Seringkali airmata saya menitis bila mendengar bait-bait kata2 guru yang saya hormati ini... Kata-katanya tulus ikhlas dari hati .....Subhanallah...Terfikirkah kalian pembaca ada kalanya seseorang itu langsung tidak punya pertalian darah dengan kita namun bila beliau menjiwai apa yang disunnahkan oleh Rasulullah SAW dalam berakhlak kita merasa dekat dengannya... Adakalanya mereka yang punya hubungan kekeluargaan dengan kita tetapi berakhlak dengan akhlak yang tidak menyenangkan hati maka secara automatik hati kita merasa jauh daripada mereka... Itulah yang berlaku bilamana saya mula menjadi anak murid kepada Ustazah Norhafizah..
Perkara utama yang dihighlightkan oleh Ustazah Nor Hafizah dalam ceramahnya ialah "BUKTI CINTA BUAT RASULULLAH (SAW)......." tetapi saya ingin membawa diri saya terutamanya serta sahabat2 Muslimat saya di luar sana (yg membaca blog ini) untuk sama-sama menghayati dan sekaligus bersemangat waja seperti Ummu Sulaim...kerana itu saya meletakkan tajuk entry saya seperti di atas...
kerana saya yakin kita juga mengimpikan syurga dan mampu menjadi seperti Ummu Sulaim...yang menjadi penghuni syurga berkat cinta dan kasihnya pada Rasulullah SAW dengan hanya bermodalkan seorang anak sahaja.....
Syukur pada Allah SWT kerana saban bulan direzekikan menjadi anak murid kepada guru yg mempunyai seraut wajah yang tenang ini secara fizikal...Maka sempena Maulidur Rasul, inilah antara isi kupasan usrah yang ingin saya kongsikan buat sahabat-sahabat di luar sana yang bergelar isteri dan ibu......
Ramai dari kita tidak sedar bahawa "Selawat" itu adalah ubat terbaik bagi kaum wanita...."
untuk menghilangkan keserabutan fikiran dan sebagainya. Kerana itu wahai kaum wanita lazimilah lidah kita dengan berselawat kepada Rasulullah SAW... Hinggakan pada satu ketika saya pernah dinasihatkan oleh guru yg saya hormati Ustaz Syed Abi untuk sentiasa membasahkan lidah dengan selawat Ibrahimiah (selawat seperti selepas tashahud akhir).. dan ia merupakan nasihat yg masih segar dan amat memberikesan dalam hidup saya hingga kini... Semoga Allah SWT senantiasa merahmati beliau dan keluarga..
Antara sifat Rasulullah SAW yang kita semua ketahui ialah "Sangat menyayangi kita umatnya hingga seluruh kehidupan Baginda dikorbankan untuk kita..."
Yang menjadi kesangsian kita ialah "Apakah CINTA yang Rasulullah SAW berikan buat kita itu kita balas dgn sebaiknya??"
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Kamu fikir kamu menipu Allah dan RasulNya,tetapi sebenarnya kamu menipu diri kamu sendiri!.."
Jika kita ditanya "Sayang tak pada Rasulullah SAW".. Sudah pasti jawapannya ialah "Sayang".....
Jika kita ditanya "Cinta tak pada Rasulullah SAW"... Sudah pasti jawapannya ialah "Cinta".....
...yang kamu/kita tipu adalah diri kamu/kita sendiri... yang kamu/kita zalimi adalah diri kamu/kita sendiri...
Sehinggakan ahli-ahli sufi menukilkan doa yang begitu menusuk kalbu...
"Wahai Allah... ampunkanlah dosa kami...
Wahai Allah...ampuni janji-janji yang kami mungkiri...
Wahai Allah...ampunkanlah amanah-amanah yang kami khianati...
Wahai Allah...ampunkanlah kami atas nikmat2 yang tidak kami syukuri... Wahai Allah... ampunkanlah kami atas ujian-ujian yang kami tidak sabar dalam menanggungnya Wahai Allah ... ampunkanlah kami atas segala pertuturan dan tindakan kami yang tidak menjadikan Allah SWT sebagai tujuan..."
