Dah lama saya tak update blog.. Pelbagai ujian melanda dan Alhamdulillah Allah datangkan sahabat-sahabat yang banyak membantu sebelum solat istikharah dilakukan...begitu juga nasihat Ustazah Norhafizah yang saya kongsikan di bawah. Setinggi-tinggi pujian buat Allah SWT.. dan jazakumullah khair buat sahabat dan guru saya Ustazah Nasirah al-hafizah juga guru along dikala ini Ustazah Muslihah al-hafizah yang Allah datangkan disaat hati ini berada dalam keadaan tidak keruan..
Alhamdulillah Allah permudahkan segala-galanya dan Allahlah yang lebih mengetahui apa yang terbaik yang ada dihadapan kita..
Dalam entry yang lalu saya berjanji untuk menceritakan perkongsian Ustazah Norhafizah yang suatu masa dulu pernah diuji dengan masalah hati yg tidak tenang... Kata Ustazah 'indahnya hidup dengan Al-Quran ni lebih indah dan asyik dari membaca novel'. Maka di ketika ustazah diuji itu, Ustazah pun solat hajat agar ditunjukkan jalan keluar.. Besoknya ketika di dalam kereta Ustazah pegang Al-Quran dan sebut
"Ya Allah, Ya Tuhanku, aku pegang kalam Engkau dan kau tahu hati ku di ketika ini".. dan bila Ustazah buka Al-Quran, beliau terus terjumpa dengan Surah Thaha..dan membaca tadabbur ayat 2 -3 yang bermaksud
"Bukankah Aku dah turunkan Al-Quran sebagai peringatan buatmu tapi kamu yang lupa"
Masa tu kata Ustazah terus dia berkata 'Ya Allah, ampunkan aku..'.. Itulah senario yang berlaku hari ini.. Kita jauh dari Al-Quran dan tidak mencari penyelesaian melalui taddabur Al-Quran..
Sambung ustazah, bila lihat anak-anak tahfiz, ia sangat memberi inspirasi.. Suatu ketika Ustazah ditanya oleh seorang anak tahfiz yang berusia 11 tahun.. Kata anak itu
"Ustazah, bagaimana saya nak menghafal Al-Quran dengan baik? Saya bangun Qiamullail sebab saya ni lambat nak hafal Al-Quran. Masuk kelas hafazan saja saya akan tidur. Saya niat nak pakaikan mahkota pada mak ayah.. Masha-ALLAH.."
Kita bandingkan dengan diri kita, dalam hidup kita berapa kerap kita bergelumang dengan Al-Quran. sedangkan anak-anak tahfiz ini hidup mereka sanggup berjauhan dengan ibu-bapa untuk bergelumang dengan Al-Quran (mendengar Al-Quran, baca Al-Quran, hafaz Al-Quran)..
Kemudian Ustazah membaca maksud surah Thaha ayat 130 -132 yang bermaksud:
"Maka sabarlah kamu atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan bertasbihlah pada waktu-waktu di malam hari dan pada waktu-waktu di siang hari supaya kamu merasa senang.
Dan janganlah kau tujukan kedua matamu kepada apa yang telah Kami berikan kepada golongan2 dari mereka, sebagai bunga kehidupan dunia untuk Kami cobai mereka dgnnya. Dan karunia Tuhanmuadalah lebih baik dan kekal.
Dan perintahkanlah ahli keluargamu untuk mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu bagi orang yang bertakwa"
Benarlah kata-kata bahawa jika kita ingin Allah berkata-kata dengan kita bacalah Al-Quran.. Itulah jawapan kepada segala rasa tidak tenang di hati Ustazah...
Jika dikumpulkan kaunselor-kaunselor seluruh dunia mereka takkan tahu psikologi manusia selain Allah..
Dalam 3 ayat di atas Allah memberikan 5 formula untuk kita lakukan bila diuji..
1- Sabar
2- Tasbih
3- Jaga pandangan mata kerana hati ini akan resah gelisah bila melihat nikmat yang Allah lebihkan pada orang lain sebagai ujian untuk orang tersebut.. Sedangkan Allah memberi sesuka hatiNya..
4- Perintahkan ahli keluarga untuk tunaikan solat.. Jelas ustazah kalau kita suami isteri beria-ia bersolat sedangkan anak-anak abaikan solat ,akan tenangkah kita?
5- Sabar dalam menunaikan solat dan dalam mengajak ahli keluarga menunaikan solat..
Semoga bertemu lagi di lain entry..