VISI & MISI KELUARGA..
Apakah yang kita fahami tentang Visi? Visi = Future State Desired iaitu apa yang kita kehendaki di masa hadapan...
Apakah yg kita fahami sebagai Misi? Misi = Reason For Existence iaitu sebab wujudnya kita di dunia...
Dan berapa ramaikah daripada kita (para ibu-bapa) memahami akan visi dan misi kita sebagai ibu-bapa??
Kita mulakan dengan memahami MISI kita dengan memahami takah hidup insan... yg punya 5 peringkat..
PERINGKAT 1: Alam ROH - Dalam alam roh semua roh (tak kira yg Islam dan bukan Islam) memang rasa bertuhan...
PERINGKAT 2: Alam RAHIM (9 bulan 10 hari) - Di alam ini kita ditempatkan bersebelahan dgn tempat najis maka layakkah kita untuk menderhaka kpd Allah SWT...
PERINGKAT 3: Alam DUNIA - Merupakan Dewan peperiksaan bagi semua manusia yg tidak henti2 perlu menjawab soalan daripada Allah.. Kerja setiap kita hanya menjawab soalan daripada Allah SWT sepanjang kehidupan kitadi dunia ini..
1-Sebagai ibu bapa kita perlu menjawab soalan bagaimanakah kita dapat menjadi ibu-bapa yg baik..
2-Sebagai anak dan pelajar atau pekerja kita perlu menjawab soalan bagaimanakah kita dapat menjadi anak yg soleh/solehah, pelajar yg terbaik dari segi akidah dan pencapaian, amanahkah kita sebagai pekerja...
3-Sebagai suami-isteri serta jiran tetangga... Sudahkah kita tunaikan segalanya secara yg paling baik?
4-Sebagai sahabat, daie dan sebagainya...
Dan Allah hanya mahu melihat SEBAIK-BAIK JAWAPAN DARIPADA KITA.....
PERINGKAT 4: Alam Barzakh -Ketika di alam ini orang yg baik akan memperolehi Taman-taman syurga manakala org yang jahat akan memperolehi lubang-lubang daripada neraka.. Dan harus kita fahami bahawa azab di kubur tidak sama dengan azab di Mahsyar yang juga berbeza daripada azab neraka... alam barzakh umpama seorang pesalah yg dimasukkan kedlm lokap --> alam mahsyar umpama Mahkamah dan ----> alam neraka umpama hukuman dan hukuman Allah jauh lebih azab daripada hukuman manusia..
Maka berbaloikah jika kita tidak mengetahui atau buat-buat tidak tahu MISI kita di atas dunia ini??
PERINGKAT 5: Alam Mahsyar -Alam yang hanya 2 PILIHAN - Syurga atau neraka...
Dalam banyak-banyak peringkat.. manakah peringkat yang paling penting buat kita??? Sudah pastilah PERINGKAT 3 tapi berapa ramai daripada kita tidak menyedarinya??
Kita tidak pernah menetapkan dan memahamkan Misi dan Visi kita sebagai ibu-bapa, suami-isteri juga buat anak2 kita....
Dalam hidup ini kita mungkin boleh menghafal visi dan misi yang ditetapkan ditempat kerja tapi tidak pernah memahami visi dan misi kita sebagai hamba Allah SWT..
Maka marilah kita sama memahami tentang hal ini... Kembali kita kepada VISI sebagai seorang Muslim berapa ramai daripada kita tahu kita harus punya visi jangka pendek (ketika di dunia) serta visi jangka panjang (di akhirat)???
Saya sendiri bila mendengar topik yg dihuraikan oleh Ustaz Nasib ini terkesima dan sgt2 bersyukur berpeluang utk menghayatinya...
VISI JANGKA PENDEK ketika di DUNIA:
* Untuk mencapai KESENANGAN hidup - Inilah yg ditumpukan oleh hampir kesemua kita...
a) Sahabat yg baik
b) Rumah yang besar dan selesa
c) Kereta yang hebat
d) Anak-anak yg taat dan tidak memberi masalah
e) Suami dan isteri yg kacak/cantik serta saling sayang-menyayangi
f) Jiran yg baik
g) Wang/Tanah/harta yang banyak
h) Kerja yg baik kerana itu bila ditanya pada pelajar2 Visi mereka terhenti setakat menjadi Doktor, jurutera dan sebagainya... dan pelbagai lagi..
* Namun ada satu lagi Visi jangka pendek kita di dunia ini iaitu untuk mencapai KETENANGAN hidup.. kerana berapa ramai daripada kita mempunyai apa yg tersenarai di atas tetapi tidak TENANG dalam kehidupannya.... Inilah yg perlu kita fahamkan dalam diri, pasangan dan anak2
Manakala VISI JANGKA PANJANG ketika di akhirat yang sering kita lupa...Adalah dalam mencari/mendapatkan:-
a) REDHA ALLAH
b) SYURGA ALLAH (dalam Al-Quran sendiri hampir 2000 ayat mengisahkan tentang syurga sebagai satu berita gembira agar ia dijadikan Visi oleh semua manusia)...
Dan untuk Mencapai semua VISI ini haruslah ia diterjemahkan oleh MISI kerana jika tidak ia hanya akan menjadi sekadar mimpi... dan MIsi tersebut tidak lain adalah apa yang termaktub dalam Surah Az-Zariyat ayat 56 yang bermaksud..
"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU.."
No comments:
Post a Comment