Thursday, February 24, 2011

Agar Anak Mudah Menghafal Al-Quran Part 2

Bagi tajuk kedua dalam buku ini menjelaskan tentang :-



HAL-HAL YANG BERKAITAN DENGAN ORANG YANG INGIN MENGHAFAL AL-QURAN



a) Ikhlas

b) Beramal soleh dan meninggalkan maksiat

c) Serius dan bersungguh-sungguh

d) Menghafalnya semenjak kecil

e) Berdoa

f) Menghayati Al-Quran serta memahami maknanya

g) Bersuci



a) IKHLAS



Ikhlas adalah motivator utama utk menghafal kitab Allah. Ibnu Abbas r.a berkata,"Sesungguhnya seseorang dapat menghafal sesuai dengan kadar niatnya."



Sufyan Ats-Tsauri Rahimahullah berkata, "Tidaklah ada sesuatu yang lebih sulit untuk aku ubati selain mengubati niatku, kerana niat itu selalu berubah-ubah."



bagaimana mewujudkan keikhlasan??



Agar ikhlas itu wujud tanamkanlah niat berikut:-



1- Bahawa tujuan menghafal Al-Quran adalah untuk mendapatkan 1 pahala kebaikan bagi setiap huruf, dan setiap satu kebaikan dilipatgandakan menjadi 10 kali kebaikan yang sama, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya,



"Barangsiapa yang membaca 1 huruf dari Kitabullah maka baginya 1 kebaikan, dan setiap 1 kebaikan dilipatgandakan menjadi 10 kebaikan yang sama dengannya, aku tidak berkata "alif lam mim" itu satu huruf tetapi "alif" satu huruf, "Lam" satu huruf, dan "mim" satu huruf"



(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)



2- Agar dengan menghafalnya engkau mendapat darjat yang tinggi di akhirat nanti. Diriwayatkan dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a, beliau berkata



"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'Dikatakan kepada Ahli Al-Quran pada hari kiamat, Bacalah dan naiklah serta baguskanlah bacaanmu sebagaimana engkau membaguskannya di dunia, kerana sesungguhnya kedudukanmu ada pada akhir ayat yang engkau baca.'



(HR Abu dawud, At-Tirmidzi dan An-Nasa'i)



3- Hadirkan perasaan bahawa Al-Quran akan memberi syafaat padamu di hari di mana harta dan anak tidak memberi sedikitpun manfaat buatmu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,



"Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaatbagi pembacanya."



(HR Muslim)



Keikhlasan apabila telah menetap di hati seorang hamba, maka sesungguhnya dia telah diberikan taufiq dan diberikan kekuatan dengan izin Allah SWT, dan Allah akan memudahkan baginya segala urusannya serta meringankan baginya berbagai kesulitan. Firman Allah SWT



" ..Jika Allah mengetahui ada kebaikan dalam hatimu, nescaya Dia akan memberikan yang lebih baik dari apa yang telah diambil darimu dan Dia akan mengampuni kamu." Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."

(Surah Al-Anfal: 70)


Kerana itu jika Allah telah mengetahui kejujuran serta keikhlasanmu dalam menghafal firman-Nya, nescaya Dia akan memberikanmu taufik-Nya, mengukuhkan jalanmu, menggantikanmu dengan kebaikan yang besar, dan akan memberikanmu daya ingatan dan pemahaman yang benar.. Ini adalah antara cabaran ibu bapa dalam mengikhlaskan niat ketika menghantar anak2 untuk menghafal Al-Quran juga dalam menanam niat yang betul kepada anak2..
Al-Hassan Al-Basri rahimahullah berkata, "Pembawa Al-Quran ada 3 jenis."
1. Seseorang yang menjadikan Al-Quran sebagai barang dagangan, yang dibawa dari satu tempat ke tempat yg lain hanya utk meminta apa yg dimiliki manusia.
2. Seseorang yg menghafal hurufnya tetapi tidak memahami maksudnya.
3. Seseorang yang membaca Al-Quran bagai meletakkan ubat di dalam hatinya dan ketika menghidupkan malam dengan Al-Quran air mata mereka mengalir. Sedikit sekali golongan ini padahal kerana merekalah Allah menurunkan hujan, memberikan pertolongannya , dan menahan bala bencana.
b) BERAMAL SOLEH DAN MENINGGALKAN MAKSIAT
Allah SWT berfirman yg maksudnya:
"... Dan bertakwalah kepada Allah, Allah memberikan pengajaran kepadamu, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
(Surah Al-Baqarah:282)
Jauhilah dosa2 baik yg kecil mahupun yg besar kerana itulah ketakwaan. Buatlah seolah2 engkau seperti orang yang berjalan di atas tanah yang berduri, waspada pada apa yg dia lihat. Jgnlah engkau meremehkan sesuatu yg kecil kerana sesungguhnya gunung itu terdiri dari kerikil yg kecil.
Sabda Rasulullah SAW kepada Ibnu Abbas r.a ;
"Jagalah (agama) Allah nescaya Allah akan menjagamu. Jagalah (agama) Allah nescaya kamu akan mendapati Dia dihadapanmu."

4 comments:

  1. Assalamualaikum,maaf kak. Saya copy hasil tulisan akak dalam blog saya. Harap akak izinkan.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam.. Silakan. semoga sama-sama memberi manfaat Insya-ALLAH

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, terima kasih atas perkongsian yang bagi saya amat bermakna....
    Em..mohon utk share ea kak...
    Satu lagi saya nk mohon kak utk maklum pd saya sumber bertulis atau bercetak utk penulisan blog ini....Terima Kasih

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam..

    Silakan moga mendapat manfaat.
    Sumber bertulis cuma daripada buku-buku yang akak baca cthnya buku 'Agar Anak Mudah Menghafal Al-Quran' selainnya daripada ceramah-ceramah yang akak dengar terutamanya ceramah Ustazah Norhafizah Musa.

    ReplyDelete