Sunday, August 21, 2011

"Andai Rasululullah SAW Masih Bersama Kita" (Law Ka Na Bainana)

Sepanjang 19 hari Ramadhan kami sekeluarga saban hari menanti-nanti siaran Kalamullah di TV3 pada pukul 5.30 pagi ketika sedang bersahur... Namun, ucapan terima kasih yang tak terhingga buat Ustaz Hashimi (guru Darul Hikmah) yang telah berkongsi pengetahuan tentang satu lagi filem menarik di TV Al-Hijrah pada waktu yang sama yang bertajuk "Law Ka Na Bainana" yang bermaksud "Andai Rasululullah SAW Masih Bersama Kita"...

Subhanallah ia merupakan sebuah tayangan yang sangat-sangat menyentuh hati saya hingga menyebabkan saya mengalirkan air mata setiap hari kerana ia mampu mencetus rasa kerinduan yang amat mendalam kepada Rasulullah SAW... Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai saya mendapat tahu tayangan ini telah dipertontonkan (tapi saya kurang pasti di siaran mana) sejak tahun 2009 lagi di mana ianya dalam Bahasa Arab dan difilemkan di kawasan sekitar Mesir dan bandar2 lain di negara Arab.. Apa yang menyedihkan saya ialah mengapa tayangan yang sehebat ini langsung tidak diketahui oleh kita yang mengaku mencintai Rasulullah SAW?? Dan tidak ada satu pun produser di Malaysia yang mahu melakukan konsep yang sama di Malaysia.. Malahan 'Amazing Race', 'American Idol' dan sebagainya yang datang daripada Barat cepat pula kita menirunya...

Antara kisah yang sangat menyentuh hati hingga mengalirkan airmata ialah apa yang dikatakan oleh seorang muslimah Somalia yang asalnya adalah pramugari yang bukan beragama Islam yang saban tahun membawa jemaah haji dan mendengar kalimah 'Labaikallah hu ma labbaik' tapi belum mendapat  hidayah ketika itu..

Kata wanita muslimah ini.. "Sedari kecil saya tinggal dikelilingi oleh orang Islam. Jiran saya orang Islam, sahabat baik saya juga orang Islam tapi tak pernah seorang pun menceritakan kepada saya tentang Islam.. Orang mengganggap saya dan mungkin orang bukan Islam yang lain adalah kuffar padahal kami langsung tidak mengetahui tentang Islam..

Betapa saya lihat hari ini orang-orang Islam ini mereka punya permata yang sangat bernilai yang mereka tidak kongsi atau sebarkan.. Sebarkanlah Islam! Sebarkanlah Islam! Wahai semua orang  Islam.."

Bila ditanya tentang perasaannya tentang Rasulullah SAW, beliau berkata dia merasa ingin segera kembali kepada Allah SWT lantaran rasa rindunya yang teramat kepada Baginda...

Subhanallah sungguh berbeza dengan pemikiran sebilangan besar kita.. Patutlah ramai yang mengatakan mereka nampak Islam Itu Indah bila ke negara2 Barat di mana mereka yang menganut Islam sangat2 mempraktikkan sunnah Rasulullah tapi tidak menemui keindahan Islam itu bila berada di negara yang mengaku Islam....

"Law Ka Na Bainana" ini berkisar tentang sunnah-sunnah Nabi yang semakin dilupakan kita umat akhir zaman dan krew Al-Risalah secara candid cuba mencari 'Duta-duta akhlak Nabi SAW di abad ke 21 ini' iaitu mereka yang masih mengamalkan ucapan salam kepada orang2 yang mereka kenal/tidak kenal, ucapan terima kasih, menjaga kebersihan, membuang dahan pokok dijalanan, dan banyak lagi berdasarkan hadis-hadis Rasulullah SAW... Mereka juga diberi hadiah istimewa jika masih mengamalkan akhlak Rasulullah SAW dan yang tidak mengamalkan diberi nasihat secara lembut dan masih diberikan cenderahati agar mudah-mudahan  mereka berubah..

Subhanallah.. Saya sebenarnya mencari2 kaedah menegur anak2 saya sehinggalah saya bertemu dengan yang saya hormati Kak Mah dan Ustazah Norhayati tahun lepas yang memberikan idea menegur berdasarkan hadis/akhlak Rasulullah SAW.. Kemudiannya diketemukan dengan ICDC yang mendidik Bang Chik Menghafal hadis..dan Law Ka Na Bainana ini memberikan saya idea yang lebih jelas bagaimana untuk mendidik anak2 saya khususnya yang saya ingin kongsikan di sini...

Saya katakan pada anak2 saya, saya ingin membeli hadiah istimewa berupa alat-alat tulis dll dan menyediakan kad2 yang saya akan buat sendiri yang akan saya hadiahkan kepada mereka sekiranya mereka mencontohi akhlak Rasulullah SAW berdasarkan hadis2 yang mereka hafal.. Insya-ALLAH.. Saya mungkin tak mampu memfilemkan Law Ka Na Bainana untuk tontonan umum tetapi saya mungkin boleh memulakannya dalam keluarga saya dahulu.. Semoga perkongsian ini dapat memberikan idea buat pembaca blog ini dalam mengkreatifkan cara kita mendidik anak2 dan diri kita sendiri mencintai dan mencontohi akhlak Rasulullah SAW...

Berikut adalah set buku "AMALAN ANAK SALIH" yang merupakan kompilasi hadis yang dihafal oleh pelajar2 Darul Hikmah bermula usia 7 tahun.. Terdapat 8 buku semuanya. Buku 1-6 merupakan himpunan hadis2 sahih Rasululullah SAW dengan tulisan bersaiz besar yang sangat sesuai untuk dibaca dan dihafal oleh kita sekeluarga. Buku 7 adalah Himpunan doa-doa dari Al-Quran manakala Buku 8  adalah Himpunan doa-doa dari Hadith. Sekiranya ada yang  berminat boleh menghubungi saya di rozanaabdulaziz@yahoo.com dengan menyatakan:-
1- Nama dan alamat
2-No. telefon
3. Berapa set yang ingin dibeli

Namun, hanya selepas Hari Raya (selepas 5 September) baru saya dapat menjualnya kerana Sek Dar Hikmah sudah mula bercuti bermula hari ini untuk memberi laluan kepada pelajar2 mengikut ibu-bapa mereka beriktikaf di masjid-masjid...

Harga satu set ialah RM50 (tidak termasuk  harga pos).. Anda juga boleh  membeli dan menghadiahkan kepada rakan-taulan dan sanak-saudara. Hasil jualan ini adalah untuk  mengumpul dana bagi dana pembangunan Sek Dar Hikmah... Semoga ia dapat menjadi antara harta kita di kampung akhirat kelak..Insya-ALLAH




2 comments:

  1. zana...aku pernah tgk rancangan ni dlm a few months ago... masa tu dia gi lawat masjid yg sorang ni buat utk arwah bapak dia...ada snippets sikit episode masjid tu dlm rancangan td

    ReplyDelete
  2. Salam.. Tak sure lah Nora, baru this week start tengok.. Banyak yang dah miss. Hope dpt tengok daripada episod awal

    ReplyDelete