Anak adalah cerminan AKHLAK IBU-BAPA... Bilamana ada sifat-sifat tak baik dalam diri anak-anak, sebelum kita marah dan tegur mereka, lihat apa yang kita telah tonjolkan ..
Orang-orang soleh dahulu sentiasa berpesan jika ingin mencari fukaha'/ulama' untuk dijadikan guru kepada anak-anak carilah yang tinggi nilai akhlaknya bukan hanya sekadar tinggi dari sudut ilmunya.. Inilah yang kita harus praktikkan di abad ini..
Pesan Ustazah.. Wahai ibu/ayah ataupun pendidik , disamping mengejar silibus sukatan matapelajaran yang nak dihabiskan secepat mungkin, perhatikan juga dari sudut akhlak anak-anak itu sendiri...
Ustazah menyenaraikan apa yang dikatakan sebagai Ciri -Ciri Akhlak Islamiyah:-
1- Sifat yang lahir daripada keimanan yang tinggi kepada ALLAH = Akhlak Islamiyah/ Akhlak Mahmudah (Sifat pemaaf, pemurah, adil, dan lain-lain akhlak mulia yang membawa kepada hati yang bersih, tenang dan sifat sopan-santun)
2 - Keindahan budi pekerti semata-mata kerana ALLAH S.W.T. untuk meraih perhatian ALLAH, bukan mengharapkan pujian atau matlamat duniawi.
3 -Kita tidak punya kekuatan untuk berakhlak mulia melainkan dengan izin ALLAH.. Antara maksud dalam surah Ali-Imran:
"Maka dengan rahmat ALLAH padamulah kamu berlaku lemah-lembut pada mereka"
Kelembutan itu sendiri adalah tanda rahmat dari ALLAH SWT. Akhlak itu lahir daripada dalam.. keadaan hati yang tetap dengan kesucian jiwa lalu lahirlah yang indah-indah...
Pesan ustazah lagi antara akhlak dan akademik... akademik jatuh no. 2 dan akhlak jatuh no. 1. Berapa lama kita sebagai ibu-bapa nak didik akhlak anak ??? Jawapannya.. SEPANJANG HAYAT...kita perlu didik akhlak anak-anak kita demi mencari keredhaan ALLAH SWT... Cantiknya pesanan ustazah Masha-ALLAH, saya sendiri tak pernah terfikir akan hal ini.. Sebelum ini saya sering mendengar kata-kata bahawa anak-anak perempuan selepas kahwin maka beralihlah tanggungjawab mendidik kepada sang suami rupa-rupanya indahnya Islam ini yang contoh dalam pendidikan akhlak terhadap anak-anak selepas berkahwin ini ditunjukkan sendiri oleh Rasulullah SAW serta para sahabat Baginda dan kita sendiri terlupa untuk menghayatinya...
Insya-ALLAH saya akan sambung tentang apa yang diperlukan oleh ibu-bapa dalam mendidik akhlak anak-anak..