Sunday, August 29, 2010

ERTI LAILATULQADAR: Usrah Ustaz Roslan Mohammad

Makcik Aida telah memilih tarikh yang tepat iaitu 19 Ramadhan 1431 bersamaan 29 Ogos 2010 sebagai tarikh usrah kami dalam bulan Ramadhan tahun ini.. kerana pada malam itu bermulalah malam yg ke 20...(malam pertama daripada 10 mlm yg terakhir). Banyak ilmu yang saya dapati daripada tajuk yg dibawa oleh Ustaz Roslan.. Semoga Allah SWT sentiasa memberikan kerahmatan dan kesihatan kepada Makcik Aida sekeluarga dan seluruh warga Usrah kami agar dapat terus menimba ilmu di taman2 syurga dunia bagi bekalan di akhirat nanti.. Saya kongsikan di sini agar kita sama2 dapat menghayatinya..

"Surah Al-Qadr ayat 1-5 menceritakan apakah erti Lailatul Qadar (Malam Qadr) yang sebenarnya... Lazimnya kita menamakannya sebagai Malam LailatulQadar sedangkan Lailatul itu sendiri berarti Malam.. Ianya seolah2 kita kurang sensitif kerana bila menyebutnya kita seperti menggandakan sebutan malam (Malam LailatulQadar =Malam malam Qadar).. Maka setelah menambah ilmu tentang ini marilah kita sama2 memperbetulkannya dengan menamakannya sebagai Malam Al-Qadr atau Lailatul Qadar sahaja.

Dalam surah Al-Qadr dinyatakan bahawa malam Al-Qadr itu adalah lebih baik daripada seribu bulan = 83 tahun di mana jika kita mendapatinya seolah2 kita telah beribadat selama 83 tahun tanpa makan minum dsb.. Alangkah ruginya jika kita mensia2kan 10 malam terakhir ini (fasa pembebasan daripada api neraka) lupa untuk melakukan tahajud pada 2/3 malam...

Erti Al-Qadr: Malam yg berharga/ malam yg berkualiti/ malam yg mulia/ malam yg utama/ malam yg bernilai...

Kalau hari jumaat merupakan hari terbaik dalam seminggu, manakala Hari Arafah pula merupakan hari terbaik dalam setahun, Al-Qadr ini adalah malam terbaik dlm keseluruhan malam...

Hadis Rasulullah SAW berkaitan Al-Qadr


  • Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah SWT akan mengampunkan dosa2 hambanya yg bermunajat pada malam itu (dikatakan hanya dosa2 kecil sahaja, bukan dosa besar spt syirikkan Allah, derhaka ibu-bapa, minum arak dsb)
  • Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Aisyah r.a agar mencari Al-Qadr di 10 malam terakhir..
  • Abu Zhar seorang sahabat Rasulullah SAW pernah bertanya kepada Rasulullah SAW

1) Dalam bulan2 lain ada tak LailtulQadar? Rasulullah SAW menjawab tidak ada

2) Selepas Rasululullah SAW wafat ada lagi tak malam Al-Qadr ini? Jawab Rasulullah SAW.. Ada.. Ia kekal hingga ke hari kiamat..

3) Bila berlakunya Malam Al-Qadr ya Rasulullah? Dlm 10 mlm terakhir mungkin 21, 23, 25, 27 atau 29.

  • Umar r.a.pernah menyebut bahawa Rasulullah SAW juga pernah menyebut bahawa Malam Al-Qadr juga boleh berlaku pada malam2 genap..
  • Ubai bin Ka'ab pernah bertanyakan bagaimana keadaan hari selepas malam Al-Qadr kepada Rasulullah SAW.. Rasulullah SAW memerintahkan kami agar menunaikan ibadat di 10 malam terakhir di mana tanda2 berlakunya malam Al-Qadr.. Keesokannya suasana tenang, matahari pula putih dan tidak pucat...

