Saturday, February 19, 2011

Agar Anak Mudah Menghafal Al-Quran Part 1

Sebenarnya saya ingin menyambung kisah di Sabah tetapi kerana terdapat permasalahan internet di notebook saya maka saya beralih kepada satu tajuk yang saya janjikan sejak lama dahulu iaitu berkongsi ilmu daripada sebuah buku yang dipinjamkan oleh K. Ina kepada saya yang berjodol “AGAR ANAK MUDAH MENGHAFAL AL-QURAN”

Buku ini ditulis oleh Hamdan Hamud Al-Hajiri, diterjemahkan oleh Hisyam Ubaidillah Bukkar dan merupakan keluaran Darus Sunnah Press. Jakarta..boleh didapati di sebuah kedai buku yang saya lupa namanya yang terletak disekitar Masjid India. Mungkin ditempat lain juga boleh didapati buku ini..

Namun, apa yang pasti setelah membaca buku ini saya mendapat satu kekuatan dan idea dalam membantu hafalan Al-Quran anak2 saya di rumah. Terutama dari segi menambah hafalan.. Jadi bagi ibu-bapa yang juga mempunyai anak2 yang menghafal Al-Quran (samada yang tinggal bersama mereka atau hanya pulang ketika cuti sekolah). Apa yang akan saya kongsikan semoga ianya juga dapat memberikan semangat dan ilham bagi memotivasikan anak2 kita dan pastinya sekiranya memiliki buku ini adalah lebih baik lagi..Saya hanya akan merumuskan isi kandungan buku ini berdasarkan pemahaman saya kerana sebagai manusia yang lemah saya masih dalam proses belajar untuk menjadi orang yang lebih baik dari semasa ke semasa.

Perkara pertama yang dinyatakan dalam buku ini adalah tentang NILAI yang kita letakkan dalam usaha kita menghafal Al-Quran atau dalam menggalakkan anak2 kita menghafal Al-Quran.. Hari ini ada ibu-bapa saya inginkan anak2 mereka menghafal Al-Quran tetapi tidak berusaha langsung utk memasukkan anak2 ke sekolah yang betul, mencari guru yang betul serta menyediakan suasana rumah yang 'bi'ah solehah' (kondusif) untuk menghafal Al-Quran.. Apatah lagi jika anak2 berada di maahad2 tahfiz, namun di rumah bila pulang bercuti suasananya penuh dengan hiburan filem2 VCD, game yang melampau, internet yang tidak terkawal dsb.

Cuba bandingkan dengan peROKOK tegar.. dalam hal ini mereka sanggup menggadaikan kesihatan mereka dan orang2 yang mereka sayangi serta menghabiskan wang ringgit sehari2 hanya kerana sebatang rokok kerana rokok itu pada mereka sangat berNILAI harganya..

Kerana itu sekiranya NILAI yang kita letakkan pada usaha menghafal Al-Quran ini merupakan NILAI yang setaraf dengan NILAI buku2 ugama yang lain (yang mana ada pun tidak apa tak ada pun tidak apa) malahan mungkin NILAI suratkhabar itu lebih tinggi lagi di mana kita wajib membaca berita2 terkini itu saban hari kerana bimbang ketinggalan zaman.. Tetapi kita lupa bahawa Al-Quran itu datangnya dari yang Maha Pencipta sedangkan suratkhabar itu datangnya dari manusia …tetapi kita tinggalkan Al-Quran itu begitu sahaja.. Jauh dari membacanya, menghafalnya apatah lagi memahami isi kandungannya..

Kerana itu penulis buku ini meletakkan tajuk pertama sebagai ‘Menghafal Al-Quran Adalah Program Hidupku’…

Dalam tajuk ini ia dipecahkan kepada 4 tajuk kecil iaitu:-

· APAKAH MENGHAFAL AL-QURAN ITU MUDAH??

Kemampuan seseorang dalam menghafal mempunyai darjat yang berbeza-beza kerana ia adalah satu anugerah Allah SWT dan semua orang mampu melakukannya. Walaupun kita yang telah berumur boleh memulakan dengan juzuk amma tetapi dengan syarat sentiasa beristiqamah (berterusan)..

Janji Allah dalam Al-Quran
Firman Allah (SWT): “Dan sungguh, telah Kami mudahkan Al-Quran untuk peringatan, maka adakah orang yang mau mengambil pelajaran?”

