Ini merupakan pengalaman pertama buat bukan sahaja mereka berdua tetapi saya sendiri yg perlu turut sama turun padang mendengar bacaan2 mereka saban hari...bagi memastikan kemantapan bacaan sebelum diuji... Semoga kedua mereka mampu melakukannya begitu juga sahabat2 mereka yg lain..
Tajuk di atas adalah salah satu nasihat oleh Ustaz Hanafi Abdul Malik dalam slot Tanyalah Ustaz baru2 ini yang bertajuk 'Anak Degil'..
Ia merupakan nasihat yang sangat baik yang saya cuba amalkan selepas mendengarnya terutama dalam menghadapi kerenah anak-anak..serta ujian-ujian yg lain... Dan saya pasti sebagai manusia biasa kita akan terus diuji dan diuji oleh Allah SWT ... dan ketika menghadapi segala bentuk ujian ini biasanya sahabat-handai, saudara-mara dll akan sentiasa memberikan nasihat "SABARLAH..."
Apa yang dikupas oleh Ustaz Hanafi sangat menarik dan saya menyetujuinya.. Kata beliau jika kita seringkali dinasihatkan agar 'BERSABAR', sebagai manusia biasa kita akan cuba bersabar dan ada yang menyimpannya di dalam hati hingga ada yg bernanah (walaupun tidak dapat dilihat oleh mata kasar)..
Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:
"Sesiapa yang bersyukur Kami akan tambah nikmat kepadanya." Ia merupakan kisah benar yang berlaku kepada seorang ulama' yang bacaan Al-Qurannya didengari di seluruh dunia bilamana diuji dengan anak perempuan yang berpakaian mendedahkan aurat dan menjadi pelakon seksi .Akhirnya Allah mencampakkan hidayah pada anaknya.. Dan bila ditanya apa yang diamalkannya, kata beliau sentiasa berSYUKUR dan bersangka baik dengan ALLAH..
Namun jika kita menasihatkan mereka yg diuji begitu juga cuba mengamalkan sendiri agar sentiasa 'BERSYUKUR'.. Contohnya diuji dengan anak yang tidak mendengar kata, maka bersyukurlah yang sekurang-kurangnya kita dianugerahkan anak berbanding org lain yg tidak direzekikan anak2.., dan lain-lain kesyukuran mengikut ujian yang kita terima..
Ia akhirnya secara tidak langsung akan memberikan KESABARAN secara semulajadi pada diri kita tanpa meninggalkan sebarang kesan di dalam hati...dan dalam masa yang sama haruslah kita gunakan konsep 7P dan 5H (lihat penjelasan di bawah) untuk mendidik anak2 tersebut. SUBHANALLAH... satu nasihat yang sangat baik yang dengan berkongsi ilmu itu di dalam blog saya, saya berharap Allah (SWT) memberikan kekuatan untuk saya dan suami untuk terus mengamalkannya dan mendidik anak-anak untuk turut sama melakukannya bila diuji dgn sahabat-handai dan sebagainya...
(Sedikit perkongsian oleh Ustaz Yazid dalam kelas Pengajian Islam Amali)
Orang yang BAIK itu bila diuji dapat dilihat bilamana dia menjadi orang yang lebih:-
a) Sabar
b) Redha pada qada' dan Qadar Allah SWT
c) Banyak berdoa'
d) Bertawakal kepada Allah SWT
e) Cerdik dalam melalui ujian-ujian yang mendatang
f) Banyak bermuhasabah pada kesilapan-kesilapan lalu dan mendekati majlis2 ilmu untuk memperbaiki diri
g) Menebal jiwa kehambaannya (menjadi manusia yang taat dan bertakwa)
h) Diangkat darjatnya oleh Allah (dimuliakan dan mendapat pahala)
Orang yang FASIK itu bila diuji , ujian itu merupakan:-
a) Satu seksa buatnya
b) Satu penghinaan buatnya
Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang kedua....
