6. Menghayati Al-Quran serta Memahami Maknanya
Menghayati (tadabbur) Al-Quran merupakan salah satu sebab yang membantu seseorang dalam menghafalnya, Allah (SWT) berfirman:
"Kitab Al-Quran yang Kami turunkan kepadamu penuh berkah agar mereka menghayati ayat-ayatnya dan agar orang-orang yang berakal sihat mendapat pelajaran." (Surah Shaad: ayat 29)
Apabila engkau menginginkan keberkahan dengan setiap kandungannya berupa hafalannya serta kemudahannya, maka hendaklah engkau menghayatinya dan memahami maknanya. Perhatikanlah hal ehwal para salaf bersama Al-Quran berbanding hal ehwal kita bersama Al-Quran, maka engkau akan menemukan perbezaan yang sangat jelas antara 2 keadaan itu...
1 -Abdurrahman As-Sulumi berkata, "Telah berkata kepada kami orang2 yang dahulu pernah mengajarkan Al-Quran kepada kami seperti Utsman bin Affan, Abdullah bin Mas'ud, dan yang lainnya bahawa sesungguhnya mereka dahulu jika mempelajari 10 ayat Al-Quran dari Nabi (SAW), mereka tidak menambah hafalan hingga mereka mempelajari pula apa yg terkandung dalam ayat tersebut, baik berupa ilmu mahupun amal. Mereka berkata, "Kami mempelajari Al-Quran, ilmu dan amal sekaligus." Oleh kerana itu mereka berhenti sejenak dalam menghafal Al-Quran..
Bandingkan dengan masyarakat kita hari ini yang mana peratus anak2 yang tidak tahu membaca Al-Quran semakin ramai, yang tahu membaca tidak mahu membacanya, jauh sekali utk cuba menghafal dan mengkaji maksudnya..sedangkan dunia sudah semakin dekat dengan saat pengakhirannya.. terlebih lagi kepada penghafaz Al-Quran.. jangan berhenti di situ sahaja tetapi anda harus cuba utk memahami dan mengkaji rahsia2 yang terkandung di dalam Al-Quran itu sendiri.. Ilmu Allah ini luas, semakin banyak kita pelajari semakin banyak yang kita tidak tahu..
Bercerita tentang Abdullah bin Mas'ud.. saya teringat teka-teki yang diberi oleh Ustaz Roslan Mohamad pada usrah yang lepas.. Siapakah 4 Abdullah (semuanya anak2 remaja) yang sangat dikasihi Rasulullah (SAW)?
Salah satu darinya adalah Abdullah bin Mas'ud inilah.. Beliau merupakan sahabat Rasulullah dari golongan remaja lelaki yang hebat.. diceritakan oleh yang saya hormati guru saya ustaz Roslan bahawa jika pada sebelah paginya turun ayat Al-Quran, beliaulah orang yang paling awal menghafal dan mempelajari segala ilmu dan amal yang terkandung di dalam ayat Al-Quran tersebut dan pada sebelah petangnya beliau akan datang bertanya kepada Rasulullah (SAW) apakah ada lagi ayat Al-quran yang diturunkan kepada Baginda untuk beliau menghafalnya.. Subhanallah semoga anak2 kita dan kita sendiri dikurniakan guru-guru yang hebat dan dibukakan jalan dan kemudahan untuk kembali menjadi seperti para sahabat ini..
Abdullah yang lagi 3 siapa pula ?? Boleh tak saya tinggalkan teka-teki itu kepada para sahabat yang membaca blog ini pula? :)
Yang kedua adalah Abdullah bin Amru (anak kepada Amru bin Asr) yang merupakan panglima hebat yang berjaya membuka/menawan Mesir. Yang ketiga Abdullah bin Umar (anak kepada Umar Al-Khattab) dan yang keempat ialah Abdullah bin Abbas (sepupu Rasululullah SAW).. Mereka semua merupakan 4 remaja yg bernama Abdullah yg dikasihi Rasulullah SAW kerana kehebatan iman dan takwa.. Mampukah kita melahirkan generasi yang dicintai Rasulullah SAW seperti ini lagi??
Saya sambung kembali..
2- Diriwayatkan dari Ibnu Umar (r.a) beliau berkata, "Sesungguhnya kami hidup dikurniakan IMAN sebelum AL-QURAN, tetapi kami melihat pada hari ini, Orang2 yang dikurniakan AL-QURAN sebelum IMAN .. Mereka membacanya dari awal hingga akhirnya, tetapi mereka tidak mengetahui apa yang diperintahkan dan apa yang dilarang dan juga tidak mengetahui apa yang seharusnya membuat mereka berhenti darinya..
Inilah fenomena umat akhir zaman yang tidak mensyukuri nikmat IMAN dan AL-Quran yang dikurniakan Allah SWT kepada mereka.. Mereka lebih mengagung2kan ilmu2 yang lain berbanding ilmu AL-QURAN itu sendiri..
Mungkin bermula dari saat ini terutamanya ketika di bulan Ramadhan kita ubah budaya tadarus Al-Quran (berlumba2 mengkhatamkan Al-Quran tanpa mempelajari sebarang ilmu dari Al-Quran itu sendiri) itu kepada budaya tadabbur Al-Quran.. Biarpun kita tidak dapat mengkhatamkan bacaan namun biarlah selepas berakhirnya ramadhan, kita menjadi mereka yang yang lebih baik dari satu2 sudut disebabkan kefahaman ilmu dan cuba mengamalkan perintah Allah SWT dalam surah2 yang kita fahami..