Apakah amalan yg perlu dilakukan (menurut Imam Nawawi)

1) Baca Al-Quran dengan tadabbur dan penuh keinsafan.. Baca dan hayati maknanya bukannya mengejar untuk habis tapi tidak ada kesan yg membekas di hati..

2) Beristigfar dan melakukan taubat nasuha..

3) Bertahajud (Qiamullail).. Bagi kes kita jika biasanya bangun pukul 4 pg untuk sahur bangun lebih awal spt pukul 3 agar kita dapat solat tahajud, baca Quran, bertaubat dan bermunajat kpd Allah SWT, 2/3 malam bermula selepas pukul 2 pagi.

Pengertian tahajud (berdasarkan pengertian surah Al-Muzammil bererti solat sunat tahajud 2 rakaat atau 4 rakaat atau 6 rakaat atau 8 rakaat dilakukan 2 rakaat dgn 1 salam).. manakala solat2 lain spt taubat, hajat, tasbih merupakan penambahan sahaja.. Ini kerana solat tahajud sahaja yg boleh dilakukan pada sebelah malam.. solat2 sunat lain boleh dilakukan pada sebelah siang..

4) Banyakkan derma

5) Panjangkan doa pada Allah pagi dan petang

6) Banyak mengeluarkan air mata penyesalan kerana di akhirat nanti neraka tidak akan sentuh mata2 yg menangis kerana takutkan Allah SWT

7) Bertafakur ttg alam ciptaan Allah SWT

8) Ulang sebut satu doa yg bermaksud," Ya Allah ya Tuhan kami, Kau Maha Pengampun.. Maka ampunkanlah kami..."

Wednesday, August 18, 2010

Menghafaz Cara Mudah Menggunakan Kaedah Al-Huffaz..


Ini adalah buku yang saya ceritakan pada entry yang lalu.. baru sekarang dapat upload. Boleh didapati di WISMA YAKIN (kalau tak silap saya) di kawasan Masjid Jamek.

Ada sebuah lagi buku berjudul "Cara Mudah Mengajar Anak Menghafal Al-Quran" yang ingin saya kongsikan nanti di entry2 akan datang Insya-ALLAH. Sebuah lagi buku yang diperkenalkan oleh Kak Ina..


Ini adalah buku kaedah Al-Huffaz untuk menghafal Juzuk Amma

Buku-buku ini juga digunapakai oleh Kelab Tahfiz Sek Al-Amin.

Ketika En. Akasyah serta para AJK mencari2 kaedah terbaik yang boleh diguna pakai oleh anak2 Kelab Tahfiz Al-Amin yang menghafal Al-Quran secara sampingan (part time) dan bukannya secara sepenuh masa sepertimana Maahad Tahfiz di mana anak2 terpaksa tinggal di asrama, beliau telah mengikuti Kursus Menghafal Kaedah Al-Huffaz serta Kursus Menghafal Kaedah Jibril dan mungkin ada yang lain saya kurang pasti. Didapati Kaedah Al-Huffaz lebih menepati kehendak anak2 Kelab Tahfiz Al-Amin..

Pada ketika itu anak2 serta ibu-bapa diberikan peluang untuk mengikuti kursus Menghafal Cara Mudah Kaedah Al-Huffaz ini. Saya menghadiri kursus ini yang dijalankan selama sehari di Masjid Negara dengan dikendalikan oleh Prof Syafie sendiri yang merupakan pengasas kepada Kaedah ini..

Berikut adalah kisah Prof Syafie yang diceritakan oleh beliau (jika terdapat kesilapan fakta mohon maaf kerana saya menghadiri kursus ini 2 tahun yang lalu)..

Prof Syafie telah melanjutkan pelajaran ke UK dalam jurusan kejuruteraan. Pada suatu ketika (mungkin di bulan Ramadhan) beliau dan rakan2nya ingin mengadakan tadarus Al-Quran.. Pada ketika itu beliau agak gementar kerana beliau tidak mahir membaca Al-Quran. Ada di antara kalangan rakan-rakannya yang telah memberikan teguran yang agak mengguris hatinya dan sejak itu beliau bertekad untuk belajar membaca Al-Quran agar bacaannya menjadi lebih baik.. Dengan izin Allah (SWT) beliau bukan sahaja lancar membaca Al-Quran malah diberikan kelebihan oleh Allah (SWT) untuk menghafal Al-Quran.. Subhannallah..