Dan sedarkah kita bahawa kita sebenarnya menipu diri kita pada pengakuan CINTA kita kepada Rasulullah SAW sekiranya kita tidak membuktikan cinta dan kasih kita pada Baginda... Apa yang menariknya.. kita pasti tertanya-tanya bagaimanakah kita mahu membuktikan Cinta Kasih kita pada Rasulullah SAW... pada kuliah ini Ustazah Norhafizah menggariskan 4 bukti yang boleh kita usahakan ....
BUKTI PERTAMA...
Ada keinginan yang sangat kuat untuk bertemu dan bersama dengan Rasulullah SAW...Mungkin mustahil untuk kita bertemu Baginda di alam ini tetapi kita boleh bercita-cita untuk bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW...Walaupun kita seorang WANITA... Mimpi bertemu Rasulullah SAW ini adalah rezeki... iaitu dengan cara istiqamah berdoa kepada Allah SWT agar sebelum berjumpa di akhirat (mudah-mudahan di syurga) kita harapnya dapat bertemu dengan Baginda di dalam mimpi....
Ustazah Norhafizah menceritakan pengalaman beliau ketika belajar di Jordan.. Di sana kata beliau terdapat kumpulan lelaki-lelaki yang baik dan teguh berpegang pada ugama yang digelar MUTADAYININ dan kumpulan perempuan-perempuan yang baik dan berpegang teguh pada ugama yang digelar MUTADAYINAT... Mereka mempunyai akhlak yang sangat cantik persis apa yang disarankan oleh Rasulullah SAW (lemah-lembut dalam percakapan, menjaga pandangan, mempunyai kesabaran yang tinggi, sangat menghormati sesama Muslim dsb).... Sudahlah rupa mereka yang juga sangat cantik kerana negara Jordan, Palestin dan Syria yang dikenali sebagai dataran Syam penduduknya merupakan keturunan daripada Nabi Yusof a.s yang memang terkenal dengan kecantikan rupa parasnya....
Bila melihat kumpulan ini beliau termenung memikirkan alangkah cantiknya akhlak dan peribadi mereka ini bagaimanalah rupanya akhlak Rasulullah SAW serta para ummul Mukminin..... Subhanallah... Saya juga turut termenung bila mendengarkan kata-kata Ustazah Norhafizah.... Bila saya melihat dalam diri saya dan orang dikeliling saya... Jauhnya kita dari akhlak Rasulullah SAW... Layakkah kita bertemu dengan Baginda dan mengharapkan syafaat Baginda???
Ramai dari kita alpa bahawa "Hebatnya Kamu adalah Di atas Kesempurnaan Akhlak".... dan akhlak yang paling sempurna untuk dicontohi tidak lain dan tidak bukan ialah Rasulullah SAW...
Antara kata-kata menarik daripada Ustazah Norhafizah ialah... Bilamana kita membaca selawat, pernahkah kita merasa hadirnya rasa kasih dan cinta pada Rasulullah SAW dan keluarga Baginda?..Menurut beliau dahulu pun beliau bila membaca selawat Allahumma salli a'la Muhammad .. Terbit juga rasa kasih pada Rasulullah SAW tetapi pada part wa a'la ali Muhammad...hatinya kurang merasa kasih dan cinta pada kaum keluarga Rasulullah SAW..
Hinggalah beliau (Ustazah Norhafizah) banyak membaca tentang sirah ummul mukminin, antaranya Saidatina Aisyah yang hanya berkesempatan bersama Rasulullah SAW hingga umurnya 18 tahun sahaja (akibat kewafatan Nabi)... Saidatina Aisyah ini akhirnya hidup bersendirian selama 48 tahun apabila wafat pada umur 66 tahun...
Sepanjang kehidupan beliau selepas kewafatan Nabi beliau menyaksikan satu persatu kematian Siti Fatimah, Umar Al-Khattab, bapa kesayangan beliau Abu Bakar As-Siddik dan para sahabat yang lain.. Pertumpahan darah ketika peperangan untuk menyebarkan Islam dan pelbagai lagi... Apakah kita sebagai kaum wanita tidak langsung dapat menyelami penderitaan dan kesunyian yang dialami oleh Saidatina Aisyah???Betapa teguhnya pendirian beliau dan bagaimana kita dapat melihat hebatnya didikan Rasulullah SAW kepada ahli keluarga Baginda iaitu didikan dalam "Mengikat hati-hati mereka kepada Allah SWT".... Subhanallah.. Saya seakan-akan terbangun dari mimpi bila mendengar kata-kata ini... Betapa saya juga dan mungkin anak-anak saya juga begitu... Perlu bermuhasabah dalam mengenali ahli keluarga Rasulullah SAW dan mencintai mereka juga dalam mendidik diri dan anak-anak dalam mengikat hati-hati ini dengan Allah SWT sekejap-kejapnya... Agar dalam apa jua dugaan kita tidak mudah melatah atas keyakinan yang tinggi bahawa Allah SWT sentiasa menjaga kita.... Inilah penghayatan yang patut kita terapkan dalam mencintaiRasulullah SAW dan ahli keluarga Baginda..
