Monday, March 28, 2011

Bacaan surah oleh Angah dan Bang Chik dalam video




Saya uploadkan video bacaan surah oleh Bang Chik dan angah sebagai kenang-kenangan apabila mereka besar kelak. Bang Chik membaca Surah At-Thariq dalam juzuk 30 manakala angah membaca surah Al-Munafiqun dalam juzuk 28. Walaupun mungkin Bang chik tidak semaju rakan2 sebayanya yang lain namun saya tetap berbahagia menjadi ibu kepada anak2 ini...





Ketika mengadakan minum petang sempena hari lahir Bang Chik dan adik Mawaddah di ICDC pada 18 Mac lalu, saya sempat merakamkan aksi latihan bersolat dengan Bang Chik menjadi imam


Insya-ALLAH pada penghujung tahun ini saya akan videokan sekali lagi kemajuan yang dicapai oleh Bang Chik, angah dan adik Mawaddah. Bang Chik pada ketika ini sudah menghafal 27 surah termasuk Al-Fatihah, cuma tinggal 9 surah sahaja lagi untuk menghabiskan hafalan juzuk 30, Angah pula sedang memantapkan hafalan juzuk 28 dan kemudiannya juzuk 27 manakala adik Mawaddah pula sedang cuba menghafal surah Al-Fatihah. Bagi Along saya berhasrat untuk menyimpan videonya secara peribadi. Cukup sekadar saya tahu bahawa hafalannya sudah bertambah baik. Antara yang dikatakan oleh En. Ahmad Zahid (bapa kepada adik Muhammad Al-Hafiz) didalam majalah Anis tahun lepas ialah


"Didikan yang paling utama dalam menghafal Al-Quran ialah didikan kepada anak yang pertama.. Bila mana anak pertama sudah dapat memahirkan diri dan meminati bidang hafalan Al-Quran maka ia menjadi lebih mudah untuk mendidik adik-adiknya kerana contoh sudah ada di hadapan mata.. "
Untuk saya yang masih kurang ilmu dan masih bertatih dalam mendidik dan menanam minat anak2 dalam bidang hafalan Quran ia merupakan satu nasihat yang besar apatah lagi apabila saya melihat hasilnya di hadapan mata.. kerana bukan mudah untuk menanam minat pada anak2 lelaki yang sedang lasak seperti angah dan Bang Chik..

Video bacaan angah ...

Bulan ini sebenarnya adalah bulan pertama Angah di sekolah Dar Hikmah. Saya dan suami mengambil keputusan untuk memfokuskan Angah dalam bidang menghafal Al-Quran dan bukannya UPSR, walaubagaimanapun dalam masa yg sama dia tetap mempelajari bidang akademik. Saya akan tetap mengingati memori serta pengalaman bersama guru2 anak-anak saya serta ibu-bapa yang lain ketika di Al-Amin dahulu...

Dar Hikmah adalah sebuah Maahad tahfiz Integrasi yang mempunyai sistem hafalan yang baik.. Malahan ada diantara sahabat angah (10 tahun) yang telah mencapai 13 juzuk.. Subhanallah.. Kerana itu walaupun agak lewat bertemu dengan sekolah ini saya amat bersyukur sekali kerana setakat ini hanya ada dua buah sekolah sahaja yang saya temui mempunyai sistem hafalan yang baik tetapi tidak perlu meninggalkan anak2 di asrama.. Semoga along, angah. Bang Chik dan adik Mawaddah berjaya menamatkan hafalan Quran mereka di sini di bawah bimbingan ustaz/ustazah yang saya hormati dengan dibantu oleh saya yang masih belajar ini Insya-ALLAH.. Yang pastinya saya ingin sekali menyaksikan jatuh bangun anak2 saya di hadapan mata saya sendiri dengan sentiasa menjadi tempat untuk mereka mengadu dan berkongsi segalanya..

No comments:

Post a Comment