Setelah itu beliau menjalankan kajian ke atas otak manusia tentang memori jangka pendek dan memori jangka panjang hingga terhasilnya buku kaedah Menghafal Al-Quran Cara Mudah Al-Huffaz seperti di dalam gambar di atas..

Berkaitan kajian beliau, beliau mendapati pengulangan satu2 ayat sebanyak 60 kali dengan cara membuka dan menutup Al-Quran atau buku di atas (iaitu 5 kali melihat ayat, 5 kali tidak melihat ayat secara berulang2 hingga cukup 60 kali) akan menyebabkan otak kita dapat mengingati sesuatu ayat dan akhirnya sesuatu surah jika dilakukan secara istiqamah di mana setelah mengingati ayat pertama kemudian cuba menghafal ayat kedua, kemudian diulangi dengan menghafal ayat 1-2 dan seterusnya.. Ia juga dikenali dengan kaedah gundal di tadika2 tahfiz seperti PUSPETA.

Saya telah mencubanya dan Alhamdulillah ianya ternyata benar..

Kerana itu amat penting untuk anak2 dapat membaca Al-Quran di usia awal agar dapat memudahkannya untuk menghafal surah2 yang lebih panjang dengan lebih cepat dan mudah..

Kini, Prof Syafie mempunyai 13 orang anak (seorang meninggal dunia) yang semuanya menghafal Al-Quran menggunakan kaedah di atas. Beliau juga telah menubuhkan sekolah Tadika Tahfiz, sekolah rendah dan sekolah menengah yang memberikan tumpuan kepada hafazan Al-Quran serta bidang akademik yang di namakan

Maahad Tahfiz Al-Itqaan, No 20, Jalan Nirwana 12, Taman Nirwana, 68000, Ampang, Selangor . No. Tel : 03-9282 1445

Kak Norbaini telah mendaftarkan anak ketiganya (Umar) yang sekarang berada dalam darjah 1.. dan beliau telah memberikan feedback yang cukup positif.. Saya berkira2 untuk memasukkan Bang Chik ke sini namun saya juga punya pilihan sekolah yang lain (Dar Al-Hikmah) yang menggunakan konsep yang sama memandangkan Kelab Tahfiz Al-Amin mula mengambil pelajar seawal darjah dua sahaja.. moga Allah melorongkan yang terbaik untuk kebaikan Bang Chik..

Semoga perkongsian kali ini dapat digunapakai untuk meningkatkan hafalan kita.. Sahabat saya Ella telah memberikan kaedah yang lain untuk menghafal iaitu dengan memegang kertas bertulis/bercetak surah yang ingin dihafal dan membacanya ketika solat sunat. Juga dilakukan secara istiqamah (setiap hari).. Lama-kelamaan kita akan dapat menghafal surah tersebut sepertimana kita dapat menghafal Surah Yaasin yang sering kita baca hingga dapat menghafalnya.. Terpulang kepada diri masing2 mana yang lebih sesuai..

Selamat menempuh Ramadhan Fasa Kedua (Fasa Pengampunan..)

Sunday, August 8, 2010

Silibus hafazan Al-Quran sekolah Al-Amin- Di mana kita??

Berikut adalah senarai surah2 yang perlu dihafal di sekolah Al-Amin... Apa yang menyedihkan ada sesetengah pelajar darjah 6 yang berada di kelab tahfiz sebelum ini dan telah menghafal hampir 4-5 juzuk Al-Quran (lebih daripada silibus Al-Amin) apabila berada dalam darjah 6 dan tidak melakukan muraja'ah (ulangan hafazan) sendiri di rumah telah mula melupakan surah2 yang mereka hafaz.. Alangkah ruginya.. Bukan mudah untuk diberikan Allah SWT kelebihan mudah menghafal Al-Quran dan dalam masa yang sama tetap berjaya di bidang akademik walaupun langsung tidak ke mana2 Maahad Tahfiz..

