Thursday, June 28, 2012

10 Fasa Umur..(Dari Sudut Kajian Ahli Psikologi Muslim)

Ilmu ini saya dapati daripada guru yang saya hormati Ustazah Safiah Harun dalam salah  satu kuliah tafsir yang saya ikuti...

Fasa-fasa umur ini adalah berdasarkan kajian ahli psikologi Muslim dalam bidang kejiwaan.. Subhanallah.. Ia merupakan ilmu yang sepatutnya kita ketahui dan fahami serta perlu diperingatkan sedari usia awal remaja hinggalah  ke akhir  hayat hidup agar  kita sentiasa sedar  bahawa hidup ini hanya sementara...

Dikatakan dalam Al-Quran bahawa bila kita dibangkitkan di padang Mahsyar kelak masing-masing kita akan merasakan bahawa kita hanya hidup di dunia ini selama 1 hingga 1 1/2 hari sahaja.. Dalam syarah seorang lagi guru beliau menunjukkan kiraan dari segi umur kita di dunia berbanding umur di akhirat..

1 hari di akhirat bersamaan 1000 thn di  dunia. Oleh itu, jika kita ambil anggaran jangka hayat selama 65 thn
1.56 hari di akhirat bersamaan 65 tahun di dunia (Benarlah apa yang dikatakan di dalam Al-Quran bahawa bila dibangkitkan di akhirat kelak kita akan merasa seperti pernah hidup di dunia selama 1 hingga 1 1/2 hari sahaja...


Dengan mengambil kira purata umur 65 tahun:-

Sekiranya sekarang kita berumur 40 tahun maka kita telah berada di dunia selama 0.96 hari berbanding waktu di akhirat.. Cuma tinggal 1.56 hari - 0.96 hari = 0.6 hari sahaja lagi untuk hidup di dunia ini atau dalam kiraan yg lebih mudah hanya tinggal 14.4 jam sahaja lagi berbanding waktu di akhirat..

Sekiranya sekarang kita berumur 60 tahun maka kita sebenarnya telah hidup di dunia ini berbanding waktu di akhirat selama 1.44 hari.. Cuma tinggal 0.12 hari yang berbaki atau dalam kiraan yg lebih mudah cuma tinggal 2.88 jam sahaja lagi..berbanding waktu  di akhirat..

Dibawah ini adalah perkongsian ilmu daripada salah seorang pembaca blog ini.. Jazakallah/jazakillah khair...

1 hari di akhirat adalah bersamaan dengan 50,000 tahun di dunia ini seperti yang di Firmankan di dalam Surah Al-Ma'arij ayat 4. Manakala yang di katakan 1 hari bersamaan dengan 1000 tahun pula adalah seperti yang diFirmankan di dalam surah As-Sajdah ayat ke 5
يُدَبِّرُ :الأمْرَ مِنَ السَّمَاءِ إِلَى الأرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ
أَلْفَ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ
Mafhumnya:
Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu masa yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu.

Dan di dalam Firman yang lain Surah Al-Hajj ayat 47 Firman Allah

وَيَسْتَعْجِلُونَكَ بِالْعَذَابِ وَلَنْ يُخْلِفَ اللَّهُ وَعْدَهُ وَإِنَّ يَوْمًا عِنْدَ رَبِّكَ كَأَلْفِ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ

Mafhumnya"
Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janji-Nya. Sesungguhnya sehari disisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu.

3 keadaan yang berbeza.

Ayat di Surah Al-Ma'arij menerangkan ketika kita berada di alam akhirat.

Ayat di surah As-Sajdah menerangkan keadaan di masa kini di mana urusan Allah dari langit ke bumi dalam satu tempoh sperti yang di katakan iaitu 1000 tahu menurut kiraan kita. ( Masa kini)

Ayat di surah Al-Hajj pula menerangkan 1 hari sisi Allah adalah bersamaan dengan 1000 tahun di dalam kiraan kita.( Masa di sisi Allah)

Wallahua'alam.


Bila mengingatinya saya sering menangis, semoga Allah SWT mengurniakan kita umur yang diberkati tidak kira berapa lama lagi masa yang  berbaki...

1- FASA PERTAMA: Semenjak lahir hingga berusia 7 tahun..