BUKTI KEDUA...
Sanggup mengorbankan hidup, jiwa dan raganya untuk Rasulullah SAW...
Di sinilah saya ingin membawa para pembaca untuk menghayati kisah ibu Anas bin Malik iaitu Ummu Sulaim yang saya jadikan sebagai tajuk entry saya kali ini ...
Ketika Rasulullah SAW dalam perjalanan menuju Madinah... Di Madinah, kaum Ansar yang tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan Rasulullah SAW dan menanti-nanti ketibaan Baginda memanjat pokok, bumbung mahupun tembok-tembok dalam keadaan cuaca yang panas terik kerana ingin sepasang mata mereka menjadi mata-mata yang pertama melihat susuk tubuh Nabi...Walaupun ketika itu masih lambat lagi masanya untuk Rasul tiba ... tidak berhenti-henti mereka memanjat untuk meninjau ketibaan Rasulullah SAW... Apabila unta yang membawa susuk tubuh Rasulullah SAW mula kelihatan maka melompat-lompatlah mereka kerana kesukaan...
Masing-masing ingin memberikan apa sahaja yang mereka punyai sebagai tanda cinta mereka kepada Rasulullah SAW.. Abdul Rahman bin Auf memberikan hartanya sebagai tanda cinta, yang punya rumah berebut2 menjemput Rasulullah SAW ke rumah mereka, yang tidak punya makanan juga berebut2 menjemput Rasulullah SAW agar sudi makan di rumah mereka....
Bila tiba kepada giliran Ummu Sulaim...seorang ibu yang kematian suami, beliau merasa sangat sedih kerana tidak punya apa-apa untuk diberikan kepada Rasulullah SAW kecuali seorang anak lelaki yang berusia dalam lingkungan 10 tahun ..Maka dipujuk anaknya itu untuk bertemu dengan Rasulullah SAW..
"Wahai Rasulullah dunia ini akan lenyap,dan aku mencari-cari apa yang dapat aku berikan kepada mu ya Rasulullah.... Aku tidak punya harta, duit mahupun tenaga untuk aku sumbangkan demi perjuangan Islam tetapi aku punya seorang anak ya Rasulullah.. Ambillah anak ini sebagai hadiah agar dia dapat menjadi khadammu atau pembantumu dalam perjuangan menegakkan Islam...."
Maka Rasulullah SAW pun menerimanya... Namun naluri seorang ibu yang bakal berpisah dengan anaknya tidak merasa tenang selagi Rasulullah SAW mendoakan anak yang merupakan buah hatinya itu...
Inilah doa Rasulullah SAW yang mana Ustazah Norhafizah mencadangkan agar kita menukarkan perkataan "Bertuah anak" kepada doa ini...bila kita dalam keadaan marah kepada anak...
" Wahai Allah, panjangkan umur anak ini,
Banyakkan harta dan keturunannya,
dan ampunkan dosa anak ini buat selama-lamanya..."Maka semenjak itu tinggallah Anas r.a bersama Rasulullah SAW dan hasil didikan Baginda, beliau merupakan antara sahabat yang meriwayatkan banyak hadis...
Berkata Rasulullah SAW..." Ketika aku masuk ke syurga (peristiwa Isra' Mikraj) aku terdengar bunyi tapak kaki yang sangat lembut sedang berjalan di dalam syurga..."... Maka bertanyalah Rasulullah SAW kepada Jibril siapakah gerangan yang memiliki bunyi tapak kaki yang aku dengar itu.... Jawab Jibril.. Itulah bunyi tapak kaki Rumaisaq iaitu nama sebenar kepada ibu Anas bin Malik....Maha Suci Allah...
