Sunday, July 15, 2012

JIKA TIADA ROH MASJID DI RUMAH..


Rumah dengan  Roh masjid vs Rumah tanpa Roh masjid:-

1- Rumah hidup dengan ibadah seperti solat fardhu berjemaah, bacaan Al-Quran, zikir dan doa VS Meriah dengan perkara yang melalaikan seperti bunyi muzik yang bingit, percakapan yang sia-sia dan tidak sopan..

2- Segala perkara dilakukan berjemaah seperti makan, mengemas rumah, menonton televisyen dan berbual-bual VS setiap penghuni sibuk dengan urusan sendiri dan tidak mengambil tahu urusan ahli keluarga yang lain..

3- Rumah sentiasa bersih dan dihiasi dengan perhiasan yang sederhana. Apa yang paling penting perhiasan menepati kehendak syariat VS Rumah dihiasi patung, gambar yang tidak menutup aurat dan perhiasan yang diharamkan seperti pinggan mangkuk daripada emas dan lain-lain..

4- Anak-anak dan isteri akan lebih taat pada ketua keluarga, menghormati keputusan yang dibuat dan lebih menghargai apa yang ada VS anak-anak bersifat kurang sopan, isteri tidak memberi penghormatan yang selayaknya kepada suami dan kesefahaman susah dicapai ketika membuat keputusan.

5- Wujud budaya amar makruf nahi mungkar sesama keluarga, anak-anak yang lewat mengerjakan solat akan ditegur sebaiknya VS ibu-bapa memberi kebebasan mutlak kepada anak-anak untuk membuat keputusan tanpa mengira dosa dan pahala..

6- Batas-batas pergaulan dan aurat sentiasa dijaga di rumah dan di luar rumah. Contohnya pergaulan sesama adik-beradik, mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan anak perempuan serta aurat bersama bukan mahram seperti sepupu dan ipar-duai VS pergaulan yang bebas dan aurat tidak dijaga. Adat dan etika sosial diutamakan melebihi agama dan syariat contohnya anak disuruh bersalam dengan ipar dan sepupu yang jelas bukan mahram baginya.

7- Media dan hiburan Islam menjadi pilihan seperti menonton rancangan TV  yang berunsur pendidikan, mendengar nasyid dan qasidah, membaca majalah-majalah Islam dan memantau CD-CD yang ditonton oleh seisi keluarga VS hanya hiburan semata-mata dengan menjadikan nafsu dan akal sebagai rujukan. Bahan-bahan untuk tatapan keluarga pula tidak dikawal sepenuhnya..

4 comments:

  1. assalammualaikum

    akak nak tanya kat mana Maahad Tahfiz Integrasi Dar Hikmah ini dan apakah silibusnya. Ada tak sekolah menengah?

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum wbt kak Ina KL

    Ni alamat Maahad Tahfiz Integrasi Dar Al-Hikmah,
    389, Jalan 3, Taman Ampang Utama,
    Ampang, 68000, Selangor.

    Boleh hubungi
    Ustazah Syikin 019-218 5560 untuk keterangan lanjut.

    Sekolah ni ada sek rendah dan menengah tapi baik dimasukkan dari sek rendah. Antara ujian untuk memasuki Dar Hikmah ialah bahasa arab kerana subjek dinniahnya bukunya dalam bahasa Arab. Bagi subjek akademik untuk subjek2 utama sama dengan sek biasa tetapi sek ini tak ada UPSR dan PMR, terus kepada persediaan SPM bila berada di peringkat menengah.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Puab Rozana...anak2 Pn masih di dar Alhikmah ke? Bagaiman..dapat ke mereka bawa pelajaran yg diajar. Atau perlu juga dihantar ke tuition. Anak saya tahun dpn masuk darjah satu dan rasanye berminat utk hntar ke Dar Alhikmah. Sekarang dia belajar di Puspeta. Masa nak hntar Puspeta pon saya rujuk blok Puan juga. Alhamdulillah. .bacaan Alquran anak saya baik.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam..anak2 saya dah tak ada di Dar Hikmah..thn lepas 2 org saya masukkan ke madrasah hafazan Quran sepenuh masa. Yang darjah 6 tu tumpang ambil upsr di sek ATAH..thn ni dah masuk f1di Al-Amin. saya tak pasti ada perubahan atau tidak pd silibus sek DH. Tak boleh nak beri pandangan.. Anak saya no 4 pun ada di tadika puspeta dan no 3 di part time puspeta.

    ReplyDelete