Disebabkan "DiSebalik Wajahku" meminta saya menyenaraikan bab yang ada dalam buku ini maka saya sertakan di sini..
1-Kehidupan Yang Penuh Kenikmatan
2-Oh, Inilah Kenikmatan
3-Lautan Dan Kehidupannya
4-Menunggu Bas Rutinku
5-3 Tahun Yang Rumit
6-Cara Belajarku
7-Hablu Minallah, Hablu Minannas
8-Negeriku Kelantan
9-Hati Berdebar
10-Musim Tengkujuh
11-Saatnya 20A
12-Berubah Luar Biasa!
13-Menjadi Tetamu Allah
14-Madiha Di Mata Kami
15-Sifat Pelajar Cemerlang
Baru 2 hari lepas saya mendengar kuliah maghrib di Masjid As-Sobirin oleh Prof Syafie yang telah mengeluarkan buku Al-Huffaz (pernah diceritakan dulu)... Antara soalan yang dilontarkan oleh beliau adalah siapakah orang yang berjaya menurut Al-Quran? Saya terlupa surah yang mana tetapi ukuran orang yang berjaya bukan orang yang memiliki rumah, kereta besar serta aset yang banyak tetapi adalah mereka yang dekat dengan Al-Quran kerana orang2 ini adalah golongan yang dicintai Allah.. Bukan sekadar tahu membaca, tetapi memperbaiki bacaan, menghafal serta memahami dan mengamalkan isi Al-Quran.. Inilah orang2 yang berjaya dunia dan akhirat.. Kerana itu bacalah buku ini dan ciri pelajar yang bakal berjaya dunia dan akhirat itu ada di dalamnya.
Antara soalan lain yang ditanya ialah "Berapa ramai pelajar cemerlang yang ditemuramah menjawab kejayaan mereka hasil kurniaan Allah SWT (sepertimana jawapan Nabi Sulaiman dalam Surah An-Naml bila ditanya tentang kerajaan hebat yang dimilikinya), kebanyakannya menjawab ia hasil usaha mereka bertungkus -lumus belajar, menumpukan perhatian dalam kelas, latih -tubi, makanan kecerdikan, kelas tambahan dan sebagainya.. Ia seumpama jawapan Qarun bila ditanya tentang kekayaan yang dimilikinya..
Semalam saya bertemu dengan Forum "Sekolah Agama atau Maahad Tahfiz".. Saya pasti pembaca blog ini semuanya dari kalangan yang punya cita2 yang sama dengan saya dan semua ibu-bapa dalam Forum ini. Saya kongsikan disini linknya untuk manfaat bersama semoga kita lebih memahami apakah situasi yang bakal kita hadapi bila memilih jalan ini.. Sayangnya saya tidak pandai untuk masuk dan menyertai Forum ini.. Ada yang ingin saya tanyakan pada ibu-bapa yang lebih berpengalaman di luar sana..Moga Allah membuka jalan untuk saya nanti..
Berikut adalah linknya.. (terdapat 5 m/s yang mengandungi soal-jawab)
Forum Hantar Anak ke Sek Agama atau Tahfiz?
Semoga bermanfaat Insya-ALLAH..
No comments:
Post a Comment