Tuesday, July 12, 2011

Pemilihan Sekolah..

Assalammualaikum wbt kembali..

Lama betul tak menulis dek kesibukan tugasan harian.. Sebelum itu saya ingin menjawab soalan along Noraini yang tidak dapat saya jawab melalui ruang komen. Along (Mardhiah) juga sekarang belajar di Sekolah Dar Hikmah pada peringkat menengah...

Tajuk di atas adalah bersempena permintaan seorang pembaca blog saya yang meminta saya menulis tentang perbezaan antara ketiga2 sekolah iaitu Sek Al-Amin, Dar Hikmah dan Al-Itqan kerana beliau mungkin sedang dalam proses membuat keputusan untuk menghantar anak ke salah satu dari sekolah2 yang disenaraikan di atas.

Memandangkan saya pernah mempunyai anak2 di kedua2 sekolah iaitu Al-Amin dan Dar Hikmah dan mempunyai sahabat2 yang mempunyai anak di Al-Itqan apa yang saya boleh katakan ialah pemilihan sekolah ini tergantung kepada apa yang ingin kita berikan pada anak2 kita..

Dahulu sebelum memilih sekolah Al-Amin, saya dan suami yang sangat menginginkan anak2 semuanya menjadi hafiz dan hafizah dan hanya bertemu dengan sekolah2 Maahad tahfiz utk anak2 yang berusia 13 tahun ke atas dan mereka diwajibkan untuk tinggal di asrama.. Cuti mereka juga terbatas demi menjaga hafalan mereka dan juga segala anasir2 negatif seperti TV, game,, rakan2 yang tidak baik malah suasana rumahtangga yang tidak biah solehah..

Dalam hati saya ketika itu amat mengharapkan adanya sekolah maahad yang dijalankan seperti sekolah harian iaitu pergi pagi dan petang bertemu dengan keluarga kembali bermula dari Tadika atau sekolah rendah dan tidak ada jalan lain melainkan dengan mengubah diri dan suasana keluarga menjadi biah solehah (kondusif) bagi menjaga kemantapan bacaan.. antaranya ialah dengan menghadkan TV kepada hanya rancangan2 yang baik sahaja seperti Imam Muda, Akademi Al-Quran, Siaran Al-Hijrah yang sesuai untuk tontonan semua dan memberi pengajaran, Halaqah. Tiada game dibenarkan melainkan sebagai reward dan lama kelamaan anak2 ini sudah tidak kisah dengan segala bentuk game..begitu juga tiada handphone diberikan, tiada akaun FB dibenarkan. Internet hanya untuk tujuan pembelajaran sahaja..Insya-ALLAH bilamana mereka dapat berfikir sendiri dan dikelilingi rakan2 yang negatif mereka tidak akan terikut2 dan jika menggunakan pun hanyalah untuk tujuan kebaikan..

Kerana tidak bertemu dengan mana2 sekolah yang boleh menjaga kedua2 bidang iaitu tahfiz + dinniah serta akademik maka kami memilih dengan menghantar anak melakukan tahfiz secara part time di PUSPETA dan kemudiannya ke sekolah Al-Amin hinggalah Kelab Tahfiz di Al-Amin ditubuhkan..

Namun, tanpa sistem hafalan yang tersusun seperti di sekolah Tahfiz hafalan yang baik dan mantap tidak akan dapat dihasilkan kerana itu bilamana bertemu dengan sekolah Dar hikmah yang merupakan antara impian saya dahulu untuk bertemu sekolah yang mencakupi bidang dinniah dan akademi serta hafalan dan saya juga boleh menghantar dan mengambil mereka setiap hari .. saya memindahkan angah ke situ bagi menjaga hafalannya yang semakin bertambah. Kebanyakan sekolah tahfiz juga seperti Dar Hikmah dan Itqan tiada peperiksaan besar seperti UPSR dan PMR kerana ianya akan mengganggu hafalan. Mungkin ada sekolah tahfiz yang membenarkan pelajar mengambil peperiksaan ini dengan cara mereka menjaga hafalan dengan kaedah mereka sendiri..

TETAPI antara yang utamanya ialah salah seorang dari ibu atau bapa perlu berkorban masa melihat hafalan mereka setiap hari tanpa sebarang kompromi begitu juga bidang akademik.. Bila sudah terbiasa bermula dengan anak pertama adik2 akan mudah mengikutinya jika kita hanya memilih seorang sahaja atau anak2 tertentu untuk menghafal Al-Quran yang lain kita biarkan anak2 ini akan memberontak kerana mereka perlu bekerja lebih dari adik-beradik yang lain.. Dalam hal ini lebih baik dihantar ke Maahad yang mempunyai asrama..

Sekolah Al-Itqan juga antara Maahad tahfiz yang bermula dari tadika hingga menengah tetapi saya tidak pasti tentang sistem pembelajaran yang lain.

Setiap sekolah mempunyai kekuatan masing2 dan kelemahan masing2.. Dan sebagai ibu-bapa kita perlu tahu di mana kelemahan anak2 kita dan bersedia untuk turun padang membantu mereka walaupun dengan mendapatkan tuisyen luar dan mengeluarkan belanja yang lebih dan ini adalah pengorbanan yang ibu-bapa sekolah agama perlu lakukan..Kita harus sedar bahawa sekolah2 seperti ini tidak punya sumber kewangan melainkan dari bayaran yuran anak2 sahaja dan mungkin dari sumber2 jogathon dll..

Ini adalah kerana berbanding anak2 yang bersekolah biasa mereka mengambil berbelas2 matapelajaran dan pada saya (walaupun ramai yang mengatakan ini membebankan anak2) inilah ilmu yang patut diutamakan selain ilmu fardu kifayah (semua subjek akademik).. Saya telah melalui jalan tersebut dan saya tidak mahu anak2 saya melalui perkara yang sama sekali lagi..

Antara lain yang ibu bapa perlu lihat adalah perbezaan subjek diniah di setiap buah sekolah (puan harus pergi dan melihat serta bertanyakan sendiri).. Ianya berbeza2 cara pendekatannya. Di Dar Hikmah anak2 saya perlu menguasai bahasa Arab dengan baik kerana buku pelajaran dinniah semuanya dalam bahasa Arab.. ianya terletak pada ibu dan bapa itu sendiri..bagi saya sementelah anak2 saya masih kecil saya suka minda mereka dicabar dan disebokkan dengan menghafal Al-Quran...

Mungkin di lain entry saya akan senaraikan silibus pembelajaran Along dan Angah di Dar Hikmah.. Moga ibu bapa di luar sana mendapat sedikit perkongsian di sini..

2 comments: