Friday, November 20, 2009

Bye...Bye Combat!

Hari raya Korban tahun ni macam biasa raya kat rumah akak sebab abah n mummy naik from Kluang.. Kitorang plan nak balik Perlis 20 - 24hb Disember dgn menaiki bas.. Tahun ni tak dapat nak plan utk family trip sbb hubby baru je start buka kedai.. Tahun lepas kami ke Langkawi tapi gambar2nya tak tahu hilang di mana.. Masjid As-Sobirin ada byk aktiviti menarik masa Hari Raya Haji bermula dgn program korban lembu di sekitar masjid, masak2 secara gotong-royong dan jamuan kenduri.. Tapi semua kami tak dapat ikut sbb hubby keje sob..sob..sob.. Dengan baby yang tak nak dengan org lain susah aku nak join gotong-royong tahun ni.. Insya-ALLAH kami bertekad tahun depan hubby akan ambik cuti dan jadi sebahagian daripada mereka yg bergotong-royong. Bagus dedahkan anak2 dengan acara2 sebegini supaya hati mereka dekat dengan masjid bukan dgn games atau pusat2 hiburan.. bermasyarakat..

Actually post ni adalah untuk menceritakan tentang progress baby.. Jadi kembali kepada cerita asal.. Mula2 tengok gambar2 baby..


Ni gambar masa kat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Ni masa kena ukur panjang baby.. Baby nangis sebab takut he..he... Ibu dia sempat lagi ambik gambar..


Nurse kat situ.. Nampak tak tempat ukur berat baby (kiri) dan tempat ukur panjang baby (kanan)


Ni masa main dgn abang2 kat rumah.. Baby akan kejar abang2 naik walker..Kelakar tengok he..he..

Baby gelak besar..

Happy dapat lari dlm walker.. Tapi ada mood gak kekadang tak nak masuk walker langsung.. Masa tu ibu tak boleh nak masak langsung..


Ada masa baby kena kurung dalam play-pan he..he..

Yeah.. baby dah merangkak.. Habis satu rumah baby explore.. Yang susahnya dia suka kutip bende masuk mulut.. Tu yang kena masuk play-pan tu

Favourite posing.. Sengih tunjuk gusi.. Gigi takde lagi..He..he..

Haah.. Ni yang kena pasang gate kat tangga.. Dah mula panjat tangga bila orang tak nampak.. Tapi lepas tu tak tau turun he..he..

Kena tangkap!!

Tengok tu...


Kekadang baby suka duduk depan gate tunggu abah, kakak dan abang balik


Dah mula berdiri di mana2

Posing atas motor he..he..

Suka main ba..ba.. cak! Tunjuk gusi lagi..

Nak cak orang lah tu!

Gambar close-up

Ni kelambu baby.. dibawa ke mana2 sahaja.. kekadang baby main pondok2 he..he.. Kelambu ni dibeli sejak zaman angah lagi.. Boleh dilipat macam sun-shade dan dibawa ke mana2 sahaja..

Seronok main khemah2

Suka tarik rambut abg Chik!!

O..O.. Dah datang nak tarik rambut!

Suka punggah barang.. Letih ibu!

Masa mula2 pandai duduk.. Kena sendal dgn bantal

Panjat belakang abang

Still ada cukur bantal...

Ni masa masih jadi combat.. Habis bawah kerusi meja baby combat


Masa mula2 nak pandai merangkak.. Ni style angkat bontot..he..he..
Masuk bulan Nov ni baby dah berumur 9 bulan.. Cepat betul masa berlalu. Dah takde 'Combat' dalam rumah... Baby jadi 'Combat' bermula umur 4 bulan hingga umur 7 bulan he..he.. Lepas tu baby tak ikut hubby masa kecik (terus duduk and jalan) tapi baby ikut ibu dia..merangkak and now berdiri pegang sana sini cam 'Spidergirl' he..he.. Rambut pun dah panjang tapi still nipis dan ada cukur bantal lagi.. Baby dah mula makan solid food bermula dari umur 6 bulan, sekarang umur 9 bulan dah makan makanan yg dilenyek.. Hari2 nak kena cari idea nak masak supaya baby suka makan.. favourite fruit so far pisang.. Sebiji pisang yg dilenyek boleh habis... Baby juga pantang nampak botol susu abang Chik mesti dia nak grab masuk mulut. Tapi hakikatnya baby tak tahu minum susu botol pun, dia cuma nak gigit2 puting botol susu tu..He..He..

No comments:

Post a Comment