Saya ingin mengajak para pembaca sekelian untuk sama-sama berfikir (terutama mereka yang bergelar ibu)... Apakah bukti cinta kita buat Rasulullah SAW dalam mendidik anak2 kita mencintai Al-Quran dan Sunnah Baginda?...Mungkin hari ini Rasulullah SAW sudah tidak ada bersama-sama kita untuk kita berikan anak2 kita bagi menyokong perjuangan Baginda.. Namun kita masih punya banyak cara dalam menginfakkan seluruh kehidupan kita dan anak-anak kita untuk meneruskan perjuangan menegakkan ugama Islam agar kita juga dapat sama-sama menjadi Ummu Sulaim abad ini.. Insya-ALLAH...
Saya merasa sangat terkesan dengan kisah Ummu Sulaim ini yang sangat sinonim dengan kehidupan kita sebagai seorang ibu... Di abad ini kita sekadar perlu mengajar anak2 dengan ajaran Rasulullah SAW...
Nabi SAW bersabda,
"Wahai ibu-bapa didik anak-anak kamu kepada 3 perkara:-
a) Mencintai aku (Rasulullah SAW)
b) Mencintai ahli keluarga Baginda
c) Membaca Al-Quran (Jika kita menonton Tanyalah Ustaz pagi tadi -Dr.Danial Zainal Abidin, menyatakan Al-Quran itu bukan hanya dibaca tetapi difahami, dikaji dan diamalkan..) Tanggungjawab ini akan ditanya di akhirat kelak... Sangat terkesan dengan peringatan ini... Jika kita muhasabah kembali diri kita telah tertunaikah semua tanggungjawab di atas... Banyak lagi...Banyak lagi...sebenarnya..(keluh hati kecil saya....) .. Nabi tak suruh sekolah yang ajar anak-anak mencintai Rasulullah SAW tetapi kitalah sebagai ibu-bapa yang perlu mendidik mereka... Maka Ustazah Nor Hafizah mengajak diri beliau dan kita semua untuk memulakan agenda bertindak bahawasanya selagi kita hidup walaupun anak sudah berumur 30 atau 40 tahun sekalipun kita masih belum terlambat dan berpeluang untuk mengajak mereka menghayati Sirah...dalam perkumpulan keluarga (selain daripada aktiviti berjalan2, berkelah @ makan2..)
Bagi kita yang masih punya anak-anak yang masih bersama kita marilah kita mengajak mereka membaca Sirah dengan membaca buku-buku berkenaan Rasulullah SAW, keluarga Baginda dan para Sahabat...seperti buku 'Syamail Muhammad' ...Biarlah lidah ibu yang membacakan buat anak-anak...Antara yang disarankan ketika sebelum tidur kita suami, isteri dan anak2 duduk dalam Halaqah dan membaca buku2 ini buat anak2... Kita tidak amanah dengan Allah dan Rasulullah SAW jika tidak memulakannya dari sekarang...
Antara cara pendidikan anak2 menurut cara Rasulullah SAW ialah dengan mendidik anak menghafal hadis yang bermaksud "Peliharalah Allah, nescaya Allah akan pelihara kamu."... (Hafal dalam B.Malaysia juga boleh jika tak dapat hafal dalam B.Arab)... Hari ini kucar-kacirnya masyarakat sebab kita tak jaga perintah Allah SWT..Maka kita jauh dari pemeliharaan Allah SWT... Perlunya kita sentiasa tanamkan pada anak2 jika nak minta tolong... Minta hanya pada Allah (SWT)..
Pada anak2 kecil atau yg dah besar pun Ustazah Nor Hafizah menyarankan untuk diajar menghafal ayat 111 Surah Al-Isra' bersekali dengan maksudnya...iaitu:
"Dan katakanlah,'Segala puji bagi Allah yang tidak mempunyai anak dan tidak (pula) mempunyai sekutu dalam kerajaan-Nya dan Dia tidak memerlukan penolong dari kehinaan dan agungkanlah Dia seagung-agungnya.." Bagi memasakkan akidah dalam diri anak-anak..
BUKTI KETIGA...
Mengikut segala perintah Rasulullah SAW (Al-Quran dan Sunnah)...
BUKTI KEEMPAT....
