Monday, March 21, 2011

Agar Anak Mudah Menghafal Al-Quran Part 4

Orang Paling Muda Menghafal Al-Quran

Di dalam buku ini disenaraikan beberapa org yg paling muda menghafal Al-Quran

a) Ibnu Shalah Rahimahullah menyebutkan dalam mukaddimahnya di kitab Ulumul Hadits, "Bahawasanya telah sampai kepadanya khabar daripada Ibrahim bin Sa'ad Al-Jauhari, beliau berkata,
"Aku pernah melihat seorang anak kecil berusia 4 tahun dihadapkan kepada Al-Ma'mun, dia membaca Al-Quran Al-Karim dan berpendapat dalam permasalahan fikh dan dia hanya merengek apabila dia ingin makan.

b) Di dalam biografi Al-Hafizh As-Siraj Al-Baqini disebutkan,

"Bahawasanya ia telah hafal Al-Quran pada usia 7 tahun, dia juga hafal Al-Muharrar kitab tentang fikih mazhab Syafie, Mukhtashar Ibnul Hajib, kitab tentang usul fikih, Asy-Syathibiyah kitab tentang ilmu Qira'ah, dan Al-Kafiyah kitab tentang ilmu nahwu karya Ibnu Malik yang terdiri dari 3 000 bait syair, semua itu telah dia hafal pada usia kurang dari 10 tahun."

c) Al-Hafizh Al-Iraqi pengarang kitab Al-Fiyyah yang terkenal dalam masalah Mushthalah Al-Hadits (istilah2 dalam ilmu hadits) dan Shaikh Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqalani telah hafal Al-Quran waktu itu ketika berusia 8 tahun dan beliau menghafal setiap harinya sebanyak 400 baris.

Apabila saya membacanya, terdetik di hati saya siapakah ibu bapa kepada anak2 ini.. Sudah pasti mereka merupakan ibu-bapa yang bermotivasi tinggi dalam memahami erti kenapa kita dijadikan Allah sebagai khalifah di bumi yang fana ini.. Begitu juga dalam meyakini akan adanya hari akhirat..

Persoalan yang sama juga terdetik di hati saya apabila membaca tentang keruntuhan akhlak dikalangan remaja kita di Malaysia hari ini
SIAPALAH AGAKNYA IBU BAPA MEREKA...???"

Tidak pedulikah mereka tentang didikan terhadap anak2 mereka? Tidak sedarkah mereka bahawa kita semakin menghampiri hari akhirat dan saya yakin semuanya berpunca dari kejahilan.. Dengan ilmu sahajalah kita mampu kembali ke era kegemilangan Islam dan ilmu itu bukan hanya utk anak2 sahaja tetapi kita sendiri juga perlu senantiasa mencari ilmu serta memperbaiki diri.. Takut rasanya melihat keadaan sekarang kerana tempiasnya bakal sampai kepada kita.. Marilah kita sama2 mengajak rakan2 kita untuk sama2 kembali menegakkan syariat kerana jika semua orang di sekeliling kita baik secara automatik generasi kita juga akan menjadi baik Insya-ALLAH..

No comments:

Post a Comment