Sebagai seruan buat diri saya dan keluarga saya terutamanya dan semua pembaca blog ini..saya petik apa yg ditulis daripada buku ini.. "Hiduplah engkau bersama Al-Quran wahai saudaraku yang mulia, dengan ruhmu, jasadmu dan dagingmu. Jadilah engkau sebagai Al-Quran yang berjalan di atas bumi sebagaimana Rasulullah SAW. Inilah sifat hamba2 Allah yang Soleh, tunduk dan patuh: Allah (SWT) berfirman:
"Dan apabila mereka mendengarkan apa (Al-Quran) yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan airmata disebabkan kebenaran yang telah mereka ketahui seraya berkata, "Ya Tuhan, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang2 yang menjadi saksi atas kebenaran Al-Quran dan kenabian Muhammad." (Al-Maaidah;ayat 83)
"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan2 itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir." (Al-Hasyr: ayat 21)
Seandainya gunung yang sedemikian kukuh dan keras mampu memahami Al-Quran ini dan menghayati kandungannya dengan khusyuk dan gementar kerana takut kepada Allah SWT bagaimana dengan kita?? sedangkan kita mampu untuk mempelajari dan memahami kitab Allah.. Oleh itu buat anak2 ibu khususnya dan semua yang bercita2 menghafal Al-Quran pelajarilah erti ayat Al-Quran itu sendiri dan bacalah tafsirnya. Ini kerana sesungguhnya memahami makna merupakan hal yang dpt mengukuhkan hafalan serta menancapkannya di dalam ingatan dan hati.. Moga saya juga diberi kesempatan oleh Allah untuk mempelajari perkara yang sama Insya-ALLAH
Tuesday, April 19, 2011
Tuesday, April 5, 2011
Agar Anak Mudah Menghafal Al-Quran Part 5
Part 4 Sila baca di bawah entry video Mawaddah kerana ia telah dieditkan terlebih awal
5. Berdoa
Dalam menghafal Al-Quran doa sangatlah penting kerana ilmu kefahaman dan kemudahan menghafal hanyalah daripada Allah SWT..
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu." (Al-Baqarah: ayat 186)
"Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepadaNya. Dan menghilangkan kesusahan..." (Surah An-Naml: ayat 62)
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah Rahimullah berkata, "Sebagaimana Allah SWT mempunyai malaikat yang bertugas menjalankan awan dan menurunkan hujan, Allah juga mempunyai malaikat yang ditugaskan untuk memberi hidayah dan ilmu, inilah rezeki bagi hati dan tubuh serta sekaligus sebagai makanan pokoknya."
Beliau sering berkata dalam doanya apabila menemui kesulitan dalam mentafsirkan ayat Al-Quran
"Wahai Tuhan yang telah mengajari Adam dan Ibrahim ajarilah aku, dan yang telah memberikan pemahaman kepada Sulaiman, berilah pemahaman kepadaku."
Kemudian dia pun menemui jalan keluar dari permasalahannya. Oleh kerana itu para penuntut ilmu mohonlah pertolongan kepada Allah dalam setiap keinginanmu, bersandarlah kepadanya dalam menghadapi segala kesusahan, angkatlah tanganmu sambil berdoa dan hinakanlah dirimu dihadapanNya kerana sesungguhnya Dialah Yang Maha Pemberi..
KISAH SEORANG PEMUDA YANG HAFAL AL-QURAN KERANA BERDOA
Aku mengenal pemuda ini dengan baik. Dahulu dia tidak dapat menghafal ayat dengan sempurna, dan bila menghafalnya dia lupa pada keesokan harinya. Dia seorang yang rajin dan bersungguh2. Terkadang dia menghafal 1 mukasurat selama berbulan2 lamanya hinggalah hafalannya sempurna.
Pemuda tersebut berkata,"Sungguh aku telah berusaha menggunakan segala cara untuk memperkuat hafalanku, baik dengan makanan mahupun minuman. Tetapi hal tersebut sia2.. Ketika hampir putus asa dan telah berterusan mencuba.. Namun, semuanya bagaikan tiada manfaat sedikit pun. Hanya menambah rasa kesal dan iri hati pada teman2 yang menghafal Al-Quran..sedangkan aku tidak dapat menghafal seperti mereka..
Ketika aku menyangka semua jalan telah tertutup, maka aku mengangkat tanganku seraya berdoa,
"Wahai yang menghilangkan segala kesusahan, yang Maha Mengetahui segala hal. Wahai yang Maha Menciptakan diriku dan Pemberiku Rezeki, bukakanlah bagiku pintu keberkahan dan kemurahanMu serta kurnia kebaikanMu.. Ya Allah, ya Allah.. Wahai Yang Maha Hidup dan Maha Berdiri Sendiri"
Akupun terus berdoa dan menangis.. Aku memperpanjangkan doaku di setiap waktu dan setiap 1/3 malam terakhir. Pemuda itu berkata, selang beberapa lama. Maka turunlah pertolongan dan pemberian Allah. Aku pun menjadi mampu untuk menghafal lebih banyak daripada sebelumnya.. Aku sekarang telah menghafal seluruh Al-Quran dengan mantap dan yakin. Segala puji hanya milik Allah sebelum atau sesudahnya...

Subscribe to:
Posts (Atom)