Meneruskan perjuangan dan membela ajaran Baginda Rasulullah SAW... Ustazah Nor Hafizah membangkitkan isu kepala khinzir yang diletakkan pada surau dan masjid... Mana sensitiviti kita hingga ke hari ini masih tiada penyelesaiannya... kerana tiada seorang pun yang mahu beriktikaf di masjid2 dan surau2 (cuma tunggu bulan Ramadhan shj).. tiada siapa mahu berqiamullail di masjid2 dan surau2 kerana itu musuh Islam dengan sewenang-wenangnya melakukan perkara tersebut.. Mana pembela ugama Allah??
Ajaran Rasulullah SAW bagaimana nak berakhlak /beradab dalam rumah tangga dah hilang..Begitu juga bagaimana menjaga aib/rahsia rumahtangga... tidak diamalkan...
Kisah org-orang Ansar dan Rasulullah SAW membuktikan bahawa mencintai Rasulullah SAW adalah penawar terbaik bagi segala kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan...Bilamana ketika berakhirnya peperangan Hunain Rasulullah SAW membahagikan kesemua harta rampasan perang kepada orang-orang Muhajirin Quraisy sahaja sedangkan orang Ansar hanya memerhatikan sahaja... Masing-masing berharap akan diberikan bahagian mereka oleh Rasulullah SAW.. Tiba-tiba Rasululullah SAW mengarahkan semua orang bersurai dan mereka tidak diberikan apa-apa bahagian pun... Maka ada yang pulang dengan rasa tidak puas hati.. "Bila bab harta rampasan semua diberikan pada orang Quraisy, orang Ansar tak dapat... Bila bab nak berperang panggil orang Ansar, orang Quraisy tak bersungguh pun malah merekalah yang beredar dulu!!" ,sungut orang-orang Ansar... dan sungutan ini sampai ke telinga Rasulullah SAW...
Maka Rasulullah SAW pun memanggil orang-orang Ansar ini dan bersabda..
" Bukankah dulu kamu hina dan bilamana aku datang membawa Islam kamu menjadi mulia! Dahulu kamu bermusuh antara satu sama lain, bilamana aku datang membawa Islam aku damaikan kamu semua! Dahulu kamu miskin dan dengan Islam kamu menjadi kaya..! Aku berikan harta-harta tersebut kepada golongan Quraisy kerana hati mereka belum kuat dan teguh dengan Islam kerana itu mereka harus dibelai.. Sedangkan hati kamu aku tahu telah kukuh , mana yang kamu pilih harta atau aku pulang bersama-sama kamu ke Madinah?" Maka menyesal dan menangislah orang-orang Ansar ini kerana ketamakan mereka kepada harta sedangkan dengan adanya Rasulullah SAW bersama-sama mereka itulah harta yang paling bernilai...
Ini adalah pengajaran besar buat kita hari ini bagi merawat hati, kedukaan dan segala bentuk ujian..Tak akan ada yang dinamakan penyakit kemurungan, stress dan sebagainya kalau dalam hidup kita ada Allah SWT dan Rasulullah SAW..
Panjang saya menulis kerana tazkirah ini berlangsung selama 2 jam.. Ingin juga saya kongsikan apa yang saya dengar dalam radio IKIM tentang sebuah kajian yang dijalankan pada silibus pendidikan ugama di sekolah-sekolah menengah yang mendapati sepanjang 5 tahun pelajar-pelajar Islam yang berada pada tingkatan 1-5, hadis yang perlu dipelajari (kekadang mungkin perlu dihafal) untuk tujuan peperiksaan hanya berjumlah 5 buah hadis... Terkejut juga saya kerana saya juga pernah melalui zaman itu.. Maka di manakah silapnya jika anak-anak hari ini langsung tidak mengenal dan menjiwai peribadi Rasulullah SAW sudahlah di rumah juga jauh dari dididik untuk mencintai Rasulullah SAW dan keluarga Baginda... Antara yang dikomen dalam isu ini kenapa tidak boleh hadis 40 yang terkenal itu tidak diajar pada anak-anak ini sepanjang 5 tahun berada di sekolah menengah.. Alangkah ruginya masa yang berlalu itu... "Jika Rasulullah SAW masih bersama kita sudah pasti Baginda akan sedih melihat keadaan ini...."