Pada ketika ini pertumbuhan serta perkembangan jasmani adalah mengikut Sunatullah manakala perkembangan rohani masih belum matang lagi. Ketika ini anak-anak harus diulang-ulang dalam memberikan arahan, perlu dibawa  ke bilik air untuk dimandikan, disiapkan makanan dan bagi yang masih kecil-kecil perlu disuapkan dan sebagainya.

2- FASA KEDUA: Digelar USIA REMAJA, dari umur 8 hingga 14 tahun

Anak-anak ketika ini sangat gemarkan aktiviti berlumba-lumba. Mereka suka berlumba-lumba dalam segala hal, pembelajaran, hafalan, permainan, sukan dan lain-lain perkara. Ketika ini, keinginan untuk mendapat lebih daripada apa yang didapati oleh orang lain perlu dibimbing. Ibu-bapa dan guru-guru adalah insan yang paling  penting ketika ini dalam membimbing mereka. Mereka harus dinasihati bahawa dalam hidup ini adakalanya Allah SWT akan menangkan kita dan adakalanya Allah SWT akan kalahkan kita. Mereka harus di ajar untuk saling menghormati dengan kelebihan masing-masing..

Sekiranya mereka tidak dibimbing dengan baik di usia ini maka akan timbullah unsur-unsur RIAK dan TAKBUR. Bimbingan yang paling baik ialah dengan memberikan mereka ilmu ketauhidan kepada Allah SWT.. Mereka yang tidak dibimbing inilah yang akan membawa akhlak yang tidak baik itu hingga ke tua. Di mana bila melakukan ibadah mereka mahu dipuji, mereka mencari-cari penghargaan daripada manusia lain dan hanya menjadi rajin kerana dilihat oleh orang namun bila bersendirian mereka menjadi malas untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT.

Surah An-Nisa' ayat 142, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
           
       "Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riak di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut nama Allah (kecuali sedikit)."

Kerana itu dalam menyebut Allah SWT ini haruslah dengan menggunakan Lisan, Hati dan Zahir.. Bilamana kita melihat seseorang yang memaki hamun atau mengumpat dan sebagainya ianya berpunca dari hati.. Bilamana zahirnya derhaka mana mungkin dalamannya baik.. Tertolaklah kata-kata : "Dia tu mulut saja yang laser/jahat tapi hatinya baik"...

3-FASA KETIGA : Akil baligh (15 - 21 thn)

Bagi anak lelaki mungkin 15 thn tetapi bagi anak perempuan bila telah datang haid

Bermulalah bebanan atau taklif kepada mereka ( buat apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang).
Pada umur ini rohani, jasmani serta akal sudah lengkap. Pada ketika ini mereka penuh cita-cita dan angan-angan tetapi kemungkinan cacat dari segi rohani sekiranya disebabkan pengaruh kawan-kawan atau filem-filem barat mereka mula memegang slogan 'Born To Be Free'..hingga ada yang sanggup menghentak meja, menghempas pintu atau membaling barang jika apa yang diingini tidak dituruti..
Ibu/bapa dan guru-guru harus meningkatkan pengawasan pada saat ini..

Pada ketika ini mereka harus tahu bagaimana mahu beradab dengan ibu/bapa, guru-guru mahupun org yg lebih tua.. Hinggakan dalam satu  slot Tanyalah Ustaz dikatakan pada usia ini anak2 yang tidak peka akan hal-hal yang boleh menyakiti hati ibu-bapanya dianggap sebagai anak derhaka sebagai contoh  seorang anak yg setelah mengambil air dari peti sejuk dan meminumnya hingga habis lalu diletakkan kembali botol kosong itu di dalam peti sejuk , dia tidak membantu ibunya untuk mengisi semula air ke dalam botol hingga menyebabkan rasa kecewa dalam hati ibunya dan  lain2 contoh lain..

4- FASA KEEMPAT - Dewasa (  umur 22 hingga 26 thn)

Pada ketika ini mereka berada dalam keadaan terombang-ambing oleh gelora shahwat. Boleh diizinkan untuk berkahwin sekiranya "SESUAI" dari  segi akhlak dan kematangan.. Apa yang dimaksudkan "SESUAI" di sini ialah jika seorang anak itu tidak punya kerja dan setiap  hari kerjanya bangun lewat tengahari dan hanya menunggu ibu-bapanya menyediakan makanan untuknya atau jika seorang anak  langsung tidak punya  tanggungjawab, cthnya selepas mandi tuala hanya disepahkan di lantai tanpa tahu untuk menyidainya... Maka golongan ini dianggap masih belum "SESUAI" untuk menerima amanah sebagai seorang isteri/ suami.