Said bin Jubair r.a berkata,
“Tidaklah ada satu kitab pun dari kitab-kitab Allah yang dibaca keseluruhannya secara hafalan kecuali Al-Quran.”

· APAKAH INGATAN AKAN BERTAMBAH LUAS DENGAN HAFALAN YANG BANYAK??

Hafalan itu pada awalnya memang sulit contohnya jika kita tidak pernah pergi ke satu2 tempat sudah pasti buat kali pertama jalan itu agak sukar buat kita tetapi jika setiap hari kita melalui jalan yang sama sudah pasti ia menjadi perkara yang mudah .. begitu juga dengan menghafal Al-Quran..

Ini kerana Allah Yang Maha Agung menciptakan hati manusia dalam keadaan yang sungguh istimewa Cuma kita sahaja yang tidak ambil tahu tentang ini..Tidak seperti bekas air yang mana bila kita tuangkan air ke dalamnya akan penuh dan sempitlah bekas tersebut.. tetapi hati ciptaan Allah SWT memiliki kemampuan menampung ilmu yang luar biasa setiap kali bertambahnya ilmu semakin luas dan melebar daya tampungnya sehingga semakin mudah untuk menghafal..

Kita hari ini sangat bimbang jika anak-anak kita mengambil terlalu banyak matapelajaran apatah lagi matapelajaran menghafal Al-Quran dan subjek2 ugama yang lain.. Kita lebih bimbangkan mereka gagal dalam subjek akademik. Namun kita sebenarnya tidak sedar bahawa subjek akademik itu adalah ilmu fardu kifayah sedangkan ilmu yang merupakan fardu ain ke atas diri kita ialah ilmu Tauhid, Fekah dan Tassawuf.. Ramai yang alpa dalam hal ini kerana kita hanya mengejar kejayaan dunia dan hanya berangan-angan untuk berjaya di akhirat..


Kerana itu antara sebab utama kenapa ilmuan Islam dahulu sangat berjaya dan kita gagal hari ini untuk melahirkan ilmuan2 seperti Al-Khawarizmi (pakar matematik), Ibnu Sina (Bapa Perubatan)..Al-Razi, Imam Syafie dan lain2 kerana mereka mengutamakan ilmu fardhu ain terlebih dahulu ditambah dengan menghafal Al-Quran dan hadis sebelum mempelajari ilmu fardhu kifayah dan dengan itu mereka sgt ikhlas dalam menjalankan amanah kerana melakukannya semata2 kerana Allah..

Berbanding hari ini bilamana ilmu fardhu kifayah diutamakan maka kita akan menjadi hamba nafsu yang tidak pernah puas dengan apa yang kita ada..

Dan alangkah ruginya manusia hari ini kerana menyangka ilmu fardu kifayah itulah yang akan membawanya kepada kejayaan akhirat dan terus alpa dan tidak langsung mahu kembali mempelajari ilmu yang merupakan fardhu a'in hinggalah ajal datang menjemput kita..


· ILMU APA YANG PALING UTAMA UNTUK DIHAFAL TERLEBIH DAHULU??

Ilmu yang paling utama untuk DIHAFAL ( bezakan dengan ilmu fardu ain –yg paling utama untuk DIPELAJARI) ialah Al-Quran kerana ia merupakan pedoman hidup kita sepanjang zaman..

Abu Ja’far bin Jarir Ath-Thabari Rahimahullah berkata. “Aku sudah menghafal Al-Quran semenjak usiaku 7 tahun, aku telah mengimami manusia sewaktu aku berusia 8 tahun, dan aku pun telah menulis hadith ketika aku berusia 9 tahun.”

Ibnu Abdul Barr Rahimahullah berkata, “Sesungguhnya menuntut ilmu itu memiliki darjat2 serta kedudukan2 yang tidak sepantasnya dilalui begitu sahaja….. Sesungguhnya ilmu yang paling utama adalah memahami dan menghafal kitabullah..

Imam An-Nawawi Rahimahullah berkata, “Para salaf tidaklah mengajarkan hadith dan fekah, kecuali kepada orang2 yang telah menghafal Al-Quran.