Antara lainyang disarankan oleh Ustaz Hanafi dalam menghasilkan anak yang cemerlang ialah konsep 7P
a) Berikan PERHATIAN (tentang apa yang ingin diceritakannya)
b) Berikan PUJIAN dan PELUKAN, namun sebelum para ibu melakukan pada anak2, para suami harus memuji isteri dahulu kerana bila isteri gembira maka ia akan mempengaruhi jiwa/emosi isteri dalam mengendalikan anak2. Sekiranya suami stress, ia juga akan mempengaruhi emosi isteri dan anak2 di rumah..
c) Berikan PENDIDIKAN yang berkonsep 3A
-Didikan AKHLAK (anak2 harus dididik cara bergaul, berpakaian, bercakap dgn ibu-bapa, beradap dgn org lain dll)
-Didikan AGAMA
-barulah didikan AKADEMIK (agama harus didahulukan)
d) PUKUL yang tidak memudaratkan sebagai hukuman ,hukuman lain yang boleh digunakan tahan mereka daripada menonton apa yg mereka sukai, tarik elaun belanja sekolah ... Latih mereka untuk solat sunat taubat bila melakukan kesilapan serta kejut untuk Qiamullail seisi keluarga.
e) PUJUK -sebagai contoh anak2 yang tidak mahu ke sekolah/majlis ilmu gunakan pendekatan hadis Rasululullah SAW bahawa ' 1 saat berada dalam majlis ilmu adalah lebih baik daripada solat sunat 100 rakaat'..
f) berikan PENGHARGAAN jangan perli..
Bila anak2 melakukan kebaikan dan berubah kepada yang lebih baik berikan PENGHARGAAN kerana manusia sangat dahagakan PENGHARGAAN.
g) PERIKSA - dengan siapa anak2 berkawan, jemput mereka ke rumah dan kenali peribadi dan latar-belakang mereka. Hantar anak2 ke sekolah yang positif walaupun jauh..
Manakala konsep 5H adalah:-
a) Ubah HATI dengan menyuburkannya dengan zikir dan fikir(tiada jalan lain melainkan sering membawa mereka ke majlis2 ilmu )
b) HAMPIRI orang2 yang positif (soleh/solehah yang berjaya dalam akademik) contoh yang sememangnya saya akui adalah adik Nik Nur Madihah..Saya telah bertemu buku tentang kisah kejayaannya dan belum berkesempatan untuk membelinya. Sudah lama saya mencari ikon role model untuk Along sehinggalah saya bertemu buku ini..dan benar seperti apa yang Ustaz Hanafi katakan kita lebih banyak membuat filem2 seram, lawak dan cinta... Mengapa tidak kita filemkan buku kisah hidup Adik Nik Nur Madihah ini agar menjadi motivasi buat pelajar2 muslimah yg lain... Semoga menjadi kenyataan...
c) HINDARI orang2 yang negatif (kawan2 yang buruk akhlaknya) dan tempat2 yang negatif seperti cyber cafe dan lain2
d) HAJAT (Rangsang anak2 untuk jadi orang yang berjaya sebagai khalifah Allah)
e) HIJRAH (ubah anak2 ke sekolah yang baik dari segi silibus matapelajaran dan persekitaran)
Gunakan kata2 falsafah bagi mengubah anak2 yang punya sifat negatif:-
contoh:
"Adik ni jgnlah MEMBATU je marilah sama2 MEMBANTU mak kat dapur"
"Abang janganlah asyik MENGUTUK adik je apa kata abang cuba MEMBENTUK adik jadi orang yang baik"
"Tak baik asyik MENGHERDIK adik2, apakata tolong ibu untuk MENDIDIK adik2"
"Jangan suka MENGHINA orang , lebih baik kita MEMBINA akhlak agar jadi lebih baik"
dan sekali lagi saya sarankan hadis2 sahih Rasulullah SAW yang sepatutnya jadi suatu kewajipan untuk kita untuk mengetahuinya bilamana kita mengaku sebagai umat Baginda...
No comments:
Post a Comment