Part 4 Sila baca di bawah entry video Mawaddah kerana ia telah dieditkan terlebih awal
5. Berdoa
Dalam menghafal Al-Quran doa sangatlah penting kerana ilmu kefahaman dan kemudahan menghafal hanyalah daripada Allah SWT..
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu." (Al-Baqarah: ayat 186)
"Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepadaNya. Dan menghilangkan kesusahan..." (Surah An-Naml: ayat 62)
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah Rahimullah berkata, "Sebagaimana Allah SWT mempunyai malaikat yang bertugas menjalankan awan dan menurunkan hujan, Allah juga mempunyai malaikat yang ditugaskan untuk memberi hidayah dan ilmu, inilah rezeki bagi hati dan tubuh serta sekaligus sebagai makanan pokoknya."
Beliau sering berkata dalam doanya apabila menemui kesulitan dalam mentafsirkan ayat Al-Quran
"Wahai Tuhan yang telah mengajari Adam dan Ibrahim ajarilah aku, dan yang telah memberikan pemahaman kepada Sulaiman, berilah pemahaman kepadaku."
Kemudian dia pun menemui jalan keluar dari permasalahannya. Oleh kerana itu para penuntut ilmu mohonlah pertolongan kepada Allah dalam setiap keinginanmu, bersandarlah kepadanya dalam menghadapi segala kesusahan, angkatlah tanganmu sambil berdoa dan hinakanlah dirimu dihadapanNya kerana sesungguhnya Dialah Yang Maha Pemberi..
KISAH SEORANG PEMUDA YANG HAFAL AL-QURAN KERANA BERDOA
Aku mengenal pemuda ini dengan baik. Dahulu dia tidak dapat menghafal ayat dengan sempurna, dan bila menghafalnya dia lupa pada keesokan harinya. Dia seorang yang rajin dan bersungguh2. Terkadang dia menghafal 1 mukasurat selama berbulan2 lamanya hinggalah hafalannya sempurna.
Pemuda tersebut berkata,"Sungguh aku telah berusaha menggunakan segala cara untuk memperkuat hafalanku, baik dengan makanan mahupun minuman. Tetapi hal tersebut sia2.. Ketika hampir putus asa dan telah berterusan mencuba.. Namun, semuanya bagaikan tiada manfaat sedikit pun. Hanya menambah rasa kesal dan iri hati pada teman2 yang menghafal Al-Quran..sedangkan aku tidak dapat menghafal seperti mereka..
Ketika aku menyangka semua jalan telah tertutup, maka aku mengangkat tanganku seraya berdoa,
"Wahai yang menghilangkan segala kesusahan, yang Maha Mengetahui segala hal. Wahai yang Maha Menciptakan diriku dan Pemberiku Rezeki, bukakanlah bagiku pintu keberkahan dan kemurahanMu serta kurnia kebaikanMu.. Ya Allah, ya Allah.. Wahai Yang Maha Hidup dan Maha Berdiri Sendiri"
Akupun terus berdoa dan menangis.. Aku memperpanjangkan doaku di setiap waktu dan setiap 1/3 malam terakhir. Pemuda itu berkata, selang beberapa lama. Maka turunlah pertolongan dan pemberian Allah. Aku pun menjadi mampu untuk menghafal lebih banyak daripada sebelumnya.. Aku sekarang telah menghafal seluruh Al-Quran dengan mantap dan yakin. Segala puji hanya milik Allah sebelum atau sesudahnya...
Assalamualaikum, maaf kak. Saya copy hasil tulisan akak ke dalam blog saya. Harap akak izinkan.
ReplyDeleteWaalaikumsalam.. Silakan semoga sama-sama memberi manfaat insya-ALLAH
ReplyDeletesalam kak, saya sgt berminat dgn blog ni dan msh tercari2 cara mendidik anak.anak yg sulung berumur 6 thn di Puspeta.saya agak confuse utk pemilihan sekolah thn 1.boleh saya daptkan e-mail akak.terima kasih :)
DeleteAssalammualaikum wbt
ReplyDeletee-mail akak rozanaabdulaziz@yahoo.com
Assalamualaikum, jazakillah untuk post ini. Anak perempuan saya dah habis juz amma tapi hafalan dia memang masalah. saya cuma dapat bertawakal pada Allah. dah ikhtiar bab makan, kismis, air zam zam. cuma saya husnuzhon sahaja. Adalah hikmahnya... saya juga dapat mengajar anak supaya hanya berharap pada Allah untuk dia mudah baca. Dia takut ustazahnya mungkin. bila gugup, tak lancar.
ReplyDeleteWaalaikumsalam wbt Taheera,
ReplyDeleteSetiap anak Allah kurniakan berbeza-beza kebolehannya. Mungkin dia lambat dalam menghafal tapi bijak disudut yang lain. Saya juga mengalami masalah yang sama dgn anak ketiga. Hingga kini masih belum memulakan hafalannya.. Mungkin masih belum bertemu lagi dgn penawarnya. Antara yg saya ingat tentang kata2 Ust Norhafizah dlm slot Usratinya ialah " Bila kita diuji dgn anak2 yg sebegini bersangka baiklah dgn Allah, mungkin Allah belum memakbulkan doa kita kerana Allah ingin merawat si ibu/bapanya sekali. Mungkin si ibu/bapa itu masih belum istiqamah untuk solat di 1/3 malam, dll lagi ketaatan yang Allah ingin kita perbaiki, kemudian nanti barulah Allah akan mengurniakannya kemakbulan doa pada si anak.." Subhanallah.. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari kata-kata ini...