Malahan Novel yang digarap tentang kisah Imam Syafie yang saya bacakan buat anak2 juga menceritakan bahawa setelah Imam Syafie berjaya menghafal Al-Quran pada usia 10 tahun, barulah dia mula diterima untuk mempelajari ilmu Al-Quran, Ilmu Hadith serta ilmu Fekah..dan setelah itu beliau menjadi ulama’ terbilang yg sangat tawaduk lagi alim..

· APAKAH MENGHAFAL AL-QURAN DAPAT MEMPENGARUHI PRESTASI DALAM PENDIDIKAN SESEORANG??

Sesungguhnya pendidikan formal tidak sepatutnya menghalang seseorang menghafal Al-Quran. Bahkan seharusnya menghafal Al-Quran dapat memberikan anak-anak kita motivasi dan membuka jalan keluar dari permasalahan pendidikan formal itu sendiri dengan izin Allah Yang Maha Pemberi..

Antara yang dikongsi dalam buku ini adalah pengalaman peribadi seorang pelajar tentang keberkatan Al-Quran..

“Berdasarkan pengalaman peribadi, sesungguhnya sebelum sibuk menghafal Al-Quran, aku adalah seorang pelajar yang tidak peduli dengan pendidikan. Namun, ketika aku mula bergabung bersama saudara2 yang soleh lalu mula menghafal Al-Quran, maka Allah membukakan bagiku banyak pintu yang selama ini terkunci dan menjadikanku mampu melihat dengan jelas permasalahan hidupku, dan segala hal yang dapat membawa manfaat bagiku di dunia ini. Hingga aku mendapat ijazah perguruan tinggi dan aku masih sentiasa mencuba untuk mengenali kurnia Allah dan kemuliaanNya..”

Allah Ta’ala berfirman:

“..dan telah mengajarkan kepadamu apa yang belum engkau ketahui. Kurnia Allah yang dilimpahkan kepadamu itu sangat besar.”

(Surah An-Nisaa:Ayat 113)

Satu contoh lagi yang ingin saya kongsikan di sini yang ditulis dalam buku ini ialah tentang pengalaman peribadi tentang Kerana Al-Quran, aku menjadi yang pertama di dalam kelas..

“ Dahulu aku adalah seorang yg rajin dan pandai dalam pelajaran, baik di sekolah mahupun di halaqah tahfizul quran. Dan aku masih ingat bahawa kami dulu memiliki seorang tetangga yang sebaya denganku. Pada waktu itu ayahku bertanya kepada ayahnya, “Mengapa kamu tidak mendaftarkan anakmu di halaqah Al-Quran?” Bapanya menjawab bahawasanya dia takut kalau nanti halaqah Al-Quran itu akan mengganggu pelajaran anaknya di sekolah. Anehnya, setelah ucapan tersebut akulah yang berada ditempat pertama sementara anak jiranku tadi tidak lulus dan terpaksa mengulang selama 2 tahun.. Ini semua adalah dari keberkatan Al-Quran..”

Dan daripada pengalaman peribadi saya sendiri yang mana anak pertama saya yg pada asalnya kelihatan seperti berada di tahap sederhana namun mampu meraih kejayaan cemerlang walaupun mengambil banyak subjek berbanding anak2 yang hanya menumpukan perhatian kepada 5 subjek sahaja.. kerana dalam masa dia juga menghafaz Al-Quran..


Begitu juga anak kedua saya bersama sahabat baiknya Haqif yang keduanya merupakan pelajar yg paling banyak menghafal surah di Kelab Tahfiz dan saling berlumba-lumba untuk mendahului satu sama lain..juga menduduki tempat teratas di dalam kelas.. Semuanya adalah dari keberkatan Al-Quran.. kerana dia bukanlah anak yang banyak menelaah pelajaran namun kefahamannya dalam pendidikan formal meningkat hasil dari hafazan Al-Quran itu sendiri.. Itulah keyakinan saya.. Semoga dengan perkongsian ini ibu-bapa di luar sana akan kembali mengutamakan kitab Allah dalam pendidikan anak-anak..

Kemudiannya nanti saya juga ingin berkongsi tentang apakah anak2 kita sekadar menghafal Al-Quran?? Apakah yang perlu dilakukan selepas itu?? Ianya berdasarkan apa yang saya dapati daripada kursus Pemahaman Al-Quran yang dianjurkan oleh sekolah anak saya, Sekolah Dar-Hikmah atau nama asalnya Maahad Tahfiz Integrasi Dar-Hikmah..

No comments:

Post a Comment