Saturday, March 16, 2013

VITAMIN Kalbu... Part 1

Ini adalah tajuk kuliah dhuha yang disampaikan Ustazah Norhafizah Musa di Surau Mustaqim pada 12 Jan tahun ini... Baru sekarang berkesempatan untuk menulisnya... untuk peringatan kita bersama..

Ustazah memulakan mukaddimahnya ..

" Hati kita meronta-ronta atau memanggil-manggil untuk diberi kuliah ilmu agar dapat merawat hati-hati yang kecewa dan luka.."

"Vitamin kalbu kita adalah AL-QURAN...", Ustazah meneruskan bicaranya..

"Dalam rutin harian alim-ulama', Al-Quran berada pada no.1... Kalau kita nak tahu kedekatan kita dengan ALLAH dan bagaimana ALLAH menilai kita.. Lihat bagaimana kita dengan Al-Quran.. Apakah kita membacanya setiap hari..... atau setiap minggu... atau setiap bulan... atau setiap tahun???", begitulah juga jarak ALLAH dengan kita...

Penawar hati yang dibaca Ustazah adalah maksud daripada Surah Az-Zumar ayat 8 yang bermaksud (dalam warna merah):

"Manusia itu bila ALLAH timpakan kesusahan barulah dia pandai nak berdoa kepada ALLAH dengan kembali kepadaNya (Sebanyak mana ujian pada hati itulah sebaik-baik vitamin hati) tapi manusia itu kalau kami angkat kesusahannya.. dia lupa pada ALLAH...."

Ada manusia yang lupa satu hari dulu dia pernah bermunajat pada ALLAH.. kerana itu ada yang ALLAH tak angkat ujian padanya.. lepas satu demi satu sebab ALLAH tahu kalau Dia angkat ujian daripada orang tersebut orang ini akan lupa pada ALLAH...

"Mulalah orang (yang lupa itu) menjadikan hal yang lain (manusia, pangkat, harta) sebagai sesuatu yang lebih dicintainya lebih daripada ALLAH...Berseronok-seronoklah kamu dengan kekufuran yang sedikit jadilah kamu ahli neraka.."

Iaitu orang yang ingat ALLAH ketika susah dan lupa ALLAH ketika senang...

Ustazah sambung lagi dengan penjelasan maksud bagi ayat 9 dalam Surah yang sama ..

"Apakah sama orang-orang yang beribadah diwaktu malam.. Sekejap sujud, sekejap berdiri, sujud lagi sedangkan orang lain tidur?? Kenapa dia boleh bangun malam? Sebab dia berhati-hati dengan masa depannya di akhirat kerana mengharapkan rahmat daripada ALLAH.. Hati orang yang tidur lena sampai pagi tak sama dengan hati orang yang bangun malam.."

Kekuatan hati mereka tak sama
Kedekatan  hati mereka dengan ALLAH tak sama
masa depan hati mereka tak sama..

"Katakanlah wahai Muhammad, samakah orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Ini semua peringatan kepada ulul-albab (orang-orang yang mempunyai hati yang paling dalam)..."

Cuba kita gambarkan seseorang yang bangun pukul 4.30 pagi.. Malam pula sebelum tidur dia pastikan dirinya didoakan malaikat sepanjang tidur (malaikat akan duduk dekat rambut dan berdoa dengan doa "Ya ALLAH ampuni hambaMu ini") sampailah kita bangun...

"Bagaimana nak pastikan kita didoakan malaikat?", tanya ustazah..

"Dengan cara BERWUDUK sebelum  tidur.. Ini menurut hadis Rasulullah SAW.. Kalau kita didoakan malaikat mustajab tak??" Tanya ustazah lagi..

"Mustajab .. sebab malaikat tak buat maksiat kepada ALLAH.. Bukanlah persoalan batal yang ALLAH nak tengok tapi ALLAH  nak tengok usaha kita ke bilik air untuk berwuduk (buat untuk mengharapkan rahmat ALLAH).." Jawab ustazah..

"Tapi ada orang yang boleh basuh mekap, tampal losyen, minyak angin dan sebagainya sebelum tidur tapi nak ambil wuduk tak boleh...", sambung ustazah..

"Masa nak tidur niat dalam hati, 'Ya ALLAH jadikan aku antara golongan yang beribadah di waktu malam'...Pesan ustazah.

"Kita kata kita orang soleh, tapi sunnah orang-orang soleh kita tak buat.."

"Bila kita bangun saja dari tidur untuk bersolat di penghujung malam, malaikat yang berdoa tadi akan berhenti berdoa dan jadi saksi bahawa kita bangun untuk menunaikan ibadah di penghujung malam.."

"Ini semua dah jauh daripada pandangan manusia sebab bila kita punya kekuatan untuk bangun untuk bersolat pada penghujung malamia bukan lagi ibadah untuk menunjuk-nunjuk pada orang tapi sebagai tanda bahawa kita adalah orang yang berhati-hati dengan masa hadapan kita di akhirat.."

Wallahu'alam saya akan sambung lagi nanti di entry yang akan datang semoga sama-sama memberikan manfaat dalam kita berusaha untuk menjadi orang yang lebih baik daripada semalam...


No comments:

Post a Comment