IBUBAPA DERHAKA....
Sebelum seseorang anak menderhakai ibu-bapanya, ibu-bapanya sebenarnya telah terlebih dahulu menderhakainya... Antaranya bila mana kita mengimpikan pasangan dan zuriat yg soleh dan solehah dalam masa yang sama kita membiarkan diri kita terus dalam kejahilan (tidak suka menghadiri majlis-majlis ilmu) dan melanggar segala perintah Allah SWT...
Berikut antara dalil-dalil daripada apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW perihal perkara ini..
Ibnu Umar berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang mengabaikan anaknya dan mencelanya di dunia ini, maka Allah yang Maha Suci dan Maha Tinggi akan membongkar cacat celanya pada hari kiamat dihadapan para saksi sebagai balasan yang setimpal."
Muaz bin Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah SWT mempunyai para hamba yang tidak akan diajak bercakap pada hari kiamat, tidak akan disucikan hati dan tidak akan dilihatnya." Seorang sahabat bertanya, "Siapa orang itu Ya Rasulullah?"
Baginda menjawab (yang bermaksud),: "Orang yang lepas tangan daripada kedua-dua orang tuanya, benci kepada kedua-duanya dan orang yang berlepas tangan daripada anak-anaknya."
Tugas seorang BAPA umpama nakhoda kapal secara ZAHIRnya bertanggungjawab menyediakan kelengkapan infrastruktur dalam menyara keluarga manakala secara BATINnya bertanggungjawab mendidik dan memimpin anak-anaknya dengan ilmu..
Yang kurang difahami pada hari ini adalah tugasan BATIN seorang bapa....
Tugas seorang IBU pula sebagai pengurus rumahtangga:-
a) Melaksanakan perintah suami selagi tidak bertentangan dengan syariat.
b) Memahamkan anak-anak tentang keputusan yang dibuat oleh suami ; dimana
c) Ibu dan bapa mestilah bersatu hati dalam mendidik anak-anak (dengan kaedah yang berlandaskan syariat)
d) Mengurus kewangan, kebersihan, keperluan rumah tangga secara effisien..
Yang kurang dalam masyarakat hari ini adalah kesatuan hati dan rasa hormat seorang isteri kepada sang suami....
Kita lihat pula apakah keperluan ANAK:-
FIZIKAL - Mereka memerlukan makan minum , pakaian dan kediaman
AKAL - Mereka memerlukan pelajaran dan ilmu pengetahuan
EMOSI - Kasih sayang dan perhatian
ROHANI - Iman, kenal ALLAH, sedar akan tujuan hidup
Dalam kursus ini setiap keperluan di atas diperincikan
Keperluan FIZIKAL:-
- Mendorong anak bermain dan bersukan..
- Membiasakan anak dengan amalan kebersihan diri seperti memotong kuku, menggosok gigi dan sebagainya..
- Mengatur waktu tidur yang betul dan mencukupi
- Merawatnya apabila sakit..
Keperluan AKAL:-
- Menanamkan budaya cinta ilmu dan adab belajar yang betul
- Menghafaz Al-Quran dan hadis
- Membekalkan buku-buku bacaan dan mengadakan ruang bacaan atau mini perpustakaan di rumah..
Keperluan EMOSI:-
- Mengucup anak-anak dengan penuh kasih-sayang
- Bermain dan bergurau
- Memberi hadian dan kata-kata pujian
- Membelai anak-anak
- Sering bertanya khabar dan berbual mesra
Keperluan yang paling utama dan kebanyakan kita GAGAL melaksanakannya ialah Keperluan ROHANI..
- Pendidikan tauhid -Beriman kepada ALLAH dengan cinta, takut dan rasa diawasinya..
- Penyuburan cinta kepada Rasulullah SAW dan keluarganya..
- Pengajaran Al-Quran dan Hadis..
Dalam slot-slot yang lalu Ustazah Norhafizah telah mengupas isu mendidik anak-anak untuk mentauhidkan Allah dan pada minggu lalu Ustazah telah mengupas isu mendidik anak untuk bersolat..
Antara yang saya ingat ialah Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud "Anak-anak yang dibiasakan hidup mereka dalam melakukan ibadah (dalam konteks yang ingin dijelaskan ini ialah solat, selain itu mengahafal Al-Quran dan Hadis, berpuasa, menderma dsb) sedari kecil akan memperolehi pahala 99 Siddiqin"...
Maka tidak mahukah kita merebut nya sebagai hadiah yang paling istimewa buat anak2...
Antara lain ialah segala kebaikan yang dilakukan anak2 yang kecil ini akan dikira dan dosa-dosa mereka tidak akan ditulis...Subhannallah betapa hadiah membantu anak-anak memberatkan buku amalan mereka tanpa mereka sedari merupakan antara hadiah yang paling istimewa untuk diberikan kepada mereka...Betapa jika kita abaikan tanggungjawab ini di mana agaknya kita sebagai ibu-bapa mahu menempatkan mereka nanti..??
Antara yang dinyatakan yang saya hormati Ustazah Norhafizah ialah dalam mendidik anak2 untuk bersolat mereka perlu dibiasakan dengan 6 perkara :-
a) Diajar rukun2 solat (apa yg membatalkan solat, gerakan yang perlu dilakukan dalam solat), cara berwuduk dengan betul.
b) Dibiasakan dengan solat (jangan dihalau mereka keluar dari bilik tapi membawa mereka bersama-sama bila bersolat agar pergerakan solat itu dapat mereka tiru sedari kecil)
c) Dibiasakan dengan solat jemaah di masjid (tapi sebelum itu ibu-bapa harus mengajar anak2 dengan adab bila berada di dalam masjid)..
d)Merotan/ memukul (yang tidak mencederakan) jika mereka tidak bersolat pada umur 10 tahun.. (Hukuman hanya boleh dilakukan bilamana a) - c) telah dilakukan)
e) Membiasakan anak-anak dengan solat malam (Qiamullail)
f) Membiasakan anak-anak dengan solat Istikharah ( Solat Istikharah boleh dilakukan bukan sahaja pada 2/3 malam tapi pada waktu-waktu yang dibolehkan untuk bersolat juga.. Anak-anak ini harus dilatih dalam kehidupan mereka pilihan apa pun yang ingin dilakukan (sekolah yang mana, aliran yang perlu dipilih ketika di tingkatan 4, subjek yang perlu dipilih, universiti yang mana satu, bidang yang patut diambil malah segala-galanya ..dalam kehidupan ini termasuk dalam mencari pasangan, pekerjaan dan sebagainya)
Indahnya Islam itu, serba-serbi punya tatacara yang telah Allah SWT sediakan buat kita... Maka mari kita renungkan maksud Surah At-Tahrim 66:6:
"Wahai orang beriman, selamatkanlah dirimu dan keluargamu daripada azab api neraka." Mari kita perbaiki diri masing-masing agar tidak tergolong dalam golongan ibu-bapa yang DERHAKA...
No comments:
Post a Comment