Tuesday, June 5, 2012

KETENANGAN....

Lamanya tak menulis... Cuti  sekolah biasanya jadi lebih sibuk dari hari-hari biasa...

Sekadar berkongsi 6 Perkara Yang Mempengaruhi Tahap Ketenangan Seseorang.... (dipetik dari slot Usrati Ustazah Nor Hafizah Musa)

1-Dosa (Sekiranya kita banyak melakukan dosa.. hati kita akan terusik dan jauh dari ketenangan..)

2-Mengamalkan ilmu  yg kita tahu.. Ada ilmu2 yang kita tahu tp masih tak amalkan, maka ia merupakan antara punca mengapa hati kita tidak tenang... (Sebagai muhasabah diri dalam mengejar ilmu di sana sini...)

3-Tanggungjawab yang tidak disempurnakan- (Dalam hidup ini.. kita akan diuji dgn pelbagai amanah.. bermula sebagai hamba Allah SWT dalam melakukan amal makruf nahi mungkar, sebagai seorang anak, pelajar, isteri/suami, ibu/bapa, datuk/nenek,pekerja dll... Maka jika kita tidak menyempurnakan t/jawab ini ia akan mengganggu ketenangan hati..

4-Hutang piutang (janganlah ada yang ditangguhkan kerana akan membuat hati kita resah  selalu)..

5- Pengorbanan berkait dgn siapa diri kita pada no.3 - Contohnya seorang ibu A yg sibuk bekerja masih ingat nak beli bahan masak dan  balik terus masak sebelum  rehat. berbanding ibu B yg gemar membeli makanan yg dah siap di pasar malam atau kedai.. Hati ibu yg mana lebih puas dan tenang.. Sudah pasti ibu A... Saya pernah melihat hal ini sendiri dalam kehidupan ini... Betapa ibu yg seperti ibu B ini yang sangat malas memasak w/pun anaknya jarang2 pulang berbanding di satu sudut lagi seorang ibu yg berjiwa spt ibu A w/pun sekadar telur goreng atau sardin...  Subhanallah hati ini lebih terasa sayang kepada ibu yg bersifat spt ibu A.. Ia menjadi satu muhasabah yang sangat besar buat saya sebagai seorang ibu..

6-Doakan orang lain - Jangan kedekut dalam mendoakan kebaikan utk org lain kerana ianya merupakan antara punca ketenangan hati.. Contohnya rakan2 anak2 kita yg sama2 menduduki peperiksaan, anak2 saudara dll.. Doakan untuk mereka juga dan Allah SWT akan menganugerahkan satu ketenangan buat si pendoa..

Mari kita sama2 muhasabah diri dan mencuba segala yang disenaraikan di atas semoga kita berjaya menjadi ibu dan isteri yang menenangkan dan mendamaikan r/tangga... :)

No comments:

Post a Comment