Sengaja saya senaraikan silibus surah2 di bawah agar dapat menjadi kayu ukur kepada diri saya sendiri terutamanya di mana kah kedudukan saya berbanding anak2 Al-Amin ini..

Rasulullah (SAW) bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang tiada di dalam dadanya sedikitpun daripada Al-Quran seperti rumah yang roboh." (Riwayat Al-Tirmidhi)

TAHUN 1

1. Al Fatihah
2. Al-Fil
3. Al-Quraish
4. Al-Ma'un
5. Al-Kauthar
6. Al-Kafirun
7. Al-Masad
8. Al-Ikhlas
9. Al-Falaq
10. An-Nas

TAHUN 2

1. Ad-Dhuha
2. As-Syarhu/ Al-Insyirah
3. At-Tiin
4. Al-A'laq
5. Al-Qadr
6. Al-Bayyinah
7. Az-Zalzalah
8. Al-A'diyat
9. Al-Qariah
10. At-Takaathur
11. Al-Asr
12. Al-Humazah
13. Surah Tahun 1

TAHUN 3

1. Al-Mutoffifin
2. Al-Insyiqaq
3. Al-Buruj
4. At-Toriq
5. Al-A'la
6. Al-Ghasiah
7. Al-Fajr
8. Al-Balad
9. As-Syams
10. Al-Lail
11. Surah Tahun 1 dan 2

TAHUN 4
1. An-Naba'
2. An-Nazi'at
3. A'basa
4. At-Takwir
5. Al-Infithor
6. Surah Tahun 1-3

TAHUN 5

1. Yasin

2. Ad-Dukhan

3. Al-Mulk

4. Al-Insan

5. Surah Tahun 1-4

TAHUN 6

1. As-Sajadah

2. Al-Waqia'h

3. Al-Juma'h

4. Surah Tahun 1-5

JUMLAH = 44 Surah (Tinggal hanya 70 surah untuk mengkhatamkan Al-Quran...) ..

Surah Tahun 1-4 (tidak termasuk Al-Fatihah) berjumlah 36 surah adalah surah2 yg terkandung dalam Juzuk 30 (Juzuk Amma).. Manakala di tahun 5 dan 6 pelajar2 diminta menghafaz surah2 pilihan dan kemudiannya jika telah habis bagi pelajar2 Kelab Tahfiz mereka akan mula menghafaz Juzuk 29, 28 dan kemudiannya Juzuk 1, 2, 3 .. Saya kurang apakah juzuk yg perlu dihafaz selepas itu kerana anak2 saya sedang menghafaz Juzuk 29. Tapi menurut apa yang saya pernah baca, di Turki yang mementingkan hafalan Quran berbanding khatam Al-Quran yg menjadi kelaziman di Malaysia mempraktikkan hafazan belakang dan hadapan dan akhirnya bertemu di bahagian tengah dan ia dikatakan merupakan kaedah terbaik menghafaz Al-Quran Wallahu'alam..

Setakat ni menurut pengetahuan saya pernah ada seorang pelajar Kelab Tahfiz Al-Amin yang mencapai 16 juzuk hafalan.. Yang sebaya dgn Along tahun ini ada yg mencapai 9 juzuk hafalan.. Tapi semua byk bergantung kepada komimen ibu-bapa.. Tanpa komitmen yg tinggi dpd ibu atau bapa seseorang pelajar sukar utk menghafaz dgn hafazan yang baik dan mantap serta cepat.. Moga entry kali ini dapat menjadi pembakar semangat utk kita meningkatkan hafazan kita agar bukan hanya sekadar setaraf dgn pelajar tahap 1 (djh 1,2 dan 3)..Saya rasa sekolah2 ugama yg lain mungkin mempunyai silibus yang lebih kurang sama juga..

