Sudah sekian lama saya berhajat untuk berkongsi kisah ini bersama pembaca blog ini juga buat rujukan saya di masa hadapan namun bimbang sekiranya kisah ini tidak datang daripada sumber yang benar....
Kesempatan angah menjalani rakaman Adik & Al-Quran Musim ke 3 memberikan peluang kepada saya untuk mengesahkan kisah ini dengan Datuk Abu Hassan sendiri yang dikenali sebagai 'atuk' oleh anak-anak yang menjalani rakaman ini..bagi menjadi tauladan kepada ibu-bapa hari ini...
Inilah kisahnya...(diadaptasi daripada apa yang saya hafal daripada e-mail yg saya terima dahulu)
Keluarga Datuk Hassan Din tinggal di Kg. Behor Mali, Perlis... Adik beradiknya yang berjumlah 10 orang (3 lelaki dan 7 perempuan) hampir kesemuanya merupakan ustaz dan ustazah (hanya 2 sahaja yang bekerja selain daripada ustazah).. Semasa kecilnya bapa Ustaz Datuk Hassan serta Ustaz Harun Din ini menentang keras anak-anaknya belajar di sekolah Inggeris... Kesemuanya bersekolah di Madrasah Islahiyah (jika tak silap saya) yang terletak di Behor Mali itu sendiri...
Yang menarik yang ingin saya kongsikan di sini ialah kebersamaan dan kesatuan hati ibu dan bapa kedua-dua tokoh ulama' ini yang mempunyai pendirian yang sama dan teguh dalam melakukan sesuatu yang dianggap bertentangan dari apa yang biasa dilakukan oleh ibu-bapa pada zaman tersebut yang bangga jika anak-anak mereka bersekolah di sekolah-sekolah Inggeris dan mampu bercakap Inggeris dengan fasih...
Hasilnya ketika arwah bapa kedua-dua ulama' ini meninggal dunia setelah sekian lama sakit ... anak-anak yang semuanya berpengetahuan dalam bidang ugama ini tidak membenarkan sesiapa pun menyentuh jasad arwah bapa mereka... kerana mereka sendiri yang ingin menguruskan segala urusan pengkebumian arwah bapa kesayangan mereka sebagai jasa bakti yang terakhir..
Dalam e-mail yang saya terima dahulu menyatakan bahawa arwah ibu kedua-dua tokoh ulama' ini bila melihatkan kesukaran anak-anaknya yang terpaksa berulang-alik dari Kuala-Lumpur ke Perlis untuk menjaga/menziarahi arwah bapanya yang sakit berdoa agar Allah SWT tidak memberikannya sakit yang panjang yang akan menyukarkan anak-anaknya jika telah sampai ajalnya. Hal ini tidak dapat disahkan oleh yang saya hormati Ustaz Dato' Abu Hassan kerana menurut beliau ketika itu beliau sedang berada di Mesir kerana menyambung pelajarannya...
Namun apa yang pasti, arwah ibu kedua-dua tokoh ulama' ini menemui Allah SWT dalam keadaan yang sungguh tenang dalam keadaan apa yang dikatakan sebagai Husnul khatimah (pengakhiran yang baik) dimana arwah ibu beliau meninggal dalam keadaan sujud ketika solat terawikh di bulan Ramadhan pada malam Jumaat... Subhanallah... Kerana itulah saya sangat terkesan dengan kisah ini dan sekali lagi hanya anak-anak yang soleh dan solehah yang telah disekolahkan di sekolah ugama inilah yang menguruskan jenazahnya..
Betapa bila saya mengikuti program Profesional Mukmin-Ibu Bapa Cemerlang yang menyentuh tentang bilamana kita sebagai ibu/bapa mengeluarkan segala belanja (hari ini sekolah-sekolah ugama serta Maahad-maahad memerlukan belanja yang besar) , masa dan tenaga untuk anak-anak ini mahir dalam bidang ugama JANGANLAH MENGHARAP APA-APA BALASAN melainkan daripada Allah SWT...
Betapa kita harus merasa bangga bilamana di akhir zaman yang penuh dengan segala bentuk fitnah ini kita masih diberi peluang untuk bersama-sama dengan salah seorang tokoh ulama' yang diberikan kelebihan bertemu dengan Rasululullah SAW di dalam mimpi beliau... dan ianya tak lain dan tak bukan Ustaz Harun Din sendiri... Bayangkan segala manfaat yang telah dicurahkan dengan membantu manusia-manusia lain yang diuji Allah SWT dengan pelbagai bentuk penyakit berkat ketegasan seorang bapa dan ibu betapa hingga hari ini sudah pasti arwah ibu bapa anak-anak soleh dan solehah ini akan beroleh pelbagai kebaikan di alam sana...
Bagaimana saya dapat menghubungi Ustaz Hassan Dan Harun? Kerna ada rakannya yang sedang sakit, ingin bertemunya. Meraka adalah rakan kelas ketika dibangku sekolah. Ada cadangan?
ReplyDeleteAssalammualaikum wbt..
ReplyDeleteUstaz harun Din ada membuka Pusat Rawatannya Darul Syifa', cuba google. Maaf saya tak menyimpan nombor telefonnya.