Assalammualaikum wbt..
Sudah lama saya tidak menulis... Along dan angah sedang menghadapi peperiksaan hafazan sehingga 12 Oktober ini .. Ia akan diikuti oleh peperiksaan akademik dan dinniah bagi Along, Angah dan Achik pada 30 Okt - 16 Nov... Kerana itu saya sangat sibuk membantu mereka mengulangkaji...
Tajuk di atas mula disyarahkan oleh Ustazah Norhafizah pada 14 Sept dan sebelum saya mula menulisnya... ingin sekali saya nyatakan bahawa ianya bukan mudah untuk saya memperpanjangkan kuliah Ustazah kali ini kerana bimbang saya sendiri masih gagal melakukannya di dalam keluarga saya...
Ustazah memulakan mukaddimahnya bersandarkan sebuah hadis yang bermaksud (secara ringkasnya) :
"Kita ini umpama tanah ..
Ada yang mampu menyerap air melalui hujan yang turun dan menjadi subur dan manusia boleh bercucuk tanam padanya serta mampu menakung air hingga ada manusia lain yang boleh mengambil minum darinya...
Ada yang hanya mampu menyerap air, subur dgn rumput-rumput yang tumbuh di atasnya tetapi tidak mampu memberikan apa-apa manfaat buat manusia lain..
Ada yang langsung gersang, tidak mampu menyerap air juga tiada langsung dapat tumbuh rumput-rumput darinya..." .. Panjang lagi huraian hadis ini mungkin..
Begitulah perumpamaan kita...
Ada yang mencari ilmu dengan menghadiri majlis-majlis ilmu dan kemudiannya mampu berubah menjadi orang yang lebih baik dan memberikan manfaat dengan menyampaikan ilmu tersebut kepada orang lain hingga orang-orang yang menerima ilmu itu juga menjadi baik kerananya... (dalam keluarga sendiri atau manusia luar)
Ada pula yang mencari ilmu/ berilmu dan menjadi baik kerananya tetapi tidak langsung menyampaikan ilmu itu pada orang lain.. Cuma baik seorang diri sahaja..(hatta keluarga sendiri pun tidak beroleh faedah darinya)
Ada pula yang bila diajak ke majlis ilmu, langsung tidak mendapat apa-apa faedah darinya, dan dia juga tidak berubah menjadi orang yang lebih baik kerananya..
Ustazah mengulas tentang Research yang disiarkan oleh buku Reader's Digest bahawa kota metropolitan Kuala Lumpur menduduki tangga 34 dari 36 berbanding kota-kota metropolitan yang lain dari segi masyarakatnya yang kurang sopan/ tidak berakhlak...!!
Begitu rendah kedudukan kita dan kita menyangka kitalah antara yang terbaik...
Bekas rektor Universiti Al-Azhar pernah mengatakan bahawa anak-anak itu dilahirkan suci dan menerima palitan akhlak daripada orang yang mendidiknya.. Tentang lembut bicaranya, tindak-tanduknya, wajah yang tenang, minda yang tenang.. ianya akan terhasil berdasarkan pertumbuhan dalam keluarganya...
Tidak ada hadiah yang terbaik yang diberikan oleh ibu dan ayah buat anak2 mereka melainkan AKHLAK...
Banyak yang ingin saya tulis tapi insya-ALLAH akan disambung lagi bila berkelapangan...
No comments:
Post a Comment