Monday, September 12, 2011

Tawassul..

Dua hari ini Ustaz Zawawi berkuliah tentang konsep tawassul dalam Islam.. Satu kupasan yang sangat menarik.. Saya selalu mendengar tentang kisah tawassul yang popular iaitu tentang bagaimana 3 orang lelaki menggunakan konsep tawassul untuk menggerakkan batu ketika terperangkap di dalam gua dalam pelbagai ceramah tetapi satu-satunya nasihat yang saya terima tentang bagaimana menggunakannya dalam kehidupan kita saya terima daripada kakak Norbaini (salah seorang sahabat yang saya temui yang merupakan bekas parent Al-Amin juga)..

Ketika itu kami mengadakan perjumpaan antara ibu-bapa dan anak2 6 Abu Bakar lebih kurang beberapa hari sebelum peperiksaan UPSR tahun lepas.. dengan tujuan untuk memberikan kata-kata semangat serta perangsang buat anak2 pada saat2 akhir..

K. Norbaini memberikan nasihat yang saya ingat dan mula amalkan sejak hari itu dan saya kongsikan di sini buat sahabat2 yang membaca blog ini.. Kata kak Norbaini, kita boleh menggunakan konsep tawassul ini dalam berdoa agar Allah SWT membantu anak2 kita dalam menjawab soalan peperiksaan dengan cara melakukan pelbagai kebaikan dan berdoa pada Allah

"Ya Allah kiranya apa yang aku lakukan ini dikira sebagai ibadah olehMu kupohon bantulah anakku untuk menjawab dengan tenang dan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan ini, bantulah kami Ya Allah.. Engkaulah yang Maha Mendengar dan Maha mengabulkan doa.".. 

Dan kuliah 2 hari Ustaz Zawawi dalam slot Tanyalah Ustaz ini menguatkan lagi kefahaman saya tentang konsep tawassul ini.. Saya kongsikan di sini kerana Along dan Angah bakal menghadapi peperiksaan hafazan minggu hadapan dan bulan depan pula diikuti dengan peperiksaan subjek akademik dan dinniah.. Moga Allah SWT membantu mereka untuk berjaya dengan cemerlang dalam kedua2 peperiksaan ini...

Konsep Tawassul ini juga boleh kita gunakan kepada diri kita sendiri dan didik anak2 kita untuk melakukannya kepada diri mereka juga, contohnya kiranya ditimpa dugaan Allah/dalam kesusahan maka ketika berdoa kita boleh sebut kebaikan yang pernah kita lakukan dan pohon daripada Allah SWT moga kiranya kebaikan itu Allah terima sebagai ibadah mintalah Allah SWT bantu kita di saat dalam kesusahan itu...

Begitu juga dgn anak kita, kiranya dia bermurah hati memberikan sebahagian duit belanjanya buat kawannya yang dalam kesusahan atau kelaparan di sekolah, bila dia dalam kesusahan ketika sedang menghadapi soalan peperiksaan, dia juga boleh bertawassul di dalam hati dengan kebaikan yang pernah dia lakukan pada sahabatnya itu..

Antara kata2 menarik Ustaz Zawawi ialah kita boleh mengungkit dengan Allah SWT tentang kebaikan yang kita lakukan pada manusia lain malah disyariatkan oleh Allah(tawassul) tetapi tidak boleh mengungkit tentang kebaikan yang pernah kita lakukan pada manusia kepada sesama manusia.. Dengan bertawassul juga kita beroleh pahala bukannya berkurang pahala kerana mengungkit kebaikan kita pada Allah SWT kerana perkiraan di sisi Allah SWT berbeza dengan perkiraan/matematik di sisi manusia.. Selamat mengamalkan konsep tawassul...

7 comments:

  1. Thank u for the elaboration. I pun dengar jugak Ustaz Zawawi semalam, tapi tak terpikir pulak nak apply. And am so nervous today, pasal my daughter is sitting for her UPSR. InsyaAllah will talk to my daughter abt this today. Selamat Hari raya to u ;)

    ReplyDelete
  2. salam, nak tanya. rasa macam pernah terbaca u cerita pasal CIC. kalau yes, can share with me your experience? Pasal ada a new CIC opening in my place. Still scouting for daycare for my 4yo. Thanks.

    ReplyDelete
  3. Salam kak..boleh elaborate ckit tak ayat "kita boleh mengungkit dengan Allah SWT tentang kebaikan yang kita lakukan pada manusia lain malah disyariatkan oleh Allah(tawassul) tetapi tidak boleh mengungkit tentang kebaikan yang pernah kita lakukan pada manusia kepada sesama manusia". saya kurang faham.. terima kasih.. :0

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum Sis Melly,

    Takaballah minna wa minkum..Good luck buat anak yg sedang hadapi UPSR. Biasalah tu ibunya lagi nervous dpd anak.. Thn lepas kami ibu-bapa disarankan solat hajat semasa anak sedang hadapi exam dan doakan moga dia diberi ilham oleh Allah SWT utk menjawab dgn baik. Ajar anak solat dhuha before masuk dewan exam dan solat hajat juga di rumah..
    Maaf, rasanya saya cerita tentang CEC (Child Enrichment Centre) bukan CIC. Kat sini pun ada CIC tapi saya pun tak tahu apa bezanya dgn preschool yg lain :) maaf tak dapat membantu..

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum mummy aulia,

    Allah syariatkan Tawassul kerana Allah suka kita bergantung harap padanya.
    Mengungkit dengan Allah: Contohnya kita beri derma pada si A(atau apa saja kebaikan), maka dalam hati kita ketika diri, anak atau keluarga dalam kesusahan kita bisikkan "Ya Allah, aku sedang susah.. bantu aku Ya Allah jika sekiranya derma yg aku lakukan merupakan ibadah di sisiMu."-MANUSIA LAIN TAK DENGAR (ALLAH SUKA DAN DAPAT PAHALA)
    Berbeza dgn Mengungkit dengan manusia: Contohnya derma yg sama kita beri pada si A bila kita jumpa kawan si B kita ungkit, "Si A tu aku yang beri dia derma kalau tak mana boleh buat sekolah agama dsb.".. -MANUSIA LAIN DENGAR (ALLAH TAK SUKA DAN BERDOSA)
    Semoga penjelasan akak yg masih belajar ni mudah difahami :)

    ReplyDelete
  6. Thanks achik ... insya allah, akan cuba along amalkan juga

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. Along,
    Setakat pengalaman Achik yg sedikit ini Masya-ALLAH ia adalah salah satu motivasi yg hebat utk anak2 bebuat kebaikan.. Angah cthnya kalau ke masjid akan memasukkan ke dlm tabung derma/ beri sedekah pada org yg meminta kat area tu.. Bila balik dia bgtau.. Angah td bg RM... kat... sebab tawassul utk exam nanti..dan Alhamdulillah Allah permudahkan utknya..

    ReplyDelete