"Surah Al-Qadr ayat 1-5 menceritakan apakah erti Lailatul Qadar (Malam Qadr) yang sebenarnya... Lazimnya kita menamakannya sebagai Malam LailatulQadar sedangkan Lailatul itu sendiri berarti Malam.. Ianya seolah2 kita kurang sensitif kerana bila menyebutnya kita seperti menggandakan sebutan malam (Malam LailatulQadar =Malam malam Qadar).. Maka setelah menambah ilmu tentang ini marilah kita sama2 memperbetulkannya dengan menamakannya sebagai Malam Al-Qadr atau Lailatul Qadar sahaja.
Dalam surah Al-Qadr dinyatakan bahawa malam Al-Qadr itu adalah lebih baik daripada seribu bulan = 83 tahun di mana jika kita mendapatinya seolah2 kita telah beribadat selama 83 tahun tanpa makan minum dsb.. Alangkah ruginya jika kita mensia2kan 10 malam terakhir ini (fasa pembebasan daripada api neraka) lupa untuk melakukan tahajud pada 2/3 malam...
Erti Al-Qadr: Malam yg berharga/ malam yg berkualiti/ malam yg mulia/ malam yg utama/ malam yg bernilai...
Kalau hari jumaat merupakan hari terbaik dalam seminggu, manakala Hari Arafah pula merupakan hari terbaik dalam setahun, Al-Qadr ini adalah malam terbaik dlm keseluruhan malam...
Hadis Rasulullah SAW berkaitan Al-Qadr
- Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah SWT akan mengampunkan dosa2 hambanya yg bermunajat pada malam itu (dikatakan hanya dosa2 kecil sahaja, bukan dosa besar spt syirikkan Allah, derhaka ibu-bapa, minum arak dsb)
- Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Aisyah r.a agar mencari Al-Qadr di 10 malam terakhir..
- Abu Zhar seorang sahabat Rasulullah SAW pernah bertanya kepada Rasulullah SAW
1) Dalam bulan2 lain ada tak LailtulQadar? Rasulullah SAW menjawab tidak ada
2) Selepas Rasululullah SAW wafat ada lagi tak malam Al-Qadr ini? Jawab Rasulullah SAW.. Ada.. Ia kekal hingga ke hari kiamat..
3) Bila berlakunya Malam Al-Qadr ya Rasulullah? Dlm 10 mlm terakhir mungkin 21, 23, 25, 27 atau 29.
- Umar r.a.pernah menyebut bahawa Rasulullah SAW juga pernah menyebut bahawa Malam Al-Qadr juga boleh berlaku pada malam2 genap..
- Ubai bin Ka'ab pernah bertanyakan bagaimana keadaan hari selepas malam Al-Qadr kepada Rasulullah SAW.. Rasulullah SAW memerintahkan kami agar menunaikan ibadat di 10 malam terakhir di mana tanda2 berlakunya malam Al-Qadr.. Keesokannya suasana tenang, matahari pula putih dan tidak pucat...
Apakah amalan yg perlu dilakukan (menurut Imam Nawawi)
1) Baca Al-Quran dengan tadabbur dan penuh keinsafan.. Baca dan hayati maknanya bukannya mengejar untuk habis tapi tidak ada kesan yg membekas di hati..
2) Beristigfar dan melakukan taubat nasuha..
3) Bertahajud (Qiamullail).. Bagi kes kita jika biasanya bangun pukul 4 pg untuk sahur bangun lebih awal spt pukul 3 agar kita dapat solat tahajud, baca Quran, bertaubat dan bermunajat kpd Allah SWT, 2/3 malam bermula selepas pukul 2 pagi.
Pengertian tahajud (berdasarkan pengertian surah Al-Muzammil bererti solat sunat tahajud 2 rakaat atau 4 rakaat atau 6 rakaat atau 8 rakaat dilakukan 2 rakaat dgn 1 salam).. manakala solat2 lain spt taubat, hajat, tasbih merupakan penambahan sahaja.. Ini kerana solat tahajud sahaja yg boleh dilakukan pada sebelah malam.. solat2 sunat lain boleh dilakukan pada sebelah siang..
4) Banyakkan derma
5) Panjangkan doa pada Allah pagi dan petang
6) Banyak mengeluarkan air mata penyesalan kerana di akhirat nanti neraka tidak akan sentuh mata2 yg menangis kerana takutkan Allah SWT
7) Bertafakur ttg alam ciptaan Allah SWT
8) Ulang sebut satu doa yg bermaksud," Ya Allah ya Tuhan kami, Kau Maha Pengampun.. Maka ampunkanlah kami..."
No comments:
Post a Comment