6. Fasa Umur Yang Ke Enam (Umur 36 - 40 tahun)
Ketika ini kita ibarat dah berjalan dah separuh.. Tertolaklah perkataan "LIFE BEGIN AT 40". Sepatutnya pada saat ini persediaan untuk ke negeri akhirat dah separuh tapi ramai yang leka dengan slogan ini.. Antara kata-kata Imam Al-Ghazali:
" Umur 40 adalah masa penentu, bila kejahatan dan kemaksiatan melebihi kebaikan maka mereka sebenarnya sedang menempah tiket untuk ke neraka"..
Ketika ini ada yang dikurniakan Allah SWT keinginan, kelapangan dan kemampuan (harta dan fizikal) dan ada juga yang ditarik satu atau dua darinya. Contohnya: Seseorang yang minat makan angin, mereka boleh melakukannya bila dikurniakan Allah SWT ketiga2 keadaan yang disebutkan tapi ada juga ketika ini diuji dengan kesakitan (tiada kemampuan dari sudut fizikal walaupun mempunyai banyak harta) cuma tinggal keinginan dan kelapangan...
7. Fasa Umur Yang Ke Tujuh ( Umur 41 hingga 50)
Waktu ini dinamakan usia setengah tua... Seseorang ketika ini sudah tidak lagi merasa muda walaupun belum punya apa-apa persediaan dari sudut amalan.
Ada kalanya diketika ini ada yang telah gugur giginya, ada yang telah beruban, ada yang sudah menopause dan ada juga yang sudah mula diserang sakit-sakit lutut..
Ketika ini rasa bosan pada benda-benda sudah mula hadir dalam diri dan bagi yang diberikan Allah SWT hidayah akan mula memperbaiki agamanya..
8. Fasa Umur Yang Ke Lapan (Umur 51 -59)
Waktu ini dinamakan masa menurun.. Di mana jika dilukiskan graf ia akan berbentuk menaik, stabil untuk seketika (mewakili fasa ke lima), menurun sedikit (mewakili fasa ke 6 dan ke 7) dan kemudiannya menurun dengan mendadak bagi mewakili fasa ke 8.
Ketika ini macam-macam penyakit akan mula menjengah di mana bila seseorang ditimpa penyakit pada ketika ini sekiranya jiwanya tidak kuat dia akan mudah berputus asa, kerana itulah orang kafir ada yang bunuh diri.. JIWA adalah kurniaan Allah SWT yang perlu kita jaga hingga tiba saat kita bertemu dengan Allah SWT. Agama memberikan garis panduan tentang jiwa agar tidak mudah berputus asa dengan keyakinan kita hanya akan berpindah alam sahaja..
9. Fasa Umur Yang Ke Sembilan (Umur 60 -75)
Inilah yang dinamakan masa tua di mana mereka akan merasa bahawa mereka sudah tidak diperlukan lagi.
10. Fasa Umur Yang Ke Sepuluh (Umur 75 dan ke atas)
Umur ini biasanya digelar sebagai 'tua bangka' atau arzalil umur yang bermaksud 'tua pikun' dalam Bahasa Malaysia. Di usia ini sekiranya seseorang itu tidak punya anak atau mempunyai anak yang ramai tetapi tidak mahu menjaganya sangatlah deritanya.. Ketika ini jika seseorang itu rajin berzikir pun tetap tetap akan menderita dari segi zahirnya yang ditarik kekuatannya oleh Allah SWT dan memerlukan bantuan orang lain..
Ini menolak apa yang cuba ditegakkan oleh golongan LGBT kerana mereka adalah golongan yang bakal tidak punya zuriat..
Oleh kerana itulah dalam doa Rasulullah SAW yang banyak terdapat dalam Al-Makthurat, Rasulullah SAW berdoa agar Allah SWT menyelamatkan Baginda daripada umur yang tua pikun ini dan dimakbulkan oleh Allah SWT bilamana Rasulullah SAW diwafatkan pada usia 63 tahun (mengikut kiraan tahun syamsiah tetapi dalam kiraan umur Qamariah umur Rasulullah SAW ketika wafat ialah 60 tahun).
" Telah berpagi-pagi kami, dan berpagi-pagi segala kerajaan milik Allah, segala puji bagi Allah . Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala pujian. Dia yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Ya Tuhanku, aku memohon kepadaMu kebaikan pada waktu pagi dan kebaikan sesudahnya. Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan pada pagi ini dan kejahatan sesudahnya. Ya Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat malas dan keburukan pada hari tua. Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu daripada seksaan neraka dan seksaan kubur."
dan dalam Al-Quran Allah berfirman dalam Surah Al-Faathir ayat 37 yang bermaksud:
"Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan". (Lalu Allah menempelak mereka) : "Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran. Oleh itu rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapa pun yang dapat memberikan pertolongan."
Umur yang selamat bukanlah umur yang panjang tetapi tidak mahu berfikir tentang kekuasaan Allah SWT tetapi umur yang selamat adalah umur yang diberkati tidak kira panjang atau pendeknya umur seseorang itu sekiranya dalam amal soleh merekalah golongan yang selamat di sisi Allah SWT.. Semoga menjadi iktibar buat kita bersama..
يُدَبِّرُ :الأمْرَ مِنَ السَّمَاءِ إِلَى الأرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ
أَلْفَ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ
Mafhumnya:
Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu masa yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu.
Dan di dalam Firman yang lain Surah Al-Hajj ayat 47 Firman Allah
وَيَسْتَعْجِلُونَكَ بِالْعَذَابِ وَلَنْ يُخْلِفَ اللَّهُ وَعْدَهُ وَإِنَّ يَوْمًا عِنْدَ رَبِّكَ كَأَلْفِ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ
Mafhumnya"
Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janji-Nya. Sesungguhnya sehari disisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu.
3 keadaan yang berbeza.
Ayat di Surah Al-Ma'arij menerangkan ketika kita berada di alam akhirat.
Ayat di surah As-Sajdah menerangkan keadaan di masa kini di mana urusan Allah dari langit ke bumi dalam satu tempoh sperti yang di katakan iaitu 1000 tahu menurut kiraan kita. ( Masa kini)
Ayat di surah Al-Hajj pula menerangkan 1 hari sisi Allah adalah bersamaan dengan 1000 tahun di dalam kiraan kita.( Masa di sisi Allah)
Wallahua'alam.