Along juga baru menghadapi peperiksaan Sistem Pentaksiran Pelajar MUSLEH (SPPM) atau PEKERTI pada 5 Julai yg lalu dan berakhir pada 8 Julai.. Moga Along dan sahabat2nya sama2 berjaya dengan kejayaan yg cemerlang Insya-ALLAH..

Antara subjek yg perlu di ambil adalah B.Arab Pemahaman, Tasawur Islami 1, Tasawur Islami 2, Tajwid, B. Arab Penulisan serta Tunas KRSM... Ada lagi yg bakal di ambil iaitu hafazan, Tilawah. PAFA serta ujian lisan untuk B. Arab dan sebagainya yg berjumlah 11 subjek.. Ramai yg bila mengetahui anak2 ini mengambil subjek2 yg banyak ini menunjukkan rasa tidak senang seolah2 kami mendera anak2.. Namun yang pasti.. Demi masa.. kita akan kerugian jika tidak memberikan ilmu ugama seawal mungkin pada anak2 kerana lihat saja kita yg kini sebok dgn pekerjaan.. dan sebagainya.. sukar sekali utk menghadap majlis2 ilmu apatah lagi kelas2 Tajwid dan sebagainya secara rutin.. Sejarah Al-Amin membuktikan ada pelajar yg mampu mencapai 16 A untuk semua subjek termasuk UPSR..

Sabda Rasululullah (SAW) yang bermaksud: "Manfaatkanlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara; dan di antaranya baginda menyebutkan- Masa mudamu sebelum datang masa tuamu"

Sebagaimana pula dikatakan, " Menghafal di usia muda bagaikan menulis di atas batu, sedang menghafal di usia tua bagaikan menulis di atas air."

Monday, August 2, 2010

Hafal Al-Quran Dalam Sebulan..part 3 -sambungan Kisah Ummu Zayid

Tidak sabar rasanya utk saya berkongsi kisah Ummu Zayid ini.. Ianya juga sebagai peringatan buat diri saya dan anak2 serta generasi saya di masa hadapan bilamana membaca blog ini..tentang harapan saya pada mereka agar mereka terus mendidik diri dan generasi masa hadapan sebagai penghafaz-penghafaz Al-Quran.. Banyak lagi yang ingin saya bicarakan di entry2 yang akan datang ..


Saya seolah2 telah menemui titik minat saya dalam dunia blogger ini.. Sahabat2 saya yang lain yg amat saya kagumi byk menulis tentang resepi2 yang byk membantu saya.. Untuk saya menulis ttg resepi agak sukar... Kerana minat saya selari dgn apa yang diminati oleh ibu DarwishnDarwisya... Saya berharap di masa hadapan dapat bertemu dgn sahabat2 blogger yang menulis tentang cara mendidik anak2 tahfiz ini dari sudut umur yang berbeza.. Zaman remaja dan sebagainya.. Untuk itu saya akan memulakan perkongsian saya yang tidak seberapa dalam mendidik anak2 saya.. Byk ilmu yang saya cedok dpd blog DarwishnDarwisya dan saya gabungkan dengan pengalaman saya yang ingin saya terus kongsikan bersama sahabat2 di luar sana.. Semoga Allah memberikan kebaikan dan kerahmatan kepada DarwishnDarwisya sekeluarga atas segala ilmu yg telah dikongsikan...


Kembali kepada kisah Ummu Zayid...


Namun ketika yang kuharapkan (tamat mengkhatamkan hafazan) belum wujud, cubaan dan ujian dari Rabb semesta alam datang padaku. Sehingga muncul pertanyaan, apakah aku akan melanjutkan hafalanku atau menghetikannya? Dan alhamdulillah aku tidak berhenti menghafal.


Terdapat hari di mana aku hanya mampu menghafal 2 halaman sahaja. Bukan tidak mampu meneruskannya tetapi kerana aku disibukkan oleh musibah yg menimpaku. Keempat anak2 ku ditimpa demam panas hingga mereka tidak tidur semalaman. Kerana itu aku berjaga utk menemani mereka. Bahkan ketika aku merasa kepayahan sedang anakku yang paling kecil terus-menerus menangis, dan tak ada seorang pun yang datang membantu. Aku pun jatuh sakit.

Alhamdulillah, walau sakit aku tak berhenti melanjutkan hafalan, dan terus berusaha hingga Allah berkenan menyembuhkan anak2ku yang sudah lama terbaring sakit. Setelah mereka sembuh, aku bertawakkal pada Allah dan berkata pada diri sendiri, " akan ku khatamkan 10 juz hafalan yang tersisa, dalam waktu yang dekat." dan Alhamdulillah sungguh Allah telah memberikan kurniaNya kepadaku hingga aku dapat menghafal dengan cepat.
Sekarang akan kuceritakan kepada kalian saat2 terindah dalam hidupku, iaitu saat aku mengkhatamkan hafalan Al-Quran. Pada pagi hari itu, aku bermimpi indah. Mimpi itu menghembuskan khabar gembira bahawa pada hari itu aku akan mengkhatamkan hafalan Al-Quran. Serta-merta aku pun teramat gembira. Kerana pada hari itu hafalanku yang tersisa hanya tinggal 3 juz.
Aku mulai menghafal dan tanpa sedar, aku menghafal dgn cepat. 1 halaman dapat kuhafal dalam waktu 8 minit, bahkan kekadang hanya 5 minit. Sehingga ketika waktu menunjukkan pukul 9 malam, aku masih tak tahu bahawa itulah saat yang kutunggu2 Itulah waktu pengkhataman hafalan. Aku terus membaca, hingga tak kusedari bahawa yang tersisa hanya tinggal beberapa halaman. Tahukah kalian bagaimana aku menyedarinya? Sungguh kalian tak akan percaya.. Aku merasakan sesuatu yang sgt aneh. Ini belum pernah kurasakan sebelumnya. Perasaan ini bahkan tak dapat digambarkan kerana begitu cepatnya menjalar ke seluruh tubuhku. Perasaan yg berupa ketenangan dan ketenteraman...
Demi Allah, seakan-akan diriku terbang kerana ringannya tubuhku. Aku merasa hairan, hingga aku bertanya pada diri sendiri, "Rasa apakah ini?" Jantungku mula berdegup kencang, seolah2 berkata padaku 'Semoga keberkatan dilimpahkan ke atasmu. Engkau telah khatam Al-Quran. Al-Quran telah bersemayam di dadamu.'
Tiba2 aku tersedar, ternyata aku sedang membaca akhir ayat di mana aku mengkhatamkan Al-Quran. Aku pun langsung menyungkurkan diri bersujud syukur di tanah, sedang air mata kegembiraan jatuh menitis ke bumi. Aku lantas berlari menemui suamiku, dan kukhabarkan berita gembira ini padanya dengan penuh sukacita.
Lalu kutatap musyaf yang telah menemaniku sepanjang perjalanan menghafal ini. Aku menangis seraya berkata,"Duhai musyafku yang tercinta...sungguh, aku telah sampai kepada saat2 terindah dalam hidupku." Ku peluk musyaf itu dgn erat, dan berulangkali kuucapkan, "Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, sesuai dgn kemuliaan wajah-Nya dan keagungan kuasa-Nya. Alhamdulillah aku telah khatam menghafal Al-Quran sebelum ajal menjemputku."
Padahal sebelumnya, aku takut jika aku mati sedangkan aku belum sempat menghafal Al-Quran dengan sempurna. Berikutnya, perasaan yg tak bisa kugambarkan. Aku ke depan komputer dan kuputar CD berisi ucapan2 takbir, yang kuimpikan sepanjang masa hafalanku. Kemudian aku dan suamiku mendengarkannya dan semua merasa gembira.
"Ya Allah, segala puji bagiMu yang telah memuliakanku dengan menghafal kitabMu. Duhai Rabbku, betapa mulianya Engkau. Kau telah menggantikan kesunyianku dengan sahabat terbaik yang bakal menemaniku dalam kehidupanku dan di dalam kuburku nanti. Wahai Rabbku, ku berdoa pada-Mu saat hatiku terkoyak lantaran kesedihan.. Kemudian Engkau menggantikannya dgn sesuatu yang lebih dari apa yang kuangan2kan dan kuharapkan. Betapa mulianya Engkau Rabb yang Maha Pengasih."
