Wednesday, February 10, 2010

Angah dan Dikir Barat

Dah lama nak update blog tapi masa tidak mengizinkan.. Terlalu sebok dgn rutin2 harian.. Walaupun cerita ni dah basi (Kisah bulan Nov 2009) namun ia tetap akan jadi kenangan terutamanya untuk angah.. Buat pertama kalinya ketika berada dalam darjah dua angah dipilih untuk menjadi 'tukang karut' (betul ke?) dalam dikir barat disekolahnya.. Walaubagaimanapun disebabkan sekolah angah sekolah agama maka apa yg dikarutkan tidaklah sekarut mana lebih ke arah mengingatkan kita ttg t/jawab sebagai Muslim.. Persembahan ini adalah bersempena majlis Takrim sekolah... W/bagaimanapun angah tak menerima sebarang anugerah sbb dpt 10A 1B.. Yg dapat 11A je yg terima anugerah.. Cian anak ibu.. Takpe ibu bg hadiah he..he.. Usaha lagi tahun depan.. Tengoklah gaya angah yg comel dgn baju kuning di bawah..
'


Angah kiri disebelah Haqif (sahabat karib)

Hari ni 25hb Feb 2010.. Besok adalah merupakan 12 Rabiuawwal yang merupakan tarikh kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad (SAW).. Angah tidur di Kem yang dianjurkan oleh sekolah baru Bang Chik(Mariah CDC).. Program untuk anak2 lelaki sehingga usia 12 tahun bagi menanam rasa cinta pada Rasulullah (SAW) disamping mendidik mereka menjadi berdikari dan tahan lasak.. Program ini akan berakhir pada hari Sabtu.. Buat pertama kalinya 2 hari Angah akan tidur di Kem.. Tahun lepas ada sekali angah tidur di Kem Qiamullail Masjid As-Sobirin selama 1 malam.. Mulanya dah nak menangis tapi akhirnya rasa seronok jumpa kawan baru dan beraktiviti di masjid..

Maka bila dihantar tadi pada pukul 8 lebih angah nampak lebih matang dan dengan beraninya terus masuk ke dalam kumpulannya.. Sepatutnya abg Chik pun join angah tidur di sekolah tapi dia mula menangis dan penuh dgn idea2 bernasnya.. "Macammana kalau adik nak susu?".. "Macammana kalau adik nak ibu tepuk?" he..he.. Abg chik baru masuk 5 tahun bulan Jan lalu tapi masih manja walaupun ada baby.. Semua nak ibu yg buatkan...Abg Chik! Abg Chik! Besok pagi baru abg chik akan join angah dalam program selanjutnya antaranya adalah swimming dan bersukan.. Hope sgt dapat capture photo sedikit sebanyak utk dibuat kenangan besok.. Selamat malam angah.. Ibu sayang dan rindu angah.. Kalau tidak sure angah dah ajak ibu teman angah tidur kat bilik angah.. Semoga angah jadi anak yg lebih berani kelak.. Byk program telah diaturkan utk angah menjelang ulangtahun angah yg ke 9 hari ahad nanti (28 Feb 2010).. Antaranya ialah masuk ke kelas Aikido yang sangat angah minati.. bermula bulan March nanti. Tunggu rupa kek yg ibu akan rekakan utk angah.. He..He..

1 comment: