Bukan mudah sebenarnya tapi Alhamdulillah dah tak kerja macam dulu jadi boleh sentiasa pantau anak2 masa solat.. Tiap kali nak kena explain tak boleh buat gerakan besar lebih dari 3 kali, anggota sujud yg 7 kena betul2 kena pada sejadah, dahi (utk pompuan) sekurang2nya 3 jari ukurannya, cara duduk, tangan (perempuan kepit lelaki buka). Nasib baik ada sorang lelaki dan sorang perempuan (along & angah) senang nak explain dan bezakan..
Syukur juga ada usrah Makcik Aida, hari sabtu baru ni Makcik Aida mulakan kelas SMART SOLAT utk kami (org dewasa).. berpeluanglah nak tingkatkan kefahaman. Yang mengajarnya Ustaz Yusof embong dari Kuantan. Siap ada blog yang sangat bermanfaat jadi sesiapa yang rasa nak tengok nota ttg solat, ibadah haji dan lain2 bolehlah layari blog beliau yusofembong@blogspot.com Disebabkan tak dapat nak menghadiri usrah kat masjid sbb baby kecil lagi maka inilah saja peluang yg ada utk tambah ilmu dari semasa ke semasa. Syukur pada Allah dan Terima kasih daun keladi buat makcik Aida yg tidak pernah lupa pada kami..
Pendaftaran
Pendaftaran
Breakfast dan makan tengahari pun disediakan. Ni masa breakfast
Along & angah excited dapat buku dan pen cam pegi seminar pulak..he..he..
Tengah tunggu program bermula dalam masjid
Program sedang berjalan
Fasilitator2 merupakan pelajar2 universiti yang membantu secara sukarela.. Byk ilmu yg Along dan angah dapat daripada program ni. Antaranya rukun solat ada 13. Nanti akan diupdatekan ttg rukun solat di sini utk ingatan diri dan generasiku terutamanya.. Insya-ALLAH.. Moga anak2 dan generasiku menjadi Qurrata'aini dan insan yg soleh dan solehah Amiin
No comments:
Post a Comment