagaimana dia boleh melakukan solat tersebut dgn baik ketika mana disuruh" ...Antara yg dapat saya simpulkan ialah anak2 patut di ajar bersolat pada umur 5-6 tahun. Agar ketika disuruh pada usia 7 tahun dia tahu melakukannya dan pada usia 10 tahun dia sepatutnya sudah tahu menjaga aurat dlm solat dan segala rukun.. Dan ini jarang dititikberatkan oleh kita..

Pendidikan golongan muda bagi mengelakkan kerosakan akhlak sptmana yg berlaku sekarang menurut Dr. Danial perlu dimulakan sedari kecil lagi. Allah(SWT) berfirman dalam surah At-Tahrim ayat 6 yg bermaksud, "Wahai mereka yg beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yg bahan bakarannya daripada manusia dan batu "

di dalam surah ini menggunakan panggilan 'ya bunaiyya' dalam menyuruh anak solat yg berarti 'anak tersayang'.. Maka dalam mengajak anak bersolat perlulah dengan kelembutan.. Kekadang kita lupa bila mana kita berjawatan tinggi di pejabat di rumah juga kita seolah2 pengarah jabatan.. "Children Do not Like Bossy parents".. Gunakan panggilan yg baik2..


Jgn putus asa dlm mendidik anak.. Permudahkan sesungguhnya agama itu mudah bukan buat/ambil mudah..


Sebagai contoh dlm bermusafir anak2 perempuan tak perlu bertelekung cukup sekadar menutup aurat dan berstokin manakala anak2 lelaki tak perlulah bersongkok baru nak bersolat (jika tak ada telekung tak bersolatlah mereka..)



Antara pesanan Dr. danial lagi ialah..



1-Jgn tegur anak depan adik2 akan menjatuhkan maruahnya

2-Terima anak2 tanpa syarat..

3-Mesti sentiasa lembut dan sabar agar mereka tidak menjadi penentang agama

4- Doakan anak2.. Tiada insan yg tak boleh berubah..

Formula ke 4 -Pendidikan Akhlak

Surah Luqman ayat 18-19 yang bermaksud "Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu dari manusia (kerana sombong) dan jangan kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. Dan sederhanalah kamu dalam berjalan (jgn terlampau cepat dan jgn terlampau perlahan) dan lunakkan suara mu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai"

Antara akhlak yg ditekankan dlm surah Luqman ini ialah bersikap tawadduk dan tidak sombong ketika bergaul dgn manusia. Beliau (Luqman) juga mengingatkan anaknya agar bersederhana dlm hidup dan tidak meninggikan suara ketika bercakap... Akhlak yg mulia berkait rapat dengan iman seseorang. Sehubungan dgn itu Nabi SAW pernah ditanya, "Ya Rasulullah, mukmin manakah yg lebih utama imannya?" Baginda menjawab, "Yg terbaik akhlaknya.."

No comments:

Post a Comment