Ia merupakan kupasan yang baru saja disyarahkan oleh Ustaz Pahrol Juoi dalam segmen Professional Mukmin Isnin lepas....
Saya perpanjangkan di sini buat ingatan diri saya yang lupa terutamanya dimasa2 hadapan...
Apakah 6 syarat tersebut?
1-Niat yang betul
2-Perkara yang kita lakukan itu sah di sisi syariat
3-Perlaksanaan ikut syariat
4- Dilakukan secara optimum
5-Tidak meninggalkan ibadah asas
6-Natijahnya baik
Apa saja yang kita lakukan sebenarnya adalah ibadah jika memenuhi syarat di atas...
Ramai kita hari ini menganggap ibadah/amal soleh hanyalah bila menunaikan solat, puasa, menunaikan haji, zakat dan sebagainya... Kita hanya anggap Allah melihat kita hanya pada ketika ibadah asas (solat, puasa, zakat, haji) sahaja tapi tidak ketika kita sedang melakukan tugasan di rumah, ditempat kerja, bersama rakan2 dan lain2 ....
Sedangkan jika kita totalkan Ibadah asas itu ianya hanya mencakupi lebih kurang 5% sahaja daripada jumlah keseluruhan kehidupan kita...
Mari kita sama2 lihat...
a) Solat...kita ambil solat fardhu sahaja ya..hanya lebih kurang 5-7 minit 1 solat paling lama 10 minit.. Sehari 50 minit (5 waktu solat).. setahun lebih kurang 13 hari kita solat.. jika hidup hingga 60 thn dan mula solat umur 10 thn..kita hanya solat 13 hari x 50 = 650 hari (1.8 tahun sahaja)
b) Puasa (kita ambil yang wajib sahaja) cuma 30 hari setahun. Jika hidup hingga 60 tahun dan mula berpuasa pada umur 10 tahun.. ianya hanyalah 30 hari x 50 = 1500 hari sahaja (50 bulan =4 tahun 2 bulan sahaja)
c) Zakat sekali setahun, jika pada umur 25 baru di wajibkan zakat dan hidup hingga 60 tahun.. Hanya 35 kali sahaja berpeluang melakukannya..
d) Haji.. Hanya sekali seumur hidup.......
Selebihnya... adalah segala amalan kita seharian bermula dgn mengamalkan doa, mengikut sunnah Rasulullah SAW, bekerja dan apa jua tugasan sebagai ibu, isteri, anak, suami, bapa dan lain2..mengikut 6 syarat ibadah yang dinyatakan di atas...
Malahan menurut kupasan Ustaz Pahrol Juoi jika kita hanya menumpukan kepada zikir untuk diri atau dalam kumpulan faedahnya hanya dapat pada diri kita seorang berbanding mereka yang bekerja seperti pesawah... faedahnya menyebar hingga kepada sesiapa yang memakan hasil usaha pesawah tersebut (lebih banyak pahala yang didapati).. Jika seorang engineer merekabentuk dan membina empangan bagi kegunaan orang ramai... faedahnya juga menyebar kepada mereka yg mendapat manfaat air tersebut... Begitu juga jika membuat bangunan, jalan dan sebagainya... Tapi kita lihat hari ini ada bangunan yang retak, jalan yang berlubang.. Alangkah ruginya orang2 yang berpeluang merebut pahala daripada tugasan/kerja harian mereka tetapi disia-siakan peluang tersebut malahan menyusahkan dan memudaratkan orang lain pula yang sudah pasti akan ditanya oleh Allah SWT di akhirat nanti...
Saya petik kata2 Ustaz Pahrol Juoi ketika tajuk ini berlangsung...
"Kita lebih banyak berfikir ranking kita di sisi manusia (bos, kawan-kawan, keluarga dll walaupun mereka berada di jalan yang salah) dan bukan ranking kita di sisi Allah SWT.."
" Kita anggap Allah lihat kita hanya pada ketika ibadah asas dan ibadah sunat tetapi tidak di waktu belajar, bekerja, melakukan tugasan rumah dll.."
Jika kita fikirkan tentang ilmuan2 dan ulama'-ulama' dahulukala yang menghabiskan kehidupan mereka dengan menulis dan mencipta rekaan2 untuk kemasyalatan ummah... Ia adalah kerana hal ini.. Bandingkan dgn sikap umat Islam yang dikatakan lemah hari ini.. Mereka lebih byk dilalaikan dengan segala bentuk screen berbanding berusaha dan berfikir jauh ke hadapan bagaimana untuk melakukan yg terbaik utk kebaikan ummah.....Sesuatu yang patut kita fikirkan dan ubah dalam kehidupan kita dan anak2...
No comments:
Post a Comment