5- FASA KELIMA - Dewasa sempurna ( umur 27 hingga 35 tahun)

Pertumbuhan jasmani ketika ini adalah  pada peringkat terkuat, begitu juga rohani dan akal. Mereka berada pada peringkat yang sudah matang. Mengikut kajian ahli psikologi Islam pada peringkat ini Allah sudah mula menimpakan mereka dengan ujian demi ujian disebabkan mereka berada dalam peringkat terkuat. Pada waktu ini juga sekiranya seorang wanita ingin mempunyai anak yang ramai maka inilah masanya kerana mereka berada pada peringkat terkuat dan mampu menghadapi sebarang ujian mahupun tekanan.

Insya-ALLAH  akan saya sambung lagi 6 peringkat seterusnya di entry akan datang.. 



6 comments:

  1. Assalamualaikum..
    satu perkongsian yang menarik.. jangan lupa sambungannya nanti

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dapat membaca info ni, boleh appli utk mendidik anak, tma ksh. look forward to sambungannyer :)

    ReplyDelete
  3. Waalaikumsalam Hanis dan babYpose,

    Alhamdulillah.. Saya juga merasa bersyukur mendapat ilmu ini. Insya-ALLAH akan disambung bila berkesempatan untuk menulis.. Jazakumullah khair kerana membacanya.. Moga menjadi peringatan buat kita bersama..

    ReplyDelete
  4. Salam. 1 hari di akhirat adalah bersamaan dengan 50,000 tahun di dunia ini seperti yang di Firmankan di dalam Surah Al-Ma'arij ayat 4. Manakala yang di katakan 1 hari bersamaan dengan 1000 tahun pula adalah seperti yang diFirmankan di dalam surah As-Sajdah ayat ke 5
    يُدَبِّرُ :الأمْرَ مِنَ السَّمَاءِ إِلَى الأرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ
    أَلْفَ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ
    Mafhumnya:
    Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu masa yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu.

    Dan di dalam Firman yang lain Surah Al-Hajj ayat 47 Firman Allah

    وَيَسْتَعْجِلُونَكَ بِالْعَذَابِ وَلَنْ يُخْلِفَ اللَّهُ وَعْدَهُ وَإِنَّ يَوْمًا عِنْدَ رَبِّكَ كَأَلْفِ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ

    Mafhumnya"
    Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janji-Nya. Sesungguhnya sehari disisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu.

    3 keadaan yang berbeza.

    Ayat di Surah Al-Ma'arij menerangkan ketika kita berada di alam akhirat.

    Ayat di surah As-Sajdah menerangkan keadaan di masa kini di mana urusan Allah dari langit ke bumi dalam satu tempoh sperti yang di katakan iaitu 1000 tahu menurut kiraan kita. ( Masa kini)

    Ayat di surah Al-Hajj pula menerangkan 1 hari sisi Allah adalah bersamaan dengan 1000 tahun di dalam kiraan kita.( Masa di sisi Allah)

    Wallahua'alam.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Jazakallah/jazakillah khair kepada tuan/puan atas ilmu ini.. Akan saya updatekan ke dalam entry ini Insya-ALLAH..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. Pagi ni dalam perjalan pergi kerja saya terfikir pasal berapa lama masa kita berada di dunia ini berbanding akhirat;
    1000 tahun dunia = 1 hari akhirat
    65 tahun dunia = 0.065 hari akhirat

    Jadi;
    1 hari = 24 jam
    0.065 hari akhirat = 1.56 jam akhirat

    Saya sudah berumur 37 tahun;
    65 tahun dunia = 1.56 jam akhirat
    37 tahun dunia = 0.89 jam akhirat

    Baki hidup di dunia (untuk umur 65 tahun bagi saya) ialah 28 tahun.
    65 tahun dunia = 1.56 jam akhirat
    28 tahun dunia = 0.67 jam akhirat
    bersamaan 40 minit akhirat.

    Saya masih ada 40 minit (akhirat) lagi untuk hidup.
    Masih banyak lagi bekalan untuk akhirat masih belum di sediakan untuk bertemu dengan Allah dalam masa 40 minit di sisiNya.

    ReplyDelete