'Bangunlah pada malam yang gelap untuk bertahajud kepada Allah sebagai bekal bagi kubur yang gelap'
'Puasalah pada hari yang panas terik untuk bekal ketika di padang mahsyar'
Dakwah pada hari ini (termasuk dakwah ibu/bapa pada anak2 mahupun dakwah para guru pada anak2 muridnya dan lain2 keadaan) kritikal kerana berlakunya perbezaan pendapat dan perlaksanaan... kerana itu bangun di 1/3 atau 2/3 malam penting kerana ia akan dapat menyucikan diri daripada sifat riya', ujub dan kurang tawadduk..
Hassan Al-Banna pernah berkata: 'Waktu munajat yang terbaik buatmu adalah ketika di tengah malam ketika makhluk2 lain sedang tidur. Bentangkanlah apa sahaja keinginanmu, apa sahaja permasalahan dunia yang dialami.. nanti Allah akan memberikan pertolonganNya sebagaimana yang Allah nyatakan dalam surah Ali-Imran ayat 126
"Dan Allah tidak menjadikan pemberian bala-bantuan itu melainkan sebagai khabar gembira bagi (kemenangan)mu, dan agar tenteram hatimu kerananya. Dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
Anas bin Malik berkata : 'Ketika Rasululullah SAW tiba di Madinah, semuanya bersinar. Tapi bilamana Rasulullah SAW wafat hati kami sudah tidak sejernih sepertimana ketika Rasulullah SAW bersama kami...'
Cuba kita bayangkan kita yang merupakan umat akhir zaman yang langsung tidak pernah bertemu Rasulullah SAW.. yang hanya boleh baca dan dengar tentang sirah Rasulullah SAW.... Itupun kalau ada yang mengikuti kuliah sirah nabi di masjid2 atau ditempat lain atau yang punya masa membaca buku2 sirah Rasululullah SAW... Alangkah gelapnya hati-hati kita... kerana itu sangat penting untuk perlaksanaan syariat yang disarankan Allah SWT dalam Al-Quran dan hadis Nabi dijalankan secara biquwwah (dengan kesungguhan)..
Saya tambah sedikit ulasan Ustazah tentang satu soalan daripada pendengar di mana pendengar tersebut menyatakan betapa dalam kehidupannya sering diuji dengan manusia yang sering menguji kesabarannya.. Jawapan ustazah sangat menarik hati saya iaitu.. Cuba kita lihat sirah Rasul Ulul-Azmi.. Mereka digelar sedemikian rupa kerana mereka merupakan Rasul yang paling banyak diuji dan mereka sabar dengan ujian tersebut. Maka apa yang berlaku pada kita.. Kita biasanya akan berdoa kepada Allah SWT agar memberikan kita kesabaran dan pada masa yang sama Allah SWT terus memberikan ujian demi ujian kepada kita (kita mula merasakan Allah tidak memakbulkan doa kita)... Kita sebenarnya tidak sedar bahawa apa yang berlaku pada kita itu sebenarnya adalah proses untuk menjadikan kita sabar .. Kerana proses menanam sifat sabar itu adalah dengan melalui ujian-ujian tersebut..Semakin banyak yang menguji jiwa kita semakin menjadikan kita seorang yang sabar.. Subhanallah...
Mohon maaf jika ada fakta-fakta yang tertinggal bagi pendengar-pendengar USRATI.. Ustazah kini mula mengulas tentang pendidikan akhlak .. Insya-ALLAH akan saya tulis nanti di entry yang akan datang.. Semoga sama-sama kita mendapat kebaikan daripada ilmu yang disampaikan Ustazah dan saya sekadar memanjangkan sahaja untuk peringatan saya dan keluarga khususnya serta pembaca blog ini amnya...
No comments:
Post a Comment