Aku ingin nyatakan kepada kalian bahawa aku adalah wanita, sebagaimana wanita yg lain. Aku memiliki suami dan anak2. Anak2ku belajar di sekolah khusus dgn mata pelajaran yang sukar. Aku hafal Al-Quran tapi aku tak melalaikan tanggungjawabku sebagai seorang ibu. Aku didik anak2ku dan berusaha mengajar mereka segala sesuatu. Bahkan t/jawabku yang paling utama adalah sebagai seorang isteri yang berusaha untuk mendapatkan kerhedhaan suami, tanpa mengurangi haknya dan dengan menunaikan kewajipanku secara sempurna. Alhamdulillah, Allah tidak menjadikanku malas dalam menghafal Al-Quran. Demi Allah, janganlah sekalipun kalian memberi alasan untuk tidak menghafal Al-Quran. Apalagi jika kalian adalah para gadis yg belum berkahwin dan belum memikul t/jawab.
Berprasangka baiklah pada Allah. Kerana dengan itu, Allah akan berprasangka baik sesuai dgn prasangka hambanya. Pada awalnya aku mengira bahawa surah Al-Baqarah dan surah Ali 'Imran sgt sukar utk dihafal dan akan memakan masa yg lama. Dan Allah pun memberikanku anugerah sesuai dgn apa yg kusangka. Iaitu menghafalnya selama 7 tahun. Itu kerana aku tidak berprasangka baik dengan Allah.
Namun selepas itu aku pasrahkan diriku pada Allah dan bersangka baik terhadap-Nya. Aku berkata pada diriku sendiri, "Aku akan menghafal keseluruhan Al-Quran dalam masa yang singkat". Allah pun memuliakanku dengan menghafal kitabNya, bahkan memudahkanku. Allah menunjuki jalan dan cara menghafal yang bermacam2. Yang tak pernah kumengerti dan kuketahui sebelumnya....
Wahai orang yang berkeinginan untuk menghafal Al-Quran, bertawakkallah pada Allah! Bersungguh2lah dalam berusaha! Dan jujurlah pada dirimu, bahawasanya engkau benar2 ingin menghafal Al-Quran! Serta berprasangka baiklah bahawa Allah akan memberikan taufikNya atas usahamu! Demi Allah, engkau akan memperolehi apa yang kau ingin dengan segera. Dan engkau akan menjadi sebahagian dari penghafal kalam yang paling agung, iaitu kalam Rabb semesta alam. Dia telah berfirman yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran itu untuk pelajaran. Maka, adakah orang yang mengambil ppelajaran?" (Al-Qamar ayat 17)
Subhanallah, mereka yang mengenaliku mengira bahwa aku selalu mengawasi anak2ku. Tetapi tanpa kujelaskan dengan kata2, mereka akan mengetahui hal yang sebenar.
Suatu hari, ketika aku duduk, anakku yang belum mencapai usia 2 tahun berjalan mendekati meja yang diatasnya terdapat beberapa musyaf. Kemudian, ia membawa musyaf yang biasa kugunakan untuk menghafal. Ia mengenali musyaf itu, dan membawanya padaku. Setelah itu, ia menyerahkannya padaku seraya mengucapkan "Mata Quran". Seakan-akan ia berkata,"Bacalah wahai ibu, dalam waktu yang dekat ibu akan selesai menghafalnya."
Subhanallah, pada hari itu tidak ada perhatiannya selain mencariku dan mencari ayahnya. Jika musyaf tidak terdapat di tangan kami, maka ia berlari untuk mengingatkan